Aku simpan cinta pudar itu

Fazli dan Jenab sepasang kekasih yang telah bertahun-tahun bersama, pada suatu hari Jenab merasa bosan dengan hubungan cintanya bersama Fazli.Malah rasa cinta semakin menghilang.

Dia terasa ingin sahaja menamatkan kisah cinta mereka namun hatinya tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu.

Disebabkan dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, jadi dia berusaha untuk mengembalikan perasaan cinta di hatinya untuk fazli. Hari-hari dia berjumpa Fazli dan meluangkan banyak masa dengan lelaki itu. Kenangan-kenangan lama mereka di imbau untuk dia merasakan kembali perasaan dulu.

Lama-kelamaan cinta itu kembali hadir dan perasaan cintanya kembali berbunga. Bukan mudah untuk mekarkan kembali cinta yang telah layu tapi dia berusaha demi orang yang pernah dia sayangi.

Hubungan mereka kembali seperti biasa, sehinggalah suatu hari Fazli mengajaknya bertemu untuk berbincang suatu hal yang penting.

" Jenab, aku rasa hubungan kita setakat ini sahaja." Luah Fazli.

" Kenapa?" jenab tersentap.

" Sebab aku rasa aku ingin bersendirian."

Jenab tersenyum dan matanya mula menitiskan air mata.

" Kau dah bosan dengan aku?"

" Ya"

" Baik, tapi aku nak tanya sesuatu."

" apa dia?"

" Pernah ke kau cuba rawat perasaan cinta kau yang makin kilang tu? pernah tak kau berusaha untuk hilangkan bosan tu? pernah kau pikirkan perasaan aku bila buat keputusan ini?"

" Er, tak. Kenapa?"

" Sebab aku pernah rawat cinta aku yang makin menghilang pada kau, aku pernah hilangkan bosan aku bila bersama kau, aku pernah tanam semula perasaan aku pada kau. Aku pernah hilang perasaan cinta pada kau! tapi aku usaha kembalikan semuanya seperti dulu sebab aku pikirkan perasaan kau"

fazli terkedu, dia tak pernah menyangka setiap perkataan yang diluahkan oleh Jenab.

" Jenab, aku minta maaf."

" Sudahlah, ini jadi pengajaran untuk aku." Kata Jenab lalu beredar dari situ dengan tangisan yang ditahan-tahan.

Dua bulan kemudian.
"Jenab." Panggil Fazli.

" Kau nak apa?"

" Boleh tak kita kembali seperti dulu, aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang baru aku sedar yang tiada perempuan yang menyayangi aku seperti kau. Aku tahu kau marahkan aku, tapi tolong bagi aku peluang sekali lagi." Rayu Fazli.

" Dah terlambat, Aku tak perlukan lelaki macam kau."


P/s : rekaan semata-mata

Hattan bercerai lagi


NEGERI SEMBILAN – Sekitar jam 11.30 pagi semalam, penyanyi popular, Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, sah melafazkan cerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli.

Pasangan terbabit disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut sumber dari Sinar Harian, Hattan dilihat hadir bersama-sama dengan Farah Asyikin untuk memfailkan perceraian dan memohon kes mereka dibicarakan pada hari yang sama.

Prosedur perceraian buat pasangan ini berlangsung dengan baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, dalam kekecohon untuk medapatkan kepastian lanjut dari pihak Hattan, dia memaklumkan belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang kes perceraian ini.

Sebelum ini, jelas terdengar desas-desus yang mengatakan Hattan telah pun bercerai dengan isterinya itu selepas baru dua bulan mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Tetapi, Hattan menyangkal dakwaan itu dan agak ‘berang’ apabila cerita mengenai rumah tangganya yang masih lagi bahagia di fitnah oleh seorang wartawan hiburan Malaysia.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13 tapi jodohnya tidak panjang dengan bekas isteri yang pertama.

Nampaknya, Hattan menyambung kembali ‘statusnya’ sebagai duda untuk kali yang kedua selepas sah berpisah dengan Farah Asyikin.

sumber: mynewshub.my

menghilang dan kembali | Water World A'Famosa

Fuh.. lama rasanya aku menghilang dan aku perhatikan dunia maya ini tetap terus meriah tanpa kehadiran entri-entri dari aku..hehehe.. emo~

Aku bukan malas atau tak suka dah kat blog ni tau! tapi semangat aku tak datang-datang bila aku tengok dah lama BE nuffnang tak singgah pada aku. Jadi rasa tak ada mood pulak.

Bila aku tak ada mood, otak pun jadi tersepit dan tak ada idea nak tulis kan. Tapi aku cuba luangkan masa untuk menulis kisah cerita (e-novel ) aku walaupun liat jugak aku nak luangkan masa.. sibuk..sibuk..sibuk...

Hujung minggu lepas aku ada pergi water world dengan beberapa orang kawan. Memang Best sangat-sangat tapi ada yang tak bestnya pulak..

 Kulit muka aku makin gelap sebab kena air+matahari.. yang paling tak best, badan jadi sengal-sengal!




Ok, aku share sikit gambar tempat ni, kalau korang nak enjoy dan bercuti.. bolehlah datang. Harga hanya RM40 sahaja dari pagi sehinggalah 6 petang.

P/s : aku bukan kerja situ ye.