hari konvokesyen kotak bulat | gambar

Esok hari minggu tapi aku kena kerja sebab nak siapkan banyak kerja.. Maklumlah dah sampai awal bulan ni, semua kerja bulan march kenalah di siapkan..

Apa-apa pun kena relax dan enjoy kerja kan.. baru tak terasa tertekan..

Tutup cerita pasal aku tak dapat cuti.. Aku sebenarnya nak upload gambar aku masa konvo hari tu, Gambar tak berapa cantik sebab aku guna kamera henpon je.

Aku yang tengah selaku penyanyi nasyid utama..hihihi.. sila jangan percaya..
ni gambar masa kitorang berehat kat dalam surau politeknik. kiri kanan aku tu memang classmate paling best kat poli!

Ni dia orang yang berjaya menghabiskan pelajarannya.. macam kayu je berdiri..


Aku masukkan dua gambar je lah ye.. yang lain aku upload kat dalam facebook je.. Terima kasih sangat-sangat pada yang ucapkan tahniah pada aku ye.. sangat-sangat hargainya..


hari konvokesyen politeknik

selamat malam..
hari ni selesai sudah hari konvokesyen aku, memang letih beb.. tapi memang happy sebab dapat jumpa kawan-kawan kat poli. Lepas ni entah bila baru dapat jumpa lagi.. Kenangan hari ni memang tak akan aku lupakan sampai bila-bila!


Bagi aku majlis ni simple je dan aku malas nak komen banyak-banyak pasal perjalanan majlis ni ye. Aku ingat nak upload picture bagi korang tengok.. tapi aku penat+ malas..

Jadi nanti bila aku rajin, aku upload bagi korang tengok ye.

Seronok tu memanglah seronok, tapi aku kena bersedialah.. Esok kena kerja. Confirm berlambak kerja yang aku kena buat! dua hari cuti tu beb.. memang berlambaklah jadinya..

ok, ni saja untuk malam ni ye.. nanti kita sambung lagi..

CARI KEKASIH ATAU CINTA?

lama dah aku tak update blog ni kan? pembaca setia pun dah lari..heheheh..
hari aku nak cerita soal perasaan dan hati.. Aiceh!  jiwang seh..

 cerita bermula
ada seorang gadis (jenab), dia ni dipikat oleh seorang lelaki yang namanya hazri.  Hazri ni kata dia terpikat sejak mula-mula berkenalan dengan si gadis ni tapi gadis ni pulak was-was nak bagi hati dan cinta dia ni kat mamat tu. Jenab takut dia hanyalah jadi tempat hilangkan kesunyian sebab si hazri baru putus cinta.

Si lelaki ni pun mengoratlah si gadis dan banyak kali ajak couple tapi selalu ditolak cara baik oleh si jenab. Jenab ni adalah jugak simpan perasaan sikit kat si hazri tapi dia tak naklah terburu-buru bagi cinta kan? nanti kalau silap beri cinta, kan merana hidup dia. Jadi si jenab ni berkawan dan ambil masa untuk kenal hati budi si lelaki.

Selang dua tiga hari, jenab dapat tau si hazri dah punya kekasih hati yangbaru. Jenab agak kecewa jugaklah sebab dia ada sikit perasaan kat hazri kan.

Jenab tanya kat Hazri.
" dulu kata cintakan saya, kenapa cepat je berubah hati?"

Hazri jawab.
" saya tak suka perempuan yang ego dan jual mahal, saya akan setia dan sayang sepenuhnya pada orang yang  sayangkan saya."

Bila dengar jawapan Hazri, jenab menjawab.
" awak tak boleh tunggu? awak sebenarnya cari teman wanita, bukannya nakkan cinta saya."

Jenab membawa diri dan selang tiga hari kemudian, Hazri kembali mengharapkan cinta tapi kali ini hati jenab sudahpun tetap. Bukan itu cinta yang diharapkan..

cerita tamat 

cinta tak semestinya datang sekelip mata, tapi boleh juga datang sedikit demi sedikit kan?

bagi aku, hubungan yang dijalin secara terburu-buru atau cepat, susah untuk kekal lama.. wanita selalunya ambil masa untuk lihat samada si lelaki benar-benar cintakan dia ataupun tidak. kalau dia betul-betul cintakan seorang gadis, mesti dia boleh tunggu sehingga si gadis bagi jawapan kan?

Dah bukan rezeki, berusaha lagi!

Hari ni aku cuti jadi aku pergi interview..sebagai penolong pengurus kat Pusat Jalur Lebar.
 ramai kata kat aku, kenapa nak pergi interview kerja lagi kalau dah ada kerja? Ok, jawapannya.. apa salahnya kalau kita nak menambah baikkan lagi hidup dan pekerjaan kita kan? Betul?

aku pergi interview awal tadi, jadi dapat jugaklah giliran awal untuk diinterview. Ramai beb yang datang tadi. Mengikut pengiraan pantas matematik dalam otak aku ni, aku rasa 18 orang yang datang. (sebenarnya tengok dekat senarai nama)

Percaya tak korang yang di antara semua yang datang tu, aku paling muda! aku paling bengap ( yang lain ada degree). Bila tahu keadaan tu, tahap keyakinan menurun jadi 80%!

Jadi selepas isi borang 4helai banyaknya, aku di beri buku yang penuh dengan soalan IQ dan sahsiah. Jadi aku jawab. tengah khusyuk jawab, pekerja situ datang nak ambil buku soalan tu, dia kata masa dah tamat. Ceit! aku tengok jam, 20 minit je aku jawab. Soalan ada seratus tuuu...

Bila dia dah amik soalan aku tu, aku duduk pandang candidate lain yang datang. Keyakinan aku turun jadi 60% sebab aku tak dapat jawab semua soalan. Lepas buat soalan tu, aku duduk-duduk je tengok candidate lain yang baru datang.. Tengok orang,lepas tu tengok jam.. tu je lah kerja aku.

Satu aku tak puas hati, pekerja tu tak adil! ada yang dapat masa lama tuk jawab soalan-soalan tu! (sangat lama sebab aku asyik tengok jam) dorang siap boleh semak dua kali soalan tu.. menyirap beb..

ok, lupakan hal tu..
Aku di interview oleh 5 orang lelaki dalam satu bilik. Dorang tu tak tunggu giliran nak tanya aku sampai aku tak tahu nak jawab yang mana satu dulu.

Ada soalan yang aku tak dapat jawab, terutama soalan fakta.. sebab aku tak banyak study pasal kerja ni. Semalam ingat nak study malam, tapi aku tertidur.. penat kerja pagi kan, malam asyik tidur awal je lah..

Pendek kata.. aku tak ada harapan nak dapat kerja ni.. hehehhee... jadi esok bangun pagi! pergi kerja macam biasa..lalalala~

Cinta.. perlu pilih harta atau rupa?

Jenab seorang gadis yang diminati oleh dua orang lelaki, si A dan si B. Si A ni kaya tapi paras rupa kurang hensem. Si B pulak hensem tapi poket kering je.

Perasaan Jenab pulak sama je kat dua-dua laki ni, jadi dia tak tahu nak pilih yang mana.
A = rupa tanpa harta
B= Harta tanpa rupa.

Korang pilih mana?

Dulu kan, masa aku sekolah cikgu selalu cakap kat pelajar laki.. Belajar rajin-rajin, nanti bila dah ada kereta besar, gaji besar. Waktu tu nanti, kita pilih perempuan, bukan perempuan pilih kita

Aku rasa ada betulnya cakap cikgu tu sebab zaman sekarang gadis-gadis melaysia ni perlukan sesuatu yang stabil dari segi kewangan dan menjamin masa depan. Betul tak?

Muka hensem pun, dah tua nanti hilang dah hensemnya, jadi boroi je karang kan.

Tapi apa-apa pun, sebelum nilai harta dan rupa.. nilai dulu iman dalam dadanya.. betul?

Kenapa perlu jaga percakapan depan anak?

Anak (kanak-kanak) mudah mengikut apa saja perlakuan dan perkataan yang di buat oleh orang tua dia. Jadi, orang yang dah ada anak tu kenalah jaga tutur kata depan anak-anak. Betul tak?

Hari tu ada budak yang umurnya dalam 3-4 tahun datang kat caltex beli barang dengan maknya. Dia bahasakan diri nya saya. Contoh ayat dia guna hari tu. "Mak, saya nak coklat tu boleh tak?"
Sangat comel ok! aku tengok maknya cakap pun lembut je kat anaknya. Maybe dia memang ajar anaknya gunakan saya.

Ada lain cerita pulak, sorang budak umurnya dalam 3-4 tahun jugak. Datang beli barang dengan maknya. Budak tu nak gula-gula tapi mak dia tak bagi. Korang teka apa budak tu kata?
dia kata kat mak dia. " Ish, itu pun tak boleh, geram betul aku!"

Aku yang mendengar ni macam tergamam, budak kecik boleh cakap macam tu kat mak dia! ni mesti terikut-ikut orang sekeliling ni.

Sebab tu lah parent kena kawal percakapan depan anak-anak. Dorang ni mudah berlajar dari apa yang dorang lihat dan dengar. Betul kan?