Jawapan kepada soalan! #1

semalam aku ada buat entri yang membuka peluang kepada mereka yang nak bertanya pada aku kan.. sekarang aku akan sertakan soalan dan jawapan.. semua jawapan adalah benar dan tidak menipu.. ehemmm..

1. KB sihatt? EyqaLuvender 
 - Sihat.. alhamdulillah..

2. Pakwe KB nama apa? - soliciousstorynory
 - KB takde pakwe..maka takdelah nama..hehehe

3. KB laki ke perempuan? -aimie amalinaazman
 - of course la perempuan..ehemm..

4. orang panggil kb apa? -fathiah hamim
- kat dunia luar ke? orang panggil jihan.

5. Bela panda sebagai binatang peliharaan ke? -fathiah hamim
- Err... mana nak simpan panda tu? tentulah tak..

6. adek beradik ada berapa? -fathiah hamim
- 3 saja.. sorang laki, dua perempuan

7. Kau rasa kau comel tak? -fathiah hamim
- orang kata aku sedap mata memandang, ayu dan manis orangnya..lalalaa~~

8. Jejaka pilihan kb yang macam mana ek? -bro ahmad
- emm.. terima aku seadanya.. dan menyayangi aku lebih sikit dari aku sayang dia.. (ada ke?)

9. KB ping entri kat mane yek? - bro ahmad
- Ping kat tempat biasa orang ping.. kat facebook, busuk, fanpage.. kb tak banyak masa nak ping blog.. jadi kb ping kat facebook je sekarang.

10- knape lman web gotchic ade kat traffic source blog sye kb??lman web xxxx pn termsuk,knape blog sye bleh terbclink ngan website plik2?? - speakersekolah
-tak berapa tau sangat.. tapi setahu kb, tu mungkin sebab kita ada guna widget auto ping.. harap yang lebih tahu boleh membantu..


11- Kenapa kotak bulat? -bukan retiskizmyself , sesedaporen
-panjang ceritanya ni.. ok, aku cerita ye.. masa aku sedang mencari-cari nama blog ni. aku tengah terlentang pandang siling bilik. bilik aku bentuknya macam kotak. maka disitu aku dapat nama kotak. Bulat pulak.. sebab masa aku nak on laptop aku, aku pandang screen laptop dan nampak muka aku..aku perasan muka aku memang bulat.. maka datanglah kotak bulat disamping mencari nama yang unik untuk blog ini.


12- sebelum ni kb pernah bercinta eh? -Eida arina
- pernah.


13. Sebulan berapa banyak kumpul duit nuffnang - acik
- segan nak jawab.. ehemm.. sebulan tak tau lah.. tapi dalam 5bulan blogging ni, baru dapat RM103.69 sen.. (check nuffnang tadi) dua lagi BE tengah berjalan. Blog kb ni trafik tak tinggi, jadi sila jangan gelak atau ejek ok.. 


14. apa punca putus cinta baru-baru ini? - diana rashid
- ini.. terlalu peribadi..biarlah rahsia ye..hehe




da panjang ni.. soalan seterusnya akan dijawab di next entri ye.. hehehe.. bagi yang nak bertanya lagi, boleh tanya pada entri aku kat sini

21 KOMEN BERKOTAK BULAT:

msredcheesecake said...

suka melayan soklan2 dan jawapan2 nya....hheee

abghani said...

cita cita nk jadi apa

SoLy SoLicious said...

xaci2..nk name jugak..hahaha

Unknown said...

aku nak wat jgk r camni

anamizu said...

wahhh JIHAN dah mule sesi menjawab soalan la :)



luv,
cik ana.

Unknown said...

er..soalan kitaorang belum terjawab:(..huhu

Anonymous said...

ooo.. nanti era tanye ek.. ^^

aiEz said...

pergh jwapan nuffnang tu rasa aie semangat pulak baca,ehehe..;p

ridoma said...

menarik! =)

Lea Isnawi said...

wiwit...mcm retis gitu

Unknown said...

saya langsung xde BE dari nuffnang lagi, boleh lah ajr petua2 ke nak dpt BE ni.

Acik said...

wakakakaaaaaa ...
tq for being honest n jawab soklan saya! heheheee ... :)

aamalinaazman said...

yay!
dh berjawab
hahahaha
maceh kb cyg
pompuan ye..so x leh ngorat2..hahaha
bff boleh =]

Nasz said...

nak tanya gak la. nak ngorat kb bleh? hehehe.

MOHD NASER.com

EyqaLuvender said...

hahaha..kb melayan je kte2 ni...sukelah!

maszull said...

salam KB...mcm buat segmen plak kn KB....seronok semuanya nak tahu...:)

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

rajinnya balas soalan peminat..hehehe :)

Unknown said...

huhuu nak tanya lagi boleh kb hmm

yayath said...

tetiba rasa nak tanya jugak:)hehe

Ezad Skytech said...

ramai peminat KB ni...hee~

[sutera kasih] said...

wahhhh baru 5 bln, dh dpt kmpul byk tu KB..tahniah2 :)

Post a Comment