Ok, aku sambung lagi cerita yang tergantung semalam.. Ini dari sudut pandangan firdaus lagi..
"Firdaus, kau buat apa kat sini? " tanya KB
" Err..aku.. aku kebetulan je lalu sini, tu yang terserempak dengan kau ni" huu..laju saja mulut aku menipu kan.. ish, rasa nak tampar-tampar je mulut aku ni.
" Owh... ok, duduklah.. "
Kb menyuruh aku duduk sambil tersenyum menyambut kedatangan aku, bila tengok dia tersenyum aku rasa lapang je dada ni...
" Kau macam mana? sihat tak?"
Kb terus gelak bila dengar soalan aku.. " mana ada orang sihat duduk hospital.."
Cis, aku malu sendiri lah.. apasallah aku tanya soalan bodoh macam tu!nampak sangat aku mengelabah gila. daus, tarik nafas.. control diri ok!
Aku kekok bila depan dia, aku tersengih macam kerang busuk je.. kaku beb! tak tau nak cakap apa.. tapi aku cuba jugak bersembang dengan dia.
" Bila boleh keluar hospital?" aku tanya dia
" doktor kata esok dah boleh keluar, lepas tu aku dapat cuti seminggu"
Aku hanya senyum mengangguk je sedangkan dalam hati aku kata.
" Ish, lama gila cuti.. tak payah cuti la kan bagus.."
Suasana jadi sunyi bila masing-masing lebih banyak diam, jadi aku pun mintak diri nak pulang memandangkan waktu melawat dah tamat. Sampai saja dirumah, aku rasa rindu sangat pulak kat dia..Huh, aku da jadi jiwang lah pulak kan.. Erm, aku rasa tergerak hati pulak nak luahkan perasaan aku pada dia, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitau. Takut pulak bila aku luahkan, dia reject aku nanti. Hish, terkoyak muka aku nak jumpa dia nanti, malu gila! tapi kalau tak bagitau, sakit pulak hati aku ni bila pendam lama-lama.
Esoknya hari minggu, jadi aku pun pergi lagi hospital tu. Tak sabar nak berjumpa KB..lalala~
Bila sampai je hospital, KB tengah berkemas nak pulang, keluarga dia semua ada.. Peh, ni lah masa yang sesuai aku nak ambik hati parent dia, mana tau kot-kot dorang berkenan buat menantu kan..haahha.. ok, kenapa aku cepat perasan gila sekarang ni?
Selepas bersalam dengan semua ahli keluarga, aku pun berbual dengan ayah KB, rasanya petang ni aku banyak habiskan masa aku bersembang dengan keluarga dia berbanding dengan dia. Ala, aku bukan pandai pun nak bersembang dengan dia, jadi baik aku bersembang dengan family dia kan..
Akhirnya dia dah bersiap nak pulang, tapi sebelum dia balik, aku hulurkan sekeping surat... hahahaa..korang mesti tak sangka kan aku buat surat, surat ni aku tulis malam tadi.
Kb buat muka pelik bila dapat surat dari aku, kalau aku jadi dia pun aku mesti pelik punya.. tiba-tiba dapat surat kan.. (aku memang kuno)
" Baca bila dah sampai kat rumah ye" Lepas aku bagi surat tu, aku pun minta diri beransur pulang..
*Cerita bersambung dari sudut pandangan KB pulak*
Masa dalam kereta, aku perhatikan saja surat firdaus bagi ni.. Dia nampak pelik je sejak aku masuk hospital ni, dia ada buat salah kat aku ke? ish, tak baik prasangka buruk.. Bila nak sampai rumah ni? tak sabar dah ni nak baca.
Sampai je aku kat rumah, aku terus bukak surat tu..surat cinta ke? tapi takde bau bedak pun..
Assalamualaikum,
sorry lah sebab aku tulis surat ni, aku ada sesuatu nak bagitau kau. Sesuatu yang aku simpan tanpa aku sedar pun sampailah sekarng, jadi aku nak kau layan lagu ni dan paham-paham sendiri tau.. jangan tanya kat aku pulak, aku segan nak jawab.. hehehe...
http://www.youtube.com/watch?v=FV6QZ2L7oHI (open new tab)kau ada internet kan, haa.. pergi search lagu tu ye.. aku tak tahu kau suka ke tak, tapi lagu tu sesuai untuk aku luahkan apa yang aku simpan..maaf kalau surat ini tak romantik, sebab pertama kali aku tulis ni..hehehe..tulis untuk kau je tau..
sekian dari aku.. firdausAku terus online dan cari lagu ni, aku dengar dan lepas tu aku rasa nak menjerit! Serius..seharian aku tersenyum.. senyum..tak perlu kata apa-apa..
tamat ke? lalalala~
36 KOMEN BERKOTAK BULAT:
eh, dah tamat ker nih?? ending hubungan tuh apa?? :)
dah habis ke?? keh3
ko nak tamatkan cm ginie kew...cam x best je....
ala cmbong ar....kb cayuk2 cambung citer 2 campai abis k....
usaha lebih sikit.. :)
hahaha. surat cinta kena ade bau bedak ke? kelakar. nie kisah benar ke nie KB? untunglaaaa~~ HAHA
ade yg ke 4 x? haha.
hayooooo
suweeet nye..
amu tapi mahuu!
kikiki
wahh kb romantiknya hmm, guna kod tu dah kira sangat canggih,tapi kenapa guna surat? hmmm
wah...
so sweeetttttt haha
huyoo..jiwang karat jugak nih!
nak try lah men tulis2 surat!
mcm sweet je.haha
Wasehhh, nk smbungan! Percayalahhh, kte sgup baca dr first tau T^T
Hehehehehe ;D
dalam diam aku menyintaimu.. perghhh!!!...
dah tamat ke?? alahai~
perghh KB terbaik cerita ni..mcm dah tamat ke ade sambungan?hehe..
dalam diam aku menyintaimu? perghh jiwang giler firdaus.. haha!
lah??tamat dah ker??so korang kapel lah?? alala..swetnyer..citer nih bes..lawak n bahasa yang bersahaja..cikin suka !!!
hehehe..senyum lebar bace sampai bawah..:)))
jiwang habis la daus ni..haha..happy ending la ni ye..congrates..korang berdua..lalala
lme dah tak laayng lagu stings ni..
firdaus? haha...
huyoo...part lagu tu xleyh blah mmg jiwang meleleh...huhu..
p/s: sambung yg ke 4 la.heheh
posto..posto..surat cinta dah sampai..
habiiss sekarang bukan dgn dye lagi kan..not bad story, org byk pngalaman kan..huhu..aku neh biler la nk tmbh pglman, da 5 buln lbh neh~
pergghh!! lagu tu layan masa zaman sekolah dulu2..hahaha..alaaa KB takkan dah tamat..ada sambungan lagi kan kan kan...:)
pergh lagu jiwang karat habs..hihi..kb try la buat novel..mesti best..sebab ayat kb simple tp mksud mendalam..hihi
cweetnya..siap bagi surat2 dan link lagu lagi..memang advance la..tak terfikir plak camtu. ini kisah benar ek? kantoi sudah.
MOHD NASER.com
Takda perkataan "bersambung"...
de smbung agi x? ;D
dah habis dah ke?...ada lagi ni...cerita still on-going...
waa..dapat surat chenta..^_^..kawen jangan lupa jemput okeh!
cite betol ke KB..amboi...siap berbunga hati..dapat video youtube lagi..moden betul budak zaman skang bercinta kan..hahaha..
the end? tamat?
ada lagi .... ?
blm tamat lg okey!hehe
sweet gler ar...
alaaa...bestnya..jangan tamat lagi sambung lah lagi kak kb..
follow you :)
http://hellonashina.blogspot.com/
eh mcm ade sambungan lgi je .. haha ..
amboooi dilamun cinta ni :D ehhe
laa sambung ahh. haha
wah menarik lh KB..blh buat novel ni..:)
kena buat sambungan..kalau xbuat gigit KB..haha :P
nice..hehe
takde sambungan ek...
Post a Comment