hidup sebagai seorang pelajar

Aku baru selamat sampai kat UTHM selepas cuti pnjang.. dua minggu cuti! Bila dah cuti panjang, kerja pun makin bertambah la.. tak lama lagi dah nak final.. cepat je aku rasa masa ni berjalan!

Mulalah semua member-member terkejar-kejar nak siapkan kerja,tapi kan.. kenapa aku macam relax je ni?  Aku rasa macam tak ada apa yang nak di serabutkan pun..

Khamis ni johor cuti pulak.. jumaat tak ada kelas, hehehe.. nak balik ke rumah ke?  Ehemm.. tengoklah macam mana nanti kan, kalau banyak kerja,tak payah balik.. tapi aku rasa macam tak ada kerja je nanti.. lalalaa... beginikah hidup sebagai pelajar?

Ke aku je yang tak bangun-bangun lagi??

Masihkah ada cinta

Pernah tak rasa keliru tentang cinta? Tak tahu sama ada masih ada perasaan cinta atau sebenarnya dah tak ada perasaan tu?



Kebanyakan orang yang rasa bosan nak sms dengan buah hati, rasa malas nak jumpa dan dengar bunyi katak lebih seronok dari dengar suara si dia..itu bermakna tak ada lagi cinta.. jangan kata orang yang dah tak cintakan dia ni kejam.. lupa ke yang cinta boleh datang da pergi? Bukan kita yang tentukan..

Bila rasa dah tak ada perasaan, jadi kita pilih untuk akhiri hubungan tu.. buat apa terus bersama kalau hanya melukakan hati dia.. betul?

Peliknya disini, bila sebulan atau lebih, kita tiba-tiba jadi teringat pada dia.. rindu pulak nak sms dengan dia. Jadi kita simpulkan, kita sebenarnya cintakan dia! Bagus! Kembali lah semula pada dia..

Tapi macam mana pula bila setelah kembali bersama, perasaan dulu datang balik? perasaan yang bila dia tak ada, kita tak rasa apa-apa pun? Walaupun tak sampai sebulan dulu kita rindukan dia..

Jadi apa sebenarnya perasaan kita dan apa yang kita nak sebenarnya?

Ada seorang pakar  cinta cakap kat aku, otak manusia selalu menipu kita, bila hati kata tak ada lagi cinta, kita buat pilihan untuk pergi, tapi tak lama lepas tu, otak kita teringatkan dia, teringat masa indah waktu bersama dan kekok bila dia tak ada. Otak kata itu cinta agaknya.. tapi cuba dengar kata hati.. jangan keliru antara cinta dan kebiasaan! Ya, KEBIASAAN.. Cinta tu kita rasa, kebiasaan tu ialah kita terbiasa, terbiasa dengan kehadiran dia,terbiasa sms dengan dia dan terbiasa dia ada dalam hidup kita,terutama hubungan yang lama!

Contohnya, kita pakai gelang dah lama, tak pernah tanggal. Kita tak perasan pun gelang tu ada sebab dah biasa, tiba-tiba gelang putus.. mula-mula tak perasan gelang dah tak ada, sampailah kita rasa macam ada yang lain pada tangan, rupanya gelang dah tak ada jadi kita cari semula gelang tu, bila dah jumpa semula, kita happy sekejap dan esoknya kita tak perasan lagi gelang tu sentiasa ada kat tangan.. sebab apa? Sebab kita biasa dengan keadaan tu.. bukan cinta atau sayang, tapi sebab dah biasa ia ada kat situ. Bila tak ada, terasa lain.

Ada yang kata apa salahnya teruskan kebiasaan ni walau tak rasa cinta dah.. teruskan! Teruskan kalau kita dapat pura-pura cintakan dia. Banyak benda boleh tipu tapi paling susah nak menipu perasaan cinta. Salah terus menyakiti orang yang cintakan kita sedangkan kita pula rasa asalkan dia ada sudah cukup bagi meneruskan kebiasaan tu..

Paham apa aku terangkan? Kita sendiri rasa cinta tu.. jangan teruskan hubungan cinta semata tak sanggup kehilangan kawan..


*maafkan aku bila tak lagi cinta, maaf sebab menipu selama ni, maafkan aku sebab kau dah lama tak ada dalam hati..

belajar bahasa jepun yang mudah

Selamat pagi.. hari ini saya nak jadi cikgu.. cikgu bahasa jepun! (Nihongo sensei)
Tapi aku ajar yang simple je la sebab kalau banyak-banyak pun bukan korang boleh ingat kan?

Aku ajar apa perkataan yang boleh digunakan hari-hari, jadi bolehlah hari-hari cakap jepun... hebat gitu....

Hajimemasho! Let begin!

1. Ohayou gozaimasu - selamat pagi
(Note: dalam bahasa jepun, masu disebut sebagai mas. Dimana u dipadamkan dari sebutan,hanya ada dalam tulisan je)

2. Konnichiwa - selamat tengah hari

3. Konbanwa - selamat petang

4. Oyasuminasai - selamat malam

5. Hajimemashite - how do you do
 ( note: hanya digunakan bila berjumpa kali pertama)

6. Arigato gozaimasu - terima kasih
  Boleh dipendekkan iaitu arigato.

7. Doitashimashite - sama-sama

8. Chui shite kudasai - take care


9. Omedetogozaimasu - tahniah

10. Sayonara - goodbye

Ok? Sepuluh perkataan saja untuk hari ini.. nak aku ajar buat ayat tak? Hehehe.. aku pun sedang belajar bahasa jepun ni. Pensyarah hensem pulak tu.. lalalala~

hadiah samsung galaxy tab2 10.1

Assalamualaikum!! Selamat berhari minggu.. hari ni adalah hari yang menggembirakan!

Bukan sebab aku kena balik UTHM, tapi sebab semalam aku dapat hadiah dari kawan  aku! Dia pernah tanya aku nak hadiah apa untuk birthday aku.. aku cakaplah kalau dapat tablet pun best jugak..

Semalam dia ajak aku jumpa.. dan tak disangka-sangka, dia bagi aku samsung galaxy tablet 2 10.1!! Macam nak menjerit aku bila dia bagi tapi aku control sebab kat tempat ramai orang.. hihi..

Dia bagi aku hadiah sebab takut tak sempat bagi masa birthday aku nanti.. alhamdulillah..happy tak terkata!

Balik rumah, family aku tak caya ada orang bagi aku hadiah semahal ni..siap cakap aku yang beli Sorok-sorok..macam mimpi kan?  aku pun tak percaya lagi ni.. tapi rezeki jangan ditolak kan? Lalala~~


P/s: taip entri guna tablet baru.. hehe


Kenapa susah nak belajar masa cuti sekolah?

Cuti pertengahan sem dah nak berlalu sebab hari ni hari ahad. Fuhhh.. rasa macam nak mengeluh je lah sebab tak puas cuti ni..

Sebenarnya sebelum cuti, semangat berkobar-kobar nak study masa cuti. Maklumlah naik cuti nanti banyak test yang menunggu.. Sampai gemuk beg aku tu penuh dengan buku!
Tapi, bila kaki aku jejak je kat dalam rumah aku, semangat aku yang nak study tu pegi balik batu pahat pulak. Dia tak nak ikut aku cuti..Cis, semangat tu memang ada, tapi tak lama lah kan.

Seminggu aku kat rumah, hari-hari aku cakap kat diri aku.. "esok je lah study, banyak masa lagi ni."
Banyak masa kepala hangguk aku! hari ni dah hari sabtu, buku aku cantik je lagi ni kat dalam beg. Adui, parah lah macam ni! tangguh-tangguh last2 tak jadi apa pun.

Serius bila cuti memang tak kan boleh fokus study! bila nak bukak buku tu, dinding pun tiba-tiba boleh jadi menarik ! pandang jela dinding tu.. mula lah otak aku nak menyimpang. Patutnya aku pikirkan benda yang aku nak belajar , tapi otak aku boleh pikir siapa yang cipta cat? siapa yang cipta simen? mana datang perkataan dinding? kalau dinding tak ada macam mana? Ish, Kesudahannya pikir punya pikir, bila habis dua jam mengadap dinding. Aku pun tutup buku, tidur!

Pendek kata memang susah lah nak study kat rumah ni masa cuti kan, hehehhe.. banyak benda yang kita boleh buat selain tengok buku. Kalau kat hostel pulak, ada katil dengan almari jadi bila bosan, buka buku la. kat rumah pulak, takde istilah bosan! hihihi.. Korang macam mana?