KAHWIN MUDA semasa belajar

KAHWIN MUDA SEMASA MASIH BELAJAR? bagus ke?
  • Ditanya pada pasangan yang bercinta, "lebih baik kahwin daripada melakukan maksiat tanpa ikatan yang sah.. sekurang-kurangnya bila sudah berkhawin, aku halal untuk menyentuhnya.."
  • Ditanya pula pada golongan ibu bapa, wajarkah merestui anak yang ingin berkhawin semasa mereka masih sedang belajar? Jawapannya pasti.. "habiskan lah belajar tu dahulu,dah dapat ijazah nanti pikirkan soal kerja dan kemudian barulah kahwin.. "
  • Pandangan masyarakat pula bila melihat anak kenalan kahwin muda : " adalah isi dalam perut tu.. tu yang kahwin awal"

Pandangan aku pulak, aku tabik pada mereka yang ingin berkahwin pada usia muda, bukan mudah seorang remaja ingin mengorbankan masa remajanya dengan mendirikan rumah tangga kan, tapi kerana takut berterusan melakukan maksiat dan dosa, maka si remaja ingin mendirikan rumah tangga walaupun masih belajar. Belajar maksud aku bukanlah semasa sedang ambil PMR tau, maksud aku mereka yang sedang belajar bagi mendapatkan ijazah. Di mana fikiran mereka sudah matang dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi mungkin duit dan ibu bapa menjadi penghalang utama. 

 Mentaliti ibubapa yang mengunci minda mereka tentang kahwin hanya setelah anak mampu dari segi kewangan perlulah di ubah!  Duit boleh dicari sebab sekiranya si lelaki sedang belajar, insyaallah selepas belajar dia akan mendapat kerja yang baik.

Daripada melihat anak-anak kita kena tangkap khalwat, mengandung anak luar nikah.. kenapa kita tak izinkan sahaja mereka berkahwin muda??  alasan sebab si anak belum mampu membina sebuah keluarga?  Cis! alasan lemah tu! kalau dia rasa tak mampu, tak mungkin si anak berkeputusan nak berkahwin dan memegang tanggungjawab berkeluarga kan..Belum ada duit untuk membina keluarga? Cukuplah buat kenduri kecil-kecilan, terus hidup sebagai student dan belajar seperti biasa, bezanya dulu sendirian tapi kini sudah beristeri/bersuami.. Mesti korang ada pikir.. 
" eleh, budak tu nak kahwin sebab nak main atas katil je tu"  
Silap! silap tu.. kalau nak main atas katil je, sebelum kahwin pun dorang dah boleh buat, tapi dorang pilih untuk berkahwin.. sebab apa? sebab untuk mendapatkan keredhaan Allah dan restu ibubapa atas hubungan mereka..  lebih baik budak tu enjoy belakang ibubapa mereka kan.. bukannya orang tahu, malah tak perlu bertanggungjawab pun.. Tapi mereka pilih untuk berkahwin.. kenapa? pikirkan..

ibubapa perlu duduk berbincang bersama anak yang ingin berkahwin dan pasangannya, jangan terus menolak tanpa mendengar alasan dan sebab mereka. Aku pasti mereka punya sebab kenapa ingin berkahwin muda. 
Percayalah, remaja sekarang lain perangainya dari remaja 10 tahun lepas ye..

kesimpulannya, ubah corak pemikiran kita..

43 comments:

  1. Nak kawen awal takpe, masa belajar pun boleh, tapi niat biar lah betul.... Kita org sekeliling nasihatkan mereka supaya make sure niat nak kawen awal tu betul....

    ReplyDelete
  2. huhuhu memang ada baiknya kawen cepat nih.. KB taknak kawen awal ke? tibe2 terasa nak mkn nasi minyak

    ReplyDelete
  3. like..!! nice entry :)

    ReplyDelete
  4. S0kong gler + tabik pada entry ni..huhu..mnkin sebab kwin lmbat lah kes buang anak smakin bnyak..dah xtahan la ktakan..haha

    ReplyDelete
  5. kahwin3..borinknyer~
    28 tahun t baru pikirlah...
    haha..tp jelez la plak tgok member yg da kahwin kaaannnn!

    ReplyDelete
  6. wow, terbaik! sokong2. daripada maksiat bersepah baiklah kahwin awal.

    ReplyDelete
  7. erk..kite nk bljr dulu bru kwin..hihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah ramai mber ayie kwin muda and tgok ok2 shje..mungkin dah jodoh mereka and Allah mahu mereka dielakkan dripada melakukan maksiat..

    ReplyDelete
  9. aku stuju dengan entry ni.. dulu aku pernah ajukan pada mek aku yg aku nk kahwin.. tp dia tak stuju.. jd aku break dgan awek aku.. mungkin jodoh xde kot.. lpas kahwin dulu baru aku start bercinta

    ReplyDelete
  10. kahwin muda ke,,tua ke,,yang penting kena nikah dulu..hahaha..

    ReplyDelete
  11. suka artikel KB kali ini :) setuju sangat2! :) KB dah langsung belum? hehe... salam singah dari http://lepaksonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. stuju dgn pendapat awk...
    drpd buat maksiat, bagus khwn awl2...
    tutup pintu syaitan demi mendapat keredhaan ALLAH...

    ReplyDelete
  13. kahwin muda la best..family tak bagi risau anak2 tak bersedia lagi tu..macam family wanie suruh keje dulu..kui3

    ReplyDelete
  14. kalo gua pulak tu terpulang pada individu tu sendiri,kan dah besar panjang!...:)

    ReplyDelete
  15. setuju sangat-sangat .^^^. itulah . pandangan orang lain2.
    kalau kahwin awal. *gatai katanya*
    kalau kahwin lambat * tak laku*

    aishh. macam-macamlah. tp better khwin drpd berterusan melakukan mksiat ^^

    ReplyDelete
  16. setuju sangat-sangat .^^^. itulah . pandangan orang lain2.
    kalau kahwin awal. *gatai katanya*
    kalau kahwin lambat * tak laku*

    aishh. macam-macamlah. tp better khwin drpd berterusan melakukan mksiat ^^

    ReplyDelete
  17. mentaliti org melayu kan....mmg zaman kuno punye...hee

    ReplyDelete
  18. Yep, mmg bgus kahwin awl tp wktu study la means after grad ade kerja. Yg tak bgusnya, baru hbis PMR SPM dh gtal nk khwin -- diorg ni mcm takde cita2 je, sabar jela.

    ReplyDelete
  19. huhu aku tak leh terima lagi pasal benda neh. tapi aku takda la nak kutuk orang yang kawen muda.

    ReplyDelete
  20. mentaliti skrg sempit.. tapi kalau kahwin awal.. slalu nyer kurang duit.. takut berlaku masalah kewangan pulak.. ye lar.. belum sempat kumpul duit kan..

    ReplyDelete
  21. kena ubah mentaliti yang macam tu...tak salah nak kawen awal ni kan...heee~

    ReplyDelete
  22. era suka entry nie.. :)

    ReplyDelete
  23. setuju tangat2..

    biar la dorang nak kawin.ramai je yg kawin masa belaja dan tak ada masalah. duit boleh cari walopon yg laki tu blaja lg. kalo masing2 tau tanggungjawab, ok je

    ReplyDelete
  24. tibe2 kaklimah rase nk kawen muda jgk..ahahahha ;P

    ReplyDelete
  25. bila nak kwen ni..jgn lupa ajak ye... lama dah tk makn nasi minyk ni..

    ReplyDelete
  26. kawin awl xsemestinya nak lari dari maksiat jer..
    byk kelebihan kawin awl gak..
    sy pn kawin awl..
    btw,nice en3..:)

    ReplyDelete
  27. nak kawen,tapi masih belajar.BF pun xde lagi.hahaha,ada BF mcm xde je...sapa nak jadi BF saya?!...meh ke blog :)

    ReplyDelete
  28. huuuuu :( ada rancangan nak kwen tapi memang kewangan sgt2 x mncukupi . .T___T diploma pun x abis lagik :(

    entri best !! terbaikk


    sonatadecember.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. nak ubah pemikiran orang ni bukan senang. boleh ubah tapi mungkin perlukan masa yang lama.

    ReplyDelete
  30. setuju dengan KB!!

    no point la kita nak judge orang macam2 tnpa selidik sebab apa mereka kawin awal rite.. pengalaman itu semua..

    ReplyDelete
  31. ain tabik untuk mereka sebegini..tapi masalahnye sekarang ibu bapa yang jadi penghalang, wang hantaran tinggilah, bt majlis glam2 lah, suh abes belajar dululah...

    ble ank2 dah terlanjur..masa tu baru mula berfikir...hm...

    ReplyDelete
  32. Rasulullah pun mengalakkan kita berkahwin diusia muda untuk mengelakkan maksiat..ingat kita ada nafsu....

    ReplyDelete
  33. huuuuurrrrmmm =]
    entri ni buat mimi pikir dlm2

    mase naik bas nk balik kg dulu
    pakcik driver tu pon ckp cm tu
    same cam cek KB ckp dlm entri ni =]

    mimi sokong!
    pada masa yg sama, nak kawen ni, kene sedar jugak kan..diri tu layak ke x layak.

    kalo ase x layak, jgn dh gatai2 nak bercintan..

    ase layak, teruskan niat murni untk bina masjid tu =]

    ReplyDelete
  34. masing2 ada pendapat masing2 :)
    for me not bad 5o per 50 :)

    ReplyDelete
  35. saya sokong kalau berkahwin awal ketika masih belajar..tetapi pasangan tersebut kena ada komitmen masing2..jgn hanya sekadar buat mcm cinta monyet , setahun dua kahwin nak bercerai ...

    ReplyDelete
  36. sweet sgt tgk yg kawin mase belajar kat u.. blh saling tolg wat assgnmnt...hihihi

    ReplyDelete
  37. susie sokong sangat2....kes2 buang bayi tu semuanya berpunca dari kes yang cam ni la mak bapak halang nak kawen....sian bby tu..

    ReplyDelete
  38. Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.hehehehe

    Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
    KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
    Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

    ReplyDelete
  39. bagus2..tahniah KB pandangan yang sangat bernas... saya sokong.

    ReplyDelete