Bercinta? Merisik cara Islam


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

p/s : Dikongsi daripada blog ustazah fatimah syarha, sebarkan bahagia..

Lelaki kahwin muda mudah curang?

Benarkah lelaki yang kahwin awal paling tinggi kemungkinannya untuk mereka curang dan kahwin lagi? Ya atau Tidak?

Ramai orang yang bila ditanya soalan ini akan menjawab YA! Sebab apa? sebabnya katanya lelaki telah bosan dengan isteri setelah berkahwin untuk jangka masa yang panjang. kebiasaannya lelaki akan menunjukkan belang gatalnya setelah berusia lebih 40 tahun dimana lelaki dikatakan mempunyai daya tarikan yang tinggi pada usia tersebut.

Gadis-gadis muda sekarang ramai yang lebih sukakan lelaki yang berusia lebih tua ( tapi tak lah tua sangat ye) sebab pemikiran lelaki tua ni lebih matang, cara layanan seperti seorang 'ayah' dan mungkin juga sebab lelaki tua ni lebih sabar melayan kerenah si gadis.

Apa yang aku katakan ini adalah dari pemerhatian aku sepanjang aku berkerja di mana pekerjaan aku memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Terus-terang aku cakap, lelaki yang dah berkahwin ni lebih pandai bila nak mengayat perempuan daripada lelaki yang belum berkahwin. Sebab dorang ni tak gelojoh bila nak tawan hati perempuan. Betul tak? Lagi satu, dorang ni tak kedekut langsung nak keluarkan duit untuk perempuan yang mereka suka.


Bila aku terjumpa je dengan lelaki yang nak menggatal, aku akan tanya pada setiap seorang dari mereka soalan yang sama iaitu berapa umur dorang masa berkahwin dan berapa kali bercinta sebelum berkahwin?

Nak tahu jawapannya? semuanya menjawab berkahwin muda iaitu dalam lingkungan 20-22 tahun dan berkahwin dengan cinta pertama mereka.

Mungkin ada juga lelaki di luar sana yang berkemampuan nak kahwin lagi tapi tetap setia dengan si isteri tapi aku rasa bilangannya tak ramai.. sebab lelaki ni, bila kewangannya sudah cukup untuk memiliki lagi seorang isteri, mereka tak teragak-agak untuk menambah lagi. Betul tak?

Ada juga pendapat yang kata.. Bila seseorang lelaki ni terus berkahwin dengan cinta pertama dia (maksudnya tak pernah bercinta dengan perempuan lain) , sampai satu masa apabila ada perempuan lain dapat menarik perhatian dia.. dia teringin merasa bagaimana perasaan bercinta dengan perempuan lain selain isterinya sebab dia tak pernah rasa bercinta dengan perempuan lain.

Jadi, kalau dah lama berkahwin tu.. kenalah bijak menyemai cinta supaya cinta tu tak pudar dan beralih ke orang lain ya.. tepuk dada tanya iman..

benci menjadi suka?

Pernah tak membenci seseorang tapi kemudiannya perasaan tu menjadi suka? Rasanya semua orang pernah rasa kan? Ok.. bagus.. tapi aku bukan nak cakap pasal tu.. hehehehe..

Masa aku belajar di politeknik dulu, ada seorang pensyarah yang aku tak suka sebab dia suruh kelas aku ambil subjek keusahawanan. Kelas lain tak ambil pun tapi dia suruh kelas aku ambil.

Bagi budak kelas aku waktu tu, subjek ni sangatlah membosankan dan membuang masa. Kiranya ramai lah budak kelas aku yang ponteng kelas dia tapi aku dengan dua tiga orang budak kelas aku tetap bagi komitmen kat subjek ni. Ala, maknanya aku tetap buat kerja yang dia suruh walaupun hati tak suka.

Sampai aku graduate, aku tetap tak suka dia.. dia tu poyo je lebih..

Tapi sekarang aku nak cakap terima kasih kat dia.. sebabnya.. pasal dia suruh aku ambil subjek keusahawanan itulah, aku sekarang tak payah ambil lagi subjek tu kat universiti ni! Nampak remeh kan? tapi dapat pelepasan subjek tu kat sini memang cukup menggembirakan...

Orang tua-tua pesan, walaupun tak suka, buatlah sesuatu kerja tu bersungguh-sungguh.. Jadi bila buat bersungguh-sungguh, pasti ada hasilnya nanti. .

Jadi dalam aku membenci pensyarah tu, aku berterima kasih jugak kat dia sebab pasal dia aku dapat gugurkan subjek remeh tu..bertambahlah masa tidur aku.. hehehe.. (nampak sangat pemalas kan?)

Ok, jadi kesimpulan yang aku nak cakap ni.. ialah..

Bencilah seseorang sekadar saja.. mana tahu kuasa Allah s.w.t, suatu hari kita akan suka dia kan ataupun mana tau di masa depan, kita akan berterima kasih dengan dia..