Malaysian punk muslim

Malaysian punk muslim adalah satu page yang di buat di facebook oleh orang malaysia kita dengan tujuan berdakwah.. aku rasa ia mengikut page daripada indonesia sebab info tentang page ni menggunakan bahasa indonesia..

Admin page ini mengaitkan punk dengan islam, di mana islam dan punk boleh disatukan. mereka mengaku diri mereka punk tapi masih beriman? aku ikuti page ini sejak dua tiga hari yang lalu, banyak yang buat aku ketawa dengan hujah masing-masing. Kawan aku yang tunjukkan page ni pada aku dan kawan aku tu memang budak punk. Dia bagitau aku tentang cara hidup punk dan tak ada apa yang boleh mengaitkan punk dan islam.

Punk satu elemen muzik sedangkan islam adalah agama yang suci. Apakah ini bermakna hanya dengan menambah perkataan muslim di belakang perkataan akan menjadikan orang itu seorang yang beriman? contoh macam pembunuh muslim, skinhead muslim.. adakah nama menghalalkan cara?
Aku rasa admin banyak mengelirukan orang tentang apa yang cuba disampaikan..

Niatnya baik untuk berdakwah, tapi tajuk page tu yang tak betul! aku dan ramai umat islam mahupun budak-budak punk sendiri rasa lebih baik tutup page tu  menyuruh admin menutup page malaysian punk muslim tu. Aku setia mengikuti perkembangan page tu untuk melihat sama ada admin dan sekutunya menjawab setiap persoalan yang budak-budak punk tanya, tapi hampeh.. jawapan tetap tak dijawab malah banyak merendah-rendah pendapat orang lain dan mencarut! Inikah dakwah?

Bagaimana mengaitkan punk dengan islam? sedangkan ia berbeza..
- Gig punk bercampur laki dan perempuan
- pakaian punk berbentuk tengkorak dan gambar-gambar yang entah apa-apa
- muzik punk melalaikan

Aku takut.. page ini akan meracuni fikiran remaja bahawa menjadi punk dan mengikut cara punk itu diterima agama. Betul ke?


p/s : aku bukan seorang yang arif tentang agama, jika ada yang silap kata.. aku mintak maaf..

26 KOMEN BERKOTAK BULAT:

SoLy SoLicious said...

mcm2..

aamalinaazman said...

pehhhhh
gerup cm ni pon ado ke?

adoii
dgr name fan page ni pon dh peli
mang mudah jek kalo org nak keliru
aihhh

tolong la admin page ni buat sesuatu..
kalau die syg ISlam..aiyoo...

Zul fattah said...

page cam ni pun ada ke? pelik kot.. menggong ke ape ni?

Unknown said...

mcm2 page ada sekarang nih.. hishh pening pening~

syuxer said...

fanpage mcam ni pun ada..aishh..wat malu islam je..punk tuh bukannya bagus..budaya dia sungguh ekstremm

Zul De Alexis said...

Thank atas info nie..sM pon nak memerhati page nie juga...sejauh mana penyampaian mereka..

Anyyss Shuhaimi said...

yang tak baik cuba ditonjolkan baik..hmmm..bahaya tuh!

Unknown said...

ayie rase pon better tutp shje page tu...

zz~ said...

haaa..btol tu...org yg bru nk blajr islam..mmg hancor la...enth pape punk nk kait ngan muslim...sgt x crdik..

yaya said...

mcm2 da blaku skrg..dunia da smakin akhir zaman. diri mhukn Islam tapi hati msih lg dgn dunia punk.

Unknown said...

anasir2 yg mcm ni le yg dok rosakkan akidah umat islam....

Sarah Mnasir said...

apa kejadah page cmni.. ta btol lgsg.. kang bg ajaran sesat..

Unknown said...

dah terang2 music punk tu budaya dam musik yang bertentang ...nyanyi nashid kan lebih baik

Jom Makan said...

Mcm2 la skang neh..nsib x de grup bohsia muslim,gay muslim,per0mpak muslim..adoiiyai

Anonymous said...

aku tak minat punk...
teruk betul la, ada jgk pun Islam... pandai2 la kita jaga diri kita...

Unknown said...

mesti dalang nak pecah belahkan umat islam d malaysia ni..berani betul dia org

Anonymous said...

salam. i think la kan. dorang nie nak bangkitkan dunia punk balik kot. hahaha. mcm x kena je andaian nie kan? dunia2.

Rean said...

bahay page tu..kalau report, facebook boleh padam kot..

Alif Haris said...

baik report ke group tu ..
mcm bahaya je..

Anonymous said...

huh! macam-macam daaa.. -.-'

Wanie said...

skang ni kan dah macam group ntah pape tambah2 kat facebook tu..klu x kuat iman ramai gk yang sesat..huhu

K said...

baru tahu, dashyat tol

sesumpahmerah said...

ada ke mcm tu...diaorang tu obses telajak lh tu..sangup letak mcm tu..yg penting diaorng nak halal kan apa yg dia org buat tu...hhaahahahahhaa

Anonymous said...

This post could not be more precise!!

Anonymous said...

aku seorang punkers...aku jua x stuju dengan page punk muslim ini..islam itu kan hukumnya mutlak...mana bley di ubah ubah....punk tu pula adalah alternatif pemikiran memberontak melalui muzik fesyen..dan lain lain...bagi aku...budak yang wat page tu patut rase berdose arr...sama gak ngan orang2 yang berpakaian suci tapi hati x suci..hahahaa...samala aku...mengaku tuh....tapi x baik arr main main agama ni kan....

Anonymous said...

Tpi sya rsa group ini dtbuhkn bgi mmperbetulkn akidah bdak punk skrng ni .. Mnkin cra ini blh mndkat kn diri dngn punk2 yng smkin lri akidah mrka .. Mnkin itu sja cra untk mndkt kn dri dngn mreka dan sikit2 mmbtul kn mreka ... Tapi itu cuma pndapt sya ... Klau sya pnya pndapat ni slh atau ada yng mrh ke sowry la .. Ini hnya pndapt sya mngenai group ni ..

Post a Comment