BUDAK-BUDAK PERLUKAN CINTA SEJATI

Cuba buka TV3 sekarang.. cis, cerita indonesia je tiap-tiap hari pukul 4 petang sejak cuti sekolah hari tu.. sampai muak aku nak buka TV ni.. tak habis-habis dengan cerita dongeng dan cerita sinetron indonesia. Budak-budak sekolah pulak dah tak ada aktiviti lain jadi 'terpaksa' duduk depan TV melayan cerita mengarut yang entah apa-apa..


Bukankah lebih baik kalau sajikan rancangan yang bermanfaat dalam cuti sekolah ni, buat apa siarkan cerita seberang yang bagi contoh kurang baik. Apa contoh kurang baik tu?  Jelas, lihat saja pelakon-pelakonnya budak-budak sebab aku paham target penontonnya budak-budak sekolah.. tapi perlu ke jalan ceritanya tak habis-habis kena mencari cinta sejati?

Jangan tak percaya ye, benda remeh ni boleh mempengaruhi orang yang menontonnya sedikit..walaupun tak banyak.. budak-budak perlu cari cinta sejati? mengarut..

P/S : aku ni masa sekolah, tak pandai bercinta lagi, belajar tu belajar je lah.. habiskan spm dulu..

ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ SELAMAT BERKAHWIN

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan,29 atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia,28. Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia sah bergelar isteri kepada Chef Riz , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.

sumber- sini
 

APA HADIAH YANG LELAKI SUKA

Sebelum ni aku ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk lelaki, memandangkan tak lama lagi akan tiba hari lahir si panda, jadi aku kongsikan pula hadiah yang sesuai untuk diberikan pada lelaki.

1. Barangan kulit
- Lelaki biasanya sukakan barangan kulit sebab tahan lama dan menonjolkan kemachoan mereka. (kemachoan?)
Jengik-jenguk lah wallet dia, kalau dah macam lusuh sangat tu korang belikan lah yang baru.. tapi kalau wallet dia cantik lagi dan korang hadiahkan wallet lain.. jangan berharap dia akan tukar wallet tu ye sebab lelaki ni selagi tak rosak dan boleh dipakai, selagi itulah dia tak tukar.. Bagi tali pinggang atau jaket kulit pun ok je.


2. Minyak wangi
- hadiahkan minyak wangi kepada si dia, lagi mahal dan tahan lama lagi bagus.. Kalau tak tahu nak buat pilihan, boleh minta tolong lelaki lain cadangkan.. biasanya taste laki ni dekat nak sama je kan.. Mesti nak perfume yang dapat menyerlahkan kelakian dorang.. Err, tak pernah lagi aku jumpa laki yang suka bau gula-gula.

3. Gadget
Memang aku boleh cakap laki ni simple, korang bagi dia Iphone5, seminggu dorang senyum..hehehe.. kalau tak mampu, bagi pendrive 8gb pun dah ok kan.


4. Jam
laki suka pakai jam dan jarang nampak laki tanpa jam kan, risik-risik kesukaan lelaki tersebut sebab taste orang terhadap jam ni berlainan. Ada yang suka kulit, ada yang suka rolex dan ada jugak yang suka G-shock.


5. Peralatan sukan.
Lelaki sukakan peralatan atau hadiah yang dia boleh gunakan, sebab tu mereka ni tak suka teddy bear ye.. teddy bear tak boleh dipakai, ia hanya boleh disimpan. Kasut sukan, seluar tracksuit dan apa saja berkaitan sukan yang dia minat. kalau dia suka memanah, korang belikanlah set memanah.. ambik kau! mahal gila tu~


5 tu cukup lah ye, cuma peringatan kepada kawan-kawan yang nak cari hadiah untuk boyfriend tu, tak yah nak membazir duit sangat beli hadiah mahal-mahal.. belum tentu jadi suami lagi tu..ehemm..


p/s : err, seingat aku sekali je aku bagi hadiah pada laki.. hehehhe