Masa aku belajar di politeknik dulu, ada seorang pensyarah yang aku tak suka sebab dia suruh kelas aku ambil subjek keusahawanan. Kelas lain tak ambil pun tapi dia suruh kelas aku ambil.
Bagi budak kelas aku waktu tu, subjek ni sangatlah membosankan dan membuang masa. Kiranya ramai lah budak kelas aku yang ponteng kelas dia tapi aku dengan dua tiga orang budak kelas aku tetap bagi komitmen kat subjek ni. Ala, maknanya aku tetap buat kerja yang dia suruh walaupun hati tak suka.
Sampai aku graduate, aku tetap tak suka dia.. dia tu poyo je lebih..
Tapi sekarang aku nak cakap terima kasih kat dia.. sebabnya.. pasal dia suruh aku ambil subjek keusahawanan itulah, aku sekarang tak payah ambil lagi subjek tu kat universiti ni! Nampak remeh kan? tapi dapat pelepasan subjek tu kat sini memang cukup menggembirakan...
Orang tua-tua pesan, walaupun tak suka, buatlah sesuatu kerja tu bersungguh-sungguh.. Jadi bila buat bersungguh-sungguh, pasti ada hasilnya nanti. .
Jadi dalam aku membenci pensyarah tu, aku berterima kasih jugak kat dia sebab pasal dia aku dapat gugurkan subjek remeh tu..bertambahlah masa tidur aku.. hehehe.. (nampak sangat pemalas kan?)
Ok, jadi kesimpulan yang aku nak cakap ni.. ialah..
Bencilah seseorang sekadar saja.. mana tahu kuasa Allah s.w.t, suatu hari kita akan suka dia kan ataupun mana tau di masa depan, kita akan berterima kasih dengan dia..
4 KOMEN BERKOTAK BULAT:
haa.. kalau pensyarah awak baca entry ni. mesti dia terkilan..
Orang lebih dewasa dorang nampak apa yg kita tak nampak. nak mudahkan kita tapi kita selalu memberontak. hehe.
assalamualaikum KB...betul tu kekadang kalau benci sesangat pd seseorang akhirnya kita akan menyukainya pada akhirnya...:)
nak suka bole..tp berpada pada :)
Post a Comment