#5 Promote Blog

Assalamualaikum..
Petang ni aku nak promote lagi 5 blog seperti yang telah aku janjikan.. tapi kali ni, aku rasa aku nak kurangkan pendapat aku tentang blog kot.. sebab macam yang kak bui kata dalam entri dia, setiap orang penilaiannya berbeza, jadi aku nak bagi korang sajalah yang menilai. Boleh?

1

2.

3.

4.

5

jadi aku tunjuk header je walaupun tangan aku ni nak menaip macam-macam tentang mereka.. tapi korang nilai sendiri ye.. Silalah terjah... tambah kawan ye..

p/s : Belum baca entri aku yang sebelum ni? bacalah ye..hehehehe

Promote blog ditangguh~

Assalamualaikum.. selamat berhari minggu..
Biasanya hari-hari aku akan promote blog pukul 10 kan. tapi pagi ni takde pun blog yang dipromote.. kenapa? Sebenarnya aku nak tangguh..Petang nanti baru aku promote blog korang.. boleh?

Bila online ni, tak sangka aku ramai tag aku untuk join bloglist, contest dengan segmen. Terima kasih gila-gila sebab sudi tag aku! serius aku terharu sebab tu tandanya korang sayang ingat aku kan.. Nanti kalau aku rajin dan bosan, aku join ye.. sekali lagi terima kasih..
Korang perasan tak? kat sidebar aku ada Jom Join VIP kotak bulat? Ha..buat-buat tak perasan?
Takpe... biar aku cakap lagi tanpa jemu..hahaha...
VIP kotak bulat tu bermakna kita tukar link untuk bloglist.. kira sama adillah kan.. Berminat tak?
Apa kelebihan bila ada disitu?
1. Korang akan di promote secara tak langsung la kepada pembaca blog aku.
2. Insyaallah korang akan dapat seorang pembaca tegar.. tak percaya? cuba tanya mereka yang ada dalam tu..Apa kata mereka...
3.Kita boleh berkawan~ hehehe..

Berminat tak? kalau berminat, boleh tinggalkan link di Jom Join VIP bloglist kotak bulat .
p/s : Kepada mereka yang dah sedia ada dalam tu, betul tak aku cakap kita dah berkawan? errr...betul tak?

Kumbang cintakan Bunga

assalamualaikum...
Aku baru layan cerita 321 cinta.. memang best..tapi macam ada sesuatu yang boleh beri kesan buruk bagi menonton remaja.. err..apakah tu? tengoklah sendiri..hahaha...
Malam ni aku nak bercerita lagi..

Nama aku melur, aku berusia 22 tahun. Kecantikan rupa memang aset yang paling aku banggakan sebab dengan kecantikan nilah ramai lelaki suka kat aku. Tak percaya? Aku memang jadi rebutan kat kolej aku.
Suatu hari, farid (lelaki paling femes dan hensem kat kolej) meluahkan perasaannya pada aku..
" Melur, sudikah u menjadi girlfriend i ?" Luahnya dengan macho..
" Kenapa u nak i jadi girlfriend u? " tanya aku jual mahal sedangkan dalam hati dah rasa nak terbang dah!
" Sebab u lah perempuan paling cantik yang pernah i jumpa, sejak i jumpa u..hati ni dah terpikat kat u..sebab tu i nak u jadi girlfriend i.. boleh?"
" betul ke? esok i bagi jawapan ye. " Aku tetap jual mahal walaupun dalam hati dah kata "ye! aku sudi!"

Hari yang sama jugak, Kamal (kawan aku sejak semester 1, pelajar skema kat kolej) meluahkan perasaan kat aku jugak.
" Melur, sebenarnya dah lama aku pendam perasaan ni. aku dah lama sukakan kau." Luahnya tergigil-gigil.
" Err..kenapa kau suka aku?"
" Entahlah, aku sendiri tak tahu..aku suka segalanya tentang kau dan aku selesa dengan kau. Aku dah taknak berteka-teki dah, sebab tu aku nak tahu jawapan kau dari kau, kalau kau sudi nanti aku masuk merisik kau."
" Itu saja? Em, esok aku bagi jawapan aku."

Keesokannya,  aku berjumpa dengan mereka berdua dan aku putuskan untuk memilih farid. Kenapa aku pilih farid? sebab bagi aku, farid hampir sempurna dan dia hargai kecantikan aku. maka kecewalah Kamal sejak aku tolak cinta dia, tapi apa aku kisah kan, lantak dia lah!

Sekarang, dah setahun aku bercinta dengan farid. Tapi aku tengok dia dah berubah! dia tak macam dulu lagi, selalu sahaja busy. Sampailah akhirnya kantoi jugak dengan aku! damn! aku nampak dia keluar dengan perempuan lain! Sakit mata aku tengok, aku pun terus jumpa dia.
" Woi, asal kau keluar dengan minah ni?" Sergah aku.
" Eh, melur.. err..eerr.. ni Jenab, girlfriend aku" terketar-ketar dia jawab.
" Kepala hotak kau! abis aku ni apa? apa lebih perempuan ni dari aku sampai kau nak curang dengan aku ni?"
" Eh,lebih pulak kau ni! Dah dia cantik, aku sayang dia! blah lah kau!" Jawab farid dengan kasar.

Seminggu aku menangis dalam bilik, sampailah kotak bulat tegur aku dan kata..

" Seekor kumbang yang tertarik dengan bunga yang cantik, dia akan hinggap tapi kemudian dia jumpa bunga yang lebih cantik, maka tak mustahil dia pergi ke bunga yang lebih cantik.. sebab dia cintakan kecantikan bunga.. bukan cintakan bunga itu seadanya.. "



 Sekian... lalala...

P/s : belum terjah yang dipromote? ada kat sidebar ye!