Kenapa lelaki menghilangkan diri tiba-tiba?

Kenapa lelaki  menghilangkan diri secara tiba-tiba? pertanyaan ini aku sering terjumpa di dalam satu forum masalah cinta. Masalah yang biasa perempuan alami iaitu kekasih hati mendiamkan secara tiba-tiba.
Adakah si dia telah berubah hati?

Ada banyak sebab sebenarnya kekasih menghilangkan diri.

1. telefon hilang
 Tak lama mana pun dia menghilang kalau hilang handphone, dia mesti akan contact korang punya. Handphone bukan satu-satunya cara berhubungkan. Sekarang ni boleh berhubung macam-macam cara - skype, facebook, YM, email dan public phone. Kalau dia hilang lebih dari dua hari dan alasannya adalah hilang telefon, korang boleh meraguinya ye.

2. Merajuk
Orang merajuk ni suka ambil tindakan mendiamkan diri dan tunggu dipujuk, jadi korang ingat-ingat balik, ada tak sakitkan atau lukakan hati dia.

3. Masalah peribadi.
Ini biasanya terjadi pada lelaki sebab lelaki ni kena fokus pada satu-satu benda je, sebab tu ada sesetengah orang yang bila dia mempunyai masalah besar, dia akan lupakan korang seketika dan fokus pada masalahnya kerana dorang tak macam perempuan yang boleh buat pelbagai benda dalam satu masa.

4. Hati sudah berubah
Ini korang dapat lihat sendiri dari cara dia melayan korang, mungkin dia sudah ada yang 'baru' jadi korang di abaikan. Hati dan fikiran sudah ada pada yang baru,perasaan pun sudah menjadi tawar, korang ada atau tak, sama je bagi dia. jadi korang sudah menjadi tak penting bagi dia. Maka dia akan jadi macam biskut, kejap ada, kejap tak ada.


Bercinta ni memang rumit, bersedia je lah apa-apa dugaan pun yang jadi sebab korang dah pilih untuk bercinta kan. Bercinta ni bukan hanya dapat kebahagian je tau. tapi pakej ( kebahagiaan + kekecewaan)

Ustaz Azhar Idrus Sesat dan Agen Iblis?

Pada 1 Januari yang lepas, ustaz Azhar Idrus ada mengadakan ceramah sempena tahun baru dan di dalam ceramahnya ada terselit dia bermain gitar selama beberapa minit je. Perbuatan Ustaz Azhar Idrus bermain gitae tu telah di ambil kesempatan oleh beberapa orang blogger untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus. 


Kecoh dan macam-macam yang dilabelkan pada Ustaz kita ni dan aku rasa puncanya berkait dengan politik! Adakah pihak-pihak tertentu takut pengaruh Ustaz ini akan menarik pemuda-pemuda islam negara ini menjauhi Partinya? 

Tanpa merujuk pada mana-mana ulamak lain, blogger ni terus menghukum ustaz ini dengan hanya disokong beberapa potong hadis. 

Orang-orang yang datang ke I-city, dataran merdeka dan lain-lain tempat yang adakan konsert tahun baru  masa sambutan tahun baru haritu, tak ada pula dipertikaikan. Lagu-lagu yang melekakan, artis-artis menari-nari, lelaki perempuan bukan muhrim bercampuran. Tak apa ke semua tu?

Kenapa ceramah agama ustaz azhar idrus pula yang dipertikaikan? Aku rasa cara ustaz tu sangat bagus dalam berdakwah sebab ramai orang-orang muda senang paham tentang islam dan suka pergi ke majlis-majlis agama sekarang kan.

Bayangkan sekiranya apa yang disampaikan itu fitnah, 100 orang baca entri fitnah tu dalam sehari, berapa agaknya dosa yang penulis blog tu dapat?

Blog tu adalah blog politik dan memang banyak entri-entrinya mengutuk Ustaz Azhar Idrus.. kalau terasa nak baca, korang boleh klik AAKJ

Hari Pertama bekerja

Hari ni hari pertama aku berkerja dan aku ditempatkan kat dalam sebuah bilik penuh dengan document customer kilang dan fail ISO. Dalam bilik ni hanya ada aku sorang je! nasib baik ada internet, tu pun dia dah block facebook.

Aku cuak ni sebab aku dapat rasakan kerja ni susah! nampaknya nanti mati kebosananlah aku kat dalam bilik ni.. ok,sedih kan?

Dahlah, hari pertama dah curi-curi tulis entri..hahhaha..

hope hari ini semuanya berjalan lancar.