3 TANDA SI DIA TAK BERMINAT BERBALAS SMS

Ramai orang tak tahu sebenarnya apa tanda seorang gadis/lelaki tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang. Aku bagi korang perkara yang selalu terjadi tapi tak ramai yang tahu hal ni terutamanya lelaki. Ini tanda-tanda orang yang korang sms tu tak berminat untuk dengan korang.


1. Menghilang ketika sms
Si dia akan tiba-tiba tak balas lagi sms korang, dia balas hanya dua tiga kali saja, dan kemudian dia menghilang. Korang pulak pikir dia mungkin tak perasan sms korang tu, korang pun hantar lagi sms berpuluh-puluh pada si dia tapi tetap tak ada balasan.


2. Tak ada kredit
Ini alasan paling mudah untuk menolak ajakan berbelas sms, tapi alasan ini biasanya tak dapat bertahan lama kerana lelaki ni pemurah bila terpikat pada dia kan. Korang mesti akan topupkan si dia bila dia tak ada kredit kan tapi hati-hati, ada dua kemungkinan kenapa dia kata tak ada kredit iaitu :
-betul-betul tak ada kredit
- Mahu berhenti ber 'sms' dengan kamu
- ingin kamu topupkan


3. Balas pendek.
Bila sesorang tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang, walaupun korang hantar berpuluh-puluh perkataan, dia hanya akan membalasnya sepatah dua kata je.
contoh korang hantar sms
awak dah makan? awak makan apa je tadi? saya makan nasi beriani tadi, sedap tau. awak pernah makan?
Si gadis pula menjawab :
DAH
ok, aku rasa itu sangat jelas dia tak berminat dengan korang ye.

Aku bagi tiga saja dulu tanda untuk mengetahui si dia tak berminat untuk berbalas sms dengan korang ye.  Tanda-tanda ini juga boleh didapati pada lelaki ye, jadi kalau perempuan ingin mengetahui sama ada si lelaki minat atau tak bersms dengan korang, perhatikan tanda-tanda ini.

Kalau ketiga-tiga tanda ini ada pada pasangan anda, ketahuilah yang dia telah hilang minat untuk berbalas mesej dengan korang ok.

Persiapan hari pertama bekerja

Hari ni pagi-pagi dah bersiap nak ke bank.
Kena buat akaun bank baru dan akaun kwsp
Isnin nanti dah mula bekerja nampaknya aku
Aku rasa berdebar ni  macam aku nak naik pelamin pulak!

Semua persiapan aku dah buat rasanya, jadi hanya tinggal menunggu hari saja
Doakan semuanya berjalan lancar ye.

Ok, aku nak bagitau..
Aku sebenarnya dah buat e-novel..
tapi aku buat secara berperingkat
aku dah masukkan e-novel tu dalam satu forum online.
Nak tunjuk kat korang,
aku segan..hahaha
Jadi baik aku bagi orang yang tak kenal aku saja yang baca kan
lalala~~

mencari kerja bukan mudah

Minggu ni aku kurang manjakan blog aku ni, sibuk cari kerja sebab dah sebulan aku bercuti. Puas dah rasanya aku bercuti jadi sampai masanya keluar mencari pekerjaan pulak kan?

Memang aku tak nafikan, sekarang ni susah gila nak cari kerja terutama pelajar yang baru habis belajar..belum ada apa-apa pengalaman lagi. Hampir 90% pekerjaan yang aku tengok dalam internet ini memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja.

Jadi macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman kan? tapi aku tak salahkan pihak syarikat pun, mestilah dorang nak dapatkan tenaga yang tak perlu dilatihkan lagi tol tak?

Jadi pada yang baru habis belajar dan sedang mencari pekerjaan, jangan memilih sangat sebab tak apa kalau bermula dari bawah, perlahan-lahan kita naik ke atas kan. Tapi carilah yang sesuai dengan kelayakan jugak ye..

takkan korang belajar diploma, cari kerja pembantu kedai runcit pulakkan?

ehemm, aku baru dapat kerja kat kilang Chestronic. Esok ada interview lagi.. nak pergi ke tak? Mr panda cakap aku ni kelam kabut sebab banyak sangat interview nak pergi.. hehehe..

tips : pergi banyak interview, dapat tingkatkan keyakinan diri

DOWNLOAD FULL MOVIE OMBAK RINDU | WATCH ONLINE

Aku tengah download filem OMBAK RINDU ni.. aku tak sempat pergi tengok kat wayang pulak sebab poket kering jadi kena download jelah kan.. Ada yang belum tengok jugak? kalau belum tengok jomlah download sama-sama!


Sinopsis! 
Ombak Rindu Full movie download 2011 disini secara percuma. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Download Ombak Rindu 2011 Full Movie

* alamak, dst ombak rindu rupanya.. maaf pada yang dah download..aku buat entri ni sambil menunggu siap download tadi.. aku akan update semula bila link sebenar dah keluar ye.. sekali lagi maaf ye..



JOM tengok ombak rindu ni secara langsung tanpa perlu download






Perlukah Wanita bersikap Romantik?

Kawan aku ada masalah, boyfriend dia kata dia ni tak romantik.

Perlu ke seorang perempuan bersifat romantik terhadap kekasihnya? Kau nak romantik macam mana? nak si gadis hadiahkan bunga? tolong bukakan pintu kereta? tolong beraturkan masa beli makanan?

 Ish, bagi aku.. sifat romantik seharusnya ada pada lelaki dan bukanlah pada perempuan. Kenyataannya, sangat-sangat jarang jumpa lelaki yang romantik.


 Contoh terbaik lelaki yang romantik ialah dalam drama korea, sangat-sangat romantik cara si lelaki melayan karenah si buah hati tapi kita tahu itu semua ilusi saja, jadi jangan berpegang pada ilusi. Berpijak di bumi nyata dan sedar romantik itu bukanlah apa-apa.

Jangan dinilai cinta seseorang berdasarkan romantik atau tidak si dia, nilai betapa dia sayang kat korang. Kalau setakat romantik, tapi tak ada perasaan cinta , aku pun boleh je jadi romantik.

Terimalah si dia tu seadanya, kalau dia tu jenis kaku macam kayu pun bersyukurlah masih ada yang sudi menyayangi..

Kalau dia tu banyak sangat tak puas hati dengan sifat korang, tinggalkan saja dia.. ok?

Bile BE dah jadi ME = Malas

Aku dapat BE daripada nuffnang haritu, dan sebenarnya agak sakit hati jugak bila aku dah tingkatkan trafik blog, iklan nuffnang sangat-sangat liat nak keluar dan income BE tu jadi sangat lembap nak naik.. hanya naik RM21 sahaja ! geram jugak ni, sekarang dah jadi ME.


Huh, bersyukur lah wei.. rezeki tu!! (monolog)


Sekarang aku dah malas nak update pulak.. tunggu esok lusa kot aku baru update.. bila dapat BE baru nanti ..selagi tak dapat BE, aku update sikit-sikit je. Nuffnang, sila bagi aku BE, supaya aku jadi rajin update blog..

Ok, ubah cerita.


Mr panda belikan aku teddy bear sempena birthday aku yang dah lepas. sebenarnya aku harapkan dia bagi baby panda yang comel..  Er, boleh ke jual baby panda?

Apa-apa pun, sangat suka dan insyaallah aku tak kan simpan dalam almari.. (sambil pandang almari yang penuh teddy bear)

Bakat tanpa rupa - bolehkah mereka berjaya?

Malam ni rasanya minggu akhir bagi pentandingan vokal bukan sekadar rupa, korang akan mengadap depan tv3 tak malam ni?

Objektif rancangan ini ialah mencungkil bakat penyanyi yang mempunyai bakat tapi kekurangan rupa. Tapi apa yang aku lihat.. Bakat? aku rasa mereka sama saja dengan penyanyi yang sedia ada.

hurmm, terus-terang aku dan berminggu-minggu hilang minat dengan rancangan realiti ni, tak ada apa-apa yang menarik dan paling utama, peserta-peserta dia tak ada yang punyai aura untuk tarik perhatian aku terus menonton.

Memang mereka ada bakat menyanyi, tapi tak cukup untuk mereka kekal lama dalam industri. Betul? aku bukan nak kutuk-kutuk, tapi aku luahkan saja kebosanan aku ni. Bosan jugak dengan lambakan rancangan realiti dan aku ingatkan ini berlainan dari yang lain.. tapi sama je..

Tak dinafikan, ada juga yang berjaya dalam rancangan realiti macam ni, contoh macam black. Dia tak hensem pun tapi suara.. suara dia lain dari penyanyi yang sedia ada sekarang. Dia ada personaliti dia sendiri tapi peserta bukan sekadar rupa ni pulak.. tak ada yang istimewa bagi aku..aku ulang.. ini pendapat aku ye..

Korang rasa mereka boleh terus berada dalam industri muzik malaysia lepas ni? emm, aku rasa susah dan mereka akan jadi macam penyanyi-penyanyi rancangan realiti yang lain. Yang akan popular dengan cepatnya tapi akan jatuh juga dengan cepat.

Ini pendapat aku saja, pendapat korang aku tak tahu.. mungkin ramai yang suka rancangan macam ni kan..

p/s : tak ada idea sejak semalam, letih badan..jadi membebel je ni..

FREE DOWNLOAD ALVIN AND THE CHIPMUNKS 3 : CHIPWRECKED (2011)

Dari semalam aku cari movie Alvin and The Chipmunks 3, susah nak cari yang free sebab banyak yang aku jumpa semuanya berbayar. Pasti korang nak yang percuma je kan.

Pagi tadi aku jumpa Blog cerita melayu, terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi benda ni. Aku tengah download cerita ni, harap ini memang full movie ye.

Korang boleh download link kat bawah ni ye..

Sinopsis : (malas nak translate)
On vacation aboard a luxury cruise ship, Alvin, Simon, Theodore and the Chipettes are up to their usual antics, turning the ship into their personal playground, until they become 'chipwrecked' on a desert island. As Dave Seville frantically searches for his AWOL charges, the 'Munks and Chipettes do what they do best - sing, dance and wreak havoc. But they're in for the biggest surprises and lessons of their lives when they embark on an island adventure with their new friend - a castaway who's more than a match for Alvin and the Chipmunks.

IMMORTAL | FULL MOVIE WATCH ONLINE AND DOWNLOAD

Semalam aku tanya kat kawan-kawan facebook, pernah tak tengok filem ni? kebanyakan tak tahu filem ni pernah ditayangkan di Malaysia.. Err, nasib baik my panda tahu pasal filem ni..jadi aku kongsikan untuk korang full movie IMMORTAL 2011!


Kualiti gambar aku rasa cantik je, kalau suara tak jelas jangan risau sebab sarikata disediakan dalam bahasa inggeris. Aku nak kena terangkan pasal sinopsis filem ni ke? apa kata korang layan je cerita ni terus..






Amacam my panda? suka tak dapat layan movie ni kat blog ayang?
pan ni nama manja bagi panda..


JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA

Kak diana buat segmen review alexa! menarik ni.. aku join sebelum aku tidur..selamat malam!

nak join, klik gambar ye..

TAHNIAH! AC MIZAL DAN EIZLAN YUSOF KINI BERGELAR DATO'


Pengacara televisyen Dato' Mizal Zaini atau AC Mizal (kiri) bersama kawannya Dato' Idris Md Yusof atau Eizlan Yusof menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Dato'. Ia disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Khamis.

Aku tahu ramai yang tertanya-tanya, apa sumbangan dorang sehingga mendapat gelaran dato'. Betul tak? aku pun tertanya-tanya, tapi lebih baik jangan pelik lah sebab artis negara ni memang senang je dapat gelaran dato'. Cuba kira berapa ramai artis dapat gelaran dato'? hehehe, sebab tu kanak-kanak sekarang cita-cita dia nak jadi penyanyi,pelakon..

p/s: shah rukh khan pun dapat gelaran dato' kan..

PELAKSANAAN SBPA DITANGGUH

kecoh sebelum ni tentang Ceupacs mahu SBPA ditangguh untuk rundingan kerana kecewa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memanggil Ceupacs untuk sama -sama berbincang bagi melaksanakan SBPA. Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan kerajaan perlu memastikan semua penjawat awam menerima maklumat yang tepat sebelum melaksanakan SBPA.

Jadi sekarang perdana menteri kita bersetuju untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ).

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Memang ramai lagi yang kabur tentang sistem ni, semoga nanti bila dilaksanakan, semua penjawat awam dapat memahami sepenuhnya dan mendapat maklumat tepat tentang sistem SBPA ni ye..

BERJUANG SEBELUM MASANYA?

bangun pagi-pagi, makan nasi lemak dengan teh susu suam..
sedap!
buka pulak facebook dan blog sekejap,
baca perkembangan malaysia hari ni,
Heboh tersebar berita dan cerita
tentang mahasiswa dan siswi

Aku selongkar google, search itu ini..
cari maklumat banyak-banyak
tak nak membuta tuli percaya

Mahasiswa dan bekas mahasiswa bertekak..
pertahankan kepercayaan masing-masing..
banyak.. melayu..

Eh, bangsa lain tak join ke?
Owh.. lupa.. bangsa lain tahu susahnya untuk menggengam segulung ijazah,
berjaga siang malam belajar
mana ada masa untuk semua ni kan..
orang kita saja yang punya banyak masa untuk memperjuangkan hak..

Hak?
Err, tak nak komen..
Sekidik dan kajilah sebelum korang memilih jalan ye
jangan berlari pulak

Teringat yang aku belum daftar untuk mengundi
kejap lagi baru daftar..
aku pergi dapur, capai pau baba beli tadi..
tiba-tiba lapar pulak pagi ni..nyum3..

MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK WANG KERTAS DAN SYILING BARU 2012

Aku sebenarnya tertarik jugak dengan warna wang kertas yang baru ni..ceria dan cantik..Err...ceria? pendek kata cantik la warna dia..

Aku tengok kat facebook kecoh pasal maksud tersirat disebalik syiling baru malaysia.. illuminiti , Freemason dan Israel.. Orang malaysia memang rajin kaji hal-hal macam ni.. simbol-simbol pada syiling tu akan dipertikaikan.. hal-hal panas seperti ini kita sebar. Sedih bila tengok orang-orang islam maki-maki, kutuk-kutuk.. tapi untuk apa?

Aku tak nak ambil tahu sangat atau komen pasal hal tu sebab tu pendapat masing-masingkan.. cuma pelik kita terlalu takutkan benda kecik macam tu tapi perkara besar yang lain kita tak nampak.. kita tak perasan ke fesyen-fesyen yang kita ikut? tak perasan ke filem-filem yang kita tengok? lagu-lagu?

 Pelik ke? err, zaman sekarang ni dah tak ada yang pelik da..
umpama kuman diseberang laut kita nampak, panda yang comel kat depan mata kita tak nampak pun..
Pikir benda baik, duit ni cantik.. paling cantik warna duit RM20 tu..

paling best ada duit RM20..
p/s: bersangka baik saja.. pentingkan apa yang penting dulu..

BLOG STALKER

Jangan ingat orang boleh stalk kita kat facebook je ye.. setakat stalk kat facebook dapat apa je kan? hanya dapat tengok gambar dan status-status kita.. tapi kalau stalk kat blog, dapat tahu kisah hidup kita dan perasaan kita terutama untuk blog personal yang berkongsi kisah hidup mereka di blog. 


Bukan stalker semuanya teruk ye..ada stalker yang baik tau.. iaitu mengambil tahu perkembangan.. Tak susah pun nak stalk orang yang ada blog ni dan aku salah seorangnya..hahaha, aku suka jugak stalk dan baac kisah hidup kawan-kawan aku yang ada blog. 

walaupun tak rapat, aku tetap stalk juga. Kalau yang luahkan perasaan dalam blog, lagi aku suka stalk, tapi aku tak suka mengendap orang yang aku tak kenal sebab bosan.. akulah STALKER~ (gila~~)

Nak tau? Diam-diam rupanya ada orang jugak yang curi-curi ikut perkembangan blog ye, aku mulanya tak tahu sampailah satu hari orang tu tegur aku di facebook walaupun aku kitorang tak pernah bersembang sebelum ni.. dia tanya aku, bila blog aku nak keluarkan link untuk tengok filem songlap. Aku pelik le dia tanya aku macam tu.

lepas tu, dia mengaku hari-hari dia baca blog aku.. tapi dia tak pernah tinggal jejak pun kat blog aku.. Ok, kembang jugaklah hidung aku..err, mesti dia tengah baca entri aku ni jugak..hahaha..


p/s : sempat printscreen lagi ni ha..hehehe..jangan marah le~

FACEBOOK AKAN SAMAN MARK ZUCKERBERG


Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial facebook, Mark Zuckerberg. Nama sebenar dia Rotem Guez dan sekarang dikenali sebagai  Zuckerberg II , dia dah menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.


Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.

 Guez adalah pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain. Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi 
‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’
Peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit. Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook. Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg.

p/s : sanggup tu tukar nama..nama sama, muka pulak lain..hahaha, adoiyai..berani mati betul mamat ni..

Sinopsis Drama Vanilla Coklat | TV3 slot Lestary

Nampaknya malam ini episod pertama drama vanilla coklat akan disiarkan di TV3, aku tengok kisahnya macam romantik komedi. Drama ni menampilkan pelakon baru aiman mentor, jadi kita sama-sama tengok bakatnya dalam lakonan ye.

Dari sinopsis drama ni, aku rasa jalan ceritanya sama je macam dalam novel-novel melayu yang pernah aku baca. Kisah tentang perkhawinan paksaan dan akhirnya jatuh cinta bila sampai masa nak bercerai.. Pengakhiran cerita yang boleh diagak sebenarnya.

Tapi tak apa, mungkin ada sesuatu berlainan yang menjadikan drama ni lain dari yang lain kan.. harapnya tak mengecewakan penonton ye..hehe..

Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3
Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ?


vanilla+ coklat .. berbeza warna dan rasa..tapi bila digabung, bertambah sedap! nyummm2!

AKSI COMEL TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI !

Aku suka pasangan ni, sebab walaupun dah tua tapi tetap rapat kan.. aku teringat aku pernah tengok teater yang menceritakan kehidupan Tun Dr Mahathir dulu. Aku tengok kat dalam tv je..hahaa..tapi best tengok kisah dorang..

Tak macam pasangan ehem-ehem..menyampah je aku tengok.. siapa ehem-ehem tu? rahsia~~ hahaha


PELAJAR UNISEL BUNUH DIRI | GANTUNG DIRI



Universiti Selangor (UNISEL): Gempar apabila seorang pelajar yang mulanya menyangka bau busuk berpunca dari tandas rosak rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar yang mati menggantungkan diri.

Mayat, V.Rammath Naidu, 19 yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam semalam.

Mangsa dikatakan baru sahaja melaporkan diri di Unisel Kampung Bestari Jaya disini pada rabu lalu. Setakat ini info yang diterima bahawa motif membunuh diri dikatakan akibat keputusan peperiksaan yang teruk dan putus cinta. Namun, punca sebenar bunuh diri masih di dalam siasatan.

sumber : sini dan sini

Sehari bersama SECRET RECIPE

Aku memang suka makan kek secret recipe sebab setiap kek dia memang ada kelainan tersendiri. Semalam adik-beradik aku pujuk mak aku tuk belanja makan kek ni. Nak beli sendiri tak mampu, mahal gila tu beb!

satu kek besar tu harganya RM80, tapi aku beli lain-lain jenis jadi harganya RM73. Err,kalau beli 1jenis je kang nanti muak pulak makan kan, jadi baik beli sekali banyak jenis..banyak pilihan kan~


Huh, Memang mahal, tapi tak salah kan sesekali menikmati makanan sedap.. kalau makan selalu tu, tak elok ok!

p/s : rasa macam lama sangat pulak aku tak tulis kisah aku kan.

Cover Timeline Facebook yang Unik

aku suka dengan facebook sekarang sebab dah ada facebook timeline. Cover picture gedabak besar kat depan profile. ramai yang letakkan gambar sendiri sebagai Cover timeline tu, tapi aku tak minat sebab malas nak tunjukkan jerawat kat muka.

ini timeline facebook aku yang lama

Jadi aku reka sendiri cover timeline yang bercantum dengan picture profile aku sendiri. Jadi barulah namanya unik dan lain dari lain kan?



Amacam? nak macam ni jugak tapi tak reti nak buat? boleh tempah kat aku.. 

Caranya :
emailkan kat aku gambar-gambar dan perkataan yang korang nak letakkan kat cover timeline ni.. 

boleh emailkan pada aku : nazihanali5334@gmail.com (bagitau kat komen juga ye)

Harga??
Err.. ok, murah je.. RM5.00 topup maxis

Entri SEO vs Entri Personal | Kelebihan dan Kekurangan

Bagi blogger yang menulis entri personal bercampur dengan entri SEO, pasti tahu apa yang aku maksudkan.. Kedua-dua jenis entri ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


Andai korang membuat entri SEO, kelebihan yang korang dapat ialah bilangan orang yang membacanya tinggi tapi ada kekurangnya jugak, iaitu bilangan komen yang sedikit. Mungkin orang hanya membaca untuk mendapat infomasi dan tak tahu nak komen apa pada entri macam ni.

Lihat pula entri personal, bilangan yang membacanya sedikit sahaja sebab tak semua orang berminat untuk membaca hal peribadi orang lain kan, tapi kelebihannya ialah bilangan komen adalah tinggi sebab mudah saja nak komen entri peribadi ni


setuju tak dengan pendapat aku? ini pastinya entri peribadi jadi silalah komen..

.

CARA MENDAPATKAN BAUCER BUKU RM200 UNTUK PELAJAR

Semua orang sedia maklum bahawa kerajaan akan memberikan boucer buku sebanyak RM200 kepada setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6. Cara dan syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :


1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Jadi untuk pelajar, korang boleh ambil baucer ni nanti ye, rasanya baucer ni tak akan dicancelkan  macam baucer KFC haritu..
sumber : sini dan sini

Siapa Ajek Hassan?

Pertama  kali aku dengar nama Ajek Hassan ini ialah dari seorang kawan blogger yang bercerita tentang bakat dia dalam nyanyian.. Bakatnya menyanyi secara akustik (main gitar) ditunjukkan di dalam Youtube, sama seperti yuna dan najwa latif, dia juga mempunyai peminat tersendiri.

Apa hebatnya dia sampai aku tulis entri ni? Lagu tema filem ombak rindu yang meletup baru-baru ini telah dinyanyikan semula oleh ajek hassan dengan versinya tersendiri. Terus-terang aku lebih suka layan lagu dia berbanding yang dinyanyikan oleh penyanyi asal..

Bagi sesiapa yang tak kenal dia, korang boleh cuba dengar ye..


Ini lagu Ombak rindu dan bawah ini pula lagu favourite aku



Hahaha, kawan-kawan aku kata aku macam orang tua, layan lagu-lagu lama.. tapi lagu lama memang best beb!

MISTERI JALAN LAMA FULL MOVIE WATCH ONLINE | DOWNLOAD

Nak tengok filem Misteri Jalan Lama karya Afdlin Shauki? korang boleh tengok di sini tanpa perlu download filem ni.. kalau nak download, aku akan bagi link untuk download ye..


Kita layan sinopsis cerita ni dulu.

Kisahnya bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.

Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


aku da tgk da ni.. memang boleh bukak ye video atas ni.. kalau tak boleh tu, mungkin sebab loading lambat sikit..

Kalau korang nak download, korang boleh klik SINI ye..

Bertukar rupa lagi

Semalam aku dah edit blog aku ni sepenuhnya.. aku nak jadikan blog ni lain dari yang lain.. banyak jugak yang aku ubah.. Paling ketara perubahannya ialah dari template warna merah ke warna biru. Aku memang suka biru!
yang lama ni pun cantik jugak, jadi aku simpan..hehhee..nanti kalau dah bosan dengan template ni, aku pakai balik yang lama..

P/s: kalau ada yang berminat nak jugak template macam ni, aku ada sediakan tempahan edit blog ye.. lalala~

PROMOSI IPHONE 4S | MAXIS, DIGI & CELCOM

Siapa peminat Iphone pasti tengah beratur di La Bodega @ Bangsar Shopping Centre untuk dapatkan Iphone 4S yang sedang dilancarkan sekarang ni.

promosi DIGI : 

-RM 1,280 rebate (RM200 off RRP. RM1,080 total rebates over 24 months)
-RM100 waiver for administration fee
-Free delivery with online purchase
-30-day free trial for DiGiMusic™ Play

Promosi Celcom :

-Percuma data sehingga 6GB
- Percuma panggilan sehingga 6000 minit dalam network yang sama
-Bayaran pendahuluan yang rendah
-Percuma pelindungan insurans dengan Pelan i248
- Percuma lanjutan jaminan untuk pelan 24 bulan

promosi MAXIS:

-Percuma Maxis Wifi for 3 months (Limited from 1st April to 30th June 2011)
-pakej termasuk iValue1 (RM 100), iValue2 (RM 155), iValue3 (RM 250) and iValue4 (RM 375)
-You may also extend your existing contract with Maxis for this new deal

Nampaknya syarikat telekominikasi kita bersaing untuk mempromosikan Iphone 4S ni, korang pilihlah mana promosi yang berkenan di hati..

Menarik tentang Iphone 4S ini ialah:
-Retina display
-960-by-640-pixel resolution
-capacity 16GB, 32GB or 64GB
-camera = 8-megapixel camera
-Video recording, HD (1080p) up to 30 frames per second with audio
-Built-in rechargeable lithium-ion battery
-Charging via USB to computer system or power adapter

Banyak lagi yang menarik tentang Iphone 4s ni..

AL-HIJAB WATCH ONLINE & DOWNLOAD

Kelmarin aku dah download cerita Al-hijab ni, pendapat aku pasal filem ni ialah filem ni menari dan saspen sebab masa aku layan filem ni aku tengok dari celah-celah selimut.. Lagipun aku tengok cerita ni waktu tu pukul 12 tengah malam sebab tunggu abang aku balik dari merayap, nak tengok sorang-sorang tak berani..hahaha..

Bagi sesiapa yang belum tengok, jomlah download ataupun korang boleh tengok online je..


DOWNLOAD LINK

AVI VERSION
OR

kalau nak tengok online, korang boleh tengok kat bawah ni ok..



p/s : cerita ni mula-mula bosan sikit.. nak akhir baru banyak hantu..

MISTERI JALAN LAMA WATCH ONLINE | DOWNLOAD

Nak tengok filem Misteri Jalan Lama karya Afdlin Shauki? korang boleh tengok di sini tanpa perlu download filem ni.. kalau nak download, aku akan bagi link untuk download ye..


Kita layan sinopsis cerita ni dulu.

Kisahnya bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.

Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.



Kalau korang nak download, korang boleh klik SINI ye..

BEZA BORANG BR1M YANG PALSU DAN YANG ASLI | GAMBAR

Borang palsu mengandungi tiga lajur tambahan yang memerlukan pemohon mengisi data bank seperi nombor akaun dan jika pemohon tidak mempunyai akaun bank mereka perlu mengisi dalam kaedah pembayaran kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pejabat pos, sedangkan borang sebenar tidak mengandungi sebarang lajur.
Ini borang BRIM yang palsu

ini borang BR1M yang asli
-

DRAMA DINGIN LAVENDA DAN NOVEL DINGIN SALJU INDIANA

Semalam aku pergi perpustakaan desa untuk cari novel yang best untuk dibaca.. Belek punya belek akhirnya aku jumpa novel Dingin Salju Indiana. Aku baca sinopsisnya dan aku rasa macam tahu jalan ceritanya.

 Bila di pikir dalam-dalam, baru aku teringat.. rupanya sinopsis ini sama dengan sinopsis drama Dingin Lavenda di slot Zehra TV3. Minggu lepas episod pertama drama ni dan aku tengok sampai habis.

Bagi siapa yang tak pernah tengok dan tak pernah baca novelnya, jom baca sinopsis cerita ni, mungkin korang akan berminat nak tengok lepas ni.


SINOPSIS DINGIN LAVENDA
Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu dengan berlainan latar belakang asuhan.
Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.
Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Jalan ceritanya menarik tapi satu kelemahan aku.. aku tak boleh menunggu terlalu lama untuk tengok cerita ni sampai habis. Kalau kena tunggu terlalu lama, nanti aku hilang minat. Aku kalau boleh, nak tengok hari ni dan habiskan hari ni jugak. Jadi mungkin pilihan aku ialah baca novel dia je! sehari pun boleh habis ni, nipis je novel ni.


FIZO OMAR BERHUTANG 2.5JUTA | BAKAL DIISYTIHAR MUFLIS

Pelakon popular, Fizo Omar terkejut apabila namanya digunakan sebagai penjamin bagi pinjaman RM8 juta dilakukan sebuah syarikat percetakan dan dirinya kini diburu bank supaya membayar pinjaman lebih RM2.5 juta yang gagal dibayar syarikat itu.

Fizo berkata, beliau pernah bekerja sebagai pengarah di syarikat itu selama setahun dan berhenti pada akhir 2008, menyedari dirinya menjadi mangsa penganiayaan itu selepas dihubungi beberapa kali oleh pegawai bank yang menuntut bayaran itu, sejak akhir tahun lalu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkannya tertekan kerana kesalahan tidak dilakukannya itu turut menyekatnya keluar dari negara ini.

“Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai pinjaman RM8 juta dibuat syarikat itu kerana selepas berhenti kerja, saya menjadi pelakon sepenuh masa.

“Saya percaya ada pihak menggunakan nama saya sebagai penjamin dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku sebab ia membabitkan jumlah pinjaman besar, malah saya sendiri tidak mampu membayarnya,” katanya di Wangsa Maju, semalam.

Beliau turut ditemani Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Katanya, beliau sudah membuat aduan kepada SukaGuam untuk meneliti kes itu, sebelum tindakan susulan dilakukan.
“Saya tidak pernah menerima sebarang dokumen berhubung pinjaman bank berkenaan dan tidak pernah menurunkan tanda tangan kepada sebarang dokumen berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan berjumpa pengurusan bank berkenaan dalam masa terdekat untuk menyiasat secara terperinci kejadian menimpa pelakon itu.sumber: sini




Kesimpulannya dari yang kita boleh jadikan pengajaran bersama, jangan semudah-mudahnya menjadi penjamin sebab takut nanti terjerat diri sendiri.


p/s : aku minat jugak lah kat dia ni..

KOTAK BULAT EDIT BLOG 2

Aku edit blog lagi nampaknya, semalam aku telah siap ubah suai sepenuhnya blog kokudanlolipop. Terima kasih sebab mempercayai dan berpuas hati dengan sentuhan pencinta panda ni..ehemm.. ok jom tengok blog yang telah aku ubah di samping mempromosi beliau di blog aku ni. Dia nak yang simple-simple saja jadi aku buat simple je.

nak lebih jelas? lihat sendiri di blog nya ye..hehehe..

aku dah ubah dan telah senaraikan pada dia apa yang telah aku lakukan pada blog dia.
- ubah template/background
- background post title
-background sidebar title
-border sidebar
- header
-buang navigation bar
-float button follow n dashboard
-favicon
-cbox (shoutmix kene bayr,jd gune cbox)
- iklan nuffnang 3 kat temptnya
-reply coment
-link pelangi
- highligt comment owner
-centerkan post title, sidebar title, dan header
-centerkan widget
-buang post atom dan link to atom
- like fb button kat bwh entri
- pasang meta tag supaya blog mesra seo
-buang blog adult content

Bayaran yang aku kenakan hanyalah RM15 sahaja, kalau sesiapa berminat boleh lihat pada tab menu di atas ye..

jom terjah blog Kokudanlolipop

ISU RANTAI BURUNG HANTU | MAKRUH

Isu rantai burung hantu ni memang kecoh kebelakangan ni, tapi aku tak ambil port sangat sebab aku tak pernah beli pun.. Dulu kawan aku ada jual rantai ni. ada jugak aku belek-belek rantai ni, memang cantik pun sebab comel dan tak terlalu keperempuanan rupanya. Tapi rantai ni pendek, kalau kita pakai tudung, tudung kena singkat baru nampak rantai ni..
Aku tak nak cakap soal hukum sebab benda aku tak mahir, tapi ni ada orang dah tanya pada ustaz azhar idrus tentang pemakaian rantai burung hantu ni. Ustaz kata 
harus bagi kanak-kanak dan makruh untuk dewasa jika bukan diagung-agungkan

Bila ustaz kata makruh, maka ramai melonjak gembira dan lega sebab lepas ni boleh pakai dah rantai ni semula.. agaknya dorang lupa kot maksud makruh ni..
makruh bererti : tidak disukai
dari istilah syarak : Makruh adalah suatu perkara yang dianjurkan untuk tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT

Lebih baik kalau elakkan pakai je kan, bukan mahal pun benda ni sampai sayang nak tinggalkan.. harga benda ni baru RM15- RM20 je. 



Paling best isu freemason juga dikaitkan dengan rantai ni, semua benda nak dikaitkan dengan freemason.. malas aku nak baca isu freemason ni.. kalau hujah bernas ikut panduan islam, aku terima..tapi kalau takutkan freemason semata-mata.. booo~

KENA BAYAR KALAU NAK PASANG SHOUTMIX

Memang mengejut perubahan ni sebab tiba-tiba je kena bayar kalau nak memasang shoutmix pada blog. Bagi yang telah sedia ada mempunyai shoutmix di dalam blog, tak perlu bayar.

Tapi kasihan pada yang baru buat blog dan berhajat nak pasang shoutmix ke dalam blog. Antara Cbox dan Shoutmix, pengguna blogspot lebih selesa dan senang menggunakan shoutmix sebab tak perlu masukkan URL blog dan nama berulang-ulang kali.

Petang tadi aku nak buatkan shoutmix untuk seorang kawan blogger, tapi terkejut dengan harganya! kalau harga macam ni punya mahal, tak pasang pun tak apa kan..


p/s : cuba bayangkan kalau lepas ni, nak guna widget follower kena bayar..ahahha..mampus~~

BUDAK-BUDAK PERLUKAN CINTA SEJATI

Cuba buka TV3 sekarang.. cis, cerita indonesia je tiap-tiap hari pukul 4 petang sejak cuti sekolah hari tu.. sampai muak aku nak buka TV ni.. tak habis-habis dengan cerita dongeng dan cerita sinetron indonesia. Budak-budak sekolah pulak dah tak ada aktiviti lain jadi 'terpaksa' duduk depan TV melayan cerita mengarut yang entah apa-apa..


Bukankah lebih baik kalau sajikan rancangan yang bermanfaat dalam cuti sekolah ni, buat apa siarkan cerita seberang yang bagi contoh kurang baik. Apa contoh kurang baik tu?  Jelas, lihat saja pelakon-pelakonnya budak-budak sebab aku paham target penontonnya budak-budak sekolah.. tapi perlu ke jalan ceritanya tak habis-habis kena mencari cinta sejati?

Jangan tak percaya ye, benda remeh ni boleh mempengaruhi orang yang menontonnya sedikit..walaupun tak banyak.. budak-budak perlu cari cinta sejati? mengarut..

P/S : aku ni masa sekolah, tak pandai bercinta lagi, belajar tu belajar je lah.. habiskan spm dulu..

ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ SELAMAT BERKAHWIN

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan,29 atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia,28. Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia sah bergelar isteri kepada Chef Riz , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.

sumber- sini
 

APA HADIAH YANG LELAKI SUKA

Sebelum ni aku ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk lelaki, memandangkan tak lama lagi akan tiba hari lahir si panda, jadi aku kongsikan pula hadiah yang sesuai untuk diberikan pada lelaki.

1. Barangan kulit
- Lelaki biasanya sukakan barangan kulit sebab tahan lama dan menonjolkan kemachoan mereka. (kemachoan?)
Jengik-jenguk lah wallet dia, kalau dah macam lusuh sangat tu korang belikan lah yang baru.. tapi kalau wallet dia cantik lagi dan korang hadiahkan wallet lain.. jangan berharap dia akan tukar wallet tu ye sebab lelaki ni selagi tak rosak dan boleh dipakai, selagi itulah dia tak tukar.. Bagi tali pinggang atau jaket kulit pun ok je.


2. Minyak wangi
- hadiahkan minyak wangi kepada si dia, lagi mahal dan tahan lama lagi bagus.. Kalau tak tahu nak buat pilihan, boleh minta tolong lelaki lain cadangkan.. biasanya taste laki ni dekat nak sama je kan.. Mesti nak perfume yang dapat menyerlahkan kelakian dorang.. Err, tak pernah lagi aku jumpa laki yang suka bau gula-gula.

3. Gadget
Memang aku boleh cakap laki ni simple, korang bagi dia Iphone5, seminggu dorang senyum..hehehe.. kalau tak mampu, bagi pendrive 8gb pun dah ok kan.


4. Jam
laki suka pakai jam dan jarang nampak laki tanpa jam kan, risik-risik kesukaan lelaki tersebut sebab taste orang terhadap jam ni berlainan. Ada yang suka kulit, ada yang suka rolex dan ada jugak yang suka G-shock.


5. Peralatan sukan.
Lelaki sukakan peralatan atau hadiah yang dia boleh gunakan, sebab tu mereka ni tak suka teddy bear ye.. teddy bear tak boleh dipakai, ia hanya boleh disimpan. Kasut sukan, seluar tracksuit dan apa saja berkaitan sukan yang dia minat. kalau dia suka memanah, korang belikanlah set memanah.. ambik kau! mahal gila tu~


5 tu cukup lah ye, cuma peringatan kepada kawan-kawan yang nak cari hadiah untuk boyfriend tu, tak yah nak membazir duit sangat beli hadiah mahal-mahal.. belum tentu jadi suami lagi tu..ehemm..


p/s : err, seingat aku sekali je aku bagi hadiah pada laki.. hehehhe