Jangan Gemuk jadi alasan!

"Orang tak nak kawan dengan aku sebab aku gemuk"

Ada yang pernah kata macam ni atau dengar orang berkata macam di atas? Orang gemuk selalu merendah diri dan keyakinan diri berada di paras kosong! Aku ada seorang kawan yang berbadan besar (obesiti ), dia pernah meluah rasa pada aku di mana dia selalu di pulaukan tak kira di mana pun dia pergi. katanya dia sentiasa berseorangan malah tak ada lelaki pun suka pada dia.

Aku hanya mendengar dan terus mendengar, membiarkan dia meluahkan sebelum giliran aku untuk berkongsi pendapat. aku rasa kesihan pula bila dengar luahan hati dia. Mana ada orang yang tidak sedih bila diri sentiasa di pinggirkan bukan?

Aku faham apa yang dia rasa, ada seseorang pernah kata pada aku..
" kita perlu merasakan diri kita cantik, baru orang akan nampak diri kita cantik"
Betul apa yang dikata, kita perlu hargai diri kita terlebih dahulu sebelum nak orang hargai kita. Cari di mana kekurangan kita yang perlu diperbaiki. Jangan merungut dan mempertikaikan apa yang Allah kurniakan pada kita, bersyukur kita masih sempurna.

Dipinggir sebab gemuk.. mungkin ada segelintir yang memilih untuk berkawan dengan yang cantik tapi tetap ada yang tak memilih dalam berkawan. Kita hanya dipinggirkan bila orang sekeliling merasakan yang kita ni sombong atau berperangai buruk. Jujur aku katakan, golongan seperti ini dipinggirkan sebab sombong. Kena tegur dulu bila bertembung, kalau si kenalan tak menegur, kita pun buat tak kenal saja kan?

 Mungkin bukan niat kita nak sombong, cuma kita tak pandai nak bergaul dan memulakan perbualan. Tapi bagi orang yang tidak mengenali kita, mesti fikir kita ni sombong. Pendapat aku, ubah perangai tu.. Belajar berkawan kalau kita nak orang kawan dengan kita. Kawan ni bukan jatuh dari langit ye, kita yang kena mencari.

Orang gemuk tak ada lelaki/ perempuan yang suka..Selalu aku dengar ni, merendah diri sangat-sangat sebab tak ada lelaki yang suka. Perlu ke seorang kekasih? bukankah Allah telah menetapkan jodoh kita? sampai masanya nanti, kita akan bertemu juga dengan si dia. Sepatutnya kita bersyukur, bila kita gemuk.. perasaan kita tak akan dipermainkan oleh sang lelaki buaya kan.Lihat sekeliling, berapa ramai perempuan gemuk berkahwin?  biasanya perempuan gemuk kahwin dulu dari yang kurus kering ni, orang kata yang gemuk ni penyayang jadi sesuai di buat buah hati kan. 

Bila kita rasa kita cantik dan dalaman kita cantik, aura cantik tu akan menyerlah pada luaran kita.

Banyak lagi yang aku nak luahkan, tapi buat masa sekarang sampai di sini sahaja.. sekian terima kasih kerana membaca.

24 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Unknown said...

betul tu.. x perlu merendah diri.. yakinlah pada diri.. :)

si cantik sally said...

betol tu aura cantik bermula dr dalam..hekhek..:)

Unknown said...

huiii tak semestinya orang gemuk takde kelebihan. tapi kan cantik tu subjektif.. ada yg ckp gemuk tu comel.

kokser kokdam said...

kiut je aku nengok gamba budak tu.. ehee

Ceiler Mun said...

aku setuju dengan kau.. jangan merendah diri sebab kita gemuk.. tak de kekasih tu bukan alasan untuk si gemuk merendah diri.. jodoh kita, Allah dah tentukan.. :)


*aku pernah gemuk juga dulu.. dulu.. dulu... dan aku paham perasaan mereka yang gemuk.. mereka patut baca entry kau.. nice dear :)

RHI said...

ye lah, akak pun ada gak kawan macam tu, suka sangat ambil tahu nilai pandangan orang, mulalah rasa rendah diri....

geram betul akak tengok budak tu, rasa nak cubit2 je pipi dia

cikgu said...

cf rasa cf xcantik...tp ttp yakin brhdpn dgn org...terima anugerah Allah dgn syukur sbb walau xcntik tp masih sempurna dan xcacat..kan KB....hehe

aamalinaazman said...

hoooo yeahhh!
saya juge dr golongan itu
huuuuu
adakalanye ada juge rase rendah diri tu
kekdg malas nak pk sgt..hehehe
lalui khdpan mcm org lain..an2 =]

SoLy SoLicious said...

xsuke bila ade yg membanding2 kan fizikal...

bukanretis said...

org gemuk ni cantik jugak sebenarnya...yg penting mereka kena yakin...

[sutera kasih] said...

ohhh lepas ni nk rasa diri comel la, aura comel tu akan menyerlah luaran nnti heee..thanks KB bg semangat ! :)

arituarini said...

jgn la memilih dlm brkawan...kdg2 yg gemok+buruk tu lg baik dan jujur dari yg cantik+kurus.

Unknown said...

biasala orang yang kekurangan ni akan merendah diri huhuuuuu

Anonymous said...

betul apa yang kb cakap! era sokong! he he he, nak jadi gemuk jugaklah, kb kata gemuk itu penyayang.. he he he~

budakijaupendek said...

takpelah jika berbadan besar.
yg penting hati budi baik.
kalau peragai haremm muka lawa pun takde siapa berkenan dimata.

Aien Not Alien said...

hati ikhlas main peranan, bukan fizikal...

anamizu said...

kacak luar belum tentu kacak dalam..
kan KB kan?
biarkanlah mereka mahu kata apa..
yg penting,SENYUM tak perlu kata
apa-apa :)




luv,
cik ana

Zul fattah said...

aku lebih sukakan org yg berbadan gempal.. sedap r buat tidur malam.. haha.. harap2 dpat isteri yg gempal2..

Anonymous said...

Allah did a certain act for some reasons :D

shamyheart said...

Sha seorang yang cantik. Haha~ *tetiba perasan sudey~


Keyakinan diri tu penting.


P/s: Dah terkeluar dari bloglist KB. Sedih2.

Anonymous said...

tak amik kesah sangat pun..lantak la org nk kata apa..yg penting kita tau siapa kita...
gemuk comel..huhu

Kancil 8349 said...

setiap manusia di dunia sudah ditetapkan jodohnya...jika di dunia ini tiada mungkin di syurga ada menanti...apapun, tidak perlu rendah diri...sebab dah besar badan patutnya bangga...kerana sihat.

panglima harapan said...

aq lak bdan mcm ppan...
owg kata mcm2 kat aq...
smpai aq hilang kyakinan dri kkdg tue..
argghh...

Hamsturger said...

betul ke orang gemuk kahwin sebelum orang kurus??? Saya cuma nak tahu sebab saya jarang dengar orang cakap camtu.

Kalau betul, saya nk bgtau kengkawan...

Post a Comment