Jawapan kepada soalan! #1

semalam aku ada buat entri yang membuka peluang kepada mereka yang nak bertanya pada aku kan.. sekarang aku akan sertakan soalan dan jawapan.. semua jawapan adalah benar dan tidak menipu.. ehemmm..

1. KB sihatt? EyqaLuvender 
 - Sihat.. alhamdulillah..

2. Pakwe KB nama apa? - soliciousstorynory
 - KB takde pakwe..maka takdelah nama..hehehe

3. KB laki ke perempuan? -aimie amalinaazman
 - of course la perempuan..ehemm..

4. orang panggil kb apa? -fathiah hamim
- kat dunia luar ke? orang panggil jihan.

5. Bela panda sebagai binatang peliharaan ke? -fathiah hamim
- Err... mana nak simpan panda tu? tentulah tak..

6. adek beradik ada berapa? -fathiah hamim
- 3 saja.. sorang laki, dua perempuan

7. Kau rasa kau comel tak? -fathiah hamim
- orang kata aku sedap mata memandang, ayu dan manis orangnya..lalalaa~~

8. Jejaka pilihan kb yang macam mana ek? -bro ahmad
- emm.. terima aku seadanya.. dan menyayangi aku lebih sikit dari aku sayang dia.. (ada ke?)

9. KB ping entri kat mane yek? - bro ahmad
- Ping kat tempat biasa orang ping.. kat facebook, busuk, fanpage.. kb tak banyak masa nak ping blog.. jadi kb ping kat facebook je sekarang.

10- knape lman web gotchic ade kat traffic source blog sye kb??lman web xxxx pn termsuk,knape blog sye bleh terbclink ngan website plik2?? - speakersekolah
-tak berapa tau sangat.. tapi setahu kb, tu mungkin sebab kita ada guna widget auto ping.. harap yang lebih tahu boleh membantu..


11- Kenapa kotak bulat? -bukan retiskizmyself , sesedaporen
-panjang ceritanya ni.. ok, aku cerita ye.. masa aku sedang mencari-cari nama blog ni. aku tengah terlentang pandang siling bilik. bilik aku bentuknya macam kotak. maka disitu aku dapat nama kotak. Bulat pulak.. sebab masa aku nak on laptop aku, aku pandang screen laptop dan nampak muka aku..aku perasan muka aku memang bulat.. maka datanglah kotak bulat disamping mencari nama yang unik untuk blog ini.


12- sebelum ni kb pernah bercinta eh? -Eida arina
- pernah.


13. Sebulan berapa banyak kumpul duit nuffnang - acik
- segan nak jawab.. ehemm.. sebulan tak tau lah.. tapi dalam 5bulan blogging ni, baru dapat RM103.69 sen.. (check nuffnang tadi) dua lagi BE tengah berjalan. Blog kb ni trafik tak tinggi, jadi sila jangan gelak atau ejek ok.. 


14. apa punca putus cinta baru-baru ini? - diana rashid
- ini.. terlalu peribadi..biarlah rahsia ye..hehe




da panjang ni.. soalan seterusnya akan dijawab di next entri ye.. hehehe.. bagi yang nak bertanya lagi, boleh tanya pada entri aku kat sini

Jom tanya kotak bulat

ehemm... malam ni aku takde idea nak menulis tapi aku nak buat entri jugak.. aku ada idea, aku benarkan korang tanya aku apa saja soalan dan aku akan jawab pada entri seterusnya sambil backlinkkan ke blog korang yang bertanya.. paham?

pendek kata, korang tanya aku apa saja pun kecuali yang lucah-lucah ok.. aku akan jawab dengan jujur dan ikhlas.. kemudian soalan korang tu akan aku buat satu entri sambil link kan ke blog korang.. mudah kan?

ehemmm.. batuk pulak...

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang !!

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang !! mesti korang pernah di tanya dengan soalan-soalan kat bawah ni kan, jom layan jawapan untuk soalan-soalan merepek ni..




1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:

S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.



2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.



3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo



4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!! 



5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.


6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..


7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( *Suare Kiut* ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!!bikin panas itu.



sumber: facebook