3 TANDA SI DIA TAK BERMINAT BERBALAS SMS

Ramai orang tak tahu sebenarnya apa tanda seorang gadis/lelaki tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang. Aku bagi korang perkara yang selalu terjadi tapi tak ramai yang tahu hal ni terutamanya lelaki. Ini tanda-tanda orang yang korang sms tu tak berminat untuk dengan korang.


1. Menghilang ketika sms
Si dia akan tiba-tiba tak balas lagi sms korang, dia balas hanya dua tiga kali saja, dan kemudian dia menghilang. Korang pulak pikir dia mungkin tak perasan sms korang tu, korang pun hantar lagi sms berpuluh-puluh pada si dia tapi tetap tak ada balasan.


2. Tak ada kredit
Ini alasan paling mudah untuk menolak ajakan berbelas sms, tapi alasan ini biasanya tak dapat bertahan lama kerana lelaki ni pemurah bila terpikat pada dia kan. Korang mesti akan topupkan si dia bila dia tak ada kredit kan tapi hati-hati, ada dua kemungkinan kenapa dia kata tak ada kredit iaitu :
-betul-betul tak ada kredit
- Mahu berhenti ber 'sms' dengan kamu
- ingin kamu topupkan


3. Balas pendek.
Bila sesorang tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang, walaupun korang hantar berpuluh-puluh perkataan, dia hanya akan membalasnya sepatah dua kata je.
contoh korang hantar sms
awak dah makan? awak makan apa je tadi? saya makan nasi beriani tadi, sedap tau. awak pernah makan?
Si gadis pula menjawab :
DAH
ok, aku rasa itu sangat jelas dia tak berminat dengan korang ye.

Aku bagi tiga saja dulu tanda untuk mengetahui si dia tak berminat untuk berbalas sms dengan korang ye.  Tanda-tanda ini juga boleh didapati pada lelaki ye, jadi kalau perempuan ingin mengetahui sama ada si lelaki minat atau tak bersms dengan korang, perhatikan tanda-tanda ini.

Kalau ketiga-tiga tanda ini ada pada pasangan anda, ketahuilah yang dia telah hilang minat untuk berbalas mesej dengan korang ok.

Persiapan hari pertama bekerja

Hari ni pagi-pagi dah bersiap nak ke bank.
Kena buat akaun bank baru dan akaun kwsp
Isnin nanti dah mula bekerja nampaknya aku
Aku rasa berdebar ni  macam aku nak naik pelamin pulak!

Semua persiapan aku dah buat rasanya, jadi hanya tinggal menunggu hari saja
Doakan semuanya berjalan lancar ye.

Ok, aku nak bagitau..
Aku sebenarnya dah buat e-novel..
tapi aku buat secara berperingkat
aku dah masukkan e-novel tu dalam satu forum online.
Nak tunjuk kat korang,
aku segan..hahaha
Jadi baik aku bagi orang yang tak kenal aku saja yang baca kan
lalala~~

mencari kerja bukan mudah

Minggu ni aku kurang manjakan blog aku ni, sibuk cari kerja sebab dah sebulan aku bercuti. Puas dah rasanya aku bercuti jadi sampai masanya keluar mencari pekerjaan pulak kan?

Memang aku tak nafikan, sekarang ni susah gila nak cari kerja terutama pelajar yang baru habis belajar..belum ada apa-apa pengalaman lagi. Hampir 90% pekerjaan yang aku tengok dalam internet ini memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja.

Jadi macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman kan? tapi aku tak salahkan pihak syarikat pun, mestilah dorang nak dapatkan tenaga yang tak perlu dilatihkan lagi tol tak?

Jadi pada yang baru habis belajar dan sedang mencari pekerjaan, jangan memilih sangat sebab tak apa kalau bermula dari bawah, perlahan-lahan kita naik ke atas kan. Tapi carilah yang sesuai dengan kelayakan jugak ye..

takkan korang belajar diploma, cari kerja pembantu kedai runcit pulakkan?

ehemm, aku baru dapat kerja kat kilang Chestronic. Esok ada interview lagi.. nak pergi ke tak? Mr panda cakap aku ni kelam kabut sebab banyak sangat interview nak pergi.. hehehe..

tips : pergi banyak interview, dapat tingkatkan keyakinan diri