Harrazdani ajak masuk bloglist

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, ramai nampaknya yang buat pencarian bloglist, contest, dan macam-macam lagi. Memang tergerak hati nak join semua. tapi blog aku ni bukan blog untuk join semua tu..Nanti korang pakat-pakat taknak datang sini lagi pulak kang.. Jadi aku dah tetapkan pendirian sejak awal bulan Jun ni.. iaitu aku hanya akan join sesuatu yang aku rasakan berbaloi..
Macam mana yang dikira berbaloi tu? Adalah... aku je yang tahu.. hahaha.. 


senaraikan tiga sebab pentingnya bloglist, 
  1. Kalau malas nak bukak dashboard atau log in, blogwalking je guna bloglist yang ada.
  2. Tak ketinggalan entri-entri yang terbaru dari rakan memandangkan list di dashboard sangat laju turunnya.. kih kih kih  (tiru gelak pakcik arul yang selalu ditiru HD)
  3. Boleh jadi pembaca tegar blog-blog yang terdapat dalam bloglist.


3 Sebab kenapa nak duduk dalam bloglist harrazdani.
  1.  Sebab dah lama berharap teringinnnn.... *malu gila*
  2. Aku suka pergi blog dia.. err... tiap-tiap hari wajib pergi.. lalala~
  3.  Nak dia jadi pembaca tegar aku... *wat muka takde perasaan, mata pandang atas*


Aku sarankan korang join sebab berbaloi-baloi... tarikh tutup bila sampai 20 orang..
lupe lak..awak dari bloglist kotak bulat, saya tukarkan ke mereka VIP..

p/s : Follower aku dah 700+.. Alhamdulillah..terima kasih atas sokongan korang selama nak dekat 2bulan blog aku ni.. jadi meh kita tengok..siapa follower ke 700 aku.. klik sini

Kotak Bulat bercerita tentang itu

Assalamualaikum...

Ada satu kisah yang aku nak kongsikan.. jom dengar aku bercerita..
Pada suatu hari yang suam-suam kuku panasnya, waktu itu lelaki tengah nak menuju ke masjid untuk solat jumaat. Aku nak keluar dari persimpangan jalan yang berbukit untuk balik ke rumah. Lepas tengok ke kiri dan kekanan, aku pun pecut motor skuter ego aku keluar dari simpang jalan tu. Baru je aku keluar dari simpang tu, aku perasan ada sebuah teksi sedang menghala kat arah aku!
"damn! bila pulak ada kereta ni! " sempat lagi aku cakap dalam hati tau.

Bila teksi tu dah makin dekat dan sedia nak langgar aku.. aku pun pecutkan lagi motor bagi elak dari dilanggar *macam tengah merempit*. Malangnya usaha aku sia-sia je sebab teksi tu menuju ke arah aku!
"Gila apa dia ni?!" aku cakap dalam hati. mana tak nya aku cakap dia gila.. brek lah! tak pun pusingkan stereng tu ke arah lain.. ni ada ke patut menghala ke arah aku.
Dalam sekelip mata, aku terasa kena langgar. Terasa pergerakan aku waktu tu macam dalam cerita matrik! serius! lambat gila jatuh ke tanah. Masa tengah di awangan tu, aku sempat pikir..
"aku kena langgar ke?  mesti kena pergi hospital."


Aku dengar suasana riuh, semua datang kat aku. Macam-macam ragam, ada yang tengok lepas tu bisik-bisik dengan orang sebelah, ada pulak yang mencangkung sebelah aku dengan mulut tak berhenti-henti membebel sebab tak tahu nak buat apa dengan aku yang dah terbaring ni.
Waktu tu aku tak pedulikan langsung dorang, tak terasa sakit pun..cuma berpinar je kepala ni rasa. Tiba-tiba aku teringat handphone aku, aku pun jerit minta handphone sebab suasana sangat bising.
"mana handphone??!" dorang pun cari kan handphone aku tapi tak jumpa. Cis! ada jugak yang nak rembat handphone aku time-time macam ni! ada jugak yang baik, suruh aku pegang dompet aku sebab takut orang lain rembat jugak. Tapi yang paling aku nak tahu, siapa orang yang suruh aku pegang mangga pintu rumah aku? Ada ke patut aku yang tengah sakit ni, disuruhnya jaga mangga pintu tu..bukan benda penting pun..Lepas tu aku teringat motor aku.. mati aku kalau motor tu rosak teruk, aku suruh orang beralih sebab aku nak tengok motor aku.*aku tak tau kenapa banyak pikir lak time macam ni*


Lebih kurang 10 minit kat situ, aku terasa nak bangun sebab malu lah ramai tengok aku.. Aku cuba bangun tapi macam tak berdaya. Akhirnya ada jugak yang nak hantar aku ke hospital, dorang pakat ramai-ramai nak angkat aku. orang mula pegang kaki aku dan sedia nak angkat, aku terasa tulang kaki aku macam terpisah! Secara automatiknya aku pun jerit kuat-kuat.. "jangan angkat aku! panggil ambulan je!" memang syahdu time tu, aku guna semua tenaga aku untuk marah dorang, aku tolak tangan dorang bila dorang cuba angkat aku. Tapi dorang buat bodoh je, macam langsung tak dengar apa yang aku cakap!

sorang pegang kepala, dua orang pegang betis dan dua orang angkat kat pinggang. Bila dorang angkat je aku, aku rasa tulang peha aku makin menjarak.. aku tahu ada sesuatu tak kena dengan peha aku sebab terasa sesuatu mencocok daging.
Tak cukup dengan tu, aku di masukkan ke dalam Pajero yang dah sememangnya tinggi. Aku mengesot sendiri masuk ke dalam kereta tu dan aku sempat cakap kat dorang yang tolong aku tu..
"jangan tolak! jangan tolak lahhh!"
Sekali lagi dorang abaikan aku! Cis! dorang tolak kaki aku yang patah tu kedalam kereta..terasa tulang kaki aku bergesel.. Aku tahan je, tak menangis pun sebab aku tahu..aku kan kuat! Aku berharap sangat kan bagus kalau aku pengsan, takde lah kena tanggung sakit ni. Pemandu kereta tu macam tahu je apa aku pikir, dia suruh aku banyak-banyak bersabar. Sampai kat hospital, satu lagi azab datang.. aku kena turun dari kereta tu! Waktu nak turun ni, aku dah terasa sakit yang amat, lama jugak baru aku dapat turun dan kemudian aku dihantar ke Hospital Besar Melaka.Memang best naik ambulans ni..try la...

Doktor kata tulang peha aku patah agak hancur dan tulang tu teralih *aku dah agak dah*.. Ada jugak berlaku pendarahan dalaman yang menyebabkan darah beku di saluran paru-paru. Aku lepak kat hospital 18 hari.. Paling tak best, suara aku hilang 3bulan! *mesti sebab aku terjerit-jerit tu*

p/s : Biar aku jawap sebelum korang tanya.. kisah adalah 100% benar yang terjadi pada aku dan tiada sebarang penambahan... sekian... jom lawat blogger kreatif kat sini


Panjang gilaa...mesti takde yang nak baca.. 

Salahkah si blogger cantik?

Assalamualaikum... 


Korang sihat? aku tak sihat.. hurmm.. Tadi aku baca entry dari sembang kemas, tentang kepelikan dia mengapa blog awek cun lebih popular.. Aku suka entri yang ditulis tu..

Aku tahu semua blogger pelik kenapa blog awek cun lebih popular kan.. tapi macam mana pulak korang kategorikan mereka sebagai cun dan tidak cun? bukankah penilaian kita terhadap seseorang berlainan? kalau aku kata si A lawa sangat-sangat, adakah korang turut cakap dia lawa?

Err.. bukan ini yang aku nak sampaikan lah..aku tak nafikan memang ada blog awek cun yang famous, ambil gambar banyak-banyak, letak dalam entri kemudian tunggu sahaja orang datang tengok dan follow.. hahaha..benda ni memang wujud pun.

Ada blogger cun yang tulis sebulan hanya 1 entri je, tapi follower beribu? Memang ada.. tapi cuma 1 dalam 5000 je kan.. Tapi ada jugak yang aku perhatikan, bila blog si awek cun buat entri.. tak sampai 20 pun komennya sedangkan follower beribu.. kenapa?
Haa.. ni yang aku nak sampaikan... kalau blog dia banyak gambar-gambar dia yang cun tapi entrinya tak seCun gambarnya.. tulis pulak tentang kisah cintanya saja, mungkin ke orang akan datang lagi dan lagi? Terus-terang aku tak follow blog yang macam ni.. follower beribu tu memang hiasan yang cantik tapi pembaca tegar tu yang buat diri kita dihargaikan..

Korang tahu tak? blogger cun ni, lepas taip entri,dia tunggu depan laptop.. tunggu punya tunggu, takde jugak yang komen..orang hanya datang tengok je.. Dengan kekecewaan, dia duduk sorang-sorang kat celah almari sambil menangis..
"kenapa dorang tak nak komen entri aku? takkan tengok je.."

Kesimpulan aku, Kita follow kalau suka, tak perlu follow kalau tak suka.. semua tu kan terpulang pada kita.. kita yang buat pilihan.. lantak mereka lah dengan blog mereka kan...


Aku pakai pelindung muka bagi mengelakkan korang muntah bila datang blog aku ni.. hahaha...


p/s : habis baca.. pastu komen tau... hehehe... dah komen... jom terjah blogger yang kreatif ni.. kat SINI