Kenapa susah nak belajar masa cuti sekolah?

Cuti pertengahan sem dah nak berlalu sebab hari ni hari ahad. Fuhhh.. rasa macam nak mengeluh je lah sebab tak puas cuti ni..

Sebenarnya sebelum cuti, semangat berkobar-kobar nak study masa cuti. Maklumlah naik cuti nanti banyak test yang menunggu.. Sampai gemuk beg aku tu penuh dengan buku!
Tapi, bila kaki aku jejak je kat dalam rumah aku, semangat aku yang nak study tu pegi balik batu pahat pulak. Dia tak nak ikut aku cuti..Cis, semangat tu memang ada, tapi tak lama lah kan.

Seminggu aku kat rumah, hari-hari aku cakap kat diri aku.. "esok je lah study, banyak masa lagi ni."
Banyak masa kepala hangguk aku! hari ni dah hari sabtu, buku aku cantik je lagi ni kat dalam beg. Adui, parah lah macam ni! tangguh-tangguh last2 tak jadi apa pun.

Serius bila cuti memang tak kan boleh fokus study! bila nak bukak buku tu, dinding pun tiba-tiba boleh jadi menarik ! pandang jela dinding tu.. mula lah otak aku nak menyimpang. Patutnya aku pikirkan benda yang aku nak belajar , tapi otak aku boleh pikir siapa yang cipta cat? siapa yang cipta simen? mana datang perkataan dinding? kalau dinding tak ada macam mana? Ish, Kesudahannya pikir punya pikir, bila habis dua jam mengadap dinding. Aku pun tutup buku, tidur!

Pendek kata memang susah lah nak study kat rumah ni masa cuti kan, hehehhe.. banyak benda yang kita boleh buat selain tengok buku. Kalau kat hostel pulak, ada katil dengan almari jadi bila bosan, buka buku la. kat rumah pulak, takde istilah bosan! hihihi.. Korang macam mana?

Bercinta? Merisik cara Islam


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

p/s : Dikongsi daripada blog ustazah fatimah syarha, sebarkan bahagia..

Lelaki kahwin muda mudah curang?

Benarkah lelaki yang kahwin awal paling tinggi kemungkinannya untuk mereka curang dan kahwin lagi? Ya atau Tidak?

Ramai orang yang bila ditanya soalan ini akan menjawab YA! Sebab apa? sebabnya katanya lelaki telah bosan dengan isteri setelah berkahwin untuk jangka masa yang panjang. kebiasaannya lelaki akan menunjukkan belang gatalnya setelah berusia lebih 40 tahun dimana lelaki dikatakan mempunyai daya tarikan yang tinggi pada usia tersebut.

Gadis-gadis muda sekarang ramai yang lebih sukakan lelaki yang berusia lebih tua ( tapi tak lah tua sangat ye) sebab pemikiran lelaki tua ni lebih matang, cara layanan seperti seorang 'ayah' dan mungkin juga sebab lelaki tua ni lebih sabar melayan kerenah si gadis.

Apa yang aku katakan ini adalah dari pemerhatian aku sepanjang aku berkerja di mana pekerjaan aku memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Terus-terang aku cakap, lelaki yang dah berkahwin ni lebih pandai bila nak mengayat perempuan daripada lelaki yang belum berkahwin. Sebab dorang ni tak gelojoh bila nak tawan hati perempuan. Betul tak? Lagi satu, dorang ni tak kedekut langsung nak keluarkan duit untuk perempuan yang mereka suka.


Bila aku terjumpa je dengan lelaki yang nak menggatal, aku akan tanya pada setiap seorang dari mereka soalan yang sama iaitu berapa umur dorang masa berkahwin dan berapa kali bercinta sebelum berkahwin?

Nak tahu jawapannya? semuanya menjawab berkahwin muda iaitu dalam lingkungan 20-22 tahun dan berkahwin dengan cinta pertama mereka.

Mungkin ada juga lelaki di luar sana yang berkemampuan nak kahwin lagi tapi tetap setia dengan si isteri tapi aku rasa bilangannya tak ramai.. sebab lelaki ni, bila kewangannya sudah cukup untuk memiliki lagi seorang isteri, mereka tak teragak-agak untuk menambah lagi. Betul tak?

Ada juga pendapat yang kata.. Bila seseorang lelaki ni terus berkahwin dengan cinta pertama dia (maksudnya tak pernah bercinta dengan perempuan lain) , sampai satu masa apabila ada perempuan lain dapat menarik perhatian dia.. dia teringin merasa bagaimana perasaan bercinta dengan perempuan lain selain isterinya sebab dia tak pernah rasa bercinta dengan perempuan lain.

Jadi, kalau dah lama berkahwin tu.. kenalah bijak menyemai cinta supaya cinta tu tak pudar dan beralih ke orang lain ya.. tepuk dada tanya iman..