Lama aku ambil masa nak pikir apa yang aku perlu buat, terima kerja ataupun kekal dengan kerja sekarang. kawan-kawan suruh aku terima kerja tu tapi family aku pulak kata tak payah terima sebab tak berbaloi. Tak berbaloi tu maksud dia adalah setelah ditimbang ukur semua aspek iaitu dari segi kos pengangkutan, kos makan, masa dan ketensionan.
Jadi setelah mengukur semua tu, aku putuskan untuk terus kat tempat kerja lama ni! Makan free, minyak motor pun sikit je kena keluar, kerja tak tension dan gaji cepat naik. Yang paling penting ialah sebab aku tak kerja lama. Aku tengah tunggu keputusan upu keluar. Kalau dapat sambung belajar, aku nak berhenti.
|Pasal hal akudapat kerja baru ni, ada jugak aku kongsi-kongsikan dengan kawan sekerja. lepas tu sejak awal minggu lepas, bos aku tiap pagi panggil aku bagi ceramah motivasi kat aku. Pelik beb bila dia bagi ceramah kat aku, tiap-tiap pagi pulak tu!
Bos aku tanya aku ada apa-apa yang aku tak puas hati kat tempat kerja ke? aku jawablah tak. Dia bagitau pulak pasal gaji, tiap-tiap hari dia kata kalau kerja aku okay, dia akan naikkan gaji aku lagi slow-slow. Dalam hati aku dah pikir, dia ni tahu ke aku dapat kerja lain.. hehehe..
Semalam baru aku tahu, bos aku ada tanya kat staf situ samaada aku da dapat kerja tempat lain ke? hehehe.. bos, sila naikkan lagi gaji saya dan saya berjanji akan setia dengan caltex.. (poyo)
p/s : duit nuffnang dah berabuk ni, rasanya dah sampai masa nak cash out.. hehehe.. dah lama tak update blog pun, nufnang still berjalan.
4 KOMEN BERKOTAK BULAT:
senangnya nak bagi gaji naik..gertak je lagi bos tu hehe..kata kb dpt offer gaji lagi besar..haha
wahhh rezeki kb tu.. dapat keje baru, bisness makin maju.. duit nuff lak makin masyukk.. heee mehh la sini kongsi2 ;p
untunglah!
heheheee ...
buatler apa yg kita suka! jgn sampai hati terluka! hiks
haw..haww.haw..untungla..
bos tu taw kot..sbb tu dia tny..hehew
"Ooo.macam ni rupanya lelaki...gurlish sekalian sila berhati hati!".
Post a Comment