CARI KEKASIH ATAU CINTA?

lama dah aku tak update blog ni kan? pembaca setia pun dah lari..heheheh..
hari aku nak cerita soal perasaan dan hati.. Aiceh!  jiwang seh..

 cerita bermula
ada seorang gadis (jenab), dia ni dipikat oleh seorang lelaki yang namanya hazri.  Hazri ni kata dia terpikat sejak mula-mula berkenalan dengan si gadis ni tapi gadis ni pulak was-was nak bagi hati dan cinta dia ni kat mamat tu. Jenab takut dia hanyalah jadi tempat hilangkan kesunyian sebab si hazri baru putus cinta.

Si lelaki ni pun mengoratlah si gadis dan banyak kali ajak couple tapi selalu ditolak cara baik oleh si jenab. Jenab ni adalah jugak simpan perasaan sikit kat si hazri tapi dia tak naklah terburu-buru bagi cinta kan? nanti kalau silap beri cinta, kan merana hidup dia. Jadi si jenab ni berkawan dan ambil masa untuk kenal hati budi si lelaki.

Selang dua tiga hari, jenab dapat tau si hazri dah punya kekasih hati yangbaru. Jenab agak kecewa jugaklah sebab dia ada sikit perasaan kat hazri kan.

Jenab tanya kat Hazri.
" dulu kata cintakan saya, kenapa cepat je berubah hati?"

Hazri jawab.
" saya tak suka perempuan yang ego dan jual mahal, saya akan setia dan sayang sepenuhnya pada orang yang  sayangkan saya."

Bila dengar jawapan Hazri, jenab menjawab.
" awak tak boleh tunggu? awak sebenarnya cari teman wanita, bukannya nakkan cinta saya."

Jenab membawa diri dan selang tiga hari kemudian, Hazri kembali mengharapkan cinta tapi kali ini hati jenab sudahpun tetap. Bukan itu cinta yang diharapkan..

cerita tamat 

cinta tak semestinya datang sekelip mata, tapi boleh juga datang sedikit demi sedikit kan?

bagi aku, hubungan yang dijalin secara terburu-buru atau cepat, susah untuk kekal lama.. wanita selalunya ambil masa untuk lihat samada si lelaki benar-benar cintakan dia ataupun tidak. kalau dia betul-betul cintakan seorang gadis, mesti dia boleh tunggu sehingga si gadis bagi jawapan kan?

13 KOMEN BERKOTAK BULAT:

kiz said...

cari dua dua kot..huhu..tepuk dada tanya iman mana yg terbaik.

Unknown said...

betol2 sokong...hazri sekadar nk cri teman wanita je....puiiii

Azeelia Azman said...

betol3. kalau lelaki tu btol2 seriyes sygkan perempuan tu, dia akn tggu smpai perempuan tu terbukak ati utk terima lelaki tuh.

hehe

aamalinaazman said...

botol2 :)
amat sokong
sebab cinta itu subjektif
x nampak
x bole dinilai
lain org
lain caranya
ha..macam2 lagi lah
kang bebel pnjg plak dlm kotak komen ni kan
hehehhe..

hana said...

ye betol..
kalau die betol2 nak kan perempuan tu mesti dia bersungguh..
x de la give up bile kne tolak gitu..
hihi

temah keroppi said...

kalau lelaki camne lak ek?

najihah sahami said...

yess.pernah merasai macam ni..hehe...cinta tu boleh di pupuk..:)

yusuflaili(Goku) said...

salam;
cinta yang terlalu cepat macam si Hazri tu cinta terdesak..kompem tak lama...habis madu sepah dibuang.

noraauliyya said...

hazri tu tak leh hidup tnp kekaseh, bkn tnpa cinta.

Unknown said...

haih ni mcm kisah benar je.. berjiwa benar entry ni..kehkehkeh..

hee betul tu kalau kita terlampau terburu2 utk terima cinta seseorang tu mmg susah nak kekal lama..lebih baik kita kenal dulu siapa dia yg betul2.. tp dlm masa yg sama kita jgn la mengharapkan sgt kat dia.

hahaha dah macam DOKTOR CINTA lak :P

Nasz said...

entahlah. kadang2 seseorang tu dah fedup asyik tak kekal je, dia terus ajak kawin je. bercinta selepas kawin. macam saya. hehehe. memang best.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

[sutera kasih] said...

cinta itu buta huhu

Unknown said...

lelaki memang suka terburu-buru ..

Post a Comment