Aku cemerlang, kau ada?

Assalamualaikum...


Entri petang ni adalah untuk menunjuk UV blog aku adalah 1000-3000 sehari walaupun follower aku hanya ciput..lalala..
Wei, ish! jangan la pangkah dulu blog ni.. Aku merepek jelah..
sila jangan percaya kata-kata di atas ok. *kemerepekan yang terserlah*
Bila ada blog ni kan, aku dapat simpulkan sesuatu...
Bila ada blog, nak sangat ada follower yang beratus..
Bila dah ada follower beratus, teringin sangat nak dapat berpuluh komen dalam entri.
Bila dah dapat banyak komen, nak sangat-sangat ada trafik tinggi.
Bila dah ada trafik tinggi, nak dapat duit pulak dari blog..
Betul tak?
Aku? semua tu tak tercapai lagi, jadi tak nak mengharap tinggi sangat lah...hahhaha...

Eh, dah lari topik ni..aku sebenarnya nak menunjuk tunjuk.. result latihan industri aku yang cemerlang.


Markah yang bos aku bagi takde lah tinggi sangat markahnya pun tapi takde lah rendah.. cuak aku bila kawan-kawan semua bos dorang bagi markah tinggi.. tapi masa interview.. Nak setengah jam aku tak berhenti cakap..hahhaha...dah lecture tu suruh cerita apa yang aku belajar masa latihan industri, aku pun ceritalah tanpa berhenti...nasib baik dia suruh aku berhenti, kalau tak aku pun ceritalah sampai habis semua ilmu aku keluarkan..lalala~

p/s : minggu depan aku nak masuk belajar balik..ada ke yang akan rindukan aku? err..takde? dah agak da...

#6 promote blog

Assalamualaikum..
Selamat pagi... hari ni seperti biasa aku akan kongsi blog yang menarik untuk diterjah.. korang boleh lah blogwalking ke blog yang aku senaraikan hari ni ye..

1.

2

3.


4

5
Haa..tu dia 5 blog yang dipilih hari ni.. jadi aku tahu korang kan rajin, jomlah terjah dorang ni ye.. tak susah pun kan..hehee..
sama-samalah kita support sesama blogger ye..

P/s: skema sungguh ayat aku hari ni..

Jimat ke kedekut?



Assalamualaikum.. aku rasa korang mesti tau maksud jimat dan kedekutkan.. tapi korang tau ke perbezaannya?
Bagi aku jimat dan kedekut ni ada maksud yang sama tapi yang membezakannya ialah situasi. Betul tak?

Petang tadi aku ajak mak aku pergi shopping kat Tesco, aku nak cari beg sebab tak lama lagi nak masuk belajar. Sampai je kat tesco tu, aku terus saja pergi ke tempat jual beg. malas aku nak pandang-pandang tempat lain..hahaha..
"Mak, mak rasa beg mana cantik?" aku dah rambang mata sebab tengok banyak sangat beg yang cantik.
" Yang ni cantik jugak. " cakap mak aku sambil tunjuk kat satu beg.
" err.. kecik sangat. orang nak letak buku, laptop..kalau boleh nak besar sikit."
Kitorang pun belek-belek satu persatu beg, sejam lepas tu, akhirnya jumpa satu beg yang memang menepati citarasa aku.
"Ha, beg ni cantik, besar pulak tu. sesuai lah ni dengan kau. Harga pun murah.. RM30 je. Nak tak? " Kata mak aku.

Cantik jugak beg ni, pandai mak aku pilih..Tapi, aku rasa gelisah..macam ada yang tak kena! mata aku pun melilau mencari sesuatu.. lepas tu, aku terpandang sesuatu dan aku terus tersenyum.. aku rasa aku dah jumpa apa yang aku nak.
" Mak, orang nak beg yang tu boleh? " aku tunjuk beg yang aku berkenan tu kat mak aku.
" Ish, ko ni! jangan nak buang tebiat! Amik je beg ni!"
" tapi mak...orang nak beg tu, lagipun kan beg tu besar, macam-macam boleh letak. yang paling penting.. murah kan" aku pun pujuk mak aku..
" suka hati kau lah, kau yang nak pakai pegi kelas nanti.." pasrah jugak mak aku akhirnya.
Jadi aku pun amik beg tu dan pergi bayar dengan penuh senyuman..


" hehehe..jimat..jimat.. murah... seringgit je beg ni..lalalala~ " aku menyanyi dalam hati..

sekian~

Jimat ke kedekut?