FACEBOOK AKAN SAMAN MARK ZUCKERBERG


Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial facebook, Mark Zuckerberg. Nama sebenar dia Rotem Guez dan sekarang dikenali sebagai  Zuckerberg II , dia dah menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.


Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.

 Guez adalah pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain. Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi 
‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’
Peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit. Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook. Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg.

p/s : sanggup tu tukar nama..nama sama, muka pulak lain..hahaha, adoiyai..berani mati betul mamat ni..

18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

syuxer said...

hahah perangai nak tumpang popular la tuh..dunia dunia..

Elih Japahar said...

Sori pasal link download ombak rindu tu..mmg itu DST saja, tq tegur k..

Mazrul said...

Haha. Nama je sama, bukan orang yg sama. Kalau kena saman, mesti la org israel tu, tkkn la nk saman org yg xde kena mengena wlupn sama nama. Aduh.

Unknown said...

haha..motif sgt orng xboleh saman kalo guna name yg samakan.. hohoh

Ezad Skytech said...

haha...cari penyakit betul mamat ni...:D

Anonymous said...

tulah kan nama je yang sama..sabor jelah dengan lelaki ni.. macam-macam ada..

Nrzlx said...

sanggup buat ape sj asalkan dia bahagia...memang gila la mamat tu

Flower Detox Tea said...

bila nak berjaya..sume nak tiru orang yang dah berajaya..sampai nama pun nak tiru..

Anonymous said...

muka lain, nama sama, bangsa sama.. dasar yahudi..

aamalinaazman said...

hadoiii
ade jugak nak menyamar jadi empunye fb ni..

Acik said...

x blh blah ni ... ekekekee

yusuflaili(Goku) said...

salam;
nama boleh tukar tapi badan susah hendak ditukar...

Unknown said...

macam-macam je jadi dunia sekarang ni :(

Anonymous said...

apa nak jadi la.. haiyaaa...

Sharifah Salwa said...

mcm-2 lahh manusia nie . pelik betul

Unknown said...

Pelik2 je org sekarang ni

Khairi Fakhri said...

kah kah kah syukur jelah dengan nama sendiri xyah tumpang popularity nama org

Cik TK said...

aish... macam2 la orang zaman sekarang ni...

Post a Comment