PANDA di taman permainan

sangat comel yang last tu..hehehe..
aku amik gambar ni daripada web 9gag.com.. panda panda.. awatla comel sangat..

Pemalas

pemalas sungguh ni, sampai tak bukak pembalut dia..hahahahah



p/s : aku pun malas gak ni..malas bukak blog.

OMBAK RINDU versi taubat

Siapa pernah filem ombak rindu? rasanya semua sudah tengok filem tu dan aku pun dah tengok tapi jujurnya hati aku tak terusik langsung tengok filem tu.

Orang kata cerita tu sedih? bagi aku filem tu buat aku segan nak tengok bersama-sama dengan keluarga. Jadi filem tu tak sesuai untuk tontonan seisi keluargalah kan?

Ok, cukup aku komen pasal filem tu, aku sebenarnya nak share satu video yang berkait rapat dengan filem ombak rindu. Lagu dalam video ni mampu membuat kita tersentuh hati malah mengalirkan air mata. Cukup dengan menghayati lirik-liriknya, boleh mengalirkan air mata. 



Ramai komen lirik "cinta Allah seadanya" patut ditukar pada "cinta Allah selamanya". Tapi aku rasa lirik lain sudah terbaik.

Aku suka bila tiba tahun baru cina

Bestkan dapat cuti dua hari? memang best tapi paling aku suka, bila raya cina ni ada macam-macam movie ditayangkan kat televisyen.

Paling banyak movie Stephen Chow berlakon. Memang tak bosan aku tengok banyak kali pun! jadi yang penat bekerja tu bolehlah berehat sambil layan cerita cina kat tv kan.


Tapi ada jugak yang tak bestnya. Banyak kedai tutup sebab raya cina ni. Jangan nafikan ye yang sekarang ni kedai runcit banyak dikuasai oleh kaum cina. Hari ni kedai semua tutup, nasib baik kedai 1 malaysia bukak tapi apa yang ada kat kedai tu?

Korang pernah pergi kedai 1 Malaysia? aku dah pernah pergi dan agak serabut susunannya sebab produk 1Malaysia sikit je, tapi untuk nampakkan macam banyak, barang-barang ni disusun kat setiap rak. Korang pergi rak belakang atau depan, sama je barangannya. Erm, mungkin sebab barang tak banyak lagi kot. Nanti bila barang dah banyak, takde lah bersepah lagi kan susunan..

p/s: selamat bercuti ya.

Tak pergi interview tapi diterima kerja

Kelmarin aku ada ceritakan tentang satu jawatan kosong yang aku mohon dan aku telah pergi sesi temuduganya. Tapi aku cabut masa taklimat tentang jawatan tu sebab aku rasa aku ditipu. Tulis iklan jawatan lain, tapi bila pergi jawatan lain pulak dah! Nak tahu lebih jelas, baca entri kerja kosong.

Aku cabut dari interview itu jadi bermakna aku tak pergi pun temuduga  oleh pengarah tu. Tapi sesuatu pelik berlaku semalam. Kolej tu telefon aku dan katakan.

" Tahniah, awak diterima bekerja di kolej ini. Kami akan maklumkan nanti tarikh mula awak mendaftar kerja."

Aku waktu tu dah tercengang.. WTFuuu? 

Aku kata " Ok, tentang gaji macam mana ye?"

Dia kata " Kan dah diterangkan semasa interview ."

Aku pun kata " Saya tak jelas semalam."

"Nanti masa awak datang daftar masuk kerja, akan diterangkan di sana nanti."

" Bagitau sekarang tak boleh?"

" Nanti akan diterangkan"

Aku pun jawab ok dan letak telefon. Lepas tu aku tergelak macam gila dah. Apa ke peliknya aku yang cabut lari masa interview kelmarin boleh dapat kerja tu?? Pelik tak? Dalam otak aku ni pikir satu je, terdesak le tu nak cari pekerja.

Tapi bila dipikirkan balik, Aku nak try pergi kerja tu sebab nak rasa pengalamannya. Pengalaman tu berhargakan? nanti bila ada pengalaman, aku boleh cerita kat korang pulak situasi kerja tu.

P/s: aku dapat interview jadi technician kat panasonic senai. Jauh tu.. tengah berpikir lagi nak pergi ke tak..

CARA SEMAK KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2011

Lambat aku ni tahu yang keputusan muet sudah boleh disemak pada 12/1/2011 lepas.
Bagi yag belum tengok result, korang boleh tekan sini ----> MUET

Caranya ialah masukkan nombor kad pengenalan dan tekan submit.
Simple je kan.. boleh lah check sekarang.

TUKAR BAUCER BUKU KEPADA WANG TUNAI DI BSN

Nampaknya baucer buku telah pun di edarkan dan nampaknya ramai yang ingin menukarkan baucer itu kepada wang tunai. Boleh ke tukarkan pada wang tunai/cash? BOLEH!



Ikut langkah-langkah macam kat bawah ni.
-Korang pergi BSN terdekat korang.
-Ambil nombor dan tunggu giliran.


Bila sampai giliran korang, korang cakap kat orang bank tu.
" Saya nak tukar baucer buku."

Pekerja bank tu akan jawab.

" Nak tukar baucer? pergi kedai bukulah, ni bank."

ok?
Banyak dah tersebar khabar angin kat facebook yang kononnya baucer buku tu boleh ditukarkan pada duit tapi percayalah cakap aku yang sebenarnya TAK BOLEH TUKAR!

Kenapa aku kata tak boleh? sebab tadi masa aku pergi bank, ada beberapa orang pelajar yang pandai datang ke BSN tu untuk tukar baucer kepada duit. hahahahha..Pekerja tu pulak cakap kuat yang mana boleh tukar.. aku memang gelak jelah time tu. Budak pandai tu pun laju je keluar bank. Malu la tu agaknya.

P/s: aku pergi bank tu nak beli no pin upu tau. bukan aku yang tukar baucer tu..hahahhaa

Jawatan kosong gempak gaji 2k dan hanya perlukan SPM sahaja!

Aku baru balik dari interview di sebuah kolej dengan memohon jawatan kerani. Kiranya aku cuba nasib jelah pergi. Sampai je sana aku disuruh masuk ke dalam dewan yang dipenuhi oleh 53 orang yang mintak kerja.

Aku amik port belakang sekali, sebab dari belakang aku boleh perhatikan orang lain kan. Aku tengok ada jugak 4 ke 5 lelaki tua yang datang interview situ. 

Sebelum interview ada taklimat dulu oleh pekerja situ dan dia buat bancian tahap pendidikan. Percaya tak yang 10 daripada 53 orang itu ada degree? sila percaya.

Dalam taklimat pekerja tu, dia tanya sorang-sorang pasal jawatan apa yang kitorang minta. Damn! macam-macam jenis jawatan dorang sebut. Pegawai operasi, pegawai pengambilan pelajar, kerani am, kerani operasi, pegawai kaunseling.  Aku dah rasa tak sedap hati.

Dia tanya pulak kitorang punya target gaji. masing-masing sebutkan gaji yang dorang nak. RM1000- RM3000. Kerani je kot...

tup tap tup tap, akhirnya dia kata.. jawatan sebenar hari itu ialah perunding akademi .  Geram jugak aku rasa sebab dah ditipu ni. Bila cerita pula hal gaji, pekerja tu cakap sampai menggunung. Gaji sampai RM3000 lebih tapi dalam tempoh percubaan 2bulan, tak ada gaji dan hanya diberi elaun.

Aku dah malas nak dengar, aku angkat tangan dan tanya. " Gaji bulanan berdasarkan komisen kalau dapat cari student atau memang gaji tetap?" Semua orang pandang kat aku.

" Gaji ikut komisen dan elaun, tapi jangan risau dik sebab komisen tinggi untuk seorang pelajar. Bayangkan dapat tarik seorang saja akan dapat RM500. Kolej ini pula ambil pelajar beribu orang. Banyak kan? "

Manis betul mulut pekerja tu bagi taklimat. Macamlah aku tak tahu yang bukan senang nak dapat sorang pelajar sebab banyak pelajar yang pihak atas dah ambil. Tapi aku dah tawar hati nak kerja ni bukan sebab memilih. tapi aku tak suka kolej, hanya menghabiskan duit pelajar. Dulu pun aku benci orang yang call aku pujuk masuk kolej.

Nak mohon kerja ni mudah je, hanya hantarkan sms, kemudian akan dipanggil interview. Kesihan pula aku pada yang datang dari jauh sebab tengok gaji dia best. Nasib baik rumah aku dekat.

Aku cabut lari tadi, malas nak dengar orang membebel berjela-jela. Interviewnya tak jugak, membebel je.

Aku simpan cinta pudar itu

Fazli dan Jenab sepasang kekasih yang telah bertahun-tahun bersama, pada suatu hari Jenab merasa bosan dengan hubungan cintanya bersama Fazli.Malah rasa cinta semakin menghilang.

Dia terasa ingin sahaja menamatkan kisah cinta mereka namun hatinya tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu.

Disebabkan dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, jadi dia berusaha untuk mengembalikan perasaan cinta di hatinya untuk fazli. Hari-hari dia berjumpa Fazli dan meluangkan banyak masa dengan lelaki itu. Kenangan-kenangan lama mereka di imbau untuk dia merasakan kembali perasaan dulu.

Lama-kelamaan cinta itu kembali hadir dan perasaan cintanya kembali berbunga. Bukan mudah untuk mekarkan kembali cinta yang telah layu tapi dia berusaha demi orang yang pernah dia sayangi.

Hubungan mereka kembali seperti biasa, sehinggalah suatu hari Fazli mengajaknya bertemu untuk berbincang suatu hal yang penting.

" Jenab, aku rasa hubungan kita setakat ini sahaja." Luah Fazli.

" Kenapa?" jenab tersentap.

" Sebab aku rasa aku ingin bersendirian."

Jenab tersenyum dan matanya mula menitiskan air mata.

" Kau dah bosan dengan aku?"

" Ya"

" Baik, tapi aku nak tanya sesuatu."

" apa dia?"

" Pernah ke kau cuba rawat perasaan cinta kau yang makin kilang tu? pernah tak kau berusaha untuk hilangkan bosan tu? pernah kau pikirkan perasaan aku bila buat keputusan ini?"

" Er, tak. Kenapa?"

" Sebab aku pernah rawat cinta aku yang makin menghilang pada kau, aku pernah hilangkan bosan aku bila bersama kau, aku pernah tanam semula perasaan aku pada kau. Aku pernah hilang perasaan cinta pada kau! tapi aku usaha kembalikan semuanya seperti dulu sebab aku pikirkan perasaan kau"

fazli terkedu, dia tak pernah menyangka setiap perkataan yang diluahkan oleh Jenab.

" Jenab, aku minta maaf."

" Sudahlah, ini jadi pengajaran untuk aku." Kata Jenab lalu beredar dari situ dengan tangisan yang ditahan-tahan.

Dua bulan kemudian.
"Jenab." Panggil Fazli.

" Kau nak apa?"

" Boleh tak kita kembali seperti dulu, aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang baru aku sedar yang tiada perempuan yang menyayangi aku seperti kau. Aku tahu kau marahkan aku, tapi tolong bagi aku peluang sekali lagi." Rayu Fazli.

" Dah terlambat, Aku tak perlukan lelaki macam kau."


P/s : rekaan semata-mata

Hattan bercerai lagi


NEGERI SEMBILAN – Sekitar jam 11.30 pagi semalam, penyanyi popular, Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, sah melafazkan cerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli.

Pasangan terbabit disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut sumber dari Sinar Harian, Hattan dilihat hadir bersama-sama dengan Farah Asyikin untuk memfailkan perceraian dan memohon kes mereka dibicarakan pada hari yang sama.

Prosedur perceraian buat pasangan ini berlangsung dengan baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, dalam kekecohon untuk medapatkan kepastian lanjut dari pihak Hattan, dia memaklumkan belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang kes perceraian ini.

Sebelum ini, jelas terdengar desas-desus yang mengatakan Hattan telah pun bercerai dengan isterinya itu selepas baru dua bulan mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Tetapi, Hattan menyangkal dakwaan itu dan agak ‘berang’ apabila cerita mengenai rumah tangganya yang masih lagi bahagia di fitnah oleh seorang wartawan hiburan Malaysia.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13 tapi jodohnya tidak panjang dengan bekas isteri yang pertama.

Nampaknya, Hattan menyambung kembali ‘statusnya’ sebagai duda untuk kali yang kedua selepas sah berpisah dengan Farah Asyikin.

sumber: mynewshub.my

menghilang dan kembali | Water World A'Famosa

Fuh.. lama rasanya aku menghilang dan aku perhatikan dunia maya ini tetap terus meriah tanpa kehadiran entri-entri dari aku..hehehe.. emo~

Aku bukan malas atau tak suka dah kat blog ni tau! tapi semangat aku tak datang-datang bila aku tengok dah lama BE nuffnang tak singgah pada aku. Jadi rasa tak ada mood pulak.

Bila aku tak ada mood, otak pun jadi tersepit dan tak ada idea nak tulis kan. Tapi aku cuba luangkan masa untuk menulis kisah cerita (e-novel ) aku walaupun liat jugak aku nak luangkan masa.. sibuk..sibuk..sibuk...

Hujung minggu lepas aku ada pergi water world dengan beberapa orang kawan. Memang Best sangat-sangat tapi ada yang tak bestnya pulak..

 Kulit muka aku makin gelap sebab kena air+matahari.. yang paling tak best, badan jadi sengal-sengal!




Ok, aku share sikit gambar tempat ni, kalau korang nak enjoy dan bercuti.. bolehlah datang. Harga hanya RM40 sahaja dari pagi sehinggalah 6 petang.

P/s : aku bukan kerja situ ye.

Kenapa lelaki menghilangkan diri tiba-tiba?

Kenapa lelaki  menghilangkan diri secara tiba-tiba? pertanyaan ini aku sering terjumpa di dalam satu forum masalah cinta. Masalah yang biasa perempuan alami iaitu kekasih hati mendiamkan secara tiba-tiba.
Adakah si dia telah berubah hati?

Ada banyak sebab sebenarnya kekasih menghilangkan diri.

1. telefon hilang
 Tak lama mana pun dia menghilang kalau hilang handphone, dia mesti akan contact korang punya. Handphone bukan satu-satunya cara berhubungkan. Sekarang ni boleh berhubung macam-macam cara - skype, facebook, YM, email dan public phone. Kalau dia hilang lebih dari dua hari dan alasannya adalah hilang telefon, korang boleh meraguinya ye.

2. Merajuk
Orang merajuk ni suka ambil tindakan mendiamkan diri dan tunggu dipujuk, jadi korang ingat-ingat balik, ada tak sakitkan atau lukakan hati dia.

3. Masalah peribadi.
Ini biasanya terjadi pada lelaki sebab lelaki ni kena fokus pada satu-satu benda je, sebab tu ada sesetengah orang yang bila dia mempunyai masalah besar, dia akan lupakan korang seketika dan fokus pada masalahnya kerana dorang tak macam perempuan yang boleh buat pelbagai benda dalam satu masa.

4. Hati sudah berubah
Ini korang dapat lihat sendiri dari cara dia melayan korang, mungkin dia sudah ada yang 'baru' jadi korang di abaikan. Hati dan fikiran sudah ada pada yang baru,perasaan pun sudah menjadi tawar, korang ada atau tak, sama je bagi dia. jadi korang sudah menjadi tak penting bagi dia. Maka dia akan jadi macam biskut, kejap ada, kejap tak ada.


Bercinta ni memang rumit, bersedia je lah apa-apa dugaan pun yang jadi sebab korang dah pilih untuk bercinta kan. Bercinta ni bukan hanya dapat kebahagian je tau. tapi pakej ( kebahagiaan + kekecewaan)

Ustaz Azhar Idrus Sesat dan Agen Iblis?

Pada 1 Januari yang lepas, ustaz Azhar Idrus ada mengadakan ceramah sempena tahun baru dan di dalam ceramahnya ada terselit dia bermain gitar selama beberapa minit je. Perbuatan Ustaz Azhar Idrus bermain gitae tu telah di ambil kesempatan oleh beberapa orang blogger untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus. 


Kecoh dan macam-macam yang dilabelkan pada Ustaz kita ni dan aku rasa puncanya berkait dengan politik! Adakah pihak-pihak tertentu takut pengaruh Ustaz ini akan menarik pemuda-pemuda islam negara ini menjauhi Partinya? 

Tanpa merujuk pada mana-mana ulamak lain, blogger ni terus menghukum ustaz ini dengan hanya disokong beberapa potong hadis. 

Orang-orang yang datang ke I-city, dataran merdeka dan lain-lain tempat yang adakan konsert tahun baru  masa sambutan tahun baru haritu, tak ada pula dipertikaikan. Lagu-lagu yang melekakan, artis-artis menari-nari, lelaki perempuan bukan muhrim bercampuran. Tak apa ke semua tu?

Kenapa ceramah agama ustaz azhar idrus pula yang dipertikaikan? Aku rasa cara ustaz tu sangat bagus dalam berdakwah sebab ramai orang-orang muda senang paham tentang islam dan suka pergi ke majlis-majlis agama sekarang kan.

Bayangkan sekiranya apa yang disampaikan itu fitnah, 100 orang baca entri fitnah tu dalam sehari, berapa agaknya dosa yang penulis blog tu dapat?

Blog tu adalah blog politik dan memang banyak entri-entrinya mengutuk Ustaz Azhar Idrus.. kalau terasa nak baca, korang boleh klik AAKJ

Hari Pertama bekerja

Hari ni hari pertama aku berkerja dan aku ditempatkan kat dalam sebuah bilik penuh dengan document customer kilang dan fail ISO. Dalam bilik ni hanya ada aku sorang je! nasib baik ada internet, tu pun dia dah block facebook.

Aku cuak ni sebab aku dapat rasakan kerja ni susah! nampaknya nanti mati kebosananlah aku kat dalam bilik ni.. ok,sedih kan?

Dahlah, hari pertama dah curi-curi tulis entri..hahhaha..

hope hari ini semuanya berjalan lancar.