Jangan nak merajuk sangat

Assalamualaikum.. korang ada kawan yang suka merajuk? aku ada..
Milah (bukan nama sebenar) suka sangat merajuk dengan aku dan kawan-kawan lain, bila tersalah cakap sikit, merajuk.. tergurau lebih sikit, merajuk.. tu je lah kerjanya..merajuk! Biasanya orang merajuk dengan kekasih saja, tapi milah ni pulak merajuk dengan kawan-kawan dia.
Nasib baik kawannya baik (aku lah tu), sanggup tahan hati setiap kali dia merajuk ,siap mintak maaf lagi kalau ada tersilap kata. 

Kadang-kadang rajuknya sekejap je tapi kalau waktu datang bulan, dalam sehari rasanya lebih 5 kali dia merajuk dengan aku. Aku ni suka menyakat kawan-kawan tapi dia cepat terasa hati sampaikan orang lain pun sakit hati dengan perangai kuat merajuk dia ni.
Aku paham kalau orang perempuan yang tengah datang bulan ni emosinya tak stabil, cepat marah dan kadang-kadang ada yang akan menangis tiba-tiba tapi biar berpada-pada kan. Pernah satu hari, milah ni merajuk dan dia kata.
"aku tak sabar nak habis belajar ni, tak nak dah jumpa korang semua. Aku nak lupakan semua kat sini"
korang rasa aku sebagai kawan dia, apa perasaan aku? terguris lah beb! bila kawan sendiri tak nak kita hidup dalam ingatan dia..
Merajuk ni ada baik dan buruknya ya.. kalau sekali-sekala, ada manisnya tapi kalau selalu, datanglah bencinya nanti.. Korang suka kawan merajuk dengan korang? tak suka kan.. jadi janganlah merajuk dengan orang lain! ikhlaskan hati memaafkan kalau kawan ada terlepas kata atau terguriskan hati korang. Kalau sakit hati sangat, bagitau dia depan-depan, bukannya dengan cara diamkan diri tak bertegur berhari-hari ok.

p/s : ada orang yang akan terasa dengan entri ni kan...

Resepi Puding kastard cocktail berkuah

Betul ke namanya puding kastard cocktail berkuah? hentam sajalah...hehehe.. Hari ni nak kongsi resepi pulak sebab makanan ni senang gila nak buat! Jadi sesuai sangat untuk dijadikan menu berbuka puasa esok.
Jom tengok resepi..

bahan untuk puding kastad 
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan santan
- 4 cawan air
- 6 sudu besar gula. (aku taknak manis sangat sebab kuah da manis)

bahan untuk kuah
- 1 tin susu cair (boleh gantikan dengan santan cair)
- 2 sudu  besar gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar tepung kastard  (untuk pekatkan kuah)
- 1 tin cocktail

cara buat puding kastard.
- masukkan semua bahan-bahan dan gaul sebati dengan api sederhana sampai jadi pekat dan melekat.
- siap! masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

cara buat kuah
- masukkan semua susu cair, gula, esen vanila dan tepung kastard.
- gaul sebati dan masukkan cocktail ikut banyak mana yang korang suka (masukkan air cocktail sekali,baru manis)
- gunakan api sederhana dan tak perlu sehingga mendidih, cukup sampai gula hancur saja
- biarkan sejuk.

Senang kan? ini rupa yang aku dah buat..
resepi ni senang gila sampai aku dah buat dua kali semalam.. semua family aku suka makan, kejap je dah habis.  Peh, ini pertama kali aku share resepi.. baik korang buat. kalau tak, aku taknak share resepi lagi.. (ugut)
ok, selamat menyambut ramadhan ye kawan-kawan..

p/s : gelak guling-guling bila ayah aku cakap.. "tanjat boboii~"  hahahhaa....

Musim tukar template?

Assalamualaikum..
aku rasa kan sekarang ni musim tukar template blog kan..
sebab aku tengok ramai blogger asyik tukar-tukar template blog..
aku pun lebih kurang sama je. dalam dua hari ni, asyik tukar je.

aku terus tukar selagi aku tak dapat ringankan blog aku ni..
orang kata pilih template yang sedia ada lebih ringan jadi aku pun cari template yang sesuai tadi..
malangnya, semua aku rasakan tak berkenan di hati..
Ada yang terlalu serabut, tapi ada pulak yang terlalu suram.
Jadi aku tekad buat sendiri tapi nak buat yang ringan!

Bila aku dan godeh-godeh blog ni,
Serius aku tak dapat menahan diri dari menambah macam-macam widget.. hahaha
Tapi aku control perasaan dan hanya tambah widget yang perlu je.
widget yang aku rasa patut ada ialah

  • blog archive
  • follower box
  • fan page
  • bloglist
  • prestasi blog (untuk rujukan aku sendiri)
  • shoutbox (aku dah sorok kat page lain)
Itu je yang aku rasa patut ada dalam blog bagi elak blog jadi berat.. 
Kenapa aku beria-ria nak ringankan blog?
adoiyai.. kena jawab ke? sebab aku guna broadband.. bosan gila tunggu blog aku loading.. lembap!


p/s : Sejujurnya aku sangat-sangat jealous++  dengan blog yang ringan! apa rahsia anda ye..

Helmet atau gaya lagi penting?

Assalamualaikum..
Helmet atau gaya lagi penting? korang rasa yang mana?
Sambil layan hindustan ni, aku terasa rajin pulak nak buat entri.. ingatkan nak buat entri pagi tadi tapi tak sempat sebab editkan blog arulchelsea.. hehehe..

Korang pernah tak tengok penunggang motor pakai helmet? ish, memang semua yang naik motor kena pakai helmet tapi korang tengok tak kebanyakan pakai helmet apa?
Aku selalu tengok orang pakai helmet yang agak besar dari kepala.. kiranya kalau dia nak pusing kepala ke kanan. helmet dia dah pusing ke kanan dulu.. hahahaa..

Perlu ke bergaya masa menunggang motor? aku pernah digelakkan oleh kawan sebab helmet aku tebal dan besar. Kata mereka, perempuan nampak lebih bergaya kalau pakai yang setengah je dan longgar sikit.
Tapi bagi aku yang pernah alami kemalangan motor, tak mungkin aku sanggup pertaruhkan nyawa aku semata-mata untuk nampak bergaya.
Betul.. aku tak kisah kalau aku nampak kelakar bila pakai helmet sebab helmet ini tujuan dia direka ialah untuk melindungi kepala. Jadi mana yang penting? keselamatan atau gaya?
Ikutkan hati, aku nak pakai yang cantik dan comel macam helmet ni, comel gila!
Kesimpulannya, kalau korang nak pilih helmet, utamakan ciri-ciri keselamatan dulu.. lagipun sekarang ni banyak warna helmet yang cantik-cantik kan.. banyak pilihan..
Nampak muka aku yang tengah tersengih tu? hahahah... sila jangan muntah..

p/s : aku nak sambung buat assignment yang tertangguh

WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? | SEGMEN CIKGU WAN

Assalamualaikum dan selamat malam..
Izinkan saya memulakan bicara, saya ingin menyentuh kepada isi utama iaitu WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN atau dalam bahasa baku melayu membawa maksud perlukah seseorang membalas setiap komen yang diterima?
ok, tak nak guna ayat skema..
Jawapan aku pada soalan wajib reply ke semua komen ialah tak wajib.
Aku akan terangkan sebab pemilihan jawapan aku..
Pada mula ada blog aku hanya dapat tak sampai 10 komen untuk satu entri dan aku akan balas setiap komen walaupun dengan tulis "hahaha". Bayangkan 10 komen dari korang, aku akan balas 10 jugak komen jadi entri aku akan nampak macam ada 20 komen sedangkan yang setengah darinya aku yang komen. Aku rasa itu juga salah satu sebab sesetengah blogger membalas semua komen pada entri mereka sendiri. Untuk menampakkan entri mereka banyak komen. Betul?

Bila ada blogger yang mengajukan pertanyaan pada aku tentang sesuatu kemusykilan yang berkaitan dengan entri aku, aku akan balas terus padanya.
Persoalan disini.. bukankah aku boleh balas jawapan di komen aku sendiri sebab sekiranya orang tu bertanyakan soalan, pasti dia akan datang membaca semula.
Jawapan aku pada persoalan ini,
aku sering bertanyakan soalan pada entri blogger lain tapi adalah 90% aku akan lupa tentang soalan tu atau pun aku lupa blog mana yang aku bertanya. Jadi aku akan hargai sekiranya tuan blog berkunjung sekejap ke blog aku untuk memberi jawapan secara terus kepada aku.

Adakah blogger yang tidak membalas komen bererti mereka tak membaca komen yang diberi?
bagi aku setiap blogger pasti akan membaca setiap komen yang diterima kerana itu merupakan tindakbalas pembaca tentang apa yang ditulis. Tak perlu lihat jauh, lihat dalam diri korang sendiri. Korang baca tak semua komen yang korang dapat?

Aku jugak tak dapat balas kesemua komen kalau aku tak punya banyak masa jadi aku akan utamakan komen yang benar-benar memerlukan jawapan dari aku. Bukan semua blogger mengadap blog 24jam, lagi-lagi untuk mereka yang sibuk dengan tanggungjawab lain. Jadi jangan berkecil hati sekiranya aku tak dapat balas setiap komen ye..

jadi aku simpulkan, kita tak wajib balas semua komen tapi adalah digalakkan kita membalas kunjungan orang yang meninggalkan komen..




p/s : selama ni aku hanya jadi silent reader cikgu wan, hari ni aku kongsikan pendapat.. hehehe

Panggilan Dari Hantu

Assalamualaikum...
Aku nak cerita yang pernah aku dapat panggilan dari Hantu! Percaya tak?

Benda ni dah setahun jadi tapi tiba-tiba teringat balik jadi aku nak kongsi cerita.
Pada hari tu dah pukul 12.00 tengah malam dan aku memang tengah syok tidur. Tiba-tiba handpone aku berbunyi, ada  orang call. Rupanya kawan aku Milah *bukan nama sebenar* yang call.
Aku   : hello, nak apa telepon tengah malam ni?
Milah : aku bosanlah, aku ada benda nak cerita ni.
aku    : esok kan boleh cerita. Esok je lah ye
Milah : aku nak cerita malam ni jugak
aku    : ikut kau la~
Jadi milah pun bercerita macam-macam.. bla..bla.. lepas 10 minit, talian terputus jadi aku terus tidur.. dia takde kredit agaknya..
Esoknya aku lepak dengan milah kat kelas dan macam biasa dia bercerita tak henti-henti kat aku pasal hidup dia. Peliknya, Dia cerita benda yang sama yang dia cerita kat aku tengah malam tadi.
Aku   : milah, kan kau dah cerita kat aku malam tadi.. tak payah lah cerita benda yang sama.
Milah : Hah?! bila pulak aku call kau? (muka terkejut gila)
aku    : buat-buat lupa pulak, yang kau kacau aku tidur tengah-tengah malam tu apa? macam tak   boleh tunggu pagi baru nak cerita kan.
Milah : Gila apa kau ni? aku tidur pukul 10 lah! buat apa aku nak cerita dengan kau tengah-tengah malam. harini kan aku boleh cerita, membazir je bergayut dengan kau la.
Aku   : Errr.. kalau bukan kau, siapa yang telepon aku tu? (muka dah lain ni)
Milah : mana aku tau.. kau mimpi tu..
muka aku dah pucat.. hantu ke yang telepon aku?

Lepas tengok aku gelabah.. Milah gelak guling-guling sebab berjaya kenakan aku! ppfftt~ i hate u friend~

p/s: lepas kejadian tu, aku kenakan kawan aku yang lain pulak..hahahha.. serius..benda ni tak gagal.. try la..

Segmen Sepit:Aku Suka Kau

Assalamualaikum... selamat petang..
Aku sebenarnya dari pagi tadi sibuk ubahsuai blog aku ni..lagi.. emm...ok,lagi.. baru tukar minggu lepas, tapi aku rasa berat jadi aku ubah lagi.. malangnya tetap berat.. aku tak tau nak buang apa..huh! benci!

Ok, balik pada tajuk.. aku nak join segmen sulung Cik Ipa, terima kasih sebab tag aku untuk join dan kalau tak tag pun, memang aku join jugak..


Seterusnya letak gambar yang aku suka ye..

 gambar orang yang aku suka!
aku ada anak yang comel.. 
orang kata nak tahu mak dia comel ke tak, kena tengok pada anak dia..(aku yang kata) 
 kalau anak comel, mak dia harus 10 kali lagi comel..
ni anak aku..
huh! kan aku dah kata memang comel.. 
jadi kesimpulannya..
anak aku comel kan.. maknanya aku ni?  10 kali lagi comel lahh... hahahha...

seterusnya.. kenapa suka blog Ipa?
Aku ni jujur orangnya jadi aku taknak membodek.. ehemm... 
aku selalu singgah blog ni memandangkan blog ni ada dalam bloglist mereka VIP dan tuannya memang peramah.. blog memang ringan je jadi aku tak tertekan pun bila nak masuk ke blog ni. Dari segi entri pulak, aku memang suka baca entri yang membahasakan diri sebagai 'aku' sebab terasa macam aku sendiri yang menulis. hehehe.. ok, tu saja lah pendapat aku..

akhir sekali.. kena tag dua orang..
errr... aku tag korang semua... senang dan adil.. 

p/s : maaf sebab aku lebih suka panda dari artis dan gambar kenalan dekat, tak dapat dimasukkan..hehhehe..


Suka kau follow aku

Assalamualaikum..
Sejak hari aku pertama aku ada blog ni, aku perasan sesuatu..
bila orang ni follow blog korang, aku tengok korang macam nak buat kenduri.. siap buat entri penghargaan lagi.. hehehe..
mula-mula dulu aku pelik, apa yang menggembirakan kalau dia follow?
tapi aku rasa mungkin sebab dia blogger berpengaruh dalam alam maya ni kot dan selalu promote blog yang dia follow..

Korang nak tau tak?
masa dua bulan lepas, tak banyak blog yang aku follow akan follow aku balik.. tak tahu kenapa, mungkin bagi dia tak seronok agaknya follow blog baru kot.
Sejak dua menjak ni, ada dua tiga orang blogger yang dah lama aku follow (antara terawal aku follow), datang follow aku walaupun aku dah tak singgah blog dia sejak sekian lama.. Pelik! dulu masa aku selalu datang blog kau..tak nak pulak kau follow aku..

Disebabkan aku jahat, maka aku kata dalam hati..
"dulu aku masa aku follow kau, kau tak follow balik pun~ sekarang baru nak follow kan"
Err..aku tak amalkan konsep i follow u, u follow me back, tapi follow la me.. lalala~ *iish, gurau je la*
Aku suka orang yang tak sombong walaupun dah naik..

p/s : Berapa tahun agaknya ye aku kena tunggu sampai ada orang buat entri sebab aku follow dia..~


Beralih iklan lain?

Assalamualaikum...
selamat malam? esok aku dah balik rumah aku sebab hari jumaat dah takde kelas..Huh! best gila dapat relax selepas seminggu yang sangat-sangat menyerabutkan kepala hotak aku ni.. otak aku dah letih dan perlukan rehat jugak sekali sekala kan.. lalala~

Aku sebenarnya baru perasan yang rupanya ada macam-macam jenis iklan lain selain nuffnang kan.. ada nuffnang, mangga ads, innity, advertlets, churp-churp dan heartbeat.

tapi aku hanya tau dua je..

- nuffnang
- heartbeat

Jangan salahkan aku sebab lambat tahu pasal jenis-jenis iklan ni, aku memang malas nak cari maklumat pasal iklan untuk blog.. tapi bila aku baca entri Freaky tadi pasal innity, baru aku tergerak hati nak ambil tahu hal ni.. malangnya masih banyak jugak yang aku tak tau walaupun aku dah cuba ambil tahu..

Sebelum ni aku ada pakai  heartbeat, tapi aku dah buang sebab macam menyemak tapi income tak sampai singgit pun walaupun ramai yang klik iklan tu.. jadi berapa tahun baru aku boleh dapat rm10? 
Tak dapat duit dan menyemakkan blog aku je, jadi aku buang.

Apa yang aku baca, ramai beralih dari nuffnang sebab nuffnang jahat! tak bagi duit banyak-banyak kat blogger.. 
 bagi aku pulak, entahlah.. layak ke blog aku yang tak sampai 3bulan ni dapat income yang banyak? dapat sikit pun alhamdulillah dah.. hehehe

Akhir kata.. aku nak guna nuffnang selagi aku belum kecik hati dengannya.. hati aku masih berbunga-bunga.. terima kasih ye En. nuffnang sebab hari ni bagi aku Buffered Earning yang ketiga.. *aku malas nk printscreen*

P/s : kalau korang cantik, klik iklan.. kalau korang suka blog ni, klik like kat atas... 


Aku bengang ni.. sebab dah berjam aku post entri ni.. tapi tak keluar pun kat dashboard & bloglist kawan-kawan.. agghhh!

Bergaya pergi belajar

assalamualaikum...

Aku lepak kat kantin dengan kawan-kawan aku lepas habis program kat poli tengah hari tadi.. Sedang lepak-lepak tu, Aku tertarik nak perhatikan pemakaian sekumpulan perempuan yang datang ke kantin ni.. *ok, aku memang takde keje kan*

Setiap sorang, aku pandang dari kepala sampai kaki.. memang cantik, ada yang pakai selendang lepas tu lilit-lilit jerut kepala, macam-macam jenis selendang pulak tu.. baju pun tak kurang hebatnya! berkelip-kelip pun ada. Dah tengok baju dan tudung dorang, baru aku tengok muka..

Make-up dorang memang menyerlah , macam make-up untuk pengantin. Aku tengok mata pulak... err... contact len? aku macam tak percaya.. serius kau datang kelas dengan pakai contact lens?

Sah aku terus gelak sorang-sorang sebab aku terbayangkan berapa lama dia bersiap untuk datang kelas? aku rasa sejam kot..
nak pilih baju, makeup banyak-banyak, pakai contact lens, wat lilit-lilit selendang, pastu pilih kasut.. sejam ke?

Dah puas gelak aku terdiam..
aku tengok diri aku.. baju kurung pahang dengan tudung bawal je..makeup? takda..huh..betapa aku ketinggalan dalam fesyen...adoiyai..pilu tol..

p/s :takde maknanya aku nak buang masa bergaya hanya untuk kelas yang dua- tiga jam je..errkk... tak paham betul..perlu bergaya sakan ke pergi kelas?.

Kenapa pilih lagu ikut mood?

Assalamualaikum..
Selamat petang.. kat sini panas jadi tak best nak tido.. disebabkan aku tak dapat tidur, jadi aku layan lagu jiwang.. errk? jiwang petang-petang? Boooo~~

Aku tahu korang semua minat lagu terbaru.. macam  lagu stacy, adam, bruno mars dan lain-lain kan..
tapi nak tanya jugak lah..

Korang layan tak lagu jiwang atau pun lagu era 90-an.. contohnya macam lagu-lagu kumpulan spring, data, search, slam.. dan macam-macam lagi kumpulan yang meletup masa tahun 90an dulu.. lagu-lagu ni kebanyakannya memang tangkap leleh lah.. Biasanya mesti pasal putus cinta atau ditinggalkan...kan?

Korang percaya tak? walau ramai yang kata.. aku tak layan lah lagu jiwang macam tu!
tapi kenyataannya, bila dah putus cinta dan kecewa.. lagu-lagu macam tu lah yang korang akan layan 24jam kan... hahhahaa.... *err..aku lah tu*
Pernah ke korang tengok, bila tengah menangis sebab sedih putus cinta, kawan korang layan lagu metal? pernah tak?
kalau ada, Gila kawan korang tu..hahaha..
aku rasa majoriti perempuan akan layan lagu tahun 90an bila tengah sedih tau.. cuma remaja sekarang je tak ramai yang kenal dah lagu-lagu rock dulu-dulu ni..

aku layan satu lagu je selama berjam-jam ni.. hehehe...

p/s: emm.. terasa tua pulak bila aku bercerita pasal lagu 90-an.. hahhaha

Blog gila segmen

Assalamualaikum...
korang rasa blog mana yang ok, blog yang banyak buat segmen atau blog yang banyak join segmen?
bagi aku..
lantak pi lah, blog kau..suka hati kau lah... lalala~

Aku banyak buat segmen ke? err...banyak jugak kot.. segmen aku kebanyakannya hanya dijalankan selama beberapa jam je kan, dan aku rasa aku dah cuba jarakkan masa di antara satu segmen dengan segmen yang lain. Sebab aku tak berapa gemar tengok blog yang baru hari ni tutup segmen, esok dah bukak segmen yang baru.. over je aku rasa~

Blog yang banyak join segmen pulak.. aku rasa tak best la.. kalau boleh had kan satu segmen je dalam sehari dan yang selebihnya entri korang. Kalau minat nak join banyak segmen, korang tengok bila tarikh tutup segmen tu, buat dulu entri pastu buat autopublish pada masa yang sesuai..
Bukan aku tak bagi korang join segmen, cuma tak nak pembaca lari je dari blog korang..
ehem..Baikkan aku~ *apasal korang nak muntah?!*

p/s : entri padat dan mampat tak? aku tengah belajar nak mampatkan entri dalam kotak yang bulat..

Jom Blogwalking sampai pitam

INI ENTRI MELEKAT, YANG BARU ADA DI BAWAH

Assalamualaikum..
Selamat tengah hari.. maaflah sebab lambat keluarkan senarai, aku kena siapkan kerja-kerja lain dulu.. tak best lah nak layan blog kalau kerja lain tak siap kan..hehehe...
Bagi yang tak tau, senarai ini di ambil dari mereka yang join segmen SINI
Entri ni aku akan lekatkan sampai ari isnin macam yang aku janjikan.. korang blogwalkinglah sampai pitam ye..hehehe..

1. aimieamalinaazman.blogspot.com                   17 imbobome.blogspot.com
2. inassyuhaidah-mystory.blogspot.com             18 sitizarizza.blogspot.com
3. swetiepinky69.blogspot.com                       
4. ninieazriena91.blogspot.com                         19 ainonsurvivor.blogspot.com
gulahatiqyla.blogspot.com                               20 watieawang.blogspot.com
cikpenyek.blogspot.com                                  21  namasayasiti-missct.blogspot
bloqkami.blogspot.com                                    22  peachippo.blogspot.com
sitiaishahceritera.blogspot.com                       23  faridahnazuahthesinge
cikdayaconan.blogspot.com                            24  ciksufarida.blogspot.com
10 budakbajukurung.blogspot.com                    25   matapanda.blogspot.com
11 nurinassyahira.blogspot.com                        26 syuxermelankolia.blogspot.com
12 bicaraohsicinta.blogspot.com                        27 bicarahatidia.blogspot.com
13 skytechxtreme.blogspot.com                         28 cerytara.blogspot.com
14 sayasibudakopto.blogspot.com                     29 firdanilovestory.blogspot.com
15 ftndiana.blogspot.com                                   30 harrazdani.blogspot.com
16 theblackred.blogspot.com


banyak kebaikan bila kita blogwalking ni, sebenarnya blogwalking ni merupakan salah satu cara kita untuk mempromosi blog kita kepada mereka yang masih belum kenal pun blog kita.. jadi korang blogwalking dan promosikan blog korang ye..

p/s : ramai cerita tentang kehijauan blog aku rupanya..heheheh..

Tamak bila Berniaga

Assalamualaikum
Aku tergerak hati nak mecerita tentang sesuatu.. yang aku rasakan memang sering aku jumpa dan sampai sekarang aku masih tak paham dengan situasi ni.

Aku suka makan putu bambu macam yang aku tulis dalam entri sini, jadi tiap-tiap hari jumaat aku akan pergi beli. Susah nak jumpa makanan ni kat sini. Harganya Rm2.00 untuk 6 kuih ni, Yang aku suka sangat sebab kuih ni agak besar, kelapa dan gula melakanya banyak..

Memang ramai orang beli, tak sampai 3jam dia bukak gerai tu, mesti dah habis! jadi aku memang selalu pergi beli awal kat pasar malam semata-mata nak beli kuih ni.
Tapi minggu lepas, aku tengok kuih ni ada 5 je.. Ish, pakcik ni terlupa nak masukkan lagi satu ke?
 kali ni aku makan, gula melaka tu macam sikit je kat tengah-tengah.. eh, kurang sedap la kalau tak manis.
Jadi hari tu aku pergi dan nampak papan harga dah bertukar.. Rm2.00 untuk 5 kuih, jadi minggu lepas bukan dia terlupa masuki tapi harga yang dah berubah! Aku tetap beli jugak sebab suka.. tapi aku tengok banyak lagi putu bambu sedangkan aku memang datang agak lewat haritu..

Bila makan kat rumah, aku kecewa gila! kuih ni sama macam yang aku makan minggu lepas, kurang kelapa dan gula merah, tapi harga dah naik,kenapa kualiti menurun..? aku dah tawar hati nak beli lagi..

Aku tak paham, kenapa nak naikkan harga? kenapa nak kurangkan kualiti walaupun harga dah naik?
nak untung cepat ke? banyak lagi kedai yang aku perasan, lagi-lagi kedai makan.. bila dah ramai suka dengan makanan kedai tu, mulalah naikkan harga.. lepas tu kualiti menurun..

Apa salahnya untung lambat sikit asalkan dapat pulangan modal? dari korang hilang pelanggan, modal pun tak balik..

I'm feeling lucky - kotak bulat

Assalamualaikum...
korang pernah tak search blog korang sendiri kat google?
Aku baru je search tadi.. saja nak tengok kena taip berapa perkataan baru blog aku nak muncul.
Sebulan yang lepas pun ada jugak aku cuba, tapi kena taip kotak bulat penuh-penuh baru keluar blog aku..
Hari ni baru aku berani cuba lagi

kena taip sampai kotak bu , dah nampak blog aku kat tempat yang kedua..hehehehe..
tapi aku tak puas hati lagi, jadi aku taip "kotak bulat"
lepas tu tekan I'm feeling lucky.
Korang try la..hahhaha..
terus masuk ke blog aku beb! jadi patut tak aku happy? ish, mestilah patut!
Aku check jugak keyword yang menghala ke blog ni dalam minggu lepas..

Mungkin kawan-kawan dan family yang cari blog aku ni, tapi aku memang happy lah sebab ada yang cari blog aku.. Semua ni memang menambah semangat aku nak terus layan blog dan menulis entri.

Ramai jugak yang tanya aku, kenapa guna nama kotak bulat untuk blog ni? perlu ke aku jawab?
Macam yang Bro Ahmad pernah kata, nama blog yang unik memudahkan google dapat cari blog kita dengan cepat.. *eh, betul ke macam ni yang bro kata?*
Sebelum aku buat blog ni, aku dah pikirkan macam-macam nama, aku nak kan nama yang unik tapi senang diingat.. jadi itulah muncul nama blog Kotak Bulat ni tapi untuk email, aku tetap kekalkan dengan nama aku sendiri.

p/s : tak kesampaian nak buat header flash.. tak dapat download.. huu..tensionnya.. Doakan presentation aku untuk projek esok berjalan lancar ye.. takut gila ni!

Segmen Pantas!

Assalamualaikum..
malam-malam macam ni best kan kalau buat permainan.. hehehe.. jom main lompat tikus!
hish.. da agak, takde siapa yang nak main kan..
ok, malam ni aku nak wat segmen yang paling pendek masanya..
kenapa singkat sangat? sebab kalau banyak sangat join nanti, tak gempak pulak kan..hahahha...
*bajet ramai join*

Aku nak buat segmen blogwalking la.. blogwalking hujung minggu, aku akan lekatkan link mereka yang join sampai hari isnin nanti, kiranya korang bosan-bosan hujung minggu ni, bolehlah merayap ke blog orang lain kan.. Nak tak?

Caranya :
1. Buat entri dan letak header blog ni. tajuk : " Segmen BW pantas kotak bulat!"

2. Like sini , kat sini , sini jugak dan sini..
- hahaha.. syarat no 2 tu takdelah..aku saja tiru orang lain.. korang like la fan page aku kat atas tu pun ok gak..hehehe..
3. Tulis sedikit sebanyak pendapat korang pasal blog kotak bulat ni..
4. Salin jugak ayat ni besar-besar.. " Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam"
4. Link kan ke entri ni dan tinggalkan kat komen aku ye.

Amaran:
Pastikan korang sedia nak blogwalking ke blog orang lain supaya semua yang join dapat faedah... Tarikh tutup pukul 2pagi, 24/7/2011

p/s : aku nak study proposal projek ni.. jadi aku tetap akan buat macam yang aku kata walaupun hanya seorang yang join.. lalala~

secara rasminya telah
DITUTUP

Siap bertukar wajah!

Assalamualaikum...
Sihat tak? Akhirnya blog aku ni siap bertukar wajah..
Aku pilih warna hijau sebab aku tak minat pink.. Ungu pulak blogger perempuan dah selalu guna kan..hehehe..
sebab tu aku pilih hijau, nampak sedap je mata memandang. Sedap tak mata korang pandang blog aku?

Ramai yang tegur sebab blog aku takde header tadi.. niat sebenar nak belajar wat header yang cantik cikit tapi aku bukanlah seorang yang kreatif dan aku suka benda yang simple.. jadi header aku tak banyak yang berubah.. *kecewa ok*
Aku ubah rupa blog aku ni ada banyak sebab sebenarnya selain bosan dengan yang lama. Salah satunya sebab blog aku berat sebelum ni (114.32KB). sekarang dah ringan..tinggal 89.41 Kotak Bulat je. ringankan?
Sebab kedua, aku taknak blog ni nampak macam budak-budak punya blog, aku nak blog ni jadi mesra pengguna,lagi-lagi pada yang dah tua.. jadi makcik yang jual karipap kat aku tu pun boleh lepak kat blog aku lepas ni tau..

Amacam? Cuba bagi pendapat korang dengan rupa baru blog aku ni.. nampak kebudak-budakan lagi tak? (abaikan panda tu, jangan suruh aku buang)

p/s : aku tengah download adobe flash..lambat gila!

p/s : Eh.. suka blog ni? like la page blog ni kat atas tu..hehehhe...

Kreatif Bersama Sergeant Keroro

hari ni aku nak layan segmen kero ni.. tapi aku belum pikir lagi nak buat cerita apa masa tengah menaip ni.. hentam sajelah.. aku bukan kreatif pun
Domo: aarrrrggghhhh.. aku nak gigit kau!
Dando : Eh, asal pulak kau ni nak gigit aku pulak?
Domo: aku benci kau! pasal kau lah aku dah jadi biru tau tak!
Dando : Apa kaitan dengan aku pulak? apasal kau jadi biru ni? buruk seh..hahhaha
Domo : Diamlah kau! aku pergi saloon tadi. aku cakap nak kalerkan rambut,  biar jadi comel tapi pekerja tu kalerkan semua bulu aku!
Dando : hahahaha.. jadi pe kaitan dengan aku?
Domo : hurrmm.. semalam aku cari harga kita kat internet.. aku ni murah je, nak jadi mahal macam kau..
Dando : alala...ciannya.. meh sini meh aku peluk..


p/s : header blog aku ni tak siap lagi.. hehehe... tunggu tau, aku tengah pikir macam mana nak letakkan panda tu dalam header. nanti orang kata header aku tak berubah-ubah pun, tulisan je yang berubah.. hehehe...

Selesai masalah pop-up mesej dari GB

Assalamualaikum...
Eh, cepatnya aku post entri baru kan.. hahaha...
Aku tak dapat nak tahan kegembiraan ni jadi aku post dengan kelajuaan maksimum!
Aku dah selesaikan masalah yang aku tulis kat entri sini tadi. Masalah ini memang disebabkan oleh web gengblogger .

 cara nak selesaikan..
Buang segala yang widget atau sebarang yang berkaitan dengan web ni..
*tadi aku terlepas banner dia*


Ok, tamat..
Cerita seterusnya.. nampak fan page blog ni kat atas tu? hehehe..
like lah kalau suka blog ni.. tak de paksaan... *dalam hati- like la...like la..*
aku tengok orang lain ada, jadi aku pun nak ada jugak la.. sila jangan gelakkan aku.. aku tengok mcm best je ada fan page tu, aku pun nak lah jugak kan..hehehe..

seterusnya pulak...
blog aku akan berubah wajah tengah malam ni, iaitu sewaktu korang semua tido.. aku cepat bosan.. jadi aku nak ubah wajah blog ni.. tapi kalau korang masuk pagi esok, tetap macam ni jugak rupanya..
percayalah~ bahawa aku tak berjaya..

Apa masalah lagi ni?

assalamualaikum..
apa korang jumpa bila masuk blog aku? ada keluar ni kan?
Benda ni aku rasa datangnya dari Gengblogger.. 
Aku cuba kaitkan apa kaitan benda ni dengan blog aku..
bila aku tengok blog lain, blog yang ada pasang Widget pelawat dari gengblogger, kebanyakan ada masalah ni..
Hish! aku baru pasang semalam la, hari ni dah ada masalah..
aku harap korang tekan cancel je, jangan isi apa-apa kat dalam ruang tu sebab takut membahayakan..
Ramailah yang tak datang blog aku sebab benda ni..
aku nak maki boleh tak? errr.. tak jadi nak maki, tak baik.. 
tapi geram la! 
aku akan cuba cari jalan penyelesaian..

tabiat menangguh kerja

Assalamualaikum..
aku dah selamat sampai kat rumah aku, jadi aku boleh blogwalking gila-gila sampai pengsan.. rumah aku guna streamyx jadi memang best la kalau nak serang blog orang lain sebab line memang terbaik..
Korang pernah tak  alami satu situasi macam yang akan aku ceritakan ni.. *tipu kalau korang tak pernah alami* hahaha..
Pensyarah aku bagi satu tugasan yang kena siapkan dalam masa seminggu, kalau tak hantar nanti, bersedialah telinga dengar pensyarah ni membebel. Kawan aku, Mila *bukan nama sebenar* terus je buat tugasan ni lepas habis kelas.

Aku : kau buat apa tu?
Mila : buat assignment tadi la.. kan lecture suruh buat.
Aku : relax lah..kan dia suruh hantar minggu depan, banyak masa lagi la. Jom main lompat tikus nak?
Mila : Nanti aku lupa nak buat kalau tangguhkan.. kau main lah sorang-sorang.
Aku : gila kau! mana ada orang main lompat tikus sorang-sorang.. dah lah, aku nak tidur.. *merajuk*

3hari kemudian..
Mila : kau dah siapkan ke belum assigment hari tu?
Aku : belum lagi, nanti lah aku buat.. aku tengah syok layan movie ni..
Mila : jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, kau jugak yang meraung.. *nyanyi*
Aku : shhuuuhh..diam la.

Sehari sebelum kelas..
Aku : Milaaaaa!!! tolong aku wei.. aku tak paham macam mana nak buat assignment ni.
Mila : sebab benda tu susah lah, dia bagi masa seminggu.
Aku : alaaa...tak sempat ni kalau aku nak pergi library, tiru kau punya boleh?


Mila terus buat-buat pengsan.. hahaha..

p/s :
tau apa permainan lompat tikus? ala, yang kena susun jari pastu lompat tu.. err..tapi aku tak pernah tengok tikus melompat..

Segmen : Jom Kongsi Entri


Segmen ni mudah saja rasanya.. kena pilih entri terbaik atau entri yang banyak dibaca.
Aku pilih entri ni.



p/s : aku pelik.. waktu aku tak nak join segmen.. bukan main banyak orang buat segmen, tapi bila aku ada mood nak join, bukan main susah aku nak jumpa! hahaha.. ada musim la benda ni rupanya, macam durian kan.

Apa perlu buat bila tak ada idea?

assalamualaikum...
selamat petang, hari ni terasa letih pulak.. banyak kerja perlu disiapkan harini..
akhirnya setelah dua bulan cuti, aku kembali lalui kehidupan sebagai pelajar yang boleh buat aku gila.
Tak habis satu tugasan, datang lagi tulisan lain.. sabar je lah kan...
Ok, cukup aku merungut.. sejak kebelakangan ni aku makin kurang idea untuk menaip entri, agaknya sebab aku banyak benda lain yang perlu diuruskan.
Korang mesti pernah rasa apa yang aku rasa, bersemangat nak menaip tapi tak tahu nak taip apa kan!

Korang nak tahu tak macam mana aku dapat idea pada waktu-waktu otak agak blurr ni?

1. Aku akan bersembang dengan kawan-kawan, disebabkan aku mudah berimiginasi jadi kadang-kadang dapat idea bila bersembang tu.

2. Tengok sekeliling
Aku tengok perabot sekeliling aku.. aku pandang lama-lama kerusi, meja, tikar dan apa saja yang ada kat rumah ni. Kenapa? sebab aku nak desak otak aku untuk imbas balik perkara-perkara yang pernah berlaku dengan menghantar imej perabot yang aku tengok kepada otak aku.. otak kita lebih mudah mentafsirkan gambar.. *pendapat, bukan fakta*

3. Aku akan buat entri pasal tak ada idea..contohnya macam entri ni la.. hehehe.. ni maknanya aku tengah tak ada idea lah ni

4. Kalau cara di atas tak membantu, aku cadangkan korang lalui hidup korang tu macam biasa je.. nanti bila idea baru lah menaip.. aku ni lainlah, kalau sehari tak menaip dalam ni.. aku rasa tak best je hidup ni..

sekian..
Pendapat di atas hanyalah mengikut pandangan aku. Ini entri tips? errr.. bukan kot.. ni entri tak ada idea.. hahaha..

p/s : makin lama aku makin sibuk.. korang?

Kegembiraan dalam kesedihan

Assalamualaikum..
Entri ini adalah dua dalam satu..  tentang kegembiraan dan kesedihan.. korang nak layan mana dulu?
Ok, Takpe..biar aku yang jawab, korang kena layan yang kesedihan dulu..hahhaha..

Kenapa sedih? Err...aku bukan sedih sangat pun sebab aku memang dah jangka benda ni akan terjadi bila aku masuk belajar balik..
Aku check bilangan pengunjung kat blog aku minggu ni kat nuffnang, agak sedih lah sebab memang jatuh menjunam dengan mendadak sejak aku balik study 10 julai hari tu..
 Mungkin sebab aku tak banyak masa nak blogwalking dan kurangnya entri menarik dalam minggu ni.. aku sempat singgah mereka-mereka yang datang blog aku je.. maaf ye kalau ada yang aku tak sempat singgah.. aku dah guna broadband, jadi korang paham-paham la kan..

Seterusnya yang menggembirakan, aku dah lama menunggu follower aku yang ke 12345.. hahaha.. err.. silap, follower yang ke 1234.. tapi aku pergi makan tadi, jadi terlepas pulak nak print screen..
Siapa yang bertuah? akutetapaku85.blogspot.com .. Dia bertuah, tapi tanpa korang takkan sampai ke 1234 ni kan..  terima kasih kawan-kawan sebab menyokong aku selama ni 2bulan 2minggu 4hari ni.. *peh, detail aku bagi*
Ha,korang nak baca tak entri pertama blog ni? ok, layan dan komen entri pertama blog ni yang ditaip pada 2 Mei 2011 kat sini 
tapi korang dilarang gelak sama sekali semasa membaca ok, maklumlah masih merangkak lagi..hehehe


p/s : setiap kesedihan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan.. cuma perlu yakin saja.. 

Disebalik Buku

Assalamualaikum..
Korang tengah buat apa? korang suka baca buku tak? suka? aku pun suka tapi korang tahu tak apa yang selalu terjadi sebenarnya disebalik buku?
meh aku bagitau korang.. da baca cerita aku semalam? Biadap dalam library.. kalau belum,kejap lagi bacalah ye..
Harini aku lepak lagi dalam library.. hehehe.. penat gila kelas dari pagi. dahlah malam tadi tidur lambat..mengantuk je rasa.. tapi bila dah sampai rumah ni, tak mengantuk pulak.. pelik!

Ini cerita bergambar tau, tapi bukan Wordless Wednesday ye..hehehe..


Besar punya buku member aku baca, aku rasa niat dia mesti nak dapat ilmu yang sama saiz dengan buku ni.. bagus-bagus! aku bangga denganmu wahai kawanku!


Tapi lama-lama aku rasa macam ada yang tak kena sebab aku tak nampak pun macam dia selak-selak buku.. aku pun pergilah jengah dari atas..
Apa dia buat sebenarnya ni?
tak gerak-gerak pun!
Ish! aku tak puas hati lagi, aku tengok pulak dari tepi..

Hampeh tol! dia tidur rupanya.. buku tu dia buat penghadang je.. ingatkan betul-betul membaca.. Sia-sia je aku bangga dengan kau tadi..

Tiba-tiba aku teringat pulak, dulu waktu sekolah aku suka cover tidur dengan buku teks.. sesungguhnya buku teks memang berguna bila nak tidur dalam kelas! hahahhaa...~  *erk, jangan buat aksi ini ok*

Biadap dalam perpustakaan

Assalamualaikum...
Korang dah makan malam? aku dah makan dah... makan chicken chop.. hehehe... *saje nak buat korang jeles..*


Nak cerita lagi hari ni..
Tengah hari tadi aku lepak perpustakaan (library) , malas nak balik rumah sebab nak kena jalan kaki tengah hari yang panas terik ni. Lagipun ada satu jam je lagi sebelum kelas seterusnya. Jadi aku lepak jelah kat library..

Aku cari meja yang agak tersorok, biar nanti tak tergangu dengan bunyi bising. Aku takde kerja pun nak buat, cuma temankan kawan aku buat tugasan dia. Aku layan novel yang ada kat dalam library tu tapi bertahan 10minit je sebab mata aku dah tak tahan. mengantuk gila!
Sebelah meja aku ada satu group pelajar junior yang tengah buat perbincangan ntah hape ntah, tapi suara salah sorang tu agak kuat dan memang menggangu aku nak tidur. Kalau laki tu aku paham lah sebab suara korang memang kuat kan, tapi ni perempuan..peh! malas aku nak ambik kisah, yang penting kau tak kacau aku tidur..hahahha

Tapi.. Tak sampai 10minit aku terlena, aku tersentak sebab dengar suara budak perempuan tu gelak. Lepas tu aku dengar orang sekeliling suruh budak tu senyap, tapi budak tu selamber je jawab
" Eh, nak suruh aku senyap pulak. ada aku kisah?"


Aku yang masih mamai sebab baru bangun tidur ni pun terasa yang kau tu amat-amatlah biadap.. tu library wei...bukan pasar ok..
Dah kena tegur tapi budak ni tak jugak senyap , makin sakan buat bising pulak tu.
jadi aku pun terpaksa gunakan sisa kuasa masa aku jadi power ranger biru dulu.. *ok, memang mengarut*
" huii.. kuat la lagi cakap tu, library ni memang kau punya pun..kuat lagi!"
Maaflah aku kasar, tapi paham-paham lah sendiri, kau kacau tidur aku beb..
Pastu budak tu jeling aku, tak puas hatilah tu.. aku pandang dia lama-lama, tunggu je dia nak jawab apa. tapi dia tak jawab pun..hahahaha...
Kenapa dia tak jawab balik?
Sebab aku buat muka macam nak telan dia, pastu tunjuk dia kad matrik aku yang terang-terang menunjukkan aku senior.. haaa..hambik kau! Biadap lagi kan..

Bukan susah pun nak hormat orang lain.. kalau kau hormat orang lain, orang lain pun akan hormat kau jugak.. mudah kan?
pengajaran paling penting, jangan ingat library korang yang punya ok..hahaha..


p/s : bagitau aku kalau korang tak suka sangat baca hal kehidupan aku..hahhaa.. taknak lah syok sendiri aku ni bercerita.. lalalala~

Bila aku jadi sifu

Assalamualaikum...
selamat petang, petang-petang ni aku nak berlagak bagitau yang aku telah dianugerahkan pangkat SIFU oleh roomate aku.. hahahhaa... *itu pun nak happy sangat
huuu.. Macam aku jugak dulu, terpengaruh dengan dunia blog ni disebabkan kawan aku.. dan sekarang kawan sebilik aku terpengaruh tengok kecintaan aku pada blog ni.. maka dengan rasmi nya dia melantik aku menjadi sifu dia..
Nak kenal anak murid aku?
Dia memang 'anak murid' aku..tapi cara penulisan dan citarasa blognya adalah penilaian dan pemilihan dia sepenuhnya.. aku cuma ajar buat blog je..hehehe...
Terjahlah...sokong dia yang baru nak bermula.. sama macam kita masa mula-mula dulu, susah kan nak dapat follower.. jadi singgahlah ke blog dia..

ok, cerita lain pulak..
Petang-petang ni, aku nak kongsi lagu dengan korang.. bukan lagu metal atau pun dangdut ye.. ni lagu yang aku suka dengar.. syahdu seh! lau tak minat, tak pe.. aku sekadar nak berkongsi je..



p/s: harini nak makan chicken chop..peh! meleleh air liur!

Dipaksa Beli Kuih

Assalamualaikum...
Hari ni aku makan macam apa yang aku teringinkan kat SINI.. hehehe..seronok dapat makan apa yang kita teringin makan kan..
Hari ni aku teringat satu cerita, yang aku rasa seronok jugak kalau aku kongsikan..hehehe...

Masa aku praktikal kat hospital dulu.. ada seorang makcik jual kuih-muih kat kawasan hospital, nasib aku pulak tak berapa baik, aku selalu bertembung dengan makcik ni..hahhaha...
Masa pertama kali aku jumpa dia, aku rasa kesian kat dia sebab dia nampak macam orang susah..
" Nak, beli kuih nak? beli ye nak... " tanya makcik tu.
sayu je aku dengar, jadi aku cakap dengan makcik tu,
" Ye makcik, nak karipap dua ringgit ye.." aku kata sambil hulurkan duit 5ringgit.
" Nak, makcik takde duit kecik.. anak amik je ye karipap ni 5ringgit" dia terus bagi plastik yang penuh karipap 5ringgit tu kat tangan aku..

reaksi aku?
What the karipap?!
aku nak dua ringgit je, dia paksa aku beli 5ringgit..


Aku amik jugak karipap tu sebab dia tetap berdegil gak kata takde duit pecah.. sejak tu, mintak maaflah makcik.. sebab aku tak beli dah kuih tu..
Aku nak tolong, tapi kau nak untung cepat.. susah lah... aku yang susah..

P/s : konon macam makcik tu baca blog aku kan.. hhahaha

SEGMEN : TERLIUQ WAKTU BERBUKA PUASA

Assalamualaikum...
selamat petang, cuaca tempat korang macam mane? kat tempat aku ni terik gak la.. lagi-lagi aku berjalan kaki pergi kelas yang agak jauh.. gelap seh muka aku! huh..sabar je la..
Balik pada tajuk..
Aku nak join segmen ni memandangkan tuan segmen dah datang menjemput kesini, dan aku berikan sokongan aku pada dia.. Sapa kata aku sombong? aku tak sombong kan... lalala~


Memandangkan sekarang bulan syaaban, bulan yang baik untuk beribadah dan berpuasa disamping boleh melatih diri kita untuk bersedia menghadapi bulan ramadhan nanti kan.. korang puasa tak?
Ok, untuk segmen ni, aku kena senaraikan makanan atau minuman yang buat aku terliur..
sekarang ni aku tak pikir makanan sangat.. hahaha...
aku pikir nak telan air dulu..
aku nak minum air tembikai laici!
go0gle
kemudian baru pikir pasal makanan.. aku nak makan burger la! hahaha...
er.. tapi nak diet..tak leh makan burger..

Jadi aku teringin nak makan mee hailam je la...

google

hahaha...terliur tak beb? nak join gak? klik header tu ye..


P/s : tengok jam je dari tadi ni..

Tips untuk berada dalam bloglist blogger lain

Assalamualaikum...
Malam ni aku nak kongsi tip macam mana nak masuk dalam bloglist blogger lain, tips-tips ini dikumpul dari pendapat-pendapat otai-otai yang komen kat entri sini 
Aku rasa ramai yang nak tau bagaimana  untuk layak berada dalam bloglist bloger lain.. kan..kan.. terutama yang baru-baru macam aku ni..
Sebab banyak kebaikannya bila ada kat bloglist blogger lain ni.. Jom layan Tips dari aku..

1. Exchange Bloglist.
Korang join blogger yang tawarkan exchange bloglist macam yang aku pernah buat dulu, aku tawarkan sesiapa yang berminat nak menukar bloglist dengan aku. Tapi sekarang aku dah tak buat dah sebab dah terlalu ramai..hahahaa...

2. Kenalan rapat.
Ada blogger yang masukkan orang yang mereka kenal contohnya keluarga, kawan sekolej atau kawan-kawan di luar dunia blog. Jadi kalau korang ada kenalan di luar dunia blog yang ada blog. Apalagi, pujuk dorang supaya masukkan korang dalam bloglist dorang..

3. Ramah
Biasanya blogger akan masukkan insan yang boleh dijadikan geng ke dalam bloglist dorang. Kiranya korang kena selalu berkunjung dan beramah mesra dengan tuan rumah yang korang nak Url blog korang ada kat bloglist tu. OK?

4. Blog mesti best.
Ini memang paling penting kot, bila blog korang best..orang takkan teragak-agak nak sumbat blog korang dalam bloglist dorang.. jadi hasilkan entri yang best, menarik tertarik terbom!

5. Selalu borak-borak kat shoutbox
Bila saling bersembang kat shoutbox, secara tak langsung akan jadi rapat.. aku memang suka bersembang kat shoutbox ni..hehehe.. korang, jadikan ini hobi ye lepas ni..

6. Selalu update
Kalau korang selalu update dan entri korang best, jadi orang akan ringan tangan nak letak korang dalam bloglist dorang sebab takut terlepas entri baru korang.. Lepas ni update entri sekurang-kurangnya sehari sekali ye..

7. Pengomen tegar
Majoriti blogger akan masukkan insan-insan yang selalu datang komen entri dorang ke dalam bloglist, kalau belum pernah jadi pengomen tegar..mulakan lah dari sekarang.. insyaallah akan ada hasilnya nanti.

Itu dia 7 tips dari aku.. Terima kasih pada korang yang bagi pendapat untuk entri kajian aku haritu... Ada yang nak kenal dengan mereka-mereka yang bagi pendapat ni? pergi tengok kat SINI

Blog yang bertuah!

Assalamualaikum..
Ingat tak aku ada buat segmen promote blog haritu dan aku janjikan akan promote satu blog yang aku rasakan macam jujur dan ikhlas.. bukan aku nak kata yang lain tak ihklas.. tapi aku pilih satu yang aku rasakan berlainan.. boleh kan?

Ini dia blog yang ikhlas, jujur dan comel! Tadaaa!
eh.. macam kenal header ni.. hahaha.. ni blog aku la..  janganlah marah, gurau-gurau je..



ok, serius! ni dia blog yang bertuah aku pilih dari segmen hari tu..
Kenapa aku pilih blog ni? sebab ini... kesungguhan dia..
Dia masukkan blog yang satu kumpulan dengannya dalam bloglist.. hehehe..siapa yang satu kumpulan dengan dia, pergi belanja dia burger..aku pun nak burger gak..

P/s : burger...burger...