Apa yang kita tak perasan tentang BAPA kita

Semalam hari bapa ye? Err, ke hari ni ? aku pun dah lupa.. hehehe.. entri aku ni buat khas sempena hari bapa.. bapak aku..

Pernah tak korang pergi jalan-jalan dengan ayah korang masa kecik-kecik dulu ? Korang perasan tak perbezaan keluar shopping bersama mak dengan keluar dengan ayah?

Tak perasan? ( ke aku sorang je yang perasan ni)

Bila keluar dengan mak dan korang nak kan mainan ( kena guna duit mak) , KEBIASAANNYA mak mesti kata membazir lahhh.. tak payah beli.. dan bila dia kata tak boleh beli, korang berguling-guling atas lantai kedai pun, korang memang tak  akan dapat lah!

Bila dengan ayah pulak.. korang nak kan mainan kat kedai.. dia tak bagi sebab katanya membazir.. korang pun menangis tunjuk muka cebik.. lepas tu mesti dia kata.. " Ambil lah.. jangan nangis lagi.."

Sebenarnya macam ni jugaklah yang banyak aku tengok kat caltex ni.. percaya tak?

Ibu ni lemah lembut tapi kadang-kadang tegas dengan anak.. ayah pulak, sangat tegas kan? tapi kadang-kadang hati dia lembut terutama dengan anak dia..

Pesanan akhir.. Happy Father Day!

ps: menyirap dengan masalah url feed blog ni.. da macam-macam cara guna pun tak boleh jugak.. adakah aku kena ubah semula template blog?? Apakah??

Masalah URL feed blog

Bencilah!! huh, aku tak tahu mana salahnya.. kenapa url feed blog aku ni? Nak ping kat busuk.org pun tak boleh.. kat blog kawan-kawan pun url aku tak update.. adoiyai..

Ni karang aku menyirap kang, ada yang aku TUTUP blog aku ni karang..

Pleeaseee... ada sesiapa yang tahu cara nak selesaikan problem ni? Help me...

Biar Bodoh, Jangan pemalas

Assalamualaikum kawan-kawan...

Korang pernah kenal dengan seorang yang pemalas? tak kiralah perempuan atau lelaki..

Aku nak cerita tentang si Adam yang selalu ingin memikat hati si Hawa, seorang gadis yang baru dikenalinya.

Si Hawa tertarik pada cara layanan Adam padanya dan rupa paras adam yang menarik. Selain itu, Adam juga seorang yang berpendidikan.. Adam pernah mengadu padanya tentang cintanya yang sering ditolak oleh perempuan. Hawa teringin untuk mengetahui apa puncanya..

Hawa : Kita berkawan dulu ye bagi kenal hati masing-masing
Adam : Okay..

Mereka pun berkawan dan Hawa menjadi tempat luahan keluh kesah si Adam..
Adam : Aku rasakan, aku dah tahu kenapa perempuan tak suka aku.
Hawa : Haa, kenapa?
Adam : Sebab aku orang susah.. keluarga aku miskin je. Bapak aku pesara and mak aku pulak suri rumah.. Adik beradik ramai pulak tu.. Kadang-kadang kena sehari tak dapat makan.

Hawa yang mendengar jadi makin simpati dengan keadaan Adam..

Hawa : Adam, kau kerja apa ye?
Adam : Kerja? tak lah.. aku tak kerja dah.
Hawa : Habis kau buat apa sekarang?
Adam : Tak de buat apa.. Lepak dengan member-member je lah. Bosanlah kerja..
Hawa : Haaa??? Habis mana dapat duit belanja?
Adam : Bapak aku kan ada..
Hawa : Kau cari lah kerja, kata orang susah..
Adam : ish, bukan aku tak nak kerja.. Tak jumpa kerja yang ngam dengan jiwa lah.
Hawa : Lau tak jumpa yang ngam, kerja lah lain sementara tunggu yang ngam tu.
Adam : Malaslah.. buang masa je aku belajar tinggi-tinggi kalau kerja kuli-kuli je.

Hawa naik berang dengar jawapan Adam, lalu bertekad menjauhi Adam..Seminggu kemudian, Adam menghantar sms kepada Hawa.
Adam : Kau pun macam perempuan lain kan.. tinggalkan aku..

Hawa pun membalas..

" Biar tak pandai, jangan jadi pemalas.. makan pasir aku kalau aku kahwin dengan kau.. Kau malas kerja, aku pun malas nak kawan dengan pemalas."