Masa sekolah asrama dulu, aku selalu guna telefon awam untuk telefon mak bapak aku sebab aku belum ada handphone lagi masa tu.. bila guna telefon awam ni, kenalah ada syiling kan? aku selalu kebas duit syiling bapak aku bila aku balik kampung. Bapak aku suka kumpul syiling, aku pulak ambil duit syiling dia kumpul tu..hahahha..
ada suatu hari, aku nak telefon mak aku tapi aku ada 20sen je..
setakat 20sen, dapat cakap sekejap je lah kan.. aku masukkan syiling tu dalam public phone tapi keluar balik.. Jadi aku cuba masukkan lagi sekali, tapi dia keluarkan balik duit syiling aku tu.. HUh, memang hampeh! Sampai kali ke sepuluh aku cuba masukkan tapi di reject jugak, aku mula berangin.. mulalah aku maki-maki public phone tu! orang yang cipta benda tu pun aku maki!
Waktu aku terdesak nak gunakan benda alah tu, waktu tu lah dia buat hal kan.. Sedang aku leka memaki public phone tu, kawan aku datang dan tanya aku apasal aku mengamuk sakan.. aku bagi tau dia..
Aku : " ni public phone bodoh ni! time aku nak gunalah rosak.. dia tak nak terima duit aku"
Dia : "yeke? meh aku cuba pulak.. tak pernah pulak public phone ni buat hal"
Selepas dua tiga kali dia cuba masukkan, hasilnya tetap gagal jugak, jadi kawan aku belek-belek syiling aku tu, tiba-tiba dia ketuk kepala aku!
" Bongok! sampai mati pun, tak kan boleh masuklah gila..!"
Aku terkejut lah sebab disergah macam tu.. aku tanya dia kenapa.. dia tunjuk syiling tu kat depan muka aku..
" ni duit syiling negara mana kau ambil ni? memang lah tak boleh masuk! saiz tak sama sengal! "
Cis, patutlah tak masuk-masuk.ni mesti terambil syiling collection bapak aku ni.. apalagi, malu lah aku! Aku pun tersengih dan perlahan-lahan berpaling meninggalkan kawan aku sambil menyanyi...
"lalalalala~~~lalalala~~"