Bapak degil

Tengah best-best duduk lepak dengan mak aku bersembang-sembang.. tiba-tiba bapak aku (baba) datang pegang sebotol ubat.. dihulurkan kat mak aku..

Baba : sapukan ubat kat belakang ni.. (sambil tunjuk belakang badan)
Mak : Kenapa dengan belakang tu? 
Baba : gatal ni..dah naik ruam dah, sapukan ubat..

Aku pun capai ubat tu dan belek-belek, mana lah bapak aku dapat ubat ni..eh..ubat kuning ni.. ni mesti kat first aid yang dah bertahun tak bukak tu.

Aku : Ba, ubat kuning bukan tuk keringkan luka ke? mana boleh untuk gatal-gatal..

Baba : Yeke? errr.. hari tu pakai ok je.. sapukan  je lah..

aku belek lagi tengok pulak tarikh luput pulak.. was-was pulak sebab lain dah rupa ubat ni..

Aku : Lah.. tarikh luput 2009 da ni.. mana boleh pakai dah..

Baba : Yeke? ahhh..hentam je la.. sapu je..

aku : mana boleh pakai dah.. nanti lain pulak yang jadinya.. 

Bapak : yeke? tak pe.. sapukan je..

Mak : ish, dah kata lama da luputnya, kang ruam jadi kurap pulak nanti..

Baba : takpe.. sapu je ubat tu..

aku : tak boleh lah.. tak elok dah..

Baba : emmm... (pikir panjang)...  ah! sapu je..
aku dengan mak aku  serentak cakap..

' Ish, Degil betul~~'

pelik hari biasa tapi tak pelik hari raya

Assalamualaikum.. baru online ni selepas sepanjang hari pergi beraya.. letih gila ditambah dengan perut jadi buncit sebab makan dari pagi.. kan aku dah kata, memang susah nak tolak ketupat dengan rendang ni masa hari raya pertama ni.. Aku tau korang mesti makan banyak jugak macam aku kan...

Balik je beraya aku terus bukak blog.. dah seharian tak bukak, rindu beb! tengok dashboard dulu kot-kot ada blogger yang update status waktu-waktu raya ni.. serius memang ramai jugak rupanya.. ok, korang tau tak apa yang orang tak pandang pelik hari ni tapi pandang pelik bila jumpa pada hari-hari lain?

1. Baju seragam
Setiap keluarga mesti ada warna temanya.. keluarga aku ni tak tau lah tema apa tapi sedara-mara lain seragam je satu keluarga.. bila dua atau tiga keluarga beraya sama-sama, senang je nak tau siapa keluarga A dan siapa keluarga B. Sebab ada warna tema.. Tak pelik kan tadi bila kita tengok setiap keluarga pakai baju sama je.. tapi kalau hari biasa, pandang pelik je bila tengok 1 keluarga pakai baju yang seragam (kecuali kenduri kawin)
Mesti kita tertanya-tanya, boria ke pakai baju sama ni.. ye tak?

2. Kedai gambar
huh, jarang kita tengok kedai gambar tetiba sampai beratur orang nak bergambar kan.. sampai kena duduk kat luar kedai.. tapi tak pelik kalau kita tengok ramai orang beratur hari raya ni sebab semua orang nak abadikan kenangan bersama keluarga pada hari mulia ni kan. lagipun bukan selalu sekeluarga pakai baju segak-segak, cantik-cantik kan.. dah make up tebal-tebal, rugi lah kalau tak ambil gambar..


P/s : banyak gambar kat facebook dan blog yang baru di upload.. hehehe...aku dah agak dah orang mesti upload gambar raya cuma tak sangka..laju dorang upload..hehehe..

Background raya untuk blog

Semalam aku ada buat background comel, arini aku buat background raya pulak.. header korang dah bertukar tema raya kan jadi apa kata background blog pun tukar bertemakan hari raya.. syawal kan sebulan..
contoh background raya, macam yang aku guna sekarang.. korang berminat tak? kalau nak tukar jugak, aku ada buatkan lebih ni..hehehe









  cara nak tukar background..
1. klik kiri dan save image
2.  Dashboard --> Page elements --> Template Designer
3. Background --> upload images tadi
4. Lepas upload tekan Done
5. Apply to blog.. siap!

 ok, aku da update cara nak tukar background.. kalau tak paham lagi.. cuba cari tutorial kat google ye..

Seharian kemas rumah sampai hidung aku dah merah ni sebab masuk dek habuk je.. err.. tapi curi masa kejap tadi buat benda alah ni.. best buat benda ni sebab senang je..


P/s : dah mula banyak sms raya masuk kat handphone.. hehe




Belajar SEO

Assalamualaikum...

Ada ke yang online ni? hehehe.. hari ni aku post satu entri saja.. dua tiga hari ni aku ada jugak belajar sikit-sikit pasal SEO ni.. masih sikit yang aku tau tapi aku cuba praktikkan..

1. Aku letak meta tag kat dalam blog..
Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web korang akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog korang dengan lebih mudah semasa diindex. Jadi aku cari tutorial pasang meta tag ni.. kalau korang belum buat, cuba cari kat google ye..

2. Aku search broken link
dalam blog kita terdapat internal link dan external link, hasil link tu dipanggil backlink. Internal link ni ialah backlink dari blog kita ke entri dalam blog. External link pulak ialah link kepada blog lain.
Dalam backlink berkemungkinan akan berlaku Broken Link atau Dead Link. Broken link boleh berlaku sekiranya laman web tersebut tidak aktif lagi, telah dihapuskan oleh pemiliknya atau domain tersebut telah tamat tempuh. Broken link atau dead link juga dikenali sebagai error 404 ( Page Not Found )

Mengikut pemahaman aku, broken link ni akan menyebabkan blog mendapat pandangan buruk di mata Search Engine. Sebab tu seeloknya kita buang atau baiki link tu..
Aku cari broken link kat http://www.iwebtool.com/ tapi aku suka check kat http://www.it-india.com/
Bila dah check, boleh buang broken link tu satu persatu..

Tengah hari tadi aku ada buat entri pasal background blog kan.. jom tengok hasil SEO (kononnya la)



p/s : belajar ilmu sikit-sikit tak salah kan.. errr.. kalau ada yang aku silap dalam memahami kat atas tu, boleh betulkan ye sebab saya budak masih belajar..

Background comel untuk blog | percuma!

Assalamualaikum...

Aku kena buat sendiri background blog ni sebab background yang aku search kat google tak cantik.. ada yang cantik tapi tak kena jiwa aku je kot. Jadi alang-alang aku dah buat banyak, aku bagi kat korang jugak..
Sempena raya ni, background cute untuk korang!

sunyi betul blog ni sekarang, orang lain sibuk balik kampung..aku pulak mengadap blog.. relax, kejap lagi aku nak pergi buat kuih ni.. jadi sebelum buat kuih.. aku tulis entri kejap walaupun tak ada yang baca..

Cuba la tengok.. aku ada buat beberapa backgroud yang simple dan tak sakit mata memandang.. contohnya macam background aku ni lah.. comel tak?

Kalau suka, amik lah.. tapi bagitau tau..heheheh

















cara nak ambik..
1. Klik kanan mouse pada gambar
2. pilih 'copy image url'
3. Siap, masukkan je lah kat kod korang tu.. hehehe

p/s : nanti aku buat lagi..

Penulisan blog yang selesa untuk dibaca

Assalamualaikum..
setiap orang ada cara tersendiri untuk menaip entri tapi maklamat setiap yang menaip itu sama saja iaitu berharap orang akan membaca entri nya.. macam-macam cara orang menulis entri, tapi tahukah kita cara kita disenangi pembaca ataupun tidak? Penting ke pembaca selesa masa baca entri kita?
yup, aku kata penting.. sebab bila mata aku dah serabut dan tak selesa, aku susah nak menghabiskan bacaan sesuatu entri itu sampai ke noktah akhirnya..

bagaimana penulisan yang selesa untuk dibaca?

1. Kurangkan penggunaan warna
Elakkan gunakan warna yang terlalu banyak dalam entri kita tu, sebab akan membuat pembaca sakit mata.. kejap terang kejap gelap tulisannya.. serabut kan rasa bila baca tulisan yang macam kat bawah ni.

aku nak bercerita tentang benda yang boleh menyakitkan mata, mata aku sakit tapi tak tau lah mata korang macam mana
2. Tulisan kecik besar
ada orang yang suka main-main dengan saiz font,dalam blogspot ni  tak banyak pilihan saiz kita boleh guna.. biasanya orang gunakan normal untuk isi entri dan large untuk tajuk/sesuatu yang penting. tapi macam mana kalau orang yang suka hati je guna saiz large dan normal tu? bila tulisan kecik besar kecik besar, aku pandang blog kau pun kecik besar kecik besar je.. ini serius!
contoh yang aku pernah jumpa..
 aku nak bercerita tentang benda yang boleh menyakitkan mata, mata aku sakit tapi tak tau lah mata korang macam mana

3. bermonolog
Belajar komsas tak masa sekolah? monolog ni ayat yang kita bercakap dengan diri kita sendiri..betul kan? betulkan aku kalau aku silap..  dulu aku selalu gunakan cara ni, tapi sekarang dah kurang sebab bila aku baca entri orang lain yang buat macam tu, baru aku terasa benda ini menunjukkan kita tak matang dalam membuat sesuatu entri. Terasa macam kebudak-budakan je caranya tapi kalau untuk sesekali aku rasa takpe.. Macam mana monolog ni boleh menjadi sesuatu yang tak menyenangkan? bila terlalu banyak monolog berbanding isi yang nak disampaikan..
contoh:
 aku nak bercerita tentang benda yang boleh menyakitkan mata, mata aku sakit! *hehe,aku pura-pura je buat sakit mata..wekk!* mata korang sakit tak? * baik korang cakap sakit, kalau tak aku tumbuk..dush..dush!*

4. Bold
Err...bold ni aku suka guna sebagai satu penekanan agar pembaca nampak perkara penting yang aku nak sampaikan.. kebaikan bold ni, benda ni akan menyerlahkan kata kunci yang kita nak sampaikan, contoh aku.. aku suka pandang sekali lalu dulu sesuatu entri sampai habis.Pandang tapi tak baca ye, bila entri panjang tapi tulisan sama je (takde guna bold langsung) , aku jadi kurang minat.. Bila ada perkataan yang diboldkan, aku baca itu dulu..kalau menarik, aku baca dari permulaan entri..
keburukan pulak, bila digunakan terlalu banyak, entri jadi serabut!
contoh yang serabut
aku nak bercerita tentang benda yang boleh menyakitkan mata, mata aku sakit tapi tak tau lah mata korang macam mana

Itu sahaja pendapat aku, aku tekankan di sini.. ini hanyalah pendapat aku yang aku rasakan boleh dikongsi untuk semua yang baru belajar bagaimana untuk tingkatkan mutu penulisan.. langsung tak ada niat untuk menghentak mana-mana pihak yang terasa dengan entri aku ini..

P/s :  tak ada p/s

cara mudah buat kek chocolate moist

Assalamualaikum...
sesiapa yang pernah baca resepi yang aku buat, mesti tau yang aku tak suka buat sesuatu yang rumit.. aku memang suka gila-gila makan chocolate moist tapi mahal.. serius kek ni memang mahal! tapi sebab sedap, aku beli jugak..

Kebetulan semalam aku pergi shopping mall, aku jumpa sesuatu yang menarik! tadaa..

Tepung kek segera yang dah siap di campur adunan lain.. cuma perlu tambah sedikit bahan je lagi iaitu minyak masak, susu, telur dan air panas je untuk buat kek ni.. dalam ni disediakan tepung untuk buat kek dan tepung untuk buat topping.. peh, memang senang lah.. orang tak pandai masak pun boleh buat kek yang sedap tau, tak sampai 20minit buat kek ni, dah siap untuk dikukus/dibakar.

aku suka produk ni. serius! Rm7.90 je, tapi aku dapat buat satu loyang yang besar.. memang berbaloi lah beli.. korang nak buat jugak? cuba cari benda ni kat kedai, belakang dia tu ada resepi.. ni pulak web dia yang aku search tadi.. sini
kek aku agak tak cantik bentuk dia sebab kedudukan periuk kukus tu tak sekata, senget sikit.. tapi yang penting sedap ok! err.. aku ni dah macam duta produk ni pulak.. bukanlah! apa salahnya benda baik, kita berkongsi kan...

Blog raya

Assalamualaikum..

Ambil masa kejap tengok blog aku ni... hehehe... amacam..cun tak?
aku suka rupa sekarang sebab lembut dan tenang mata aku memandang.. lagi-lagi pulak background tu aku buat sendiri.. hehehe... nak tak background macam aku tu?

Header baru pun dah siap, tak banyak beza dari yang lama sebab hari ni sibuk dengan semangat berkobar-kobar buat kek chocolate moist! first time buat, rasa sedap tapi rupa dia kena perbaiki lagi.. Baby panda tu sempena raya ni pegang duit raya sebab dia nak bagi duit raya pada yang datang blog aku ni, jadi jangan mintak aku duit raya, mintak kat dia ok..

Special lagi kat blog aku, aku masukkan lagu raya.. tapi bukan autoplay sebab bukan semua orang suka dengar lagu kat blog kan..jadi kalau korang nak dengar.. tekan play ye.. dengar lagu raya baru semangat nak beraya kan..

Sebenarnya, mood beraya aku tak berapa meriah, jadi harapnya dengan ubah semua ni..aku jadi gembira berhari raya walaupun lecture bagi aku bekal assignment yang berlambak... dari sekolah tadika sampailah sekarang, kenapa cikgu suka bagi homework time cuti?

p/s: nak layan movie sekali lagi..

Cara menangani kecewa putus cinta

Ada yang kecewa sebab cinta? aku kenal ramai yang terguling-guling menangis lepas putus cinta.. putus cinta ni memang biasa berjadi bila bercinta, pandai korang bercinta, maka perlu pandai jugaklah tangani kecewa  putus cinta ni..

Sesi soal jawab dengan doktor cinta.

Macam mana nak ubat hati kecewa?
Hati yang kecewa perlu di pujuk ok, sila jangan gelak.. ingat tak macam masa kau bercinta dulu, bila sakit hati kan ada si dia tolong pujukkan. Habis bila dia dah takde, takkan kau biarkan aje hati kau tu sakit bernanah? Bila hati tengah kecewa, kau sendiri kena pujuk dia.. aku cakap dari pengalaman aku tau, bukan dari sumber-sumber yang merepek..
Jangan pujuk macam ni :
" hati..hati.. tak mo la majuk.. ala bucuk-bucuk. Cakk!."
Bagi semangat kat diri korang, semangat yang korang boleh hidup walaupun tanpa dia.. kalau aku, aku akan cakap kat diri aku
" Sabar, biar aku tanggung sakit ni sekarang, dari sakit ni bertambah kalau terus dengan dia, sekurang-kurangnya sakit ni berhenti takat ni. lepas ni aku boleh lupakan dia.. sabar, kejap je ni aku ingat kat dia, lepas ni aku mesti jumpa cinta yang lain.."

Macam mana kalau tetap tak boleh lupakan dia?
 errr... bila kau terlalu pikirkan dia, tu pasal dia tetap ada dalam kepala kau tu.. basuh sikit kepala tu biar bersih, cuba pikir hal lain. cuba berkenalan dengan orang lain.

Macam mana nak kurangkan rasa kecewa?
Ala, senang je ni.. kalau kau rasa kau bakal kecewa, kau tinggalkan dia dulu.. korang tau tak, ditinggalkan akan menyebabkan luka lagi teruk dari yang meninggalkan..  jadi tinggalkan dia, maka berkurang sakit tu, jangan jadi bodoh tunggu dia tinggalkan kau walaupun dah terang lagi nyata dia curang. Kalau kau telah pun ditinggalkan, manipulasi diri kau kononnya kau yang tinggalkan dia..

Macam mana nak buat dia meyesal tinggalkan kita?
hehehe..aku suka soalan ni.. bila dia tinggalkan kau, dengan yakin dan berani.. kata kat dia..
 " kau takkan dapat jumpa perempuan yang sayang dan jaga kau macam yang aku buat"
Ayat ni member aku yang ajar dan ternyata memang berkesan.. rasionalnya, kau dah racun otak dia sebelum blah dari hidup dia dan bila dia berusaha cari kekasih baru, dia akan cari yang seperti kau sebab dia takut jumpa yang lagi teruk dari kau...hahahaha.. ops..tergelak pulak.

Macam mana kalau nak dia jugak?
Err.. aku terasa nak maki la pulak.. (tarik nafas dalam-dalam) orang dah taknak tapi kau nak dia jugak..ish..ish.. takpe, aku tolong gak.
Kalau dah setahun kau tetap nak dia jugak, mula berkawan semula dengan dia, tapi jangan desak dia terima cinta kau tu ok, biarkan dia jatuh cinta semula macam dia jatuh cinta kat kau dulu.

Ok, try la.. buat masa ni memang berkesan untuk aku dan kawan-kawan,

p/s : soal jawab ke? aku soal, aku gak yang jawab
p/s: nak buat header baru dah ni...
p/s : kalau tulis KB kat shoutbox , keluar benda ni.. -->  

Trafik rendah? tak payah tension

Assalamualaikum...
tadi aku sempat berjalan-jalan blog-blog otai.. serius cemburu tengok visitor blog dorang! ada jugak follower sikit tapi visitor ramai.. itu salah satu kelebihan blogwalking kan.. dapat promosikan blog.. Dengki dengan blog lain? tak payahlah, bukan dapat apa pun..

Ada yang tension ke bila tengok orang yang datang blog kita sikit sangat?
Kan aku dah kata jangan tension!
Meh dengar cakap aku.. kau relax je.. traffik orang lain lagi tinggi, adalah penyebabnya tu..
 contohnya,
1. dorang mengadap blog 24jam, kau pulak sejam je sehari..
2. dorang ada masa 24jam sehari untuk pikirkan idea tulis entri, tapi kau pulak ada banyak benda selain blog yang kena fikirkan..
3. Dorang banyak masa tuk blogwalking tapi kau sempat singgah 5 blog je sehari.
4. Dorang boleh tulis entri guna handphone, tapi kau kena pergi cyybercafe tuk online

Hah, jadi kalau kau seorang yang busy dengan hidupan realiti kau, kau patut bangga sebab walaupun tak mengadap blog 24jam, tak pikir pasal blog 24jam, tak blogwalking 24jam, tapi tetap ada datang blog kau.. walaupun sikit.. Kau lagi hebat dari mereka yang 24jam mengadap blog!

Pendek kata setiap orang, situasi nya berbeza.. jadi jangan rasa rendah diri bila kau tengok traffik blog orang lain lagi tinggi dari kau ok.. blogging ini kan untuk kepuasan kita, bukan untuk tensionkan diri kita..
mudahkan untuk berfikiran positif..

aku hanya mimpi | khamis spontan


"Anggap aku mimpi indah yang singgah tika kau tidur,
   bila kau terjaga.. aku hilang..."

Raksasa selongkar peti ais!

Assalamualaikum...
Esok aku dah nak balik rumah aku.. cuti 10 hari, walaupun sikit tapi cukuplah untuk aku berguling-guling kat rumah kan.. Disebabkan esok aku dengan kawan-kawan rumah nak balik kampung masing-masing maka malam ni sesuatu telah berlaku!

Peti ais rumah sewa aku habis diselongkar oleh raksasa kat rumah aku ni...hahahha... Ish, mati aku kena pijak kang kalau kawan-kawan aku baca ni.. sebenarnya, kitorang kena habiskan bahan mentah yang ada dalam peti ais tu malam ni jugak sebab elak dari jadi busuk memandangkan kitorang nak tinggalkan rumah ni lama kan..

Aku ingat sikit je barang-barang dalam peti ais tu, rupanya banyak jugak.. ada ayam, daging cincang, kek lapis, kurma, hotdog dan macam-macam lagi.. Disebabkan esok nak balik maka malam ni kitorang kena berjaga malam sambil makan..makan..dan makan... layan movie sekali..memang terbaik! jangan esok tak bangun sudahlah..

ok, sekian...
aku nak sambung tengok movie...

Wordless wednesday #4


Ucapan selamat hari raya

Assalamualaikum...
tadi bro ahmad ajak join segmen dia , aku baca je terus bukak blog dia.. percaya tak korang, rumah aku ni tengah gamat bebeno sebab budak rumah aku tengah layan movie, tapi aku curik masa kejap nak tengok perkembangan blog.. semakin nak raya ni, dunia blog ni macam semakin hambar, mungkin sebab ramai yang busy kan
(ucapan tak panjang 30minit..eh, perkataan)

Saya Kotak Bulat (nazihan ali ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada Keluarga saya yang di Malaysia.. ehem.. Aku jugak mintak maaf dan ucap selamat hari raya pada kawan-kawan blog yang best! peminat panda, kawan-kawan luar blog aku yang curi-curi baca blog aku..hehehe.. mekasih sebab selama ini menyokong blog aku...
(err..lebih 30 patah perkataan)

jom join segmen ni ye.. kli kat SINI

p/s : nanti aku nak wat header raya.. ehem, rasanya nanti nak cari kembar header dengan aku..

Tabiat pada hari raya pertama

assalamualaikum...
korang ada suasana atau tabiat yang biasa terjadi pada hari raya pertama.. err... tak pelik sangat lah, tapi biasanya jadi kat aku masa hari raya pertama..

1. Tiba-tiba cepat je bangun tidur sedangkan hari-hari biasa bukan main liat nak bangun pagi

2. Air kat bilik air jadi sejuk..

3. Mak bukak TV pagi-pagi buta.. sebab nak dengar takbir.

4. Semua ahli keluarga nampak cantik dan hensem terutama aku.. ehem!

5.  Aku jadi pantang nampak rendang, ketupat, sambal kacang.. semua aku nak telan.. kalau boleh rumah-rumah yang aku beraya, aku nak telan semua ketupat dorang.

6. Bila tengok kanak-kanak dapat duit raya, aku pun berharap dapat duit raya.. tapi harapan hanya tinggal harapan..

err.. banyak lagi.. apa kata korang yang senaraikan..

mood : Raya + malas..

Buang masa layan blog!

assalamualaikum...
semalam masa aku tengah menaip entri, mak aku tegur..
"wah, guna semua jari dah ye"
Tett... bila mak aku cakap macam tu, baru aku perasan yang aku bukan lagi taip dengan dua jari! awat hang gelak?? serius.. dulu aku taip guna jari telunjuk je.. bayangkanlah berapa lama aku nak siapkan satu entri?
dah lah taip guna dua jari, lepas tu siap mata pandang kat keyboard je...

Hasil 3bulan aku blogging, aku sekarang menaip guna kesemua jari yang aku ada, tapi jari kelingking aku gune tuk tekan huruf A,S dan enter je..errr... susah sikit nak kawal jari kelinking sebab comel.. ehem! Paling best, sekarang tak perlu lagi menaip sambil tengok jari.. tengok screen dah cukup. Mesti korang pun sama kan..

Siapa kata hobi menaip entri ni buang masa? selain dapat duit, dapat jugak tingkatkan kemahiran menaip.. aku meniap entri biasanya gunakan perkataan yang lengkap, jadi agak terpengaruh dalam tulis sms, aku tulis penuh-penuh macam tulis entri gak...

jadi, antara sms 24jam, update status kat feacebook dengan layan blog.. mana lagi beri kesan yang baik? 

Perkara pelik tentang mimpi

Assalamualaikum..
aku ada tulis pasal mimpi aku kat entri sini.. mimpi aku jumpa member blog aku..hehehe... aku nak berkongsi ni, korang perasan tak benda-benda yang pelik tentang mimpi?
1. Jalan cerita
Jalan cerita dalam mimpi memang selalu mengarut! contohnya aku mimpi pergi kedai, tapi aku pergi kedai tu naik kapal terbang. 5 minit naik dah sampai kat london, lepas beli sardin aku pun balik rumah.. mengarut kan? jalan cerita dalam mimpi memang selalu tak logik

2. Mimpi kawan-kawan tapi muka lain
Aku selalu mimpi kawan-kawan aku, tapi yang peliknya.. dorang akan nampak lebih hensem dan cantik dalam mimpi aku tu, serius! aku pernah mimpi seorang kawan aku dan dalam mimpi tu dia memang hensem walaupun kenyataannya tak hensem sangat pun. bila bangun tidor, aku boleh terus sangkut kat dia ..kiranya dia mengorat aku dalam mimpi la..hahahha...


3. watak aku dalam mimpi rupa orang lain..
pernah tak korang mimpi korang jadi watak utama dalam mimpi tu, tapi rupa korang lain..korang tau itu korang tapi muka korang bertukar jadi macam nora elena.. cantik aje..hahahha... Jarang aku mimpi, aku nampak muka aku..

4. Perkara yang terakhir
perkara atau benda last yang korang tengok/baca sebelum tidur, akan disambung ke dalam mimpi tapi akan dibawa ke jalan cerita lain..  Ini sama macam mimpi bersambung, contoh, aku nak sambung mimpi aku makan burger.. aku cuma perlu pikirkan sebelum tidur pasal benda tu.. nanti mimpi tu akan bersambung.. err.. selalunya burger makan aku..aku rasa benda ni jarang dapat bersambung..


p/s : arini aku nak mimpi bro ahmad ngan  skytech belog leh? hahaaha.. sudah! tengok.. nak wat gosip la tu...

Mimpi blogger ni..

Assalamualaikum...
aku baru je lepas sahur ni..  terimbau pulak apa yang aku mimpi tadi, masih jelas aku ingat jadi cepat-cepat aku tulis sebelum aku terlupa.. hehehe.. biasanya memang aku akan ingat mimpi setengah jam lepas aku bangun, lepas setengah jam tu nanti, aku terus lupa mimpi aku..
ok, aku nak cerita mimpi aku tadi..
tempat kejadian : depan rumah aku
waktu : petang

aku tengah lepak-lepak baca buku, tiba-tiba dengar sorang laki bagi salam
"assalamualaikum!"
aku terus jengah tengok sapa yang datang, tapi yang datang tu laki yang aku tak kenal.. aku jawap salam dia, lepas tu laju je dia suruh aku pergi bersiap ikut dia pergi bazar ramadhan. aku pelik gila jadi aku tanya dia sapa..
" saya imbobo"
err..aku senyum pastu terus siap-siap pergi masak nasi kat dapur.. (jangan heran, dalam mimpi memang selalu buat benda mengarut)
Lepas aku siap masak nasi, aku terjaga sebab mak aku kejut..
nama orang yang datang tu imbobo tapi mukanya macam selendang merah.. tak caya? eh! betul ni.. aku tak tipu..
bangun je tidur tadi aku pikir-pikir balik, punca kenapa aku mimpi dorang ni.. sebab aku suka dorang ke? cis! bukan macam tu la.. bila lepas sahur  tadi, baru aku teringat.. sebelum tidur tadi aku ada singgah dulu kat blog dorang... aku rasa tu sebabnya muncul kat mimpi aku..

p/s : mimpi mainan tido... krruukkk...

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

bagi komen sikit pasal berat blog aku ni..


p/s: first time aku masuk segmen tia ni..hehehe... aku dah berjaya download macromedia flash..hehehe..sekarang masa serabut kan kepala belajar benda alah tu..

Antara Pelajaran dan Cinta

Assalamualaikum.. 
selamat berhari minggu, hari ni aku nak balun tulis entri banyak-banyak boleh tak? mestilah boleh, blog aku kan..
aku nak cerita sesuatu.. nak dengar? 

Milah ni seorang pelajar IPTA, dia memang jenis aktif kat sana. kiranya dia memang seorang yang sibuk dengan study dan macam-macam aktiviti lagi.. Tapi pada masa yang sama dia ada seorang pakwe yang nak kan perhatian dia selalu, tambah-tambah lagi tu percintaan jarak jauh. 

Milah ada seorang kawan baik, Jenab yang berkawan jugak dengan pakwe Milah ni. Milah ni sibuk sampai memang takde masa nak mesej dan call pakwe dia ni, lama-lama pakwe dia jadi pelik dan mula selidik diam-diam belakang Milah. Pendek kata dia rasa Milah ni curang belakang dia tapi Milah tau pakwe dia mesti tanya kat Jenab.

Milah ni layankan saja perangai pakwe dia, makin hari dia jadi tertekan dengan perangai pakwe dia yang selalu ragu-ragu tak tentu pasal. Sampailah suatu hari, Pakwe dia buat hal lagi.. dia tuduh Milah ada lelaki lain belakang dia, cakap Milah keluar dengan laki lain dan katanya ada bukti. Korang rasa ape Milah pikir?
tentulah dia pikir kawan dia Jenab tikam dia dari belakang! sebab pakwe tu jauh, macam mana dia leh kata dia ada bukti.

Milah pun terus tanya Jenab, tapi jenab tak mengaku pun. pakwe Milah tu pun kata takde kaitan dengan Jenab.. Milah jadi blank, Kalau bukan Jenab sape lagi? Jenab beria-ria terangkan yang dia tak pernah bagitau apa-apa pasal Milah kat laki tu.

Akhirnya, Milah pikir panjang-panjang.. sampai bila kena macam ni? dia perlukan cinta yang memahami dia dan bukan yang mengkucar-kacirkan hidup dia. Milah pun buat keputusan untuk berpisah dengan pakwe dia!

Dia tak nak bergaduh dengan kawan hanya sebab seorang lelaki yang baru dia kenal sedangkan dia dah lama kenal Jenab. Paling kuat alasan Milah.. dia takde masa untuk bercinta, dia sanggup lepaskan cinta tu kalau cinta tu menyebabkan dia gagal dalam pelajaran. Pelajaran tu memang untuk masa depan dia tapi lelaki tu belum tentu jadi masa depan dia.

p/s : kadang-kadang perpisahan itu jalan yang terbaik.. biar merana sekarang, jangan menyesal kemudian hari..