Teringin nak guna nokia N9

Aku pengguna setia nokia, sekarang aku ada dua handphone nokia. Aku tertarik dengan keluaran baru nokia iaitu Nokia N9.

Rekabentuk N9 yang sangat unik apabila tiada satu butang pun dibahagian hadapan seperti handphone yang lain. Nokia N9 mempunyai skrin AMOLED 3.9 inci tahan calar dan silau. Selain itu juga cerminnya agak melengkung khas direka untuk memudahkan jari anda menggelungsur. Pada aku reka bentuk N9 merupakan rekabentuk yang terbaik setakat ini dari Nokia terutama bentuknya yang sangat simple. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu Cyan, hitam dan meganta.


Oleh kerana N9 tidak mempunyai sebarang butang pada permukaan depan, ia hanya dikendalikan secara swipe samaada dari tepi, atas dan bawah terutama untuk melakukan pelbagai operasi atau bahasa gadgetnya multitasking. 3 menu utama terdiri daripada menu utama, multitasking menu dan life menu.

N9 menggunakan 1GHz Cortex A8 CPU serta 1GB ram yang pada pemerhatian aku merupakan spec yang paling tinggi daripada handphone Nokia yang sedia ada dipasaran sekarang. Daya tarikan yang lain ialah N9 dilengkapi kamera 8 megapixel yang mampu untuk merekod HD video.
  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1700/1900/2100 MHz, HSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
  • Form factor: Touchscreen bar phone
  • Dimensions: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
  • Weight: 135 g
  • Display: 3.9″ 16M-color FWVGA (480 x 854 pixels) AMOLED capacitive touchscreen; Gorilla Glass, anti-glare polarizer, curved display, multi-touch input
  • Chipset: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset
  • RAM: 1GB
  • OS: MeeGo OS, v1.2 Harmattan
  • Memory: 16/64GB storage, no microSD slot
  • Camera: 8 megapixel auto-focus camera with face detection, touch focus and geotagging; HD (720p) video recording at 30fps, LED flash, front facing camera, video-calls
  • Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 2.1, standard microUSB port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack, TV-out, NFC
  • Misc: Polycarbonate unibody, built-in accelerometer, proximity sensor, uses microSIM cards

19 comments:

  1. alamaaak, ganas macam YY mmg xleh guna hp camginie,.. tp still pengguna setia nokia sejak azali. :))

    ReplyDelete
  2. tak termmpu daku...huhu

    ReplyDelete
  3. ramai pulak yang buat entri pasal Nokia N9 ni..hee..

    tu la KB..smart kan design N9 ni..tapi harga boleh tahan la kan..kena kumpul duit ni..hee~

    ReplyDelete
  4. tapi orang cakap nokia ni kalau bab touch screen agak fail...tp dah pakai amoled tu tak tau laaa plak...pricenye brape KB..

    ReplyDelete
  5. same la..teringin nak gune n9 nie...mule2 kuar dah tertarik..

    ReplyDelete
  6. hehehehehe
    minat jugak!
    dah bape blogger asik dok promote n9 ni
    mau pi beli ni kang
    hehehe
    KB pon dah mcm moderator nokia ha
    hehehe
    ada bakat seh..hihi =p

    ReplyDelete
  7. salam KB...cantik nyer hp tu skg sibuk ngan hp jenis nikan...:)

    ReplyDelete
  8. Pergh..ade ram lg. Bpe riban ni bro

    ReplyDelete
  9. teringin jgk...
    tp fulusnye nggak cukup...huwwwwaaa~

    ReplyDelete
  10. Pergh, cayalah..

    Harga berapa ya ni?

    ReplyDelete
  11. ezad dah cite pasal ni.. dia nk beli r.

    ReplyDelete
  12. uiyoooo~ canggih tu..tapi ca ni fail la guna touch screen..haha..pinjam nset adik pon terkial2 nak guna.. :P

    ReplyDelete
  13. huhu beli-beli jangan tak beli.

    ReplyDelete
  14. ermm..mesti mahal ni..tk mampu lah..

    ReplyDelete
  15. dapat duit nuffnang nanti boleh beli satu, hehehe

    ReplyDelete