Bisness sampingan di rumah

Kalau harapkan duit gaji bulanan je, rasanya tak cukup kan? jadi aku macam biasalah, cari income sampingan.
Dulu buat bisnes jual coklat, sekarang tambah bisnes lagi. Teka?

Tak payah teka lah, aku bagitau ni.. Aku buat bisnes jual apam polkadot! sangat comel-comel sampai aku sendiri sayang nak makan. hehehe..

Dua hari aku dengan my mum siapkan tempahan untuk hari ibu. Bayangkanlah hanya dua orang pekerja tapi kena siapkan lebih 600 biji apam!

Semalam aku dah cuti, tapi hari ini aku mintak cuti emergency dari bos aku sebab ada tempahan yang tak siap lagi. Pagi tadi lepas bangun tidur, aku terus call bos aku bagitau aku nak cuti lagi sehari.. hehehe..

Nak tengok apam yang aku buat?

Ini longgokan apam yang aku baru buat dua warna, merah dan pink. tapi dah banyak gila..

ini pulak yang sudah di masukkan ke dalam kotak.. hehehe..

macam bola pun ada aku tengok apam ni.. hehehee..

ILMU ADA DIMANA-MANA

Selamat pagi!
Bagi yang baca entri aku sebelum ni, aku kan tengah pikir-pikir nak cari kerja lain memandangkan gaji tak berapa nak tinggi dan sedap. Tapi suasana kerja sangat best dan tak tension.

Contoh masa aku kerja kat dalam kilang dulu, sangat tension ok! Jadi aku berhenti. Pejam celik rupanya dah tiga bulan aku kerja kat caltex alor gajah! Macam-macam yang aku dapat ilmu. Dari kerja-kerja bos sehinggalah kerja pump attendant. Semua aku belajar.

Rugi kan kalau kita buat kerja yang sama saja hari-hari tanpa usaha nak tambah ilmu lain setiap hari. Aku kerja sambil belajar, belajar cara pengurusan pentadbiran, jaga pump, jadi cashier, keluar masuk stock. Semua tu Ilmu bila kita nak belajar kan.

Ok, sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan. Semalam bos aku naik kan lagi gaji aku! Yeah! Senyum aku seharian buat kerja. Bayangkanlah, baru tiga bulan aku kerja, dah tiga kali gaji aku naik! Happy ler beb..

Hope bulan depan naik lah lagi.. Ehemmm~

Cara hilangkan malas pergi kerja

Pernah tak korang rasa sangat-sangat malas nak pergi kerja?
aku ada tips macam mana nak hilangkan rasa malas nak pergi kerja tu. Lagipun memang tips ni aku guna hari ni.

Hari ni aku tak kerja sebab rasa malas sungguh-sungguh nak kerja, nak jumpa bos.

Ok, ikut step yang aku buat ye.

1. Tentukan betul-betul sebelum tidur sama ada korang nak kerja esok atau tidak.
2. Kalau tak pasti lagi, tidur je dan buat keputusan sebelum turun dari katil bila bangun tidur.
3. Bila dah conform tak nak datang, cari handphone korang.
4. Call bos korang, tapi pastikan waktu tu dia dah bangun tidur.
5. cakap kat bos. " Bos, hari ni saya tak sihat. Saya cuti ya. Kerja semua saya dah siapkan."
6. Tunggu jawapan bos korang. Kalau dia kata ok, maka teruslah tidur dan hilanglah perasaan malas tu.
7. Kalau tak, sila bangun dari katil dan bersiap.

Cara ni jadi kat aku pasal aku boleh cuti hari apa pun.. hehehe, yang penting cuti seminggu sekali. Nak cuti hari apa, terpulang pada aku.. Best tak?


Ramai member tempat kerja nak berhenti kerja, aku pun berpikir sekali.. Nak berhenti kerja ke tidak? Bukan senang kan nak cari kerja sekarang ni. Kalau dapat kerja pun belum tentu selesa.