aku ada tips macam mana nak hilangkan rasa malas nak pergi kerja tu. Lagipun memang tips ni aku guna hari ni.
Hari ni aku tak kerja sebab rasa malas sungguh-sungguh nak kerja, nak jumpa bos.
Ok, ikut step yang aku buat ye.
1. Tentukan betul-betul sebelum tidur sama ada korang nak kerja esok atau tidak.
2. Kalau tak pasti lagi, tidur je dan buat keputusan sebelum turun dari katil bila bangun tidur.
3. Bila dah conform tak nak datang, cari handphone korang.
4. Call bos korang, tapi pastikan waktu tu dia dah bangun tidur.
5. cakap kat bos. " Bos, hari ni saya tak sihat. Saya cuti ya. Kerja semua saya dah siapkan."
6. Tunggu jawapan bos korang. Kalau dia kata ok, maka teruslah tidur dan hilanglah perasaan malas tu.
7. Kalau tak, sila bangun dari katil dan bersiap.
Cara ni jadi kat aku pasal aku boleh cuti hari apa pun.. hehehe, yang penting cuti seminggu sekali. Nak cuti hari apa, terpulang pada aku.. Best tak?
Ramai member tempat kerja nak berhenti kerja, aku pun berpikir sekali.. Nak berhenti kerja ke tidak? Bukan senang kan nak cari kerja sekarang ni. Kalau dapat kerja pun belum tentu selesa.
