Fizo berkata, beliau pernah bekerja sebagai pengarah di syarikat itu selama setahun dan berhenti pada akhir 2008, menyedari dirinya menjadi mangsa penganiayaan itu selepas dihubungi beberapa kali oleh pegawai bank yang menuntut bayaran itu, sejak akhir tahun lalu.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkannya tertekan kerana kesalahan tidak dilakukannya itu turut menyekatnya keluar dari negara ini.
“Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai pinjaman RM8 juta dibuat syarikat itu kerana selepas berhenti kerja, saya menjadi pelakon sepenuh masa.
“Saya percaya ada pihak menggunakan nama saya sebagai penjamin dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku sebab ia membabitkan jumlah pinjaman besar, malah saya sendiri tidak mampu membayarnya,” katanya di Wangsa Maju, semalam.
Beliau turut ditemani Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Katanya, beliau sudah membuat aduan kepada SukaGuam untuk meneliti kes itu, sebelum tindakan susulan dilakukan.
“Saya tidak pernah menerima sebarang dokumen berhubung pinjaman bank berkenaan dan tidak pernah menurunkan tanda tangan kepada sebarang dokumen berkaitan,” katanya.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan berjumpa pengurusan bank berkenaan dalam masa terdekat untuk menyiasat secara terperinci kejadian menimpa pelakon itu.sumber: sini
Kesimpulannya dari yang kita boleh jadikan pengajaran bersama, jangan semudah-mudahnya menjadi penjamin sebab takut nanti terjerat diri sendiri.
p/s : aku minat jugak lah kat dia ni..
14 KOMEN BERKOTAK BULAT:
kasihan terainaya
lor kesian...tak pasal2...
*KB..kat opis ai fb blocked la..kalau email je boleh? please please pleaseeeee....nk tmpah full template pakej 3
kesian....
poca_hontas87@yahoo.com
kesiannye kat die. xpasal2 jadi mangsa
uishhh,bahaya kes aniaya ni..nauzubillah..kesian fizo
kesiannya dia.. macam mana nak bayar duit berjuta tu.. hope dia ambik sebagai iktibar dan masalah ni selesai dengan sebaiknya..:(
memang nasib malanglah kalau jadi penjamin..lebih2 lagi yang berkos tinggi..
kesian pijoooo :(
aduh..tak pasal2 jadi mangso...
tak pasal2 je kena macam ni kan...kes aniaya ni...
semoga bawa pengajaran pada yang lain.. kes aniaya ke ni
kes naya ni...kesian kat dia...
kesian dia..tak pasal2 kena...
Post a Comment