Wahai blogger, bila nak maju?

Aku terfikir, sebagai seorang blogger kita perlu maju dan mencapai beberapa tahap dalam dunia maya ini. Tahap pertama ialah mencari follower, tahap kedua ialah mencari pembaca, ketiga pula meningkatkan trafik dan akhir sekali menguasai SEO.


Persoalannya, perlu ke seorang blogger melalui tahap-tahap ini?
Bagi seorang blogger yang serius dengan blog, jawapannya ialah ya! trafik memainkan peranan utama untuk meningkatkan pendapatan daripada syarikat iklan. Dalam permerhatian aku, ramai rakan-rakan blogger yang mula serius dalam blogging dan buat entri SEO. Kalau dulu dia buat entri santai-santai, tapi sekarang entri panas dan isu-isu semasa jadi pilihan.

Aku ?
Tak tahu di tahap mana, mungkin belum sampai tahap satu pun. Aku terlalu sibuk dengan kehidupan harian sampai mula terasa blog aku makin terpinggir. Terpinggir dari aku dan terpinggir dari blogger lain..Dalam senyap-senyap aku mencuri masa untuk baca entri di blog kawan-kawan.. Wah, ramai dah beralih pada entri SEO.. bagus!

Bagus sebab maju setapak lagi.. bersaing dan terus bersaing untuk mendapat UV yang tinggi.. Aku hanya tetap di sini melihat bilangan pengunjung yang sekata setiap hari.. tak ada UV yang melonjak naik, cukuplah pembaca setia yang sudi menjengah..

Blog kotak bulat.. tetap tentang aku, kau dan mereka..

29 KOMEN BERKOTAK BULAT:

kiz said...

tak salah mencuba ..sekadar nak menguji sejauh mana tahap blog kita..hehe

Unknown said...

samalah kita...

Niena Muhammad said...

erm...bgi sy blog ni sekadar suka2...xpandai nk buat entri2 SEO..hnya tau tulis dan publish...itu saje.. tpi kalau ada pengunjung rasa hati ni suka. berbunga2 :D

Unknown said...

ohh saya tak reti buat entry SEO. so memang takkan buat pun

Unknown said...

sy berblog sebab nk cari pmbaca setia. xde lngsung enty seo.:)

Aku DaN SeSuAtU said...

jalan2 sini...sentiasa maju ke hadapan..menulis selagi termampu:)

abghani said...

blog bukan sumber gaji

nuyui a.k.a miss YUI said...

blog yui??

suka2 aje ni..heheh..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Yang penting terus menulis.kita yang ada tugas lain memang susah nak capai ke tahap tu..cukuplah kita tulis ada 3-4 org baca.

Sarah Mnasir said...

lame xmai cni.. awt entry cm emo ni kb.. huhu

Unknown said...

Bro ada buat entri yang blog berbasic SEO serius membosankan..sebab apa bosan, tiada nyawa atau naluri hidup hanya untuk kejar trafik..memang trafik banyak tapi perhubungan sesama blogger tiada..serius memang bosan..oleh itu kalau boleh jangan main SEO je, selang seli untuk hiburan sikit2..boleh buat entri SEO bukan tak boleh, Bro ahmad tak buat entri SEO, melalut2 je trafik organik dari enjin carian mantain setiap hari.yang penting kuatkan blog dulu sebab kita ni tak larat hari2 nak blogwalking kan2.

masih lagi proses pembelajaran menulis entri dengan baik,

tak salah belajarkan KB

hajar said...

selalu gak menjengah.. lebih suka jadi silent reader....

anamizu said...

cik ana pun tak tahu di tahap mana..
dan tak pernah fikir pun nak kejar UV + SEO + TRAFIC tu smua..yg ai tau ai puas stiap kali dpt share info
dgn pembaca..thats enough for me :)




luv,
cik ana

Zul fattah said...

yup aku stuju.. buat ape kita nk kejar semua tu.. bukan best pun kalau jadi retis blogger..
aku lebih suka macam ni.. kenal kawan.. dan jalan2 blog kawan2..
blog utk mengisi masa lapang dan menyebarkan ilmu.. InsyaAllah..

SoLy SoLicious said...

tulis sekadar ape yg nk ditulis aje...teheee


P/s : kite setia aje dtg sni :))

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bagi saya yang penting pembaca mendapat input apa yang saya tulis. itu sangat penting :)

syuxer said...

SEO la syuk tengah terokai..nampak gayanya masih belum pandai lagi..

[sutera kasih] said...

tetap jenguk KB :)

sy pun xtau sy di part mana..tp yg pasti, suatu saat nnti, mungkin akan hilang dr dunia blogging..

Ezad Skytech said...

rasanya lebih selesa kita jadi diri sendiri KB...kalau kejar sgt semua tu...serius..kita sendiri yg merana nanti..

setuju dengan bro ahmad tu..kalau trafik tinggi2 pun..tapi interaksi dengan rakan2 blogger lain tu kurang..rasa macam syok sendiri je berblogging..

jadi diri sendiri je..apa nak post..nak cerita...kita post je..janji ada yang sudi baca...kongsi pendapat...happy blogging ok KB...(^^,)

Unknown said...

SEO tu sejenis makanan ker..?hihi
kak bui buat entry ikut sesedap ati jer,tak reti nak main2 SEO ni..serius...

RHI said...

akak ni lagi tak kesah tentang tafik, akak akan terus menulis dan berharap orang akan suka ngan n3 akak

shamyheart said...

A ah, ramai dah yang buat entri SEO. Sha baru zero kot bab ni..

Nak belajar juga sebab suka bila kita tak up date pun, ada jer trafik masuk. Orang kata, kita tidur pun duit masuk je. Haha~ Ada sama tak?


Tapi yang tak best kalau blogger tu dah tak melawat blog kita, buat hal dia jer.

msredcheesecake said...

Oleh kerana komitmen lain byk, tak dapat nak set goal tinggi melangit. Sekadar nak capai dapat update setiap hari cukuplah utk msred...

Unknown said...

kb dah otai..trafik ribu riban kan.. hehehe..

HanTu-ToMYam said...

yang ptg sekali follower yg setia..=)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
syazwani ab said...

saya setia dengan blog anda. kehkeh

Belog Sambal Belacan said...

terpinggir pun kb masuh dasyhat lg..maintain..

Anonymous said...

he he he .. silap tanyelah..

SEO tu apa?

Post a Comment