Pilih dan Simpan Jodoh kita

Lama menghilang dah.. sebab hidup semakin sibuk.. masa semakin kurang.. buka blog pun sebab nak check earning nuffnang.. hehehe.. teruk kan..  Sekarang tengah cuti seminggu, jadi curi masa nak luangkan untuk blog yang berabuk ni..

Bulan 10 hari tu aku rasakan bulan yang agak mencabar untuk aku sebab banyak hal berlaku dan ada juga hal yang luar dari otak normal ni.. Pendek kata, perangai macam orang tak ada akal.. Harapnya bulan yang baru dan tahun yang baru ni, semuanya akan menjadi semakin baik dari sebelum ni.

Sejak dua menjak ni, ada jugak aku bersembang dengan family and kawan-kawan pasal JODOH.. terasa tua bila kat wall facebook aku dah penuh dengan kawan-kawan upload gambar baby.. fuh, cepat masa berlalu..rasa macam semalam je aku syok kat budak laki dalam kelas masa tadika aku dulu..

Back to topic, ada yang mencari-cari calon yang sesuai untuk jadikan teman hidup.. di selidik setiap perangai dan ciri-ciri yang dia mahukan untuk dijadikan teman hidup dia.. Bila dah berjumpa si dia yang di rasakan boleh 'diharapkan' untuk menjadi si suami.. maka dia simpan dan labelkan sebagai bakal suami.


apa yang di pandang sebagai layak di jadikan ciri-ciri sesuai dijadikan suami?

Si A : ' dia setia, baik perangainya, tak mengatal dengan orang lain, ada kerja yang baik dan yang paling bonus.. dia tak pandai guna wechat~'
Si B : Kuat agama sudah

Pilihan kadang-kadang banyak kat depan mata.. ada yang bersusun pilihan kan.. betul? tapi bagaimana nak di buat pilihan? betul ke kena pilih dan setia pada satu sekarang sebab kalau kita tak pilih sorang sekarang, nanti tak ada yang nak kita? kena buat pilihan ke??

Buat solat istiharah untuk pilih jodoh.. betul! tapi betul ke dah sampai masanya untuk memilih jodoh? Mungkin perlu habiskan sekolah dulu baru pikirkan hal jodoh kan? tak perlu rasanya cari masa sekolah dah berusaha simpan dia sampai masa nak kawin.. banyak dugaan tu..

Betul ke lelaki yang baik ni sikit dan  kena 'cop' cepat-cepat.. kalau tak nanti melepas.. heheheh...sebab tu adanya gadis yang berkawan dengan ramai orang tapi simpan sorang untuk di buat stok laki.. mungkin sebenarnya masih mencari yang lebih baik..

Tak boleh ke berkawan saja.. dan pilihan dibuat bila tiba masanya?

Program Pertukaran Pelajar UTHM

assalamualaikum.. terima kasih sebab datang dan baca kat blog bersawang ni.. ok, dulu kononnya dah berjanji kat diri nak selalu update blog ni tapi malangnya tak dapat jugak aku nak update sebab busy sangat dan stress belajar sampai tak de mood nak bukak blog.. dasyat!

Tibe-tiba malam ni, terasa nak tulis sesuatu.. nak cerita pasal apa ye? emm, memandangkan sekarang ni aku student, so cerita pasal sekolah lah ye..

30 julai ni aku nak pergi belajar kat pahang.. rasa macam malaaaaassssss pulak. Orang lain cuti 3 bulan, tapi aku pulak kena belajar lagi.. Apakah? bagi yang tak tahu, meh aku bagitau.. aku duduk melaka dan belajar pulak kat UTHM( Universiti Tun Hussien Onn) johor.. jarak dalam 2 jam perjalanan. Aku ni tak suka belajar jauh-jauh.. hehehe.

Dipendekkan cerita, aku dengan beberapa pelajar UTHM dapat tawaran untuk join pertukaran pelajar dengan universiti lain. Sekolah aku ni bertukar dengan sekolah kat pahang. UMP ( Universiti Malaysia Pahang).  Masa mula-mula excited gila sebab dapat pergi belajar kat uni lain, lagi-lagi diitawar pulak ttu kan..sape tak happy..ehem..

Err,  bukan semua orang dipilih oleh sekolah untuk bawak nama sekolah pergi negeri lain kan? Tak ramai pun yang pergi ke UMP, dalam 11 orang je..Aku dengan kawan-kawan teringin nak merasa belajar di tempat orang kan, so kitorang join. Tapi bila dah makin dekat nak pergi ni, terasa malas pulak.. aku kan tak suka berjauhan dengan family.. berat je hati ni rasa..

Harap semuanya berjalan lancar dan program ni akan meninggalkan memori yang best selama kitorang kat sana.. amin..
Bila lagi kan nak merasa bertukar angin belajar kan.. hehehehe

p/s : lecturer cakap, jangan bawak lebih daripada 2 beg.. aduiyaii.. susah ni!

biarkan mulut orang bercakap

Assalamualaikum,
pagi ni tiba-tiba rasa nak bukak blog dan lihat komen-komen yang ada kat blog ni.. hahaha, kelakar..ops, belum cerita dah kelakar ke?

dua tiga hari lepas aku ada post entry blog aku yang berkurun dulu kat facebook aku..kalau yang add aku kat facebook mesti tau pasal ni, benda tu aku post 2 tahun lepas rasanya tapi aku saja letak kat facebook hari tu.

Ada hamba Allah yang aku rasa memang friend aku dalam facebook, sebab dah aku post kat facebook aku kan.. Mungkin isi-isi dalam entri tu buat dia sakit hati atau panas hati sehingga dia menuduh aku sesuatu yang aku rasa melampau.. tapi lantaklah.. Kau siapa nak cakap aku macam tu kan?

 aku rasa dia lelaki, tapi namanya aku tak tahu lah sebab xde akaun google kan.. tak berani kot? Bagi aku senang je, apa yang aku tulis pendapat aku dan pendapat orang sekeliling aku. tak ada langsung nak tuju pada sesiapa atau mempertahankan sesiapa..

Aku sebagai perempuan, aku paham apa perasaan segelintir perempuan apabila dituduh sesuatu yang tak dibuat dan mengaibkan? zaman sekarang penuh dengan fitnah bukan?

p/s: bila kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita..

penumpang bas yang teruk!

Sejak aku belajar di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), berapa kali aku balik melaka naik bas? errr, boleh dikira pakai jari la.. Tapi aku nak cerita pengalaman aku naik bas masa pulang dari batu pahat ke melaka.

Aku balik dengan kawan-kawan aku dan kitorang memang sangat-sangat penat sebab terkejar-kejar balik, waktu tu pukul 6. Bas sepatutnya datang pukul 6.15 petang tapi tunggu sampai pukul 7 malam baru bas sampai.

waktu tu kesabaran memang dah tahap hujung-hujung tanduk dah.. bila mood kurang baik, secara automatiknya berharap jangan terjadi benda lain yang boleh spoilkan lagi mood aku ni.

Pendek cerita aku dengan kawan-kawan naik bas, bas ni bergerak dari kluang ke batu pahat, pastu ke muar dan seterusnya melaka. Kebetulan ramai pulak yang naik bas pada haritu tapi masalah tiba-tiba timbul pulak! aku awal-awal lagi da naik ambil tempat duduk tapi ada yang tak dapat tempat duduk walaupun dah beli tiket!

So pekerja bas tu pun kejutkan yang tidur dalam bas tu supaya turun sebab dah sampai dan waktu tu aku perasan yang belakang kerusi aku ada 4orang budak yang pura-pura tidur.. aku rasa mesti ada something wrong ni.

Macam yang aku agak, walaupun pekerja bas tu dah kejutkan semua orang, budak-budak tu still buat tak tahu dan memang kebetulan ke bila 4 orang penumpang lagi tak dapat tempat duduk? Bila pekerja tu suruh tunjukkan tiket, diorang buat-buat macam baru bangun tidur dan kata tiket dah dibuang.. aku ni dah lah mood tak berapa okay, datang pulak hal yang melambatkan keadaan macam ni, memang membakar je rasanya.

Bila pekerja tu suruh turun, dia pandai pulak menjawab yang tak fair sebab dia pun beli tiket.. pekerja tu pun satu hal, tegas la sikit.. mane logik boleh buang tiket dalam bas tu, bukan boleh bukak tingkap pun! Jadi lepas budak-budak tu tak nak mengalah dan tetap buat-buat tidur, pekerja tu pun suruh penumpang yang tak dapat tempat duduk tu pi tunggu bas yang akan datang nanti.

Bila bas dah gerak, aku mula lah menganjing atau dalam bahasa sopannya memperli.. aku dengan kawan aku.. kebetulan kawan aku nak simpan tiket yang kat tangan dia jadi aku cakap dekat dia kuat-kuat okay..
aku : kau simpan elok-elok, jangan buang kat luar tingkap, hilang nanti!
banyak lagi lah kawan-kawan aku menganjing budak-budak sebab bagi aku budak tu memang teruk dan pentingkan diri sendiri! tak de duit sangat ke sampai buat macam tu??

Lepas setengah jam perjalanan sorang daripada budak tu tiba-tiba cuit aku dan tanya aku dari sekolah mana.. dan reaksi aku terus tanya dia, kenapa tanya? lepas tu budak tu cakap dari uthm ke? aku pun cakap lah iya dan kenapa? Dia terus cakap tak ada apa-apa dan putus perbualan di situ...

aku pun merelaxkan diri tanpa pikir pasal budak-budak tak matang tu...

Apa yang paling di rindu?

Dia : Wei, aku nak cepat-cepat habis belajar lah.. Bosan lah belajar je siang malam. Tension dah otak aku ni nak menghadap buku.

Aku : kenapa nak cepat habis?

Dia : Kalau habis belajar cepat, boleh kerja.. Bila dah kerja baru best, tak payah nak menghadap buku dah..

Aku : Yeke?

Dia : Yela.. bila dah kerja, dah ada duit sendiri.. boleh beli macam-macam benda.

Aku : Owh.. masa belajar kan ada ptptn dah. beli je la apa-apa pun.

Dia : Belajar ni bosan hari-hari tengok buku.

Aku; : Bukan 24 jam pun kau tengok buku. Sebelum kau masuk U ni, kau kerja apa?

Dia : Tak kerja pun, aku habis matrik je terus masuk sini.

Aku : Oh, patut le.

Dia : Patut le? kenapa? (blur)

Aku : patut lah kau nak sangat habis belajar.

Dia : kau tak nak cepat-cepat habis belajar ke?

Aku : Mestilah nak.

Dia : Habis awat cakap patut la? ( lagi blurrr)

Aku : aku dulu diploma, aku kerja setahun.. waktu aku kerja tu, rindu gila waktu belajar. Waktu-waktu dengan kawan-kawan. Bila dah kerja, majoriti rakan sekerja kita jauh beza umur dengan kita, kalau ada yang dekat pun cuma sorang dua, lepas tu komitmen kerja buat kita tak ada masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa yang ada pun cuma 2 3 jam je sehari.Itu pun kalau kawan-kawan kita ada masa. Paling tak best, hari-hari kena bangun awal pergi kerja, lepas tu balik lambat. Seriously, hidup kau hanya kerja..

Dia : Tapi kerja tak tension macam study ni!

Aku : Memang lah tak tension kalau kau kerja cleaner. Kalau kau kerja jawatan penting dalam syarikat, memang tension. Kadang-kadang makan hati bila kena marah dengan bos. Lagi-lagi kalau kau kena marah sebab salah orang lain.

Dia : yeke?

Aku : iya lee.. bila jadi pelajar ni, hari-hari kita boleh gelak-gelak dengan kawan. Malam-malam boleh layan cerita hantu ramai-ramai dengan kawan kan? bila kita sedih, kawan-kawan selalu ada kat sebelah kita. Bila birthday kita, kawan-kawan celebrate kita dengan simbah air busuk. Nak tau apa yang paling kau rindu bila kerja nanti?

Dia :Apa dia?

Aku : Kawan


p/s : esok final.. jumaat dah cuti sem.. sebulan cuti.. huhu.. kalau dah kerja, dapat ke cuti sebulan? lalalala...