imiginasi kanak-kanak


aku ambil gambar ni dari web 9gag sebab nak kongsi dengan korang. Apa yang gambar atas ni buat, aku pernah buat dulu masa kecik-kecik! hehehe.. memang kelakar bila teringat balik. Lompat dari kerusi ke kerusi, konon-konon terpaksa lompat untuk selamatkan diri dari bahaya.. ahahhaa...

korang pernah tak buat macam ni? imiginasi masa zaman kanak-kanak memang terbaik!

pelbagai rekaan rupa apam polkadot

makin hari makin sibuk hidup aku sekarang ni.. pagi ke petang kerja.. malam pulak siapkan tempahan coklat, apam polkadot dan terbaru ni ada tempahan untuk buat blueberry chesse cake. Nasib baik ada mama yang tolong siapkan semua tempahan tu, kalau aku sorang.. memang pancit la..

Bila orang dah buat tempahan, aku memang berat hati nak menolak sebab takut buat orang kecewa.. Jadi terpaksa berpenat sikit, lambat tidur malam semata-mata nak siapkan tempahan..

Ok, aku nak tunjuk kat korang rupa apam comel yang aku buat malam ni.. aku amik gambar sikit je sebab kalau aku ambil sekali banyak.. bukan korang nampak jelas pun kan?

gambar - frogy, angry bird, ladybug,bee, nightmare dan dot-dot..

Ada lagi yang aku tertinggal nak letak kat dalam gambar kat atas tu..hehehe.. gambar kat bawah ni..
Pernah tengok pokemon?? aku wat apam ni rupanya macam pokeball! aku paling suka yang ni lah..

sekian.. aku nak sambung buat kerja sebab tertoleh-toleh aku masa tulis entri ni.. takut tiba-tiba bos muncul dari belakang..heheheh

tawaran kerja baru

Seminggu lepas aku dapat tawaran kerja baru yang jawatan dia memang best tapi aku tahu kerja tu penuh dengan ke'tension' an sebab aku bertanggungjawab design bahagian-bahagian badan mesin.

Lama aku ambil masa nak pikir apa yang aku perlu buat, terima kerja ataupun kekal dengan kerja sekarang. kawan-kawan suruh aku terima kerja tu tapi family aku pulak kata tak payah terima sebab tak berbaloi. Tak berbaloi tu maksud dia adalah setelah ditimbang ukur semua aspek iaitu dari segi kos pengangkutan, kos makan, masa dan ketensionan.

Jadi setelah mengukur semua tu, aku putuskan untuk terus kat tempat kerja lama ni! Makan free, minyak motor pun sikit je kena keluar, kerja tak tension dan gaji cepat naik.  Yang paling penting ialah sebab aku tak kerja lama. Aku tengah tunggu keputusan upu keluar. Kalau dapat sambung belajar, aku nak berhenti.

|Pasal hal akudapat kerja baru ni, ada jugak aku kongsi-kongsikan dengan kawan sekerja. lepas tu sejak awal minggu lepas, bos aku tiap pagi panggil aku bagi ceramah motivasi kat aku. Pelik beb bila dia bagi ceramah kat aku, tiap-tiap pagi pulak tu!

Bos aku tanya aku ada apa-apa yang aku tak puas hati kat tempat kerja ke? aku jawablah tak. Dia bagitau pulak pasal gaji, tiap-tiap hari dia kata kalau kerja aku okay, dia akan naikkan gaji aku lagi slow-slow. Dalam hati aku dah pikir, dia ni tahu ke aku dapat kerja lain.. hehehe..

Semalam baru aku tahu, bos aku ada tanya kat staf situ samaada aku da dapat kerja tempat lain ke? hehehe.. bos, sila naikkan lagi gaji saya dan saya berjanji akan setia dengan caltex.. (poyo)


p/s : duit nuffnang dah berabuk ni, rasanya dah sampai masa nak cash out.. hehehe.. dah lama tak update blog pun, nufnang still berjalan.