seluar dalam punca kemalangan

Tahukah korang bahawa seluar dalam (spender) boleh menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya? mungkin sudah ada banyak kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh seluar dalam. Memang membahayakan!

Tahu seluar dalam tu apa? Gila kalau korang tak tahu.. tarik seluar, tengok kat dalam seluar.. itulah seluar dalam..

Kenapa aku kata seluar dalam salah satu punca kemalangan?
 masa aku dalam perjalanan balik ke merlimau tadi, sedang aku menghayati permandangan hijau ladang kelapa sawit. tiba-tiba aku ternampak sesuatu pelik atas jalan raya, jadi aku perhatikan benda tu.. Seluar dalam perempuan atas jalan raya! warna merah pulak tu..errr.. secara automatik aku terpikir, macam mana benda alah tu boleh ada atas jalan raya tengah-tengah kelapa sawit? siapa punya? terkencit dalam seluar ke sampai kena buang atas jalan raya?

Tengah best aku berpikir, aku tak perasan motor aku menghala ke sisi jalan. Peh, nasib baik aku tak tebabas kat tepi jalan tu. kalau tak mesti aku tergolek-golek dan tak dapat tulis entri ni.. paling menakutkan, tak pasal-pasal nanti aku keluar dalam surat khabar.
" seorang penunggang motosikal kemalangan disebabkan spender"

Sampai sekarang aku pikir macam mana benda tu ada kat jalan tu,
Jadi kesimpulannya..
spender boleh buat kita hilang fokus masa bawa motosikal dan kehilangan fokus semasa menaiki motosikal boleh mengakibatkan kemalangan.

Jom tambah trafik blog!


menarik!!!
nak tingkatkan trafik blog? tekan sini untuk tingkatkan trafik!


shraing is caring right..

Jawapan kepada soalan korang! #2

Dah baca sesi soal jawab pada entri aku yang sebelum ni? kalau belum dan banyak masa lapang, bacalah kat entri SINI. tak sangka aku yang korang semua tanya aku soalan kelakar..hahaa.. tapi aku tetap akan jawab ye..

15. KB dah kawen ke? - sutera kasih
-aku muda lagi lah, belajar pun tak habis..hehehe..

16. KB suka makan apa? -sutera kasih
- Err.. mencabar soalan ni.. makanan ye.. patut tanya aku tak suka makan apa la.. kalau tanya suka makan apa, susah nak jawab.. Aku tak suka Asam Pedas.. yang lain ok je aku telan.

17. KB kenal tak blog saya sebelum ni? sutera kasih
Of course la!

18. macam mana cara untuk dapatkan idea untuk buat entri2 yang best dan menarik.?asniaziz
hurmm.. (pikir)
cara nak dapatkan idea- ikuti perkembangan semasa.
kalau blog personal - perhati dengan teliti setiap perkara yang menarik berlaku sepanjang hari, tu pun boleh di jadikan bahan perkongsian.
- untuk buat entri best pulak, taip seolah-olah korang tengah bercerita pada kawan-kawan dan bukanlah buat karangan.

19. KB bila nak kawin? -josrevalution
- bila putera raja jatuh tergolek dari langit pinang aku, aku kawin lah ye.. (sila jangan percaya)

20. Kak bui tanya, kenapa tak join segmen kak bui?ini blog bui
Errr...ye tak ye jugak kan.. maaf kak bui.. sebenarnya kb asyik tangguh je.. tu yang terlupa, tapi blog kak bui ada dalam bloglist kb ye..

21- kenapa keberatan letak gambar sendiri dalam blog?msredcheesecake
sebab tak nak orang kutuk kotak bulat ni tak cantik.. jadi untuk elak orang dapat dosa mengata, maka tak letak gambar..tapi kan, ada je dulu-dulu punya entri..ada gambar kb..

22- apa no IC? msredcheesecake
soalan paling senang ni.. no ic aku ye..
ni dia - 9***********

23. nama penuh kotak bulat apa?u-mie
-kotak bulat binti bujur..
hahahha.. ok, nama aku Nurul Nazihan

24- nama ayah apa?hanif
apa punya soalan laa... tak pe, aku jawap.. Dia..Mohd Ali

25- KB asal negeri mana?anamizu
melaka..meh la datang ye.

26- Gadget pe yang kb ada sekarang?anamizu
ada laptop, handphone nokia.. pendrive, ada calculator saintifik gak tau err..gadget gak ke tu? hahaha..

27- Apa impian kb selama ini? -kancil8349
Impian ye..dulu masa kecik-kecik ada impuan tapi dah lupa.. sekarang impian aku nak kaya dunia akhirat..lalala~

28- Ciri-ciri yang kb suka untuk dijadikan suami -kancil8349
Jauh lagi ni untuk fikir.. ciri-ciri ye.. orang tu mestilah bukan kera sumbang yang tak boleh nak bergaul dengan orang lain.. paling penting dia mesti sayang aku lebih dari aku sayang dia. tapi sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak ukur.. =.='

29- Kb Baru putus cinta kan, berani tak nak bercinta lagi?  -wanie
- jujurnya aku bukanlah seorang yang akan duduk terperuk tepi almari dan menangis disebabkan kecewa cinta, cinta ni tak penting pun selagi belum sampai masanya, jadi aku selesa single sekarang..lagipun saham jadi tinggi pulak masa single ni..pelikkan?  ok, pendek kata aku tak kisah bercinta lagi tapi aku suka single.

30- apa pendapat kb tentang cinta sejati, wujud ke? -msredcheesecake
- Emm.. susah nak jawab ni.. sampai masanya setiap manusia akan mendapat cinta.. terpulang pada kita je macam mana nak menjaganya, bila Allah tetapkan itu jodoh kita dan kita berkhawin dengannya, jaga cinta itu umpama dia cinta sejati kita sebab rasanya tak boleh dinilai samada cinta itu sejati atau tak..

31- suka duka sepanjang berblogging? -yayath
blog ni baru 5bulan kot.. suka duka ye.. bila duit naik, suka lah.. bila orang dapat blog ni pun aku suka.. duka pulak.. bila..aku sudah tiada.. (lagu hujan pulak)


ok.. tu dia 31 soalan yang aku ambil dari entri jom tanya kotak bulat , ada lagi yang nak bertanya? boleh tanya kat entri ni.. kalau pasal blog pun, aku sudi kongsikan ok..