Tips Menarik Follower

Assalamualaikum...
harini aku nak kongsi tips menarik follower versi pendapat aku sendiri..hahaha... aku baru lagi dalam blog tapi aku rasa tak salah kan kalau aku nak berkongsi..lagipun ada yang nak aku kongsi..*alasan aku je* hehehe

mesti korang akan kata..
"Elehh...blog baru 2bulan tapi ada hati nak berlagak bagi tips"
 tapi kan..bagi aku.. 
" Usia?? usia bukan penghalang~ hehehehe"
  Tips yang aku bagi simple je dan memang ni  aku praktikkan.. dulu masa aku mula-mula blogging, memang aku cari tips-tips macam ni..sebab baru nak cari rentak kan.. 

1. Kaji blog
Mula-mula korang kena kaji blog korang tu.. jadikan supaya mesra pengguna.. kalau berat, ringankan.. macam mana nak ringankan? dietkan dengan mengurangkan kuantiti burger widget yang ada dalam blog tu. Letak yang perlu saja.
contoh widget yang tak perlu.
- Perkataan yang mengikut cursor tu.. serius menyemak!
- Icon-icon yang jatuh berguguran.. ( ni buat blog berat dan serabut)
- cursor yang tak tepat dan tak jelas.. ( ini selalu buat aku hangin ok)
banyak lagi..tapi ni yang aku rasa betul-betul menggangu dan buang mood orang untuk follow.

2. Cara penulisan dan tulisan.
Gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan menggunakan shortform atau bahasa yang pelik selain bahasa melayu dan inggeris. Jenis tulisan jugak penting, paling senang dibaca bila korang gunakan jenis arial ataupun times new roman.

3. Blogwalking dan follow
Cara ni kuno tapi tetap berkesan kan untuk promote blog kita, lebih baik kalau follow dan tinggalkan komen kat blog yang kita pergi tu. Insyaallah dorang akan datang balik dan buat benda yang sama pada kita..

4. Berkawan.
Bagi aku, blogging bukan sekadar kita publish entri, kemudian pergi promote entri kita tu pada shoutbox orang lain. Sampai bila kita boleh buat macam tu? sebab tu aku pentingkan persahabatan dalam dunia blogging ni. Berkawan dengan follower kita dan insyaallah, kalau kita tak update entri pun, dorang tetap akan datang singgah.

5. Bloglist
Bila kita dah berkawan dan dia suka blog kita, insyaallah kita dapat tempat dalam bloglist dia. sekaligus kita dapat promote blog kita dalam blog dia kan..kan..kan? haa..betullah tu..


Dahlah..cukup 5 saja..penat seh aku nak tulis entri serius macam ni..mengantuk rasanya.. yang korang rasa boleh dipakai tu ambillah, kalau yang tak elok tu, tinggalkan saja kat dalam ni..tu sajalah tips dari aku..


sekian~

pesanan penaja :
"kenapa perlu riak bila di atas, kau juga pernah dibawah bukan?"

#2 Promote Blog

Assalamualaikum.. hari ni aku nak promote blog lagi.. 5 blog lagi pada hari ni..

1
Aku baru kenal blog ni..jadi mungkin tak banyak yang aku dapat ceritakan.. aku rasa blog ni jenis santai sebab dia gunakan "aku" dalam entri-entri dia... blog pun simple je dan dah lama dia blogging nampaknya..bila dah lama, maka banyaklah benda-benda yang dikongsikan.. cube pergi tengok..heheh.. *apa aku merapu ni?* 
2.
aku nak copy header tapi tak dapat..jadi maaflah sebab tak tunjuk header..
blog ni comel macam tuan blognya.. tapi lagi comel kalau tukar cursor tu, sebab tak tepat & tak jelas arrownya.. kalau boleh jugak..gunakan bahasa penuh dalam entri, sebab aku susah sikit nak paham bahasa sms.. tapi  blog ni best gak, sebab isi dalam entri tu menarik..
ayda jangan marah ye sebab aku tegur.. teguran sesama blogger saja..

3.
blog ni jugak aku baru kenal dan sedang makin mengenali dia.. bila aku masuk blog ni, aku duduk lama kat blog ni..haha..sebab aku suka lagu kat blog ni! korang nak tau lagu ape? pergilah tengok sendiri..
Blog ni cepat loading sebab tak banyak widget yang serabut jadi selesa nak lepak lama-lama..

4.
Ni dia blog yang dah edit blog aku jadi comel.. blog ni ada banyak tutorial tau, icon-icon cantik pun banyak.. kalau korang minat tutorial atau nak edit blog/header..bolehlah ke sini ye..

5.
Haa.. cuba teka kenapa aku tak letak header dia? sebab dia dah tukar header..sangat cantik ok! aku nak jugak header tu.. boleh tak? korang nak tengok header dia? pergilah kat blog dia..hehe..
empunya blog ni namanya bro ahmad.. aku rasa dia boleh jadi pengomen tegar korang kalau korang kawan dengan dia..try lah~~


kepada yang dipromote hari ni.. bila aku tengok nuyui aka nusha buat entri tentang promote ni, aku rasa elok jugak.. korang mesti nak lagi ramai tahu tentang blog korang kan.. jadi aku cadangkan korang berlima buat entri untuk support sesama sendiri.. jadi korang akan dipromote dalam 5 blog.. menarikkan.. hope semua sama-sama support la ye..

P/s :  korang tertinggal untuk terjah blog yang dipromote semalam... ada kat sini

Tabiat suka membanding

Assalamualaikum...
harini aku nak kongsi lagi cerita yang panjang lebar.. iaitu tentang budaya banding-membanding, Korang tau apa tu banding? banding tu macam perbandingan la.. *er..tak membantu langsung jawapan aku*
Jom baca cerita dari aku lagi..
Nama aku Mail, aku dan Jamal adalah kawan yang rapat sejak sekolah rendah dan kini kitorang dah berada di tingkatan 5, kitorang jugak tinggal bersebelahan rumah je, kiranya keluarga kitorang memang rapat gila.

Satu hari, aku terleka layan blog aku kat rumah sampai lupa nak siapkan kerja sekolah, aktiviti tak berfaedah aku ni ditegur oleh bapak aku.. bapak aku ni garang ok!
" Mail! kau ni asyik main game je, cubalah pergi belajar.. bilalah nak pandai kalau asyik main game je..cuba kau tengok si Jamal tu.. rajin je dia belajar..pandai budak tu!"
"Yela pakkk.." jawab aku dengan nada panjang..dengan kepanasan hati sebab dibandingkan dengan Jamal, aku pun pergilah masuk bilik, belajar.
Selang sejam kemudian..
"Mail,sapu sampah depan rumah ni!"
Bapak aku suruh aku pergi sapu sampah depan rumah pulak tapi aku tangguhkan sebab tengah syok hafal sifir 7.. tiba-tiba terdengar lagi suara bapak aku..
"Mail!! tunggu apa lagi tu? pergilah sapu sampah tu.. berselerak dah depan rumah tu." Jerit bapak aku.
"Kejap lagi Mail sapu pak" Sahut aku dari dalam bilik.

Bila arahannya tak di ikut, bapak aku pun terjah bilik aku dan mula membebel.. *perkataan terjah tu tak menahan kan.hahaha*
"kau ni, kenapa malas sangat? hari minggu ni, aktiflah sikit.. cuba kau tengok si Jamal tu, rajin dia tolong bapak dia kemas rumah, panjat bumbung..ish..macam-macam lagi budak tu buat. Takde malasnya macam kau ni, terperap je dalam bilik!"
Panas telinga aku dengar bapak aku membebel, tahan saja dalam hati.. Takkan nak melawan pulak kan.. tak pasal-pasal jadi anak derhaka..Menyirap seh! sikit-sikit bandingkan aku dengan jamal..Siap kau Jamal! aku belasah kau nanti..




Keesokkannya, aku jumpa Jamal lepas habis sekolah.. dengan hati yang panas, aku keluarkan baju sekolah dari seluar *berlagak gangster*. Aku panggil jamal yang tengah kemas-kemas buku.
" Woi jamal! " aku jerit kuat-kuat tanda marah tau.
" Haa..nak apa? tak payah lah panggil kuat-kuat. aku bukan pekak!" Sergah Jamal pulak.
Dengan muka yang bengis, aku terus duduk depan meja dia..
" Jamal...aku nak mengadu ni dengan kau ni.. hurmmm.. " jawab aku dengan suara penuh syahdu.
"Peh! tadi ganas, sekarang awat macam pondan je?"
" Serius lah wei.. aku nak tanya kau ni, apasal kau rajin sangat belajar? aku tension la.. Pastu, memang bila hari minggu kau jadi rajin ke? siap kemas rumah bagai.. setahu aku..kaulah orang paling malas yang aku pernah kenal.."
" Lah..betul ke kau nak tau kenapa?" Jamal pandang aku pelik..
" Betullah!" aku dah mula hilang sabar..
" Ko ingat aku rajin? Aku jadi macam tu sebab bapak aku tak habis-habis bandingkan aku dengan kau je.. sikit-sikit cakap kau rajin, sikit-sikit cakap kau pandai! menyampah gila aku..dia asyik puji kau je!! Damn~!" jamal jerit macam orang gila..

reaksi aku dalam hati...
"Eh, dia pulak yang macam nak mengamuk.. lahhh... sama-sama kena banding rupanya!"

Tamat~

Kesimpulan, jangan bandingkan anak-anak kita dengan orang lain.. kesian tau kat budak tu, terseksa jiwa dia tau.. malah, boleh menyebabkan tekanan jiwa pada budak tu.. bila dah tekanan jiwa, maka layaklah dia menetap kat tanjung rambutan.. sekian..

P/s : amaran awal...jangan sapa-sapa tanya aku dah ada anak ke tak ye..

Blog Kesayanganku


Freaky buat segmen..Nak join? klik sini.. aku mestilah join kan..heheh..
aku kena tulis aku sayang blog kotak bulat aku ni


tapikan freaky..aku nak tulis banyak-banyak boleh tak? bolehlah ye..

Aku sayang blog ni sebab sebelum ni kan, aku takde tempat nak ceritakan semua cerita-cerita aku.. Sebenarnya dah tak terkira tau berapa orang kawan aku yang cakap entri dalam blog aku ni merapu..tapi kan.. aku nak bagitau..aku bukan merapu kosong ye... mesti ada sesuatu yang aku cuba sampaikan dari cerita-cerita merapu aku dengan cara aku sendiri.. kadang-kadang je aku buat entri beremosi, macam entri lagu burger tadi..hahahha...
jadi..sila jangan benci blog aku..sayangilah blog ini sementara ia masih ada..lalala~

p/s: emosi sebab ada vote blog ni tak best!

lagu Burger


Tadi aku layan lagu Too phat, senyum.. tapi bila aku nyanyi jadi lain..

Burger~ tak perlu kata apa-apa..
Burger~ tak perlu kata apa-apa..
burger luar..burger dalam.. burger sana sini
kalau saya senyum..awak mesti senyum sekali...
burger!!

p/s : sejak kebelakangan ni, aku emosi sungguh bila berkait dengan burger ni..kenapakah???

#1 Promote Blog

Assalamualaikum..
macam yang aku janjikan..aku akan promote 5 blog hari ni..

1.
Blog ni cantik macam tuan rumahnya tau...  entrinya menarik, lagi-lagi dia rajin update entri.. aku tau korang nak kawan yang suka blogwalking kan..hahahaa... ni lah dia.. terjah!

2. 
Blog ni takde header.. kalau nak terjah, klik link bawah ni ye.. *maaf, aku agak malas nak print screen*
Blog ni aku masih baru kenal, simple je dalamnya.. bila aku baca entri-entrinya..aku simpulkan.. blog ni mengandungi banyak perkongsian yang berguna kepada pembaca.. lebih-lebih lagi perkongsian tentang hal-hal berkaitan agama islam. Tapi yang menariknya, blog ni ada jugak perkongsian puisi yang best-best.. jom tengok blog kak fad ni ok! 

3.
Blog ni aku dah lama dah follow.. Nusha kata..blog dia patut untuk dipromosi kerana blog ini xde jual kat Jaya Jusco, Tesco, Ipoh Parade.. haa..taknak ke pergi blog yang susah nak jumpa ni? hehehe.. blog ni entri-entrinya mereng-mereng.. (dia yang kata) .. tapi aku memang suka pergi blog ni.. insyaallah, korang pun mesti akan suka.. pssst.. nusha ni rajin komen entri tau..takkan korang nak lepaskan? heheh..jom klik header dia ye!

4
aku baru kenal blog ni.. blog ni banyak berkongsi tentang hal-hal personal dan pengalamannya, mungkin berguna kan untuk kita kongsikan, hal-hal semasa jugak ada dikongsi.. Yang paling penting.. blog ni selalu update entri.. Cubalah berkawan, mana tahu mungkin akan jadi pembaca tegar korang..

5
Haa.. syaz ni pun aku dah lama follow.. selesa berkawan dengan tuan blog ni, aku rasa korang patut berkenalan dengan dia, mana tau nanti dia boleh jadi pembaca tegar korang..entri-entri dalamnya pun menarik tau.. bila masuk blog dia, rasa sejuk je mata memandang dan akan rasa nak lepak lama-lama kat situ.. tak percaya? try la terjah.. 

support sesama blogger ye.. ok..sekarang sebut ramai-ramai.... "kotak bulat comel~~"
huh! aku jerit sorang-sorang je kan... *mood: gila*

p/s : wei...bagi lah pendapat pasal blog aku kat sidebar tu ok..tak susah pun..aku bagi korang main klik-klik..

Aku hilang separuh nyawa...



assalamualaikum...

Banyak-banyak hari selama aku dalam dunia blog ni.. hari ni aku paling letih... serius! sangat-sangat busy sampai tak sempat nak pergi merapu-rapu bersama kawan-kawan blog..

Aku tak sangka segmen promote blog yang aku buat tengah hari tadi, sampai 90+ orang yang join! Ramai gila kan walaupun aku bukak benda ni hanya sampai 12 tengah malam tadi..
Kenapa aku cakap aku letih? sebab aku berjalan ke semua orang yang join tu.. 90+ blog dalam satu malam! Agak-agak korang, aku penat tak? tak pe, biar aku jawab.. sesungguhnya memang penat.. Aku dah follow kesemua blog yang join sebagai tanda terima kasih aku.. aku terharu ok sebab ramai sudi join...

Aku akan promote 5 blog sehari dan letakkan kat sidebar selama 24jam untuk dipromosi.. Aku akan promote secara berperingkat..jadi aku harap korang sabar ye tunggu giliran..
Bila aku dah promote tu, tentu saja korang kena terjah mereka yang dipromote.. (wajib)
Sebab apa? sebab kalau korang nak orang terjah korang, korang kenalah terjah orang lain jugak..
what u give, u get back kan..
Last sekali, Terima kasih jugak yang dah follow blog aku, insyaallah aku akan sentiasa ikuti perkembangan blog korang..


p/s : aku dah makan ayam percik tadi..sedap sangat!.. aku dah tak heran dah kat burger.. *cube menipu dengan harapan takde yang sebut pasal burger depan aku lagi*

Cepat-cepat sebelum terlambat!

Assalamualaikum.. 
Aku ada banyak benda nak tulis harini.. kalau aku tulis semua, rasanya mahu sampai 5 entri aku harini..hehe..jadi aku kumpul dan tulis semuanya dalam satu entri ni ye..

Pertama..
Terima kasih kepada kawan blog aku yang best.. harrazdani , syuxer dan selendang merah sebab sudi promote blog tak seberapa ni.. terima kasih jugak pada puttery  sebab kongsi entri aku semalam dalam blog puttery..

Kedua..
Aku happy sebab sebab komen dalam blog ni capai 2000 akhirnya..

Err..mesti korang pikir..
"lah..ni pun nak tunjuk? aku dah lama lah sampai 2000 komen ni.."
Bagi aku, ni lah paling buat aku happy dan bersemangat untuk terus tulis entri..sebab ada sokongan korang yang sudi datang ke sini.. sila jangan gelakkan aku ye.. aku cepat terguris hati tau.. hahahha

ketiga..
minggu lepas follower aku 700.. dan akhirnya alhamdulillah..naik jugak sampai 800.. nak tahu siapa follower ke 800 aku? klik sini


Keempat..
Semalam follower aku baru 784 tau..hari ni dah naik 800+.. aku rasa sebab pertolongan kawan-kawan yang sudi promote aku.. jadi sekarang aku nak tolong promote korang disamping promote blog aku jugak..adilkan..lalalala~~
senang saja... 
1. letak header ni kat entri korang.. *jangan tanya kenapa simple sangat*
2. Buat entri "kotak bulat promote blog"
3. Tulis kenapa korang nak dipromote disini.
4. Linkkan ke sini dan komen di entri ni.

kenapa aku kata cepat-cepat sebelum terlambat? sebab aku akan tutup benda ni pukul 11.59 malam nanti.. 
Kenapa awal sangat? sebab aku rasa benda ni takde orang yang berminat..hhahah... *apa pun tak boleh~*
Aku akan promote secara berperingkat supaya bila aku promote nanti, dapat jugak menyumbang trafik kat korang..walaupun sedikit..insyaallah.. sebab kawan-kawan aku ni baik..rajin terjah orang..hehehe..

p/s : kenapa korang taknak tengok aku kurus? cukup-cukuplah goda aku dengan burger Mcd..

Ok..Dah pukul 12 malam..maka dengan ini..aku menutup promote blog secara rasminya.. hehehe...

Digelak sebab makan ikut sunnah Nabi

Assalamualaikum..


Tiap-tiap hari kita makan kan, lagi-lagi bila lapar, wajib makan tu..hehehe..
Aku tak nak cakap banyak-banyak.. Jom layan cerita aku kali ni.. *harap tak panjang lah ye*


Nama aku Jali, anak bongsu dalam 20 adik-beradik..*jangan tanya kenapa ramai sangat ye*. Disebabkan kami ramai, jadi bila sekali-sekala makan bersama, memang kecoh jadinya.. Ada juga adik-beradik aku yang tak berapa suka dengan cara aku, dorang kata aku tunjuk alim..err..abaikan saja..Satu malam, kami pakat makan bersama di ruang tamu.
Masa duduk makan, aku duduk cara Nabi Muhammad saw kita duduk (kalau tak tahu, tanya google).. terdengar pulak suara yang sound.
"Apahal kau duduk terkangkang tu? tak sopan lah!"
"Kau ni dah macam orang nak berlari je"
"tak baik lutut tinggi dari makanan."
" Ni duduk ke nak berak ni?"


Kena sound, lepas tu kena gelak lagi aku ni.. Disebabkan aku lelaki yang sabar, aku pun buat muka seposen je, terus basuh tangan dan berkumur-kumur sebelum makan. (Basuh tangan dan berkumur-kumur sebelum makan ni pun sunnah Nabi ye).

Aku pun baca doa sebelum makan, korang mesti dah tau kan.. bila nak suapkan nasi ke mulut, aku baca doa
“Bismillahiwa’ala barokatillah" *pendek je kan*
Lepas tu, aku pun makanlah guna 3 jari.. terdengar kakak aku berbunyi pulak.. Ish, tak senang aku nak makan tau.. sabar jelah..
"alahai...kenyang ke kau makan guna tiga jari je?"
" kenyang kak, anak cina tu guna 2 kayu je, elok jugak habis satu mangkuk kan.hehehe." jawab aku sambil gelak kecik.
Disebabkan aku guna 3 jari, lambat sikit la aku habis makan..adik-beradik aku yang lain, sekejap je dah licin pinggan..dahsyat betul! bila dah habis makan, aku pun terus jilat-jilat jari aku macam sunnah Nabi.
" Ish kau ni Jali, lucah betullah! Ada ke jilat-jilat jari"
" Betul tu, selekeh.. basuh jelah terus tangan tu.."
Aku pun jawab dengan tersengih-sengih kat dorang, "sedap hingga menjilat jari tau..."
Aku sebenarnya bukan taknak jawab, tapi tak guna berdebat masa makan kan, bila duduk-duduk sembang, aku pun keluarkan lah topik tadi.. Aku tanya kat dorang..
"Abang tau tak kenapa lembu makan rumput, kambing makan daun? "
"sebab dorang suka warna hijau! hahahah" Jawab abang aku yang sulung..
"Salah! hahaha... jawapannya sebab lembu tu lapar lah! hahahhahah.." jawab aku sambil gelak guling-guling.. aku dengar sunyi je keadaan, bila dah puas aku gelak..aku tengok dorang tengah pandang aku..Err..ok..aku tau jawapan aku tadi tak kelakar..pfft...
Aku pun menyambung.. "Penting makan dengan cara Nabi sebab hari-hari kita makan, bila kita tak ikut sunnah Nabi, serupa macam kambing dan lembu tadi..terus makan saje.. tapi kalau makan ikut sunnah Nabi saw, maka dikira ibadat."
Tamat~

Idea ni datang lepas aku baca entri di blog Fiizya aurora ..

p/s : jangan ajak aku makan burger Mcd..aku nak diet ni ok..hehehe..  psst.. vote kat sidebar tu tau..

5 perkara tentang Kotak Bulat

Assalamualaikum...
petang ni tangan aku terasa gatal nak menaip tentang diri aku sendiri.. *ada ke yang nak amik tau?*
Rasanya tak ramai yang tahu tentang siapa sebenarnya kotak bulat ni kan? aku bagitau 5 perkara tentang aku.. sekali-sekala entri pasal diri sendiri bolehkan?

1. Aku seorang perempuan dan pastinya bukan lelaki..  Umur aku baru 21 tahun ye.

2. Aku suka bercakap depan orang masa buat perbentangan assignment dan aku memang selalu nak bercakap lebih banyak dari orang lain.. erkk...

3. Aku memiliki tahap imiginasi yang terlebih luas.. sebab kawan-kawan aku selalu cakap, bila kitorang sembang-sembang hal-hal merapu..dan ternyata, aku paling merapu~ sebab tu entri aku banyak yang merapu jugak..

4. Aku sangat-sangat susah nak keluarkan duit untuk beli barang walaupun barang keperluan. Pernah dulu, pensilbox kain aku koyak teruk, aku try cari pensilbox baru kat kedai.. tapi bagi aku, harganya mahal sangat.. Jadi aku jahit balik pensilbox aku tu.. percaya tak? aku hanya berbelanja beli barang-barang bila keluar dengan family aku je. Kalau dengan kawan-kawan, aku pikir lebih 5kali kalau nak beli barang.

5. Aku sangat suka makan burger kat fast food..siapa nak belanja aku? err... tapi aku nak diet ni, tak boleh makan banyak-banyak~ lalala...

Ok, tu dia 5 perkara tentang aku..kalau aku letak banyak-banyak...bukan korang nak tahu pun kan... jadi kalau korang ada apa-apa lagi yang nak tahu tentang aku, boleh request ye..hahahah...

p/s : sila lah bagi pendapat tentang blog aku yang tak seberapa ni kat sidebar tu ye... kesian aku..sikit je yang vote.. hihihi....

Tip untuk elak dari mengumpat



Assalamualaikum... 
Selamat berehat di hari minggu.. Kelmarin aku ada kongsi cerita tentang kisah Si Kotak dan Si Bulat kan.. Keburukan fitnah dan mengumpat.. kalau korang belum baca cerita tu, aku alu-alukan korang baca dulu..

Hari ni aku nak kongsi tip untuk mengelak dari mengumpat..
mengumpat ni bukan cuma ada di kalangan perempuan saja tau, lelaki pun ada yang suka mengumpat.. Jadi aku nak kongsikan tip elak mengumpat. *serius*

1. Bila dah berkumpul dengan kawan-kawan, memang wajib rasanya ditambah dengan perencah mengumpat sebab baru perjumpaan tu jadi menyeronokan.. Macam mana nak elak? Ni yang aku nak bagi tips..masa dorang tengah syok nak mengumpat tu, korang buat-buat kena sawan sampai mengelupur kat lantai.. Haa..mesti dorang terus mengelabah nak selamatkan korang yang kena sawan ni kan, maka tak jadilah mereka nak terus mengumpat..

2. Bila yang mula mengumpat tu kawan baik kita sandiri macam mana?
"Meah, kau nak tau tak? anak kamal tu memang suka korek hidung, lepas tu dia rasa tahi hidung tu..ish, geli mak nyah!"
Bila situasi macam ni, korang kena jawab..
" Laaahh... Jenab, aku pun suka rasa tahi hidung aku sendiri ni.. kau tu pun aku tengok selalu korek hidung masa orang sibuk buat kerjakan.. sampai korek guna dua jari lagi tu.."
 reaksi Jenab... sentap lah..terus tak jadi nak mengumpat..jadi ceritakan keburukan korang sendiri bagi menggantikan cerita pasal keburukan orang lain tu.

3. Bila yang mula mengumpat tu senior atau orang yang lagi tua dari kita..
macam mana? kalau ditegur, dikata tak hormat pulakkan..
Meh aku ajar.. bila senior tu mula mengumpat..
" Dik Meah, hari tu aku nampak anak jiran kau naik moto dengan laki tau, siap peluk-peluk lagi..ish..apalah nak jadi dengan dia tu!"
Penting ni, jangan korang terus belasah dia tau!..kena tenang.. korang jawab..
" semoga dia menerima hidayah dan berubah..amin.."
jawab setiap umpatan tu dengan doa yang ikhlas, supaya senior kita tu sedar dengan sendirinya. try lah, memang berkesan.

4. Bila orang yang nak mengumpat tu ialah kita sendiri..macam mana?
 cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. kalau terasa nak mengumpat, kita mengumpat diri kita dulu ye.. 


p/s : apa yang baik tu, ambillah buat pedomen bersama..yang buruk tu, tinggalkan saja di blog ni dan bolehlah mengundi kat poll di sidebar tu ye.. hahahha.. err..

Aku perlu pendapat.. tolong~

Assalamualaikum.. harini aku terasa nak pendapat korang tentang blog aku ni.. Aku tak nak pulak syok sendiri layan blog sebab blog aku ni untuk semua baca, lagi-lagi family aku.. setiap kali aku tulis entri, aku akan desak-desak mak aku supaya baca entri aku..hahaha..

Aku teringin nak tahu pendapat jujur korang tentang blog aku.. *sebenarnya teringin nak gune benda alah ni*

Pendapat korang tentang blog KB
Blog ni best!
Boleh tahanlah
Suka entri blog ni
Benci entri blog ni
Tak Best!

  
pollcode.com free polls

Korang..korang kan baik...rajin.. sila la bagi pendapat ye.. kalau rasa tak rajin bagi pendapat kat entri ni.. tekan benda tu pun dah ok... *dalam hati kata, silalah bagi pendapat...*
Harap lepas ni dapat perbaiki lagi apa-apa yang kurang pada blog baru ni... bau kedai lagi blog ni tau..tak sampai dua bulan.. *blog takde dijual kat kedai ye*

p/s : Bolehkah??

Lagu popular zaman kanak-kanak

Assalamualaikum...
apa khabar kawan-kawan kotak bulat comel? Nampaknya hari ni aku kurang blogwalking.. takde masa nak menjenguk korang sebab terpaksa kena tolong adik aku ni buat kerja dia..  Sampai berdenyut-denyut kepala aku ni pasal nak siapkan kerja dia.. Ok, aku rasa dah nak menangis ni sebab kena buat kerja projek sekolah dia tu.

Eh, Bukan ni aku nak cerita sebenarnya.. aku nak cerita, tadi masa aku mandi *siap nak bagitau korangkan*, aku menyanyi-nyanyi lagu masa zaman kanan-kanak dulu.. korang mesti tau kan.. lagu ni di nyanyi masa main tampar-tampar tangan tu *lupe namanya*.


lagu 1
Assalamuaikum.
Kum apa kombat.
Bat apa batman.
Man apa mentol.
Tol apa tolak.
Lak apa lakse.
Se apa sepak.
Pak apa pakcik.
Cik apa cicak.
Cak apa cawan.
One apa one two three four five six seven eight nine ten.

POOMM!! *apa ntah yang dipommkan..*


Lagu 2.
Malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi..pi..pi..
topi yang koyak..yak..yak.. pak mat jual tempoyak..yak..yak.
tempoyak yang enak..nak..nak.. pak mat jual anak..nak.nak..
anak yang hilang..lang..lang.. pakmat jual gelang..lang..lang..
gelang yang patah..tah..tah..pakmat jual getah..tah..tah..
getah yang putus..tus..tus.. pakmat jual tikus..tkus..kus..
tikus yang mati..ti..ti.. pakmat jual roti..ti..ti.
err... sori..aku dah lupe..hahhaha..panjang sangat lagu ni..


Siapa yang tak tahu lagu ni, zaman kanak-kanak anda memang sungguh gelap..hahaa.. *jahat tol aku*
Aku teringat balik kenangan masa kecik-kecik dulu.. terasa pelik pun ada, macam mana aku yang masih kecik boleh hafal lagu ni? rasanya takde pulak aku kena menghadap lirik lagu ni untuk menghafalnya.. 
Seolah-olah lagu ni terus keluar dari mulut bila sampai masa nak main dengan kawan.. masa mula-mula tahu pasal lagu ni, aku hanya perlu dengar kawan aku nyanyi dua atau tiga kali, dan lepas tu dah boleh hafal.. otak kanak-kanak memang cergas kan..


Tapi kenapa sekarang nak hafal lagu-lagu yang biasa aku dengar kat radio, terasa amat susah nak menghafalnya walaupun dah tengok lirik.? hahhaa... apa pun tak boleh~


psst... lama tak nampak budak-budak sekarang main guli kan..


p/s: jangan lah korang unfollow aku disebabkan entri aku ni..

Jawapan kepada siapa Si dia

Assalamualaikum.. 
Akhirnya tamatlah pencarian siapa si dia tu.. tak sangka ramai yang berminat untuk meneka siapa si dia tu.. Mesti hidung si dia ni kembang macam dalam entri NI sebab ramai cari dia.. hahah..*eh..malu lah*


Aku sebenarnya buat benda ni bukan untuk menunjukkan kepoyoan aku.. macam yang MG komen..
"agak poyo pengakuan kau ni..hahaha"
Niat aku adalah untuk beri penghargaan kepada mereka yang berada dalam bloglist aku tu.. aku berharap dapat beri seciput trafik dan menambah kawan bagi korang yang tersenarai atau pun yang tak tersenarai..pada yang tak tersenarai.. jangan merajuk tau.. *bajet ada yang terasa hati*

Aku akan senaraikan calon-calon yang telah diteka oleh korang.. dan aku pasti korang ada sebab yang best kenapa korang meneka mereka kan.. sebab blog dorang ni best.. blog korang pun best...

1. http://teamoer.blogspot.com/
myhatiku

2. arituarini.blogspot.com
- Syuxer
-EiZaRaZiErYa
-Khairil
-harrazdani
-syira
-...Minah BluR...

3. zulxocraxme.blogspot.com
-selendang merah
-sergeant keroro

4. http://aremieroul.blogspot.com/
aremieroul


5. syuxermelankolia.blogspot.com
nurAMALLINA

6. harrazdani.blogspot.com
- GaRy™

7. kokserkokdam.blogspot.com
Bui Idzra Ryn
-bungaitucantik

8. http://stereokomono.blogspot.com/
- sj

9. http://yana4eva-bungacantik.blogspot.com/
aidamohdnazib

Ramai jugak yang di pilih ye.. Meh aku umumkan..


Ini lah blog yang aku maksudkan.. hahaha..sesungguhnya tak sangka ramai yang dapat meneka..wah~ kebanyakan yang berjaya meneka ialah geng cuak pakcik arul ni.. err...apakah?
...Minah BluR...
Kalau korang perasan, blog dia ni ada kat sidebar aku tu, tapi tempat special sikit..hahaha.. tempat special tu untuk dia dan sifu aku, Bunga itu cantik.. Aku suka blog ni sebab bila aku baca entri dia, mesti aku tergelak walaupun entri serius.. sebab tagline Cuak tu.. lain dari yang lain...
Jadi macam aku janjikan.. aku letakkan korang di tepi sidebar tu selama seminggu.. 

p/s : jatuh cinta tu, bukan jatuh cinta kat tuan empunya blog tau! tapi kat blog tu...

Kenapa orang boleh Unfollow?



Assalamualaikum...

sebelum aku mula membebel.. ketahuilah..aku menulis bukan kerana nama..lalala~ (lagu ramli sarip)
Aku rasa sejak kebelakangan ni aku perasan ada 2 ke 3 orang da unfollow aku..Macam mana aku tau? Adakah kerana aku mempunyai kepekaan yang tinggi? huh.. dah tentulah tak..
Aku perasan ada orang unfollow aku.. bila aku tengok bilangan follower yang baru saja naik tiba-tiba berkurang satu dalam masa tak lebih sejam..

Mungkin ada kekurangan pada blog aku..sebab tu dia unfollow..tapi buat apa follow kalau nak unfollow? kalau yang dah lama follow tu,aku pahamlah..mungkin blog aku banyak kekurangan..tapi..kalau kau baru follow tak sampai sejam, tinggal jejak je lak tu.."hit me back!" .. pastu aku tengok kau dah unfollow..

Bila ada orang baik hati follow aku, dengan pantasnya aku akan terus guling-guling pergi ke blog tu..
Jadi aku nak cakap pada yang unfollow aku atau yang bakal unfollow aku.. *menaip sambil kesat air mata*

Bila aku datang untuk pertama kali kat blog kau tu, percayalah aku akan segera baca entri terbaru dari kau sebelum aku tekan button follow..
tapi ada sesuatu yang menghalang aku dari follow kau..

Entri pertama kau pasal kau berjalan dengan kekasih kat taman bunga.. kau cerita kat entri tu yang kau merajuk dengan dia sebab dia taknak korekkan hidung kau..lepas tu dia pujuk kau gak dengan bagi kau korek hidung dia..
Reaksi aku bila baca?

Apa yang aku patut balas pada entri macam ni? adakah?
"sweetnya korang korek hidung~" err...tak mungkin..

tapi aku tak kejam..aku cari entri sebelumnya..
Pendek je entri kau yang ni.. kau tulis..
"bb, i sayang kat u selamanya.. u jangan lah marah i lagi... i sayang kat u cangat-cangat..
demi cinta kita, i sanggup terjun dan tersepit kat tepi bangunan.."

reaksi aku?


Maaf lah...aku tak sanggup nak baca lagi entri-entri kau yang lain...

entri kau yang ntah apa-apa..asyik-asyik pasal si dia..ditambah dengan macam-macam widget kat blog kau tu.. aku rasa kau dah boleh buat pameran widget kat blog kau..

bagi sestengah blogger, mesti akan cakap..
" kau follow je lah dia..pastu tak yah lah datang lagi.."


Kalau aku nak buat macam ni, memang boleh..tapi maaflah.. aku suka pergi ke blog yang aku dah follow.. jadi aku takut kalau entri cinta kau keluar kat dashboard aku, dan aku terpergi blog kau..aku takut aku tak dapat kawal diri dari unfollow kau..

sesungguhnya unfollow itu lebih menyakitkan dari takde orang follow.. 


p/s : maaf atas kata-kata yang kasar..kata-kata yang kasar ini terkeluar mungkin akibat aku baru lepas makan ayam percik..*eh..ada kaitan ke?*

Kisah SI Kotak dan Si Bulat



Assalamualaikum...

hari ni nampaknya ramai yang buat Funny Friday.. disebabkan aku tak pandai buat, jadi hari ni aku nak cerita pendek je.. *sejak kebelakangan ni entri aku panjang berjela kan*


Kotak dan bulat dah lama bercinta.. sejak 5 tahun yang lalu.. tapi akhirnya mereka berpisah kerana bulat tak tahan dengan perangai Kotak yang suka marah-marah. Kotak berdendam dengan bulat sebab bulat tinggalkan kotak, lalu dia pun menyebarkan fitnah kepada kawan-kawan nya tentang bulat.

Kotak : Wei Syuxer (kawan kotak), kau nak tahu tak? dulu aku couple dengan Bulat, dia pernah bagitau aku yang dia dah tak suci lagi tau tak!
 Syuxer : yeke? ish, tak sangka aku.. aku ingat dia tu baik..
Kotak : Dia saje je nak sorok sebab malu orang lain tahu hal ni.
Maka si Syuxer pun bercerita pulak kepada Zie (girlfriend Syuxer ), Kemudian Zie yang memang tak dapat menahan dirinya untuk mengumpat, dia pun bercerita kepada Fahmi (skandal cinta Zie). Fahmi pulak bercerita dengan Jirannya iaitu Pakcik Arul yang turut kenal dengan keluarga Bulat. Terkejut dengan berita ni, maka pakcik arul pun bertanya kepada Pakcik Khairil ( bapa kepada Bulat)
Pakcik Arul : betul ke anak kau dah tak suci? kecoh dah hal ni kat taman perumahan kita ni.
Pakcik khairil terkejut dengan berita yang disampaikan, dia berasa malu yang amat. Disebabkan menerima tekanan yang kuat, pakcik khairil pun dimasukkan ke Hospital Gila selepas disahkan mengalami kejutan mental.

Kotak akhirnya mendapat tahu yang pakcik khairil telah gila selepas mendengar berita yang disebarkannya, lalu dia menyesal dan pergi berjumpa dengan Bulat.
Kotak : Bulat, aku minta maaf sebab buat fitnah pasal kau. Aku tak sangka sebab hal ni ayah kau jadi gila. Maafkan aku bulat..
Bulat : aku boleh maafkan kau dengan syarat.
Kotak : Apa syaratnya? aku sanggup buat..
Bulat : aku nak ko cari seguni kekabu (isi bantal) dan bawa ke sini.
Kotak pun mencari seguni kekabu dan bawakan nya kepada Bulat.
Kotak : Nah kekabunya, jadi kau maafkan aku? 
Bulat : belum lagi. Sekarang kau pergi ke puncak bukit.. kau buangkan kekabu ni sampai berterbangan memenuhi seleruh kawasan bukit tu.
Maka Kotak pun pergi ke puncak bukit yang tinggi dan menebarkan kekabu itu dan melihatnya berterbangan di awangan. Dengan perasaan gembira, Kotak pergi berjumpa Bulat sambil membawa sarung guni tersebut untuk dijadikan bukti. Dia pasti kali ini pasti Bulat akan memaafkan dia.
Kotak: aku dah buat seperti yang kau suruh, jadi sekarang kau sudah maafkan aku.?
Bulat : Ada satu lagi yang kau perlu lakukan.. dan kali ini aku akan maafkan kau kalau kau berjaya.
Kotak : Apa dia?
Bulat : Aku nak kau kutip semula kesemua kekabu yang dah kau sebarkan dari puncak bukit tadi! 
Bulat terduduk dan menangis..

kesimpulan cerita, sesungguhnya fitnah itu sungguh menyakitkan dan berbisa..ia sukar disembuhkan walau dengan apa pun.. Mengumpat itu pula umpama makan daging saudara seagama dan lebih berdosa dari berzina!

p/s : jangan marah aku masukkan korang dalam watak cerita ni.. hehehe... mereka yang terlibat diambil dari Pengomen terbaik.. hehehe..
Er.. entri aku tetap panjang jugak kan.. sorry lah.. huu.. Jom join mencari siapa si dia..tarikh tutup pukul 11.59 mlm ni tau.

Sumber

Jom Mencari siapa Si DIA



Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku pendam cinta yang tak kesampaian ini, akhirnya aku beranikan diri untuk meluahkan rasa ini kepada si dia.. *err.. ayat tak boleh blah*
Dalam satu entri dulu, aku ada ceritakan 3 tanda jatuh cinta dengan blogger . Kat dalam entri ni jugak aku ada nyatakan yang hati aku dah terpaut pada satu blog ni..
paling tak disangka, kawan rapat dunia blog aku iaitu Zie, sanggup buat entri untuk mencari si dia yang dapat memikat hati aku ini.. Jom baca entri tu kat SINI..

Sebenarnya aku dah luahkan isi hati aku tu kepada si dia.. dah lama dah aku luahkan..tapi dia je yang tak pernah nak percaya.. erkk.. Semalam baru nak percaya.. ape punya slow la dia tu... *marah dia ni kang kalau baca*

Akhirnya cinta blog aku tak bertepuk sebelah tangan bila dia pun turut jatuh cinta pada blog aku! *macam dalam drama lah pulak* 
Aku masih segan nak umumkan cinta kami.. *poyo gila ayat*
Jadi aku nak wat satu aktiviti.. iaitu, mencari siapa Si Dia tu.. amacam? nak join? *takde lah ni yang nak join..*
Aku senaraikan bloglist mereka VIP.. mereka-mereka ni memang special dalam hati aku.. tapi antara mereka, ada satu yang betul-betul special..hahhaa..

 Korang rajinkan.. cuba cari dia di antara mereka semua ni.. korang pun boleh sambil menyelam minum air.. dapat tambah kawan kan..


Peh, penat betul nak senaraikan semua ni..
sesiapa yang dapat mencari si Dia.. aku akan letak blognya dia bahagian bawah Menu kat tepi sidebar tu selama seminggu.. Ok?

Tak payah buat entri dan yang berkaitan dengannya tu.. korang just tinggalkan komen kt sini selepas pergi melawat ke semua blog di atas..
tarikh tutup pencarian.. pukul 11.59 malam pada 24.6.2011

P/s : kepada yang berkenaan..sila jangan jealous yaa...

Kenapa hidung kembang bila dipuji?

Assalamualaikum..

" Eh, aku tengok kau ni makin cantik lah sekarang.. "
" Yeke? hihihi...biasa je lah,mana ada cantik.. " tersipu-sipu
" Haa.. kembang hidung tu bila kena puji "

Kenapa bila dipuji, sering dikaitkan dengan hidung? kenapa tak telinga?
"haa..kembanglah telinga tu kena puji..." *tak pernah dengar ayat ni*
Korang mesti nak tahu sebabnya kan.. meh aku bagitau..

Bila kena puji, bibir kita secara automatik nak mengukirkan senyuman sampai ke telinga tapi kita pulak takut nak senyum sampai ke telinga sebab nanti dikata suka sangat bila dipuji kan.. Jadi kita cuba menahan riak muka kita dari tersenyum dengan selebar-lebarnya.. betul tak?
Bila kita menahan bibir kita dari tersenyum, otot-otot muka mula mengalihkan respon itu kepada organ yang berhampiran dengan bibir iaitu Hidung! otak mengeluarkan arahan menyuruh hidung kita tersenyum.. tapi hidung tak boleh senyum, sebab tu dia kembang je.. hahahah...

Ni aku nak cerita hal lain pulak...
Semalam sebelum aku tidur, aku teringin makan nasi lemak tapi takut bila bangun tidur nanti terlupa, jadi aku buat nota khas untuk parent aku..

Tak nampak? aku tulis..
Suruh baba belikan nasi lemak tau,
nak makan. Yang kat depan hospital tu..
                 sekian,
                        Anakmu yang comel
Jadi aku dapat lah makan nasi lemak harini.. hihi.. tengah best aku makan, bapak aku datang.. dia kata..
"Ada ke kau tulis nota kat atas kad kahwin orang ni.. Nanti nak guna tau tak sampul ni.."
reaksi aku.. sengih je la..haha.. *padan muka aku*


kesimpulan.. jangan seberangan main capai je untuk tulis note yang panjang-panjang ye.. pastikan tu betul-betul kertas.


p/s : janganlah korang percaya sangat teori saintifik yang aku tulis tu tau, aku ni pelajar mekanikal..bukan pelajar sains tau..

Sudah Bertukar Wajah~

Assalamualaikum...
Korang perasan tak sesuatu yang berlainan dalam blog ni?
Tak perasan??
Janganlah kecikkan hati aku...





Aku nak bagitau blog aku dah berubah wajah sepenuhnya!
Terima kasih kepada Mish Apple Punya belog sebab sudi edit blog ni dengan percuma..
Sebab apa dia edit secara percuma? sebab aku bertuah malam ni masa kunjung ke blog dia.. hahaha
Blog dia ada jugak terima tempahan edit blog dan buat header.. kalau berminat, boleh hubungi Mish Apple.. 


Amacam? Cantik tak ?
Entri ni khas untuk aku berlagak memberitahu yang aku sangat berterima kasih sebab sudi edit blog ni..

Aku nak selitkan jugak..
Aku ada terbaca di satu blog *tak ingat blog mana*.. Betul ke blog yang entri-entrinya tak menambah pengetahuan ilmu si pembaca adalah blog sampah??
err... sampah ke blog aku ni..? *ni yang sedih gila ni*








P/s : sampah..sampah..menyampah... *emo*

Di sebalik Wordless Wednesday

Assalamualaikum...
 Korang tahu kan hari ni Wordless Wednesday..
Tapi korang tahu tak apa yang terjadi disebalik Wordless Wednesday?
*baca dari kanan ke kiri ye*


P/s : sori la tak cantik..sebab first time wat..hahah.. aku takde idea lah nak buat Wordless Wednesday.. sangat-sangat jeles kat korang...


Aku di nilai sebab rupa aku?

Assalamualaikum.. 


Aku suka bercerita tapi aku lagi suka korang baca cerita aku.. hihihi.. Satu lagi kisah yang aku ingin kongsikan..

Aku seorang yang pendiam dan lebih suka buat hal sendiri. Aku tak ramai kawan pun, aku cuma ada sorang je kawan, Zizah. Zizah ni jiran aku dan juga merangkap kawan aku sejak sekolah rendah lagi. Kat mana ada dia, mesti ada aku, tapi perangai dia dengan aku jauh beza sebab dia ni memang peramah, pandai, cantik pulak tu. Bila dah ada pakej lengkap macam ni, ramai lah yang suka berkawan dengan dia kan. Tapi aku takde pun jealous kat dia sebab dia kan kawan baik aku.

Aku jadi rapat dengan dia sebab kitaorang macam kembar.. suka benda yang sama, hobi yang sama..tapi masalahnya kitaorang suka lelaki yang sama! Nama budak tu Fami, dia ni memang buat semua perempuan kat sekolah ni cairlah! hensem gila! fami ni tak suka bercinta kat sekolah, memang aku suka sangat jenis yang  macam ni! *gatal plak aku ni*

Zizah dah lama cakap yang dia minat Fami ni, aku pun buat-buat macam aku takde perasaan jelah kat mamat tu.  Satu ari tu, agaknya memang rezeki kawan aku, dia dapat jawatan penolong pengerusi kelab permainan guli dan si fami ni pulak jadi pengerusi, jadi selalulah mereka berhubung dan berjumpa atas alasan urusan kelab guli. Aku mula-mula terasa cemburu jugaklah sebab aku betul-betul minat fami ni, siap aku potong gambar dia kat majalah sekolah tau, pastu letak kat diari. Bila dorang makin rapat, aku buat-buat tumpang happy dengan kegembiraan kawan aku tu sedangkan dalam hati rasa macam nak tikam-tikam je kawan aku tu.
Err..Ini imiginasi aku jelah~ aku takkan makan kawan punya..aku manyak baik punya olang maa...
Aku terus minat dia dalam diam, sampailah satu hari terkantoi masa Zizah datang lepak kat bilik aku, dia terjumpa diari aku! Peh! terus dia marah aku sebab dia kata aku tikam dari belakang. Waktu tu ada gak aku terpikir.."Err.. mana dia tau aku pernah imagine tikam dia?"

Marah betul dia malam tu, tapi aku cuba terangkan kat dia, dia yang taknak dengar.
" Aku tak pernah bagitahu fami pun pasal hal ni" jawab aku tersekat-sekat
" Tipu! Hei, sedarlah sikit diri kau tu sapa! kau ingat fami tu nak kat kau? dahlah muka tak lawa! ada hati pulak nak suka fami? cermin lah diri kau tu!" 
tersentap hati aku dengar sampai terkedu terus..
" Kau bukan lagi kawan aku! aku takde kawan hodoh macam kau yang tak tahu malu!" Marah dia lagi pastu terus balik ke rumah.

Sejak hari tu aku dah tak jumpa dia, lagi-lagi pulak dia dah berpindah rumah, 5 tahun dah berlalu.. sekolah aku dulu buat reunion, aku jumpa dia akhirnya.
"Zizah, ingat aku lagi tak?" Aku terus aje tegur dia.
" Eh, kau rupanya.. ingat aje, mana aku boleh lupa kat kau." hambar je suara dia. Hampeh betul! aku tegur elok-elok kan.
" kau datang sorang je ke? Husband mana?" aku still sabar..
" aku belum kahwin lagi, datang sorang je la..kau pulak?"
"aku dah kahwin dah.." aku terus panggil suami aku..
"Hah? Fami??! Kau kahwin dengan dia?" terjerit dia bila fami datang lepas aku panggil
"Jodoh pertemuan ajal maut ditangan Allah kan."

Tamat!

 lalala~ kesimpulan... jangan merendah-rendahkan orang lain walaupun kita punya kelebihan yang lebih dari dia.. Masa depan tak siapa yang tahu kan..

P/s : panjang lagi cerita aku ni kan..

Harrazdani ajak masuk bloglist

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, ramai nampaknya yang buat pencarian bloglist, contest, dan macam-macam lagi. Memang tergerak hati nak join semua. tapi blog aku ni bukan blog untuk join semua tu..Nanti korang pakat-pakat taknak datang sini lagi pulak kang.. Jadi aku dah tetapkan pendirian sejak awal bulan Jun ni.. iaitu aku hanya akan join sesuatu yang aku rasakan berbaloi..
Macam mana yang dikira berbaloi tu? Adalah... aku je yang tahu.. hahaha.. 


senaraikan tiga sebab pentingnya bloglist, 
  1. Kalau malas nak bukak dashboard atau log in, blogwalking je guna bloglist yang ada.
  2. Tak ketinggalan entri-entri yang terbaru dari rakan memandangkan list di dashboard sangat laju turunnya.. kih kih kih  (tiru gelak pakcik arul yang selalu ditiru HD)
  3. Boleh jadi pembaca tegar blog-blog yang terdapat dalam bloglist.


3 Sebab kenapa nak duduk dalam bloglist harrazdani.
  1.  Sebab dah lama berharap teringinnnn.... *malu gila*
  2. Aku suka pergi blog dia.. err... tiap-tiap hari wajib pergi.. lalala~
  3.  Nak dia jadi pembaca tegar aku... *wat muka takde perasaan, mata pandang atas*


Aku sarankan korang join sebab berbaloi-baloi... tarikh tutup bila sampai 20 orang..
lupe lak..awak dari bloglist kotak bulat, saya tukarkan ke mereka VIP..

p/s : Follower aku dah 700+.. Alhamdulillah..terima kasih atas sokongan korang selama nak dekat 2bulan blog aku ni.. jadi meh kita tengok..siapa follower ke 700 aku.. klik sini