Pekerjaan sambilan di rumah 2014/2015

Assalamualaikum...
Anda ingin mencara sumber pendapatan lebih dengan hanya bekerja di rumah? okay.. ini bukan skim cepat kaya atau bisnes cari orang bawah ye..


Saya memberi peluang kepada mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan menerusi peniagaan. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan pekerjaan ini, tak perlu bayaran deposit atau sebagainya.. Apa yang penting anda perlukan ialah.
1. Serius dan minat untuk berniaga
2. Mempunyai internet dan laman sosial ( facebook, wechat, instagram atau blog)
3. Jujur dan bersungguh-sungguh..

Sekiranya anda menepati syarat-syarat di atas, anda layak untuk pekerjaan ini. Pekerjaan yang saya maksudkan adalah menjadi dropship kepada zihan_beautycare. Kami menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dengan harga yang murah tetapi di jamin 100% original.

Untuk maklumat lanjut dan melihat produk jualan kami, anda boleh melawat laman instagram Zihan_beautycare dan boleh whatapp/sms 013-8469549 (zihan)

Pekerjaan ini mudah kerana tugas anda hanyalah perlu mempromosi dan menjual produk jualan kami kepada pelanggan. Jangan terkejut kerana dengan pekerjaan semudah ini, anda mampu menjana sehingga Rm1000- rm2000 sebulan bergantung kepada cara anda memasarkan produk ini. Tak perlu tunggu sehingga hujung bulan untuk mendapat bayaran anda kerana anda akan dapat keuntungan terus daripada barangan jualan anda.

Apa yang Menariknya ialah anda tidak mengeluarkan sebarang modal dan menanggung sebarang risiko kerana semua urusan daripada pembungkusan produk sehingga  penghantaran adalah dilakukan oleh kami.

Sekiranya anda berminat untuk mencari pendapatan sampingan,inilah masanya.. boleh whatapp /sms Zihan - 013-8469549


Bagaimana tenangkan hati yang sedang marah pada kekasih

Bagaimana cara nak mengurangkan rasa marah dan kecil hati kita terhadap pasangan? Adat dalam hubungan percintaan, ada pasang surutnya.. kejap bahagia dan sekejap rasa mcam nak bunuh orang! hahaha..

Pernah tak korang sakit hati sebab si dia tiba-tiba tak angkat bila korang call? Geram kan..lagi-lagi yang tak reti bahasa call smpai 100 kali tapi si dia tetap tak angkat.

Pernah berjanji nak berjumpa tapi bila makin hampir masanya, dia tak dapat dikesan?

Pernah korang merasa masa antara korang semakin berkurang? nak jumpa pun susah..

Pernah tak bila korang dah kepam-kepam kan kemarahan korang ni, tapi bila berjumpa tak jadi marah sebab si dia ada macam-macam alasan.

Kalau pernah rasa seperti di atas, korang mesti dengan pantasnya memikirkan.. DIA DAH TAK SAYANG! DIA ADA ORANG LAIN!

hahaahhaa.. sebenarnya bila dalam keadaan marah dan kecil hati, kita sering nampak keburukan dan lupakan kebaikan si dia.. Tarik nafas dalam-dalam dan jangan lupa hembur.. mati pulak nanti!

Cuba ambil masa waktu si dia tak dapat dikesan tu untuk pikirkan..
Adakah semalam dia membahagia kan kita?
Adakah semalam dia masih ambil berat tentang kita?
Adakah semalam dia masih buat kita tersenyum?

Mungkin hari ini dia ada masalah atau ada halangan.. percaya lah yang seboleh-bolehnya pasangan ingin menyelesaikan masalah mereka sendiri dan mungkin mereka berusaha sebaiknya untuk meluangkan masa dengan kita.

Maafkan dia dan kenangkan segala jasa baik dia sebelum ini.. kenangkan betapa dia sanggup bersabar dengan perang anda semua yang macam puaka kadang-kadang tu.. Jadi bila tiba masa kita bersabar, kenapa kita tak boleh bersabar?

# Kecuali kalau dah kerap sangat dia buat hal, maka anda boleh pikir bukan-bukan dan berwaspada lah.. hahaha...

Kebaikan K-Colly Sweet 17 dan harga terkini 2014

Kebaikan dan Kelebihan K-Colly Sweet 17 Korean Whitening Collagen Yang Murah Ini:


- Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
- Memulihkan kulit yang tidak anjal, kendur dan kering
- Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata
- Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
- Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
- Memberikan tenaga sebenar yang cergas sepanjang hari
- Baik untuk ibu-ibu yg hamil atau menyusukan anak
- Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
- Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
- Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
- Memperbaiki struktur bahagian bibir yang kering dan merekah
- Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
- Mengurangkan kesan rekahan di bahagian tumit dan telapak kaki
- Mengecilkan pori-pori kulit kesan daripada kerosakan kulit
- Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
- Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja serta wanita mengandung.
- Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi



Cara Penggunaan dan Pengambilan K Colly Sweet 17 Yang Murah Ini:
- Masukkan 1 or 2 scoop serbuk k colly ke dalam mulut secara perlahan–lahan.
- Biarkan 3-5 saat, serbuk itu akan cair dengan enzim air liur dan lebih cepat meresap ke dalam salur darah berbanding dengan cara meminum dengan air.
- Makan satu jam sebelum makan dan sebelum tidur.

HARGA KAMI: 

RM100

(Harga di jual di tempat lain RM169)

ORDER SEKARANG : SMS ATAU WHATSAPP 013- 8469549

Pilih dan Simpan Jodoh kita

Lama menghilang dah.. sebab hidup semakin sibuk.. masa semakin kurang.. buka blog pun sebab nak check earning nuffnang.. hehehe.. teruk kan..  Sekarang tengah cuti seminggu, jadi curi masa nak luangkan untuk blog yang berabuk ni..

Bulan 10 hari tu aku rasakan bulan yang agak mencabar untuk aku sebab banyak hal berlaku dan ada juga hal yang luar dari otak normal ni.. Pendek kata, perangai macam orang tak ada akal.. Harapnya bulan yang baru dan tahun yang baru ni, semuanya akan menjadi semakin baik dari sebelum ni.

Sejak dua menjak ni, ada jugak aku bersembang dengan family and kawan-kawan pasal JODOH.. terasa tua bila kat wall facebook aku dah penuh dengan kawan-kawan upload gambar baby.. fuh, cepat masa berlalu..rasa macam semalam je aku syok kat budak laki dalam kelas masa tadika aku dulu..

Back to topic, ada yang mencari-cari calon yang sesuai untuk jadikan teman hidup.. di selidik setiap perangai dan ciri-ciri yang dia mahukan untuk dijadikan teman hidup dia.. Bila dah berjumpa si dia yang di rasakan boleh 'diharapkan' untuk menjadi si suami.. maka dia simpan dan labelkan sebagai bakal suami.


apa yang di pandang sebagai layak di jadikan ciri-ciri sesuai dijadikan suami?

Si A : ' dia setia, baik perangainya, tak mengatal dengan orang lain, ada kerja yang baik dan yang paling bonus.. dia tak pandai guna wechat~'
Si B : Kuat agama sudah

Pilihan kadang-kadang banyak kat depan mata.. ada yang bersusun pilihan kan.. betul? tapi bagaimana nak di buat pilihan? betul ke kena pilih dan setia pada satu sekarang sebab kalau kita tak pilih sorang sekarang, nanti tak ada yang nak kita? kena buat pilihan ke??

Buat solat istiharah untuk pilih jodoh.. betul! tapi betul ke dah sampai masanya untuk memilih jodoh? Mungkin perlu habiskan sekolah dulu baru pikirkan hal jodoh kan? tak perlu rasanya cari masa sekolah dah berusaha simpan dia sampai masa nak kawin.. banyak dugaan tu..

Betul ke lelaki yang baik ni sikit dan  kena 'cop' cepat-cepat.. kalau tak nanti melepas.. heheheh...sebab tu adanya gadis yang berkawan dengan ramai orang tapi simpan sorang untuk di buat stok laki.. mungkin sebenarnya masih mencari yang lebih baik..

Tak boleh ke berkawan saja.. dan pilihan dibuat bila tiba masanya?

Program Pertukaran Pelajar UTHM

assalamualaikum.. terima kasih sebab datang dan baca kat blog bersawang ni.. ok, dulu kononnya dah berjanji kat diri nak selalu update blog ni tapi malangnya tak dapat jugak aku nak update sebab busy sangat dan stress belajar sampai tak de mood nak bukak blog.. dasyat!

Tibe-tiba malam ni, terasa nak tulis sesuatu.. nak cerita pasal apa ye? emm, memandangkan sekarang ni aku student, so cerita pasal sekolah lah ye..

30 julai ni aku nak pergi belajar kat pahang.. rasa macam malaaaaassssss pulak. Orang lain cuti 3 bulan, tapi aku pulak kena belajar lagi.. Apakah? bagi yang tak tahu, meh aku bagitau.. aku duduk melaka dan belajar pulak kat UTHM( Universiti Tun Hussien Onn) johor.. jarak dalam 2 jam perjalanan. Aku ni tak suka belajar jauh-jauh.. hehehe.

Dipendekkan cerita, aku dengan beberapa pelajar UTHM dapat tawaran untuk join pertukaran pelajar dengan universiti lain. Sekolah aku ni bertukar dengan sekolah kat pahang. UMP ( Universiti Malaysia Pahang).  Masa mula-mula excited gila sebab dapat pergi belajar kat uni lain, lagi-lagi diitawar pulak ttu kan..sape tak happy..ehem..

Err,  bukan semua orang dipilih oleh sekolah untuk bawak nama sekolah pergi negeri lain kan? Tak ramai pun yang pergi ke UMP, dalam 11 orang je..Aku dengan kawan-kawan teringin nak merasa belajar di tempat orang kan, so kitorang join. Tapi bila dah makin dekat nak pergi ni, terasa malas pulak.. aku kan tak suka berjauhan dengan family.. berat je hati ni rasa..

Harap semuanya berjalan lancar dan program ni akan meninggalkan memori yang best selama kitorang kat sana.. amin..
Bila lagi kan nak merasa bertukar angin belajar kan.. hehehehe

p/s : lecturer cakap, jangan bawak lebih daripada 2 beg.. aduiyaii.. susah ni!

biarkan mulut orang bercakap

Assalamualaikum,
pagi ni tiba-tiba rasa nak bukak blog dan lihat komen-komen yang ada kat blog ni.. hahaha, kelakar..ops, belum cerita dah kelakar ke?

dua tiga hari lepas aku ada post entry blog aku yang berkurun dulu kat facebook aku..kalau yang add aku kat facebook mesti tau pasal ni, benda tu aku post 2 tahun lepas rasanya tapi aku saja letak kat facebook hari tu.

Ada hamba Allah yang aku rasa memang friend aku dalam facebook, sebab dah aku post kat facebook aku kan.. Mungkin isi-isi dalam entri tu buat dia sakit hati atau panas hati sehingga dia menuduh aku sesuatu yang aku rasa melampau.. tapi lantaklah.. Kau siapa nak cakap aku macam tu kan?

 aku rasa dia lelaki, tapi namanya aku tak tahu lah sebab xde akaun google kan.. tak berani kot? Bagi aku senang je, apa yang aku tulis pendapat aku dan pendapat orang sekeliling aku. tak ada langsung nak tuju pada sesiapa atau mempertahankan sesiapa..

Aku sebagai perempuan, aku paham apa perasaan segelintir perempuan apabila dituduh sesuatu yang tak dibuat dan mengaibkan? zaman sekarang penuh dengan fitnah bukan?

p/s: bila kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita..

penumpang bas yang teruk!

Sejak aku belajar di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), berapa kali aku balik melaka naik bas? errr, boleh dikira pakai jari la.. Tapi aku nak cerita pengalaman aku naik bas masa pulang dari batu pahat ke melaka.

Aku balik dengan kawan-kawan aku dan kitorang memang sangat-sangat penat sebab terkejar-kejar balik, waktu tu pukul 6. Bas sepatutnya datang pukul 6.15 petang tapi tunggu sampai pukul 7 malam baru bas sampai.

waktu tu kesabaran memang dah tahap hujung-hujung tanduk dah.. bila mood kurang baik, secara automatiknya berharap jangan terjadi benda lain yang boleh spoilkan lagi mood aku ni.

Pendek cerita aku dengan kawan-kawan naik bas, bas ni bergerak dari kluang ke batu pahat, pastu ke muar dan seterusnya melaka. Kebetulan ramai pulak yang naik bas pada haritu tapi masalah tiba-tiba timbul pulak! aku awal-awal lagi da naik ambil tempat duduk tapi ada yang tak dapat tempat duduk walaupun dah beli tiket!

So pekerja bas tu pun kejutkan yang tidur dalam bas tu supaya turun sebab dah sampai dan waktu tu aku perasan yang belakang kerusi aku ada 4orang budak yang pura-pura tidur.. aku rasa mesti ada something wrong ni.

Macam yang aku agak, walaupun pekerja bas tu dah kejutkan semua orang, budak-budak tu still buat tak tahu dan memang kebetulan ke bila 4 orang penumpang lagi tak dapat tempat duduk? Bila pekerja tu suruh tunjukkan tiket, diorang buat-buat macam baru bangun tidur dan kata tiket dah dibuang.. aku ni dah lah mood tak berapa okay, datang pulak hal yang melambatkan keadaan macam ni, memang membakar je rasanya.

Bila pekerja tu suruh turun, dia pandai pulak menjawab yang tak fair sebab dia pun beli tiket.. pekerja tu pun satu hal, tegas la sikit.. mane logik boleh buang tiket dalam bas tu, bukan boleh bukak tingkap pun! Jadi lepas budak-budak tu tak nak mengalah dan tetap buat-buat tidur, pekerja tu pun suruh penumpang yang tak dapat tempat duduk tu pi tunggu bas yang akan datang nanti.

Bila bas dah gerak, aku mula lah menganjing atau dalam bahasa sopannya memperli.. aku dengan kawan aku.. kebetulan kawan aku nak simpan tiket yang kat tangan dia jadi aku cakap dekat dia kuat-kuat okay..
aku : kau simpan elok-elok, jangan buang kat luar tingkap, hilang nanti!
banyak lagi lah kawan-kawan aku menganjing budak-budak sebab bagi aku budak tu memang teruk dan pentingkan diri sendiri! tak de duit sangat ke sampai buat macam tu??

Lepas setengah jam perjalanan sorang daripada budak tu tiba-tiba cuit aku dan tanya aku dari sekolah mana.. dan reaksi aku terus tanya dia, kenapa tanya? lepas tu budak tu cakap dari uthm ke? aku pun cakap lah iya dan kenapa? Dia terus cakap tak ada apa-apa dan putus perbualan di situ...

aku pun merelaxkan diri tanpa pikir pasal budak-budak tak matang tu...

Apa yang paling di rindu?

Dia : Wei, aku nak cepat-cepat habis belajar lah.. Bosan lah belajar je siang malam. Tension dah otak aku ni nak menghadap buku.

Aku : kenapa nak cepat habis?

Dia : Kalau habis belajar cepat, boleh kerja.. Bila dah kerja baru best, tak payah nak menghadap buku dah..

Aku : Yeke?

Dia : Yela.. bila dah kerja, dah ada duit sendiri.. boleh beli macam-macam benda.

Aku : Owh.. masa belajar kan ada ptptn dah. beli je la apa-apa pun.

Dia : Belajar ni bosan hari-hari tengok buku.

Aku; : Bukan 24 jam pun kau tengok buku. Sebelum kau masuk U ni, kau kerja apa?

Dia : Tak kerja pun, aku habis matrik je terus masuk sini.

Aku : Oh, patut le.

Dia : Patut le? kenapa? (blur)

Aku : patut lah kau nak sangat habis belajar.

Dia : kau tak nak cepat-cepat habis belajar ke?

Aku : Mestilah nak.

Dia : Habis awat cakap patut la? ( lagi blurrr)

Aku : aku dulu diploma, aku kerja setahun.. waktu aku kerja tu, rindu gila waktu belajar. Waktu-waktu dengan kawan-kawan. Bila dah kerja, majoriti rakan sekerja kita jauh beza umur dengan kita, kalau ada yang dekat pun cuma sorang dua, lepas tu komitmen kerja buat kita tak ada masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa yang ada pun cuma 2 3 jam je sehari.Itu pun kalau kawan-kawan kita ada masa. Paling tak best, hari-hari kena bangun awal pergi kerja, lepas tu balik lambat. Seriously, hidup kau hanya kerja..

Dia : Tapi kerja tak tension macam study ni!

Aku : Memang lah tak tension kalau kau kerja cleaner. Kalau kau kerja jawatan penting dalam syarikat, memang tension. Kadang-kadang makan hati bila kena marah dengan bos. Lagi-lagi kalau kau kena marah sebab salah orang lain.

Dia : yeke?

Aku : iya lee.. bila jadi pelajar ni, hari-hari kita boleh gelak-gelak dengan kawan. Malam-malam boleh layan cerita hantu ramai-ramai dengan kawan kan? bila kita sedih, kawan-kawan selalu ada kat sebelah kita. Bila birthday kita, kawan-kawan celebrate kita dengan simbah air busuk. Nak tau apa yang paling kau rindu bila kerja nanti?

Dia :Apa dia?

Aku : Kawan


p/s : esok final.. jumaat dah cuti sem.. sebulan cuti.. huhu.. kalau dah kerja, dapat ke cuti sebulan? lalalala...

watch online full movie ISTANBUL AKU DATANG

Istanbul aku datang boleh di tengok secara online.. tapi tak tahu berapa lama boleh bertahan sebelum di sekat oleh youtube.. jadi siapa yang belum layan movie ni..



Jom layan dengan aku filem ni..



sori sangat2 sebab movie online dah di remove oleh youtube..

hidup sebagai seorang pelajar

Aku baru selamat sampai kat UTHM selepas cuti pnjang.. dua minggu cuti! Bila dah cuti panjang, kerja pun makin bertambah la.. tak lama lagi dah nak final.. cepat je aku rasa masa ni berjalan!

Mulalah semua member-member terkejar-kejar nak siapkan kerja,tapi kan.. kenapa aku macam relax je ni?  Aku rasa macam tak ada apa yang nak di serabutkan pun..

Khamis ni johor cuti pulak.. jumaat tak ada kelas, hehehe.. nak balik ke rumah ke?  Ehemm.. tengoklah macam mana nanti kan, kalau banyak kerja,tak payah balik.. tapi aku rasa macam tak ada kerja je nanti.. lalalaa... beginikah hidup sebagai pelajar?

Ke aku je yang tak bangun-bangun lagi??

Masihkah ada cinta

Pernah tak rasa keliru tentang cinta? Tak tahu sama ada masih ada perasaan cinta atau sebenarnya dah tak ada perasaan tu?



Kebanyakan orang yang rasa bosan nak sms dengan buah hati, rasa malas nak jumpa dan dengar bunyi katak lebih seronok dari dengar suara si dia..itu bermakna tak ada lagi cinta.. jangan kata orang yang dah tak cintakan dia ni kejam.. lupa ke yang cinta boleh datang da pergi? Bukan kita yang tentukan..

Bila rasa dah tak ada perasaan, jadi kita pilih untuk akhiri hubungan tu.. buat apa terus bersama kalau hanya melukakan hati dia.. betul?

Peliknya disini, bila sebulan atau lebih, kita tiba-tiba jadi teringat pada dia.. rindu pulak nak sms dengan dia. Jadi kita simpulkan, kita sebenarnya cintakan dia! Bagus! Kembali lah semula pada dia..

Tapi macam mana pula bila setelah kembali bersama, perasaan dulu datang balik? perasaan yang bila dia tak ada, kita tak rasa apa-apa pun? Walaupun tak sampai sebulan dulu kita rindukan dia..

Jadi apa sebenarnya perasaan kita dan apa yang kita nak sebenarnya?

Ada seorang pakar  cinta cakap kat aku, otak manusia selalu menipu kita, bila hati kata tak ada lagi cinta, kita buat pilihan untuk pergi, tapi tak lama lepas tu, otak kita teringatkan dia, teringat masa indah waktu bersama dan kekok bila dia tak ada. Otak kata itu cinta agaknya.. tapi cuba dengar kata hati.. jangan keliru antara cinta dan kebiasaan! Ya, KEBIASAAN.. Cinta tu kita rasa, kebiasaan tu ialah kita terbiasa, terbiasa dengan kehadiran dia,terbiasa sms dengan dia dan terbiasa dia ada dalam hidup kita,terutama hubungan yang lama!

Contohnya, kita pakai gelang dah lama, tak pernah tanggal. Kita tak perasan pun gelang tu ada sebab dah biasa, tiba-tiba gelang putus.. mula-mula tak perasan gelang dah tak ada, sampailah kita rasa macam ada yang lain pada tangan, rupanya gelang dah tak ada jadi kita cari semula gelang tu, bila dah jumpa semula, kita happy sekejap dan esoknya kita tak perasan lagi gelang tu sentiasa ada kat tangan.. sebab apa? Sebab kita biasa dengan keadaan tu.. bukan cinta atau sayang, tapi sebab dah biasa ia ada kat situ. Bila tak ada, terasa lain.

Ada yang kata apa salahnya teruskan kebiasaan ni walau tak rasa cinta dah.. teruskan! Teruskan kalau kita dapat pura-pura cintakan dia. Banyak benda boleh tipu tapi paling susah nak menipu perasaan cinta. Salah terus menyakiti orang yang cintakan kita sedangkan kita pula rasa asalkan dia ada sudah cukup bagi meneruskan kebiasaan tu..

Paham apa aku terangkan? Kita sendiri rasa cinta tu.. jangan teruskan hubungan cinta semata tak sanggup kehilangan kawan..


*maafkan aku bila tak lagi cinta, maaf sebab menipu selama ni, maafkan aku sebab kau dah lama tak ada dalam hati..

belajar bahasa jepun yang mudah

Selamat pagi.. hari ini saya nak jadi cikgu.. cikgu bahasa jepun! (Nihongo sensei)
Tapi aku ajar yang simple je la sebab kalau banyak-banyak pun bukan korang boleh ingat kan?

Aku ajar apa perkataan yang boleh digunakan hari-hari, jadi bolehlah hari-hari cakap jepun... hebat gitu....

Hajimemasho! Let begin!

1. Ohayou gozaimasu - selamat pagi
(Note: dalam bahasa jepun, masu disebut sebagai mas. Dimana u dipadamkan dari sebutan,hanya ada dalam tulisan je)

2. Konnichiwa - selamat tengah hari

3. Konbanwa - selamat petang

4. Oyasuminasai - selamat malam

5. Hajimemashite - how do you do
 ( note: hanya digunakan bila berjumpa kali pertama)

6. Arigato gozaimasu - terima kasih
  Boleh dipendekkan iaitu arigato.

7. Doitashimashite - sama-sama

8. Chui shite kudasai - take care


9. Omedetogozaimasu - tahniah

10. Sayonara - goodbye

Ok? Sepuluh perkataan saja untuk hari ini.. nak aku ajar buat ayat tak? Hehehe.. aku pun sedang belajar bahasa jepun ni. Pensyarah hensem pulak tu.. lalalala~

hadiah samsung galaxy tab2 10.1

Assalamualaikum!! Selamat berhari minggu.. hari ni adalah hari yang menggembirakan!

Bukan sebab aku kena balik UTHM, tapi sebab semalam aku dapat hadiah dari kawan  aku! Dia pernah tanya aku nak hadiah apa untuk birthday aku.. aku cakaplah kalau dapat tablet pun best jugak..

Semalam dia ajak aku jumpa.. dan tak disangka-sangka, dia bagi aku samsung galaxy tablet 2 10.1!! Macam nak menjerit aku bila dia bagi tapi aku control sebab kat tempat ramai orang.. hihi..

Dia bagi aku hadiah sebab takut tak sempat bagi masa birthday aku nanti.. alhamdulillah..happy tak terkata!

Balik rumah, family aku tak caya ada orang bagi aku hadiah semahal ni..siap cakap aku yang beli Sorok-sorok..macam mimpi kan?  aku pun tak percaya lagi ni.. tapi rezeki jangan ditolak kan? Lalala~~


P/s: taip entri guna tablet baru.. hehe


Kenapa susah nak belajar masa cuti sekolah?

Cuti pertengahan sem dah nak berlalu sebab hari ni hari ahad. Fuhhh.. rasa macam nak mengeluh je lah sebab tak puas cuti ni..

Sebenarnya sebelum cuti, semangat berkobar-kobar nak study masa cuti. Maklumlah naik cuti nanti banyak test yang menunggu.. Sampai gemuk beg aku tu penuh dengan buku!
Tapi, bila kaki aku jejak je kat dalam rumah aku, semangat aku yang nak study tu pegi balik batu pahat pulak. Dia tak nak ikut aku cuti..Cis, semangat tu memang ada, tapi tak lama lah kan.

Seminggu aku kat rumah, hari-hari aku cakap kat diri aku.. "esok je lah study, banyak masa lagi ni."
Banyak masa kepala hangguk aku! hari ni dah hari sabtu, buku aku cantik je lagi ni kat dalam beg. Adui, parah lah macam ni! tangguh-tangguh last2 tak jadi apa pun.

Serius bila cuti memang tak kan boleh fokus study! bila nak bukak buku tu, dinding pun tiba-tiba boleh jadi menarik ! pandang jela dinding tu.. mula lah otak aku nak menyimpang. Patutnya aku pikirkan benda yang aku nak belajar , tapi otak aku boleh pikir siapa yang cipta cat? siapa yang cipta simen? mana datang perkataan dinding? kalau dinding tak ada macam mana? Ish, Kesudahannya pikir punya pikir, bila habis dua jam mengadap dinding. Aku pun tutup buku, tidur!

Pendek kata memang susah lah nak study kat rumah ni masa cuti kan, hehehhe.. banyak benda yang kita boleh buat selain tengok buku. Kalau kat hostel pulak, ada katil dengan almari jadi bila bosan, buka buku la. kat rumah pulak, takde istilah bosan! hihihi.. Korang macam mana?

Bercinta? Merisik cara Islam


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

p/s : Dikongsi daripada blog ustazah fatimah syarha, sebarkan bahagia..

Lelaki kahwin muda mudah curang?

Benarkah lelaki yang kahwin awal paling tinggi kemungkinannya untuk mereka curang dan kahwin lagi? Ya atau Tidak?

Ramai orang yang bila ditanya soalan ini akan menjawab YA! Sebab apa? sebabnya katanya lelaki telah bosan dengan isteri setelah berkahwin untuk jangka masa yang panjang. kebiasaannya lelaki akan menunjukkan belang gatalnya setelah berusia lebih 40 tahun dimana lelaki dikatakan mempunyai daya tarikan yang tinggi pada usia tersebut.

Gadis-gadis muda sekarang ramai yang lebih sukakan lelaki yang berusia lebih tua ( tapi tak lah tua sangat ye) sebab pemikiran lelaki tua ni lebih matang, cara layanan seperti seorang 'ayah' dan mungkin juga sebab lelaki tua ni lebih sabar melayan kerenah si gadis.

Apa yang aku katakan ini adalah dari pemerhatian aku sepanjang aku berkerja di mana pekerjaan aku memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Terus-terang aku cakap, lelaki yang dah berkahwin ni lebih pandai bila nak mengayat perempuan daripada lelaki yang belum berkahwin. Sebab dorang ni tak gelojoh bila nak tawan hati perempuan. Betul tak? Lagi satu, dorang ni tak kedekut langsung nak keluarkan duit untuk perempuan yang mereka suka.


Bila aku terjumpa je dengan lelaki yang nak menggatal, aku akan tanya pada setiap seorang dari mereka soalan yang sama iaitu berapa umur dorang masa berkahwin dan berapa kali bercinta sebelum berkahwin?

Nak tahu jawapannya? semuanya menjawab berkahwin muda iaitu dalam lingkungan 20-22 tahun dan berkahwin dengan cinta pertama mereka.

Mungkin ada juga lelaki di luar sana yang berkemampuan nak kahwin lagi tapi tetap setia dengan si isteri tapi aku rasa bilangannya tak ramai.. sebab lelaki ni, bila kewangannya sudah cukup untuk memiliki lagi seorang isteri, mereka tak teragak-agak untuk menambah lagi. Betul tak?

Ada juga pendapat yang kata.. Bila seseorang lelaki ni terus berkahwin dengan cinta pertama dia (maksudnya tak pernah bercinta dengan perempuan lain) , sampai satu masa apabila ada perempuan lain dapat menarik perhatian dia.. dia teringin merasa bagaimana perasaan bercinta dengan perempuan lain selain isterinya sebab dia tak pernah rasa bercinta dengan perempuan lain.

Jadi, kalau dah lama berkahwin tu.. kenalah bijak menyemai cinta supaya cinta tu tak pudar dan beralih ke orang lain ya.. tepuk dada tanya iman..

benci menjadi suka?

Pernah tak membenci seseorang tapi kemudiannya perasaan tu menjadi suka? Rasanya semua orang pernah rasa kan? Ok.. bagus.. tapi aku bukan nak cakap pasal tu.. hehehehe..

Masa aku belajar di politeknik dulu, ada seorang pensyarah yang aku tak suka sebab dia suruh kelas aku ambil subjek keusahawanan. Kelas lain tak ambil pun tapi dia suruh kelas aku ambil.

Bagi budak kelas aku waktu tu, subjek ni sangatlah membosankan dan membuang masa. Kiranya ramai lah budak kelas aku yang ponteng kelas dia tapi aku dengan dua tiga orang budak kelas aku tetap bagi komitmen kat subjek ni. Ala, maknanya aku tetap buat kerja yang dia suruh walaupun hati tak suka.

Sampai aku graduate, aku tetap tak suka dia.. dia tu poyo je lebih..

Tapi sekarang aku nak cakap terima kasih kat dia.. sebabnya.. pasal dia suruh aku ambil subjek keusahawanan itulah, aku sekarang tak payah ambil lagi subjek tu kat universiti ni! Nampak remeh kan? tapi dapat pelepasan subjek tu kat sini memang cukup menggembirakan...

Orang tua-tua pesan, walaupun tak suka, buatlah sesuatu kerja tu bersungguh-sungguh.. Jadi bila buat bersungguh-sungguh, pasti ada hasilnya nanti. .

Jadi dalam aku membenci pensyarah tu, aku berterima kasih jugak kat dia sebab pasal dia aku dapat gugurkan subjek remeh tu..bertambahlah masa tidur aku.. hehehe.. (nampak sangat pemalas kan?)

Ok, jadi kesimpulan yang aku nak cakap ni.. ialah..

Bencilah seseorang sekadar saja.. mana tahu kuasa Allah s.w.t, suatu hari kita akan suka dia kan ataupun mana tau di masa depan, kita akan berterima kasih dengan dia.. 

Pengalaman sebagai pelajar baru di Universiti

Assalamualaikum dan selamat petang!

Alhamdulillah sudah selamat seminggu aku berada di Universiti Tun Hussien Onn dan segalanya berjalan dengan lancar. Dah lama rasanya aku tak update blog ni sebab sebelum ni aku sangat sibuk dengan kerja dan sekarang sebagai student, aku rasa aku akan banyak masa.. hahahaha...

Ok, aku nak share sikit pengalaman aku masa jejak kaki kat sini. First of all, aku sangat takut dan banyak kali gila aku cakap dekat mak aku yang aku nak balik rumah je. Kaki dah sampai dalam bilik asrama pun aku tetap cakap aku nak balik! hahaha.. gedik wei..

Lepas angkut barang masuk dalam bilik ( hari ahad) aku pun tidur bagi relaxkan badan sebab petang nanti nak mula minggu haluan siswa.

Minggu haluan siswa ni berjalan selama 7 Hari dan ini bermakna aku tak dapat nak balik rumah hujung minggu ni kan. Aku dah rindu gila kat parent aku, kat katil aku terutamanya sebab minggu ni aku tak cukup tidur. Sehari tidur dalam 2-3 jam je.

Perangai aku kat politeknik dulu adalah sedikit sebanyak terbawak jugak ke sini.. Perangai apa? Bersiap last minute.. hehehe..orang ramai dah mula naik bas, aku baru nak keluar bilik. hehhee.. Pukul 6.30 pagi dia suruh dah ada kat cafe dan siap makan, pukul 6.30 tu lah aku baru nak keluar bilik.

Majoriti pelajar baru kat sini baru berumur 19 dan 20 tahun, hanya beberapa orang aja yang dah 22 or lagi tua. Bila orang tanya umur aku.. aku dengan selamber jawab.. " 20!" hahahahha...

Semalam hari pertama masuk kelas dan seriously, memang pening kepala dengan keadaan kat sini yang tak sama macam poli. Kalau kat poli dulu kita selalunya di suap je, tapi kat sini semuanya kena gerak sendiri.

Aku pulak ex-dip, jadi aku banyak transfer kredit.Kiranya aku macam terapung lah, masuk kelas ikut jadual yang aku dah buat. Masa daftarkan khusus, aku tak tahu yang pilihan seksyen boleh ubah jadual. Maybe ada yang pernah terangkan tapi aku yang tak paham.. Nasib baik kawan-kawan ex diploma kat sini semuanya bersatu hati, jadi kitorang sama-sama selesaikan bila ada problem.

Tapi bila dah masuk belajar ni, aku rindu lah kawan-kawan masa kat politeknik dulu..


Semakin hampir masanya

Pejam celik pejam celik, akhirnya tak sampai sebulan lagi aku nak mulakan hidup sebagai student lagi sekali..  6 bulan aku jadi seorang pekerja.. Betul lah cakap orang, bila dah sedap kerja memang rasa sangat-sangat malas nak sambung belajar.. Enam bulan lepas aku rasa sangat-sangat tak sabar nak sambung belajar tapi sekarang aku rasa sangat-sangat berat hati lah pulak.. Adoiyai.. sengal je kan?

Masa pulak jalan makin laju je, kejap dah nak sampai bulan 9.. Harapnya kehidupan sebagai student nanti lebih baik daripada sekarang lah ye.. Insyaallah..

Hari ni aku cuti sebab nak pergi buat medical check up dan ambil aku punya result muet kat politeknik.. Banyak lagi ni yang aku kena buat.. Adoiyai.. Aku kena beli nombor pin ptptn kat bsn pulak.. Sempat ke nak siapkan semuanya hari ni??

Saat Aku Letak Jawatan

Selamat menyambut bulan ramadhan ye kawan-kawan... Manfaatkan bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya..

ok, Aku nak cerita pasal kerja aku la.. hari tu aku bagitau bos aku yang aku nak berhenti sebelum raya sebab 2 september nanti aku dah nak kena daftar. Bila bos aku dapat tahu aku nak berhenti, dia pujuk aku suruh tangguh dulu study setahun.. Dalam hati aku memang nak ketawa dah, tapi aku tahan je, buat muka cool. Lepas tu dia kata dia naikkan gaji aku lagi Rm200 kalau aku terus kerja dan insyaallah akan naikkan lagi.. Wahh, dahsyat bos aku ni.. tak nak bagi aku berhenti la tu.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku, aku cakap dengan dia yang aku nak berhenti jugak jadi dia tak boleh nak buat apa la.. bila aku kata nak berhenti sebelum raya, dia pujuk lagi aku supaya berhenti 1.9.2012 pulak.. Aku pikir kalau aku berhenti awal, aku boleh rehat-rehat kat rumah dulu sebab 2 haribulan da nak pergi kan.. Tapi dia mintak tolong juga sampai 1hb dan janji nak naikkan gaji aku RM100 kalau aku tolong dia..

Jadi mengenangkan aku dah lama kerja dengan dia dan aku suka kerja aku ni, jadi aku  pun setujulah.. hehehe.. lagipun aku memang nak guna duit ni..

Paling best bila bos aku kata susah nak cari pekerja yang jujur dan cekap macam aku ni.. ceihhhh.. kembang wei hidung aku.. Betul lah kata mak aku, kalau kita buat kerja ikhlas dan jujur.. orang akan hargai kehadiran kita.. hehehe.. jadi bos aku pesan, kalau waktu cuti nanti, dia suruh aku call dia.. nanti dia bagi aku kerja part time kat sana..

Sejak aku kata aku nak berhenti ni, bos layan aku baik je.. aku datang lambat setengah jam pun, bos aku boleh relax lagi.. mana nak cari kerja macam ni kan.. hehehe..

tapi rasa sayang pulak nak tinggalkan semua ni.. dah selesa sangat-sangat dengan keadaan dan kerja ni.. tapi lagi sayang kalau lepaskan peluang belajar ni..