Blog! kembalikan pada aku!

Kembalikan semula semangat blog aku!! hampeh betul! idea semakin kering dan semangat dah lama hilang.. sangat-sangat cemburu dengan kawan yang masih bersemangat nak menulis entri dan blogwalking..
Bulan disember dah mula tiba, aku jengah-jengah bilangan entri aku untuk bulan ni.. dan hasilnya? Puihht! 26 entri saja aku buat untuk bulan ni! blog lain dah lebih 100++ entri bulan ni..

Entri-entri aku pulak aku rasakan semakin membosankan! damn, aku rasa nak delete je semua entri-entri aku..

bosan (noktah)

p/s: hurmm..game sim sosial aku dah bosan pulak, kena cari game lain pulak..

Servis Pizza Hut teruk!

Malam semalam aku pergi makan pizza hut dengan keluarga, sekali-sekala makan sedap-sedap kononnya.. tapi malam ni buat mood aku tak ok.. semua ni sebab servis yang aku terima dari pizza hut tampin!

waktu aku sampai, orang  tak ramai jadi aku pilih tempat yang lebih ke belakang untuk privasi.. Bila duduk je, pekerjanya hantar menu.. ini memang bagus.. tapi yang buat aku rasa tak best, bila sampai masa nak order.. tak ada yang datang pun. Dulu masa aku datang tempat ni, dia ada sediakan 'button' untuk panggil pekerjanya tapi sekarang dah tak ada.. Jadi macam mana nak panggil?  Aku tunggu pekerjanya lalu tapi pekerja malam tu tak ramai pun, jalan pulak menunduk je.. Aku rasa cam nak menjerit je panggil orang tu tapi nanti aku pulak yang malu dengan orang ramai! akhirnya, bapak aku yang kena pergi bangun jumpa pekerja sebab dah berangin menunggu..

Hal kedua yang buat aku berangin ialah meja.. biasanya pizza hut akan susun pinggan sudu atas meja kan.. Kat sini pinggan dan garfu tak disusun tapi hanya diletak atas meja sahaja! bila suruh dia susun, dia buat tak dengar je.. aku pulak yang kena susun sendiri! sudu tak ada pulak tu.. sekali lagi kena panggil pekerja dan minta sudu dengan sos..


Hal ketiga pulak, penghantaran pizza sebagai menu utama sangat-sangat lambat! lebih setengah jam aku kena menunggu sedangkan tak ramai orang pun masa aku mula-mula datang..

bila dapat bil, caj untuk servis je dah RM6++ tapi servis macam taik! aku rasa macam makan kat warung je..
blacklist pizza hut kat tampin!

coklat buatan sendiri | HOMEMADE CHOCOLATE

petang tadi aku pergi kedai jual bahan-bahan buat kek dengan family aku, masuk je dalam kedai tu aku rasa macam nak pengsan sebab banyak bahan-bahan yang selama ini aku susah nak jumpa kat kedai biasa, ada jual dalam kedai tu.. ikutkan hati aku, nak borong je semua benda dalam kedai tu, tapi aku ingat balik niat aku datang sebab aku nak buat coklat.

ish, family aku suka makan coklat..kalau asyik beli kat luar je, bankrap lah nanti kan..jadi aku kena buat sendiri!
nak tengok coklat yang aku buat??
tada!!



aku dah mula buat jualan coklat yang aku buat ni memandangkan dia sedap..hehehe.. ada yang berminat nak beli dan buat tempahan? insyaallah nanti aku kembangkan ke jualan online

salahkah bercinta dengan sahabat?

Tadi aku blogwalking dan singgah ke blog murai si penuipu.. entri dia mengenai best ke bercinta dengan kawan baik sendiri telah menarik hati aku untuk menulis entri ni.. perkongsian pengalaman yang menarik aku rasa sebab pasti semua orang merasai apa yang dia rasa kan..

Aku ? pernah memliki seorang kawan yang rapat..makin lama dia mula suka aku sebab mata dia rabun..bagi aku dunia tiba-tiba jadi indah dan berwarna-warni.. pokok tiba-tiba terus boleh bercakap, arnab pulak dah boleh menari dan menyanyi~ (ok,mengarut)

Kalau ada yang nak bercinta dengan sahabat sendiri, korang kena tahu risiko yang perlu dihadapi sebab risiko paling besar ialah kehilangan kawan bila berpisah nanti..Ok, pandang dari segi kebaikan pulak, bila memiliki kawan sendiri sebagai buah hati.. kita dapat pakej! 3 dalam 1.. kawan, cinta dan musuh..

Aku pernah berpisah dengan dia dan kitorang tetap berkawan lebih setahun setengah, ramai cakap bila dah berpisah, percintaan tak boleh menjadi persahabatan lagi.. aku rasa tu terpulang pada diri masing-masing sebab kitorang tetap boleh berkawan.. lain pulak cerita aku dengan kawan baik aku si F (bukan nama sebenar).. dia luahkan perasaan pada aku dan aku memilih untuk berkawan sebab tak ada perasaan lebih dari kawan.. dia bawak diri jauh dari aku sebab tak boleh terima aku berkawan dengan orang lain..

Apa seronok bercinta dengan kawan sendiri? ehem, bila bercinta dengan kawan sendiri, cara kita layan dia tak kekok dan tak berpura-pura..

panda : wei, lu wat pe tu?
aku     : masak..
panda : lu masak air ke? hahaha..
aku     : otak lu! wei, jangan sebarang cakap wahai bf ku.. gua dah pandai masak da!


kesimpulan! persahabatan tetap akan tergugat sekiranya cinta ada dalam hati salah seorang.. mungkin tetap bersahabat tapi susah untuk sama seperti dulu macam masa kita muda-muda dulu tu..

hack facebook dan blog

Nak belajar cara hack facebook dan blog? banyak sebenarnya cara yang boleh kita buat untuk hack facebook dan blog ni, cuma perlu search je kt google. bila cari di internet, banyak cara mudah dikongsikan malah ada cara yang hanya menggunakan email sahaja untuk hack facebook tapi betul ke cara tu berkesan?

Kebanyakan 'cara hack yang dikongsi' adalah tipu muslihat seorang hacker untuk mengumpan korang, jadi berhati-hati kerana takut niat jahat korang tu akan memakan diri.. itu namanya padan muka! logik ke untuk hack facebook orang lain tapi perlu nyatakan email dan password korang? tak logikkan? tapi ramai jugak yang tertipu dan dedahkan maklumat sendiri sebab ikut je cara tu dengan bodohnya..

sekarang semakin mudah nak hack facebook, jadi buang gambar-gambar yang mengaibkan korang sendiri sebab banyak sangat dah aku tengok page yang dibuat berdasarkan gambar-gambar yang dicuri..
blog pulak kena kuatkan password sebab biasanya bila dah kena hack, susah nak dapatkan balikkan..

kenapa tak buat cerita gossip?

A : kau tau tak yang si artis tu ada gambar bogel?
B : mana kau tau?
A : Blog la...

Sekarang ni kalau nak tahu tentang apa pun, semua ada kat blog.. kawan aku tanya aku tadi, kenapa aku tak buat cerita/entri pasal gosip artis. Mesti ramai yang nak baca kalau aku tulis pasal tu kan..

Memang aku tak nafikan yang entri pasal dunia artis akan tarik ramai pembaca ke blog tapi itu bukan aku.. aku tak suka ambil tahu hal-hal yang tak ada kaitan dengan aku macam artis jatuh longkang ke, artis jadi pondan ke.. huh, semua tu tak ada kaitan dengan aku.. ada kaitan dengan korang tak?

Bila kita tak berjaga-jaga dalam menyampaikan maklumat dan apa yang kita sampaikan tu salah, benda tu boleh menjadi fitnah.. kalau pun gosip yang kita sampaikan tu betul, bukankah  itu bermakna kita sebarkan aib orang? kecualilah kalau kita sampaikan benda-benda yang baik dan kita rasa patut kongsikan bersama kan..

p/s : blog ni hobi.. bukan punca pendapatan aku.. sebab tu aku tak kisah pasal trafik..

cuti+ cuti = ?


cuti sekolah = kanak-kanak cuti

cuti umum = ibu bapa cuti

kanak-kanak cuti + ibu bapa cuti = semua orang cuti

semua orang cuti = semua orang berkumpul

semua orang berkumpul = adakan majlis

majlis = kahwin

kesimpulannya..
orang kahwin masa cuti sekolah dan cuti umum! 


p/s: mengarut sendirian

pasang badge google+ di blog

sekarang kecoh dan heboh pasal tak lama google+ akan digunakan bagi menggantikan widget 'follower' yang ada sekarang..betul ke? err.. ke aku yang salah paham pasal hal ni?

semalam aku ada baca entri kak diana pasal google+ ni, jadi aku rasa menarik untuk letak di sidebar blog aku.. sesiapa yang ada google+ tu, silalah follow aku ye.. teruja sungguh ni aku rasa.. (huh, teruja? macam tak percaya aku guna perkataan ni)


bro ahmad selalu kata benda ni banyak kebaikannya tapi sampai sekarang aku tetap tak paham..jadi jangan marah sebab aku lembab nak paham benda ni.. tapi aku letak sekarang sebab nanti bila suatu hari nanti aku dah paham, sekurang-kurangnya aku dah buat kan.. (sedapkan hati sendiri)

Jom ramai-ramai buat akaun google+ dan letak di blog..lepas tu follow aku!

makanan tak sedaplah!

siapa suka makan makanan yang tak sedap? yang tawar? pelajar asrama sering mengadu makanan yang di sediakan di dewan makan tak sedap, aku dulu pun selalu juga mengadu dan merungut pasal makanan ni.. bayangkan makan makanan yang sama dalam masa setahun.. sampai aku hafal jadual jenis-jenis lauk.. walaupun jemu, tapi tetap kena telankan.. sambil mulut kunyah makanan, sambil tu jugaklah mulut ni merungut lauk tawar lah..ikan keras lah!

Pernah dulu kawan-kawan pakat merungut dekat warden asrama pasal makanan yang tak sedap ni.. tapi warden tu dengan selamber badak dia je jawab..
" korang hanya bayar RM1 je sehari untuk makanan kat sini tapi korang dapat makan 6 kali sehari..bersyukurlah!"

waktu tu otak aku kebudak-budakkan lagi, hati pun tengah panas, jadi aku rasakan warden aku jahat! tak utamakan perut pelajar-pelajar baik ni..tapi lepas aku keluar dan makin dewasa..ehem! aku makan nasi dengan ayam goreng pun dah kena caj RM3 kat kedai.. huh! bankrap aku kalau makan 6 kali sehari kat kedai tu..


Pendek kata.. Bersyukur sebab waktu tu walaupun makanan tak berapa sedap, tapi ibubapa kita dapat jimat banyak duit kan?

tolong bergaya sikit!

girlfriend : kenapa sayang masam je dari tadi ni?
boyfriend : emm, anje..kenapa anje keluar dengan abang pakai baju tshirt je? pakai selipar jepun pulak tu..
Grilfried : kenapa? salah ke? kita kan keluar tengok wayang je ni..
boyfriend : hurmm, anje ni tak paham la.abang segan lah dengan kawan-kawan abang.. Anja ni bukannya tak lawa, cuma malas nak bergaya je..
girlfriend : Ha? tak cukup bergaya ke ni? dah tu abang nak anje macam mana sebenarnya?
boyfriend : (bersemangat) Anje belilah baju cantik-cantik, yang up-to-date, branded.. pakai high heel ke, pastu pakai lah make-up.. tengok tu..muka macam mayat je..
girlfriend : tak ada hal lah abang ! (senyum)
Boyfriend : betul? next time kita keluar, anje pakai cantik-cantik ye..sayang anje!
Girlfriend : Eh, lupa lak nak tanya.. bila kita boleh beli semua tu? abang ada bawak cukup duit tak ni? kalau cukup duit, jomlah shopping!
Boyfriend : Haa? apasal pulak abang kena belanja? keluar duit sendiri la.. (pandang pelik dah ni)
Girlfriend : kau nak aku bergaya sakan, keluarkanlah duit beli benda alah semua tu.. main sedap mulut je nak aku ubah itu ini..duit aku tengok wayang ni pun guna ptptn la!


ramai lelaki nak buah hatinya bergaya tapi tak mampu pulak nak tanggung kos beli baju-baju cantik untuk girlfriendnya tu.. aku ni bukan jenis bergaya pun, kadang-kadang je tapi aku tak suka buang duit beli baju baru tiap-tiap minggu, barang-barang make up..aku tak minat semua tu.. siapa tak nak nampak cantik bila keluar rumah kan? tapi aku rasa ikut kemampuanlah,janganlah beli baju mahal-mahal tapi terpaksa ikat perut sebab tak ada duit nak makan..

 aku rasa perempuan sebenarnya lebih cantik bila bersederhana kan..? korang rasa macam mana?

5 CARA UNTUK MENGETAHUI CINTA DIPERMAINKAN

Bagaimanakah untuk mengetahui samaada cinta kita dipermainkan? atau dalam bahasa kasarnya, si dia saja-saja je nak test market dengan kita dan bukanlah hendak bercinta dengan serius? biasanya orang dalam golongan ini adalah orang yang telah memiliki cinta lain tak gatal nak cari nahas dengan buat orang lain jatuh hati pada dia..

Pernah alami? bagi yang pernah alami pasti anda bersedia agar tidak tertipu lagi, tapi bagaimana pulak bagi yang belum pernah alami situasi ini, pasti takut cinta dipermainkan.. Aku bagi 5 petanda mudah di lihat pada orang yang ingin mempermainkan cinta kita.


1. tak sampai seminggu kenal, dah kata jatuh cinta pada korang walaupun belum pernah berjumpa pun.

2. Sorok / hide wall facebook dia dari korang..

3. Sms atau telefon hanya pada masa-masa tertentu. contoh, dia bagitau korang supaya jangan sms dia esok sebab esok dia ada hal.. (padahal dia keluar dating dengan orang lain)

4. susah nak di ajak berjumpa.. ada saja alasannya..

5. bila korang nak tengok handphone dia, dia akan belek-belek handphone dia dulu sebelum bagi pada korang.. ehemm, paham-paham je la kan.. mestilah dia taknak kantoi...

Manusia sekarang ni susah nak percaya, kadang-kadang mereka yang depan kita bukan main setia tapi kat belakang sorok-sorok sms dengan perempuan lain...kesihan perempuan tu...


p/s : jangan mudah bagi nombor telefon pada orang yang korang kenal kat facebook,terutama yang bersekolah lagi, mudah-mudah je dipermainkan nanti.

VINTAGE BACKGROUND FOR BLOG | FREEBIES

aku nak berkongsi vintage background yang cantik-cantik dan comel, kalau nak ambillah.. dah ambil bagitau aku ye..
orang memberi, kita berbahasakan..hehehhe... 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRR1kkhnARmLjf5D947R51axbPlmsb1uCM6gSZohxiDHSDKH5YFZTfVYMhReB4yNPDLgUvo3b0RQ1RMUx8T48QuXxCFQi-OGgHrZ-G-pYDG6y_zh3N8AeMPaxqW_06tX4sLg86_im4BDk/s1600/vintage+3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFudGtgSM16GlqDWIXlhX7hfa3j3jpF2gn2hCXZgmfSSBYbrJmg5FWMz2eZVgQaoLZEMMTr7wLPEHlDc_6X3g-2QJlgMLB-O470vX5fjcuX3KIYeJTxXqxFJBi729yuPLoiNgXSjDbp2k/s1600/vintage+4+.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-7k3Vc_lftY/Ts3J2es3VJI/AAAAAAAAAt8/VWB02vSy26E/s1600/vintage+5+.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS1LMqNCEXjksqGtR9vZOSI6Lx09mQoSWLXhyenX2nm48DRDnPQS6mcJL3p4705h_8l2eFrqyC0ODrAM_fkpMN8NspmTURHuO2c2Kt_gfMMa_Lr3ZnEQkDmRv8l-u6LTdTgN_qvGiaV0s/s1600/vintage+6+.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfop3uwgok8OMR4xsIHq3yGbwWyps4cL0eW49J-vp3dtwT9FNWx4QCLMKmP1NLT2jIpuPU44Y6u9z8nPeFQLMpY4VmICyuvi2i132HJ3IIG6PNroPTdUXpcjldB3_tUitSgzWznvSGG8A/s1600/vintage1.jpg
cara nak pasang pada blog ialah :

1. design > edit layout > add a gadget > html/javascript
2 masukkan ini..

<script type="text/javascript">
var background= new Array()
background=" (url image) "
document.write("<style>");
document.write("body {");
document.write(' background:url("' + background + '") repeat top center;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>
3. yang (url image) , masukkan url gambar background ni.. siap!



like kalau suka ye~

Bila otak dah beku

teringat aku pada ragam kawan-kawan aku masa sama-sama belajar untuk peperiksaan akhir minggu lepas.. kepala aku dah berpusing-pusing sebab buat soalan-soalan sem lepas.. waktu tu dah pukul 3 pagi dan otak masing-masing dah beku.. otak aku lagilah, keras je sebab dah perah banyak..

masa sedang menjawab soalan peperiksaan lepas subjek pembuatan, aku terjumpa soalan ni..
" bagaimana untuk mengira saiz sampel (N) ?"

aku pun selongkar buku, nota, modul, internet.. tapi tak jumpa jugak jawapan soalan ni sebab biasanya saiz sampel diberi dan tak perlu dicari atau diselongkar.. disebabkan kepala aku dah beku.. jadi aku tulis jawapannya ialah..
" saiz sampel diberi, tak payah kira"

esoknya, aku bertukar-tukar kertas nota dengan kawan untuk ulangkaji.. tak pasal-pasal semua gelak sakan bila tengok jawapan aku tu, aku pun tengok balik jawapan yang aku buat tu.. Cis, aku pun gelak jugak sebab jawapan aku tu bodoh!

tu padah belajar saat-saat akhir.. hampeh!

Segmen 5 Pasal Korang Dan Cinta !

Hari ni aku nampak satu segmen menarik jadi aku nak join.. senang je nak join.. hanya perlu menjawab dengan jujur dan ikhlas kan SB? 5 soalan diberi dan aku perlu jawab ke lima-lima soalan.. hadiahnya ialah

1) aku akan buat entri khas dan review bagi 5 pilihan terpilih.
2) aku akan masukkan dlm bloglist " Makan Belacan ! " khas untuk segmen.
3) 1st terpilih akan aku letakkan link feed url blog nyer selama sebulan



1) Dalam percintaan korang ada tak lagu khas untuk percintaan antara korang? Kalau ada apa lagu itu????
Lagu khas?? err.. tak ada lagu khas tapi ni lagu yan my panda bagi kat aku hari tu.. lagu dear god by avenged sevenfold

2) Korang dan kapel ok jer memang tak ada nampak perubahan pun,memang nampak korang yakin yang pasangan korang itu seolah memang nampak akan setia pada korang,namun,jika kapel korang tiba-tiba menghantar mesej pada korang berbunyi seperti ini " awak,maafkan saya,sebab saya bukan yang terrbaik untuk awak,awk boleh memiliki yang lebih baik daripada saya,maafkan saya,saya tak dapat teruskan perhubungan ini!"haa.. apa perasaan korang kan pada masa itu ??? dan apa tindakan yang korang akan lakukan sejurus menerima kenyataan seperti itu???

tindakan pertama sekali aku akan buat ialah dapatkan jawapan kenapa aku ditinggalkan macam tu aja.. dia ingat aku monyet ke apa? aku akan terus pergi jumpa dia sebab benda ni bukan hal kecik beb.. melibatkan perasaan.. dulu waktu nak bercinta, pandai pulak pujuk-pujuk.. hampeh punya orang! main suka hati dia pulak nak tinggalkan aku..
kalau jawapan dia sebab perempuan lain, memang aku sepak terajang dia dulu.. Eh, bukan sebab aku ganas, ni sebab lepaskan perasaan kecewa aku kat dia.. kena lepaskan supaya nanti aku tak menyesal.. kalau sebab dia dah bosan bercinta, aku lepaskan je dia.. tak guna memaksa orang yang dah tak sudi.. Lagi satu, aku kena jumpa dia sebab kena mintak balik semua hutang-hutang dia kat aku..hahahha... tipu kalau kata laki tak pernah pinjam duit kat awek dia ye~

3) Jika korang clash, apa lagu yang paling sesuai dan ingin korang tujukan pada diri korg dan kapel ??? kenapa lagu itu korang pilih ???
Ish, aku tak pernah pikir pulak benda ni.. sebab aku tak nak pikir hal lalu yang menyakitkan hati tu, benda lepas tu aku lepaskan jelah.. biasanya aku dengar lagu yang naikkan semangat aku bukan lagu yang jatuhkan aku.. aku lupa plak tajuk lagu tu.

4) Kapel yang kelakar,kaya,hensem,cantik,pandai dan sebagainya,yang mana korang lebih pilih??? kenapa?
aku pilih yang kelakar dan pandai.. kelakar sebab aku perlukan orang yang paham lawak aku.. tak bestlah kalau aku buat lawak, dia pandang aku pelik je kan..
pandai pulak sebab ilmu tu lagi penting dari rupa..

5) Pada korang,kalau bercinta tu harus ker buat post kat fb atau twitter dengan ayat seperti ini" ilove you sayang", "rindu kat dia", "tanks syg sebab blnje ayg td" dan macam-macamlah sampai semua orang tahu..haruskan begini?? kenapa??

Tak kot.. sebab benda tu menggelikan, lagipun facebook aku kawan-kawan, family aku boleh tengok.. aku rasa benda tu bukanlah sesuatu yang perlu ditunjukkan..
my panda tulis ni kat wall aku.. giler terkejut aku bila baca.. tapi aku tak balas pun, aku buat tak nampak je.. (dalam hati gembira lah jugak)  aku tak nak nanti orang lain muntah darah baca benda ni kang.. sebab aku pun ada nak muntah darah bila baca status jiwang-jiwang gini kat member-member facebook aku.. hahhaha... 


siap! kepada SB, walaupun yang join sikit.. janganlah batalkan sebab kasihan pada yang dah join.. ok?

pengaruh sim sosial!

Pernah main sim sosial di facebook? aku tengah gila main benda ni sebab baru sekarang aku ada masa untuk mengadap game dan laptop.. hahaha.. permainan ni memang best walaupun aku terlambat main game ni.. Member aku lah yang suruh aku main game ni dan aku memang cepat terpengaruh.. lalala~~


Main game ni memang best sampai bangun tidur pun terus nak bukak laptop.. tapi jangan sampai terleka sangat sampai kerja lain tak siap.. kalau yang masih belajar tu, utamakan pelajaran dulu daripada game ni.. aku ni dah habis belajar... hehehehe..

setiap pertemuan akan ada perpisahan

Setiap pertemuan akan ada perpisahan, dan perpisahan bukanlah satu hal yang menggembirakan.. berjumpa hari ini dan berpisah pada hari esok, sebab tu kita kena bersedia menerima hakikat yang kita akan berpisah setelah bertemu kan..

menikmati matahari terbenam bersam-sama
 Akhirnya, aku berjaya tamatkan 3 tahun pengajian di politeknik merlimau, sampai masanya untuk aku berpisah dengan kawan-kawan sekelas dan serumah.. masing-masing balik ke negeri masing-masing.. entah bila pulak kan akan berjumpa balik.. tapi insyaallah, ada jodoh nanti mesti berjumpa semula kan..

Macam-macam susah senang yang kita lalui bersama dan itu akan menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan ye kawan-kawan.. aku susah nak nangis bila hal-hal perpisahan macam ni.. tapi aku tak bermakna aku tak sedih tau.. lepas ni tak ada dah aku nak lepak ngeteh malam-malam lepas abis study.. huu..really will miss it!

Akhir kata, semoga semua dapat meneruskan hidup dengan gembira selepas ni.. jumpa time konvo nanti!

Kenapa bukan semua follower adalah pembaca setia?

Kenapa bukan semua follower adalah pembaca setia? Soalan ni selalu aku dengar di kalangan pemilik blog.. contoh pada entri lepas aku buatkan entri ucapan terima kasih pada follower aku yang mencapai 2000... dan ada juga yang komen..

"Cuma kdg2, follower ramai, tapi org yg follow tu tak semestinya loyal reader. Alangkah bahagianya hidup kalo semua follower adalah reader juga kan?"

" kan best semua follower pembaca setia..bukan stkt nk kita follow dia balik "

Selalu orang kata follower ramai tapi pembaca kurang nak buat apa.. Betul tak? aku setuju tu tapi pernah tak renung lagi sedalam-dalamnya.. aku tak ambil contoh blog orang, aku ambil blog aku sendiri.. aku sentiasa sibuk sampai tak sempat blogwalking pun, ping entri pun sangat-sangat jarang..  pengunjung tetap datang 200+ sehari walaupun aku tak update entri.. apa lagi aku boleh katakan selain bersyukur?

Logik ke follower korang 1000 dan yang datang setiap hari pun seribu?? kalau dia tak datang hari ini, mungkin minggu depan dia datang blog korang kan.. Meh aku bagitau kenapa bilangan yang datang blog korang tak sama dengan jumlah follower korang..

contoh follower korang 1000 dan korang update 1 entri sehari..
  •  55 daripadanya tak ada broadband sendiri.. jadi tinggal 945 orang
  • 190 adalah pelajar sekolah.. parents bagi online sejam je sehari dan tak sempat pergi blog korang, jadi tinggal 755 orang
  • 130 adalah pelajar yang sibuk dan tak buka blog ,jadi tinggal 625 orang
  • 70 orang menggunakan broadband dan line lembab, jadi tinggal 555 orang
  • 400 adalah orang yang tak letakkan korang dalam bloglist dan tak nampak entri korang kat dashboard, jadi tinggal 155
  •  7 adalah orang yang terlupa password blog dorang.. jadi tinggal 148

maka tinggal 148 yang datang blog korang pada hari korang publish entri terbaru.. 148 orang itu adalah golongan yang kebetulan online masa korang update entri dan orang yang masukkan korang dalam bloglist.. jadi logik tak kenapa tak semua follower adalah pembaca?

nak ramai pengunjung, rajinkan blogwalking, rajin tulis entri best-best dan jangan jadi macam aku.. entri banyak merapu je.. hahahah..

income nuffnang- 2000!

ucapan pembukaan adalah terima kasih nuffnang kerana selalu memberi BE pada blog yang tak seberapa ini sehingga aku akhirnya dapat menunaikan pendapatan pertama aku sebagai seorang blogger.. mula-mula aku berblog ini bukan kerana duit tapi kerana terpengaruh dengan kawan.. lama-lama baru aku tau, kita boleh dapat duit daripada blog ni.. jadi terima kasih pada yang buat entri pasal nuffang dan banyak membantu aku mengenali nuffnang... lalala~ burge mcd la lepas ni..


seterusnya, terima kasih pada follower sebab sudi follow blog yang tak seberapa ni.. setelah sekian lama menunggu sejak bulan Mei haritu, akhirnya tercapai jugak untuk memiliki 2000 follower.. aku tau blogger lain dah lama naik beribu, tapi blog aku ni slow sikit memandangkan aku selalu sibuk je dengan pelajaran. Insyaallah minggu ni last aku hidup sebagai student..

terima kasih kerana menyokong blog ini sejak dari awal sehingga sekarang.. aku sangat-sangat menghargainya.. 

Terima kasih semua! (macam artis la pulak aku bagi ucapan)

p/s : janganlah unfollow pulak lepas ni ye..

edisi sarapan pagi

bangun pagi-pagi.. tak payah mandi.. (bukan orang tau pun kan) basuh muka berus gigi, lepas tu pakai baju cantik-cantik macam baru lepas mandi.. hahahah.. hari ini terasa nak makan sarapan pagi-pagi buta kat kedai makan. Semalam aku dah survey kedai mana yang best untuk breakfast jadi pagi ni aku bersiap pukul 7 sebab nak pergi makan sarapan dan menghayati suasana pagi..

Aku start motor dan jalan mencari kedai makan tapi malangnya banyak yang tak bukak lagi.. agaknya aku awal sangat kot. Lepas pusing-pusing, aku jumpa kedai depan jalan raya jadi aku berhenti.. Aku suka sarapan pagi di kedai yang kawasan sekelilingnya macam gerai je.. baru terasa suasana kampung kan..

Aku makan nasi lemak dengan teh tarik.. gambar tak ada sebab tak sempat ambil gambar, aku dah telan nasi tu, lagipun aku bawak handsphone cikai je.. lepas makan, termenung membiarkan fikiran melayang.. tenang je rasa..

jadi, korang dah sarapan belum??

keliru nak lepaskan cinta

Pernah terasa ragu-ragu dalam perhubungan? sayangkan si dia, tapi ada sesuatu masalah yang menggangu hubungan korang dan penyelesaiannya hanyalah bila si dia berubah.. contoh masalah nya, si dia kaki botol, kaki judi, kaki porno atau sebagainya.. Bagaimana kalau dia tak berubah? perlukah kita menyimpan rasa selama-lamanya? Rasa sayang masih ada dan masih tebal sehingga sukar nak buat keputusan.. tapi takut untuk meneruskan hubungan..
Bila timbul masalah, rasanya ingin tidur dan bangun keesokkannya dengan harapan dia berubah.. bagaimana kalau dia tetap seperti itu.. seperti dulu? kadang-kadang keliru dengan apa yang patut di buat? tinggalkan atau terus bersama? aku rasa seeloknya ambil masa bersendirian dan berfikir panjang perjalanan hubungan tu.. jangan kerana cinta semata-mata korang perlu menderita.. sakit rasanya kan bila kita terpaksa menahan hati hanya kerana ingin menjaga hati si kekasih.. lepaskan cinta untuk dapatkan cinta yang lain..

tepuk kepala tanya otak.. jangan tepuk dada tanya hati.. ikut hati mati..

cintailah yang bertambah kebaikannya dan berkurang keburukannya..
jangan mencintai yang tidak bertambah kebaikan dan tidak berkurang keburukannya..

p/s : cinta bukan segala-galanya...

p/s : nak sambung study untuk exam.. wish me luck ye!

Mencari jodoh semakin mudah?

Betulkah mencari jodoh semakin mudah? Selaras dengan perkembangan teknologi , orang kita semakin bijak mencari jalan untuk bersosial.. kalau dulu, bila kita sukakan seseorang.. bukan main susah kita nak mengorat.. perlukan keberanian tahap tertinggi untuk minta nombor telefon.. kalau paling hebat, terus luahkan perasaan..

Tapi sekarang dah lain.. kalau berkenan dengan seseorang, cari saja nama dia kat facebook.. bila dah jumpa add. Bila tak bertentang mata, jadi berani sikit nak mengorat.. kemudian sembang-sembang promosi diri sampailah si perempuan suka. Akhir sekali ajak jumpa, maka bermulalah episod cinta..Mudah kan? Hanya perlu pandai bermain kata sahaja.

Apabila semakin mudah menjalinkan cinta, peratus orang yang berlaku curang juga semakin bertambah..curang ni kebiasaanya bermula dengan perkataan.. " test market". Dari test market tu, berubah menjadi cinta.. Betul tak?

Banyaknya kes curang, menyebabkan ramai orang paksa pasangan memberikan password facebook mereka atas alasan untuk memastikan tiada berlakunya kecurangan di belakang mereka.. Korang ada yang share password? Aku? facebook aku, aku punyalah! facebook dia, lantak dia lah~

Bagi aku, macam kebudak-budakkan nak buat spotcheck macam tu kat pasangan.. merimaskan! lagipun, kita jugak yang sakit hati bila terbaca atau terjumpa sesuatu yang boleh membakar perasaan cemburu.. Tengok perempuan sapa HI kat boyfriend, kita dah terus pergi serang perempuan tu.. nampak dia komen-komen dengan orang lain, kita marah-marah pasangan kita, tak bagi dia berkawan.. kau sapa nak halang dia bekawan??

Pendek kata, lebih baik tak ambil tahu dari kita tahu sesuatu menyakitkan hati.. tak perlu sampai selongkar facebook pasangan sebab kalau dia curang pun, pandai lah dia simpan.. korang tak akan jumpa punya melainkan korang bercinta dengan orang yang super duper bodoh~

Kesimpulannya.. mencari cinta dan kehilangan cinta semakin mudah dengan adanya facebook.. hahhaa..

angkara satu syiling

Masa sekolah asrama dulu, aku selalu guna telefon awam untuk telefon mak bapak aku sebab aku belum ada handphone lagi masa tu.. bila guna telefon awam ni, kenalah ada syiling kan? aku selalu kebas duit syiling bapak aku bila aku balik kampung. Bapak aku suka kumpul syiling, aku pulak ambil duit syiling dia kumpul tu..hahahha..

ada suatu hari, aku nak telefon mak aku tapi aku ada 20sen je..
setakat 20sen, dapat cakap sekejap je lah kan.. aku masukkan syiling tu dalam public phone tapi  keluar balik.. Jadi aku cuba masukkan lagi sekali, tapi dia keluarkan balik duit syiling aku tu.. HUh, memang hampeh! Sampai kali ke sepuluh aku cuba masukkan tapi di reject jugak, aku mula berangin.. mulalah aku maki-maki public phone tu! orang yang cipta benda tu pun aku maki!

Waktu aku terdesak nak gunakan benda alah tu, waktu tu lah dia buat hal kan.. Sedang aku leka memaki public phone tu, kawan aku datang dan tanya aku apasal aku mengamuk sakan.. aku bagi tau dia..
Aku : " ni public phone bodoh ni! time aku nak gunalah rosak.. dia tak nak terima duit aku"

Dia :  "yeke? meh aku cuba pulak.. tak pernah pulak public phone ni buat hal"

Selepas dua tiga kali dia cuba masukkan, hasilnya tetap gagal jugak, jadi kawan aku belek-belek syiling aku tu, tiba-tiba dia ketuk kepala aku! 

" Bongok! sampai mati pun, tak kan boleh masuklah gila..!"

Aku terkejut lah sebab disergah macam tu.. aku tanya dia kenapa.. dia tunjuk syiling tu kat depan muka aku..

" ni duit syiling negara mana kau ambil ni? memang lah tak boleh masuk! saiz tak sama sengal! "

Cis, patutlah tak masuk-masuk.ni mesti terambil syiling collection bapak aku ni.. apalagi, malu lah aku! Aku pun tersengih dan perlahan-lahan berpaling meninggalkan kawan aku sambil menyanyi...
"lalalalala~~~lalalala~~"

aku pelik tengok telefon awam

tadi aku masa aku singgah kedai, aku baru perasan dan pelik ada public phone kat sebelah kedai tu, aku ingat benda tu baru di buat tapi kawan-kawan aku kata benda tu dah bertahun ada kat situ.. tapi kenapa aku tak perasan kan?  jadi aku syak, mesti ada orang jampi public phone tu supaya aku tak nampak public phone tu kat situ...

Public phone tu cantik lagi, tak macam public phone aku masa sekolah dulu, buruk-buruk.. masa aku sekolah dulu, kalau ada 10 public phone kat sekolah aku, hanya 1 je yang boleh guna.. Alangkah rakusnya pelajar sekolah aku tu dalam menghancurkan hak awam.. Tapi aku tengok public phone ni cantik, public phone kat sekitar kawasan ni pun cantik je.. Jadi aku tertanya-tanya.. adakah penduduk kawasan ini memiliki sifat menyayangi harta benda awam yang tinggi?

aku tanya kat kawan-kawan aku, kenapa telefon awam tu nampak macam baru buat? cantik pulak tu.. cepat je dorang menjawab..
telefon tu elok bukanlah sebab pengguna cermat tapi sebab tak ada orang guna lah.. bila tak ada orang guna, macam mana nak rosak.

Bila dilihat,  ramai kanak-kanak sekarang dah ada telefon bimbit, malahan orang indon pun ada Iphone4 sekarang ni.. tapi korang perasan tak? Penggunaan public phone juga sebenarnya dah melangkah setapak maju ke hadapan.. dulu publicphone hanya boleh buat panggilan, tapi sekarang dah boleh hantar mesej tau.. korang pernah cuba tak?
1 sms 20 sen.. aku suka hantar mesej je guna ni bila tak cukup syiling.. benda ni guna nombor celcom. boleh hantar mesej, tapi tak boleh terima mesej ye. kalau terdesak, boleh saja guna..


p/s : 3 tahun aku  keluar masuk kedai tu, baru hari ni aku perasan telefon awam depan kedai tu? Apakah?

kenapa kau hancurkan hati aku?

Ketika aku sedang lepak-lepak menonton anugerah skrin yang bosan kat tv3, tiba-tiba satu sms masuk ke dalam handphone aku.. Nombor yang aku tak kenal pulak tu, tapi aku tetap rajinkan diri membaca sms tu.

"Milah, Sampai hati kau hancurkan hati aku kan, apa kurangnya aku berbanding dia?"

Aku dah terkeru-kerut kening sebab pelik, jadi dengan pastinya aku tahu ni mesti kes salah hantar sms ni, sebab rasanya aku tak ada kecewakan hati sesiapa walaupun sejak kehadiran panda dalam hidup aku.. dan paling penting sekali, nama aku bukan milah! ehem, jadi aku balas sms tu
" maafkan daku kerana melukakan hatimu"

tak sampai 5 minit kemudian, mesej masuk lagi..

" bagilah aku peluang sekali lagi sayang.. aku janji akan berubah.. "

(jangan tanya kenapa aku bermurah hati melayan orang tu)  Jadi aku balas.. 

" ok, aku bagi peluang kedua pada kau.. tapi ada sesuatu yang kau kena buat dulu."

sepantas kilat dia balas..

" apa saja aku sanggup lakukan.."

sambil menahan gelak, aku balas..

" senang je, kau cume perlu pastikan jangan salah hantar mesej lagi, sebab ini bukan milah.. hahaha, kau salah nombor la bro.."

lambat-lambat baru dia balas sms aku tu.. dia mintak maaf sebab salah hantar.. kesian, pesanan khidmat masyarakat.. janganlah sebab cinta sampai nak merayu-rayu, tak macho la..

Tak dapat tipu ibubapa di blog

Pada entri lepas, aku ada ajar anak-anak untuk mengelakkan handphone mereka daripada di selongkar oleh ibubapa bila buah hati telefon masa tak ada handphone di sisi anak-anak.. kalau belum baca, boleh baca di entri sini. Aku pun cuba try,  tapi malangnya belum sempat aku mengubah nama my panda sebagai 'battery low', mak aku dah kenakan aku dulu!
mak aku kata, " ni baterry handphone kau low.."
aku waktu tu tengah menghadap laptop, jadi sepantas kilat aku minta tolong mak aku hulurkan handphone tu pada aku sebab aku nak caj.. lepas tu dia kata..
" tak low pun, kan kau tulis dalam blog"

reaksi aku?
Ceiit! aku lupa mak aku pembaca setia blog aku! segan..segan!

korang nak tahu tak? sebenarnya ramai ibubapa yang baca blog dan ada blog sekarang ni..


jadi kesimpulannya, jangan bagi tips menipu ibubapa di blog ye..

p/s : menonton anugerah skrin yang hambar dengan lubang hidung disumbat tisu... selsema la..

Cara elak ibubapa tengok handphone anak

Ibubapa selalu curi-curi baca sms kita bila kita tak ada dekat dengan handphone kita kan, kadang-kadang girlfriend/boyfriend call masa kita tengah mandi dan ibubapa tak dapat tahan diri untuk curi-curi mengintai siapa yang call.. jadi ni cara untuk sorok identiti si buah hati ..hahahah..
aku nak try la~~

lelaki pun period ke?

Percaya tak yang lelaki pun ada simptom period? apa simptom bila period (datang bulan) ? emosi tak stabil dan cepat terganggu.. Selalu kita dengar lelaki merunggut bila orang kesayangan mereka jadi terlalu emosi tiba-tiba dalam sebulan sekali.. Memang biasa kan tengok gelagat kaum wanita yang tiba-tiba jadi marah, menangis dan ceria. Ini disebabkan perubahan hormon. Tapi macam mana pulak bagi lelaki yang berperangai macam tu? datang bulan jugak ka bang??
lelaki selalu tak perasan yang sebenarnya mereka pun ada mengalami emosi yang terganggu secara tiba-tiba macam perempuan jugak..

Pernah tak berjumpa dengan lelaki yang tiba-tiba nak cari gaduh dengan korang? tiba-tiba nak berkecil hati tak pasal-pasal? Haa..aku selalu jumpa.. memang nak buat kaki aku terangkat ,lekat kat pipi dorang je..

Lelaki pun ada perubahan hormon ke?? Ceitt..