Jadi sekarang perdana menteri kita bersetuju untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ).
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN
Memang ramai lagi yang kabur tentang sistem ni, semoga nanti bila dilaksanakan, semua penjawat awam dapat memahami sepenuhnya dan mendapat maklumat tepat tentang sistem SBPA ni ye..
6 KOMEN BERKOTAK BULAT:
huuuu
tanggguuhhh pulakkk yee...
ditangguhkan..?kita org kat sini dh tandatangan opsyen tu..mcm mana lah yer..huhu
bila difikirkan balik mmg patut dikaji semula tetapi jika lepas ditangguh takda perubahan mg mkn ati la jwbnya :(
sbpa ... sangat bertuah penjawat awam? :)
hee...ezad pun kabur2 lagi pasal ni...tak paham sgt...
nak puaskan hati semua org susah.skrg ni si A puas hati, si B x.bila runding nanti keputusannya mungkin terbalik pula. kang x pasal2 main lump sump semua penjawat awam naik RM100 je...padan muka kita semua. ish... org dah berkira2 dah naik gaji 200++
Post a Comment