SENARAI TEMPAT DAN CARA MEMOHON BANTUAN RM500

Tarikh pendaftaraan
Bermula 10 Disember 2011,hingga 10 Januari 2012(tempoh sebulan)


Tempat Untuk melakukan permohonan
  • Anda boleh muat turun(download) borang secara percuma di portal rasmi www.hasil.gov.my mulai tarikh 12 Disember 2011
  • borang juga boleh di ambil dari penghulu / ketua kampung ( biasanya penghulu akan ambilkan)
  • Dapatkan borang permohonan di
             - Jabatan Pembangunan Persekutuan /Negeri
             - Jabatan Penerangan Malaysia
             - Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
             - Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
            - akhbar –akhbar harian tempatan.

Borang yang telah lengkap di’isikan perlu disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan dan diserahkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri,sekolah-sekolah terpilih,pejabat cawangan LHDN atau di 17 buah Pusat Khidmat Hasil di seluruh negara selewat-lewatnya pada 10 Januari 2012


Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Cara memohon
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi LHDN di talian 1-300-88-3010 begin_of_the_skype_highlighting            1-300-88-3010      end_of_the_skype_highlighting

EXPERIMENT | Tingkatkan Trafik blog

minggu lepas aku ada tulis entri dimana aku menyuruh blogspot pulangkan semula semangat aku untuk berblog.. (mereng ni), ada seorang kawan yang baca entri tersebut dan bagi kata-kata semangat pada aku.. Aku ni tak berapa rajin sangat nak blogwalking beratus-ratus blog sehari.. setakat 10-20 blog sehari je aku mampu..

Jadi kawan aku kata, "kalau tak mampu tarik blogger datang ke blog ni..kenapa tak nak cuba tarik orang yang tak ada blog?"

Aku pikir kan, betul jugak.. blog aku dah berusia 7bulan, mungkin dah sampai masanya aku cuba bereksperimen dengan blog aku ni.. aku tunjukkan pada korang pengunjung blog aku minggu lepas.. aku tak segan sebab aku akui memang aku tak ada mood dan jarang blogwalking minggu lepas.


Aku beranikan diri mencabar keupayaan aku dan blog aku.. ini pula trafik yang aku ambil dari nuffnang untuk minggu ni.. Aku buat entri SEO..


Walaupun pengunjung blog aku jauh kebelakang dari blog orang lain dan blog korang.. perlahan-lahan aku akan cuba perbaiki.. blog ini tak seberapa hebat dan aku sedar jauh ketinggalan... 


Segmen: Kaki Wayang nak review blog

Objektif segmen:
Berkongsi-kongsi idea dan pendapat mengenai blog, design dan macam-macam lagi.
Sebagai salah satu promosi kepada blog anda secara tak langsung dapat menambah bilangan follower anda.

aku memang dah lama cari segmen review macam ni supaya orang lain dengan jujurnya dapat membantu aku memperbaiki lagi blog aku sekiranya ada yang terkurang atau terlebih..

korang juga dibenarkan untuk menegur dan bagi pendapat tentang blog aku ye.. kalau nak join, klik gambar.