Apa yang paling di rindu?

Dia : Wei, aku nak cepat-cepat habis belajar lah.. Bosan lah belajar je siang malam. Tension dah otak aku ni nak menghadap buku.

Aku : kenapa nak cepat habis?

Dia : Kalau habis belajar cepat, boleh kerja.. Bila dah kerja baru best, tak payah nak menghadap buku dah..

Aku : Yeke?

Dia : Yela.. bila dah kerja, dah ada duit sendiri.. boleh beli macam-macam benda.

Aku : Owh.. masa belajar kan ada ptptn dah. beli je la apa-apa pun.

Dia : Belajar ni bosan hari-hari tengok buku.

Aku; : Bukan 24 jam pun kau tengok buku. Sebelum kau masuk U ni, kau kerja apa?

Dia : Tak kerja pun, aku habis matrik je terus masuk sini.

Aku : Oh, patut le.

Dia : Patut le? kenapa? (blur)

Aku : patut lah kau nak sangat habis belajar.

Dia : kau tak nak cepat-cepat habis belajar ke?

Aku : Mestilah nak.

Dia : Habis awat cakap patut la? ( lagi blurrr)

Aku : aku dulu diploma, aku kerja setahun.. waktu aku kerja tu, rindu gila waktu belajar. Waktu-waktu dengan kawan-kawan. Bila dah kerja, majoriti rakan sekerja kita jauh beza umur dengan kita, kalau ada yang dekat pun cuma sorang dua, lepas tu komitmen kerja buat kita tak ada masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa yang ada pun cuma 2 3 jam je sehari.Itu pun kalau kawan-kawan kita ada masa. Paling tak best, hari-hari kena bangun awal pergi kerja, lepas tu balik lambat. Seriously, hidup kau hanya kerja..

Dia : Tapi kerja tak tension macam study ni!

Aku : Memang lah tak tension kalau kau kerja cleaner. Kalau kau kerja jawatan penting dalam syarikat, memang tension. Kadang-kadang makan hati bila kena marah dengan bos. Lagi-lagi kalau kau kena marah sebab salah orang lain.

Dia : yeke?

Aku : iya lee.. bila jadi pelajar ni, hari-hari kita boleh gelak-gelak dengan kawan. Malam-malam boleh layan cerita hantu ramai-ramai dengan kawan kan? bila kita sedih, kawan-kawan selalu ada kat sebelah kita. Bila birthday kita, kawan-kawan celebrate kita dengan simbah air busuk. Nak tau apa yang paling kau rindu bila kerja nanti?

Dia :Apa dia?

Aku : Kawan


p/s : esok final.. jumaat dah cuti sem.. sebulan cuti.. huhu.. kalau dah kerja, dapat ke cuti sebulan? lalalala...

watch online full movie ISTANBUL AKU DATANG

Istanbul aku datang boleh di tengok secara online.. tapi tak tahu berapa lama boleh bertahan sebelum di sekat oleh youtube.. jadi siapa yang belum layan movie ni..



Jom layan dengan aku filem ni..



sori sangat2 sebab movie online dah di remove oleh youtube..

hidup sebagai seorang pelajar

Aku baru selamat sampai kat UTHM selepas cuti pnjang.. dua minggu cuti! Bila dah cuti panjang, kerja pun makin bertambah la.. tak lama lagi dah nak final.. cepat je aku rasa masa ni berjalan!

Mulalah semua member-member terkejar-kejar nak siapkan kerja,tapi kan.. kenapa aku macam relax je ni?  Aku rasa macam tak ada apa yang nak di serabutkan pun..

Khamis ni johor cuti pulak.. jumaat tak ada kelas, hehehe.. nak balik ke rumah ke?  Ehemm.. tengoklah macam mana nanti kan, kalau banyak kerja,tak payah balik.. tapi aku rasa macam tak ada kerja je nanti.. lalalaa... beginikah hidup sebagai pelajar?

Ke aku je yang tak bangun-bangun lagi??