mencari kerja bukan mudah

Minggu ni aku kurang manjakan blog aku ni, sibuk cari kerja sebab dah sebulan aku bercuti. Puas dah rasanya aku bercuti jadi sampai masanya keluar mencari pekerjaan pulak kan?

Memang aku tak nafikan, sekarang ni susah gila nak cari kerja terutama pelajar yang baru habis belajar..belum ada apa-apa pengalaman lagi. Hampir 90% pekerjaan yang aku tengok dalam internet ini memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja.

Jadi macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman kan? tapi aku tak salahkan pihak syarikat pun, mestilah dorang nak dapatkan tenaga yang tak perlu dilatihkan lagi tol tak?

Jadi pada yang baru habis belajar dan sedang mencari pekerjaan, jangan memilih sangat sebab tak apa kalau bermula dari bawah, perlahan-lahan kita naik ke atas kan. Tapi carilah yang sesuai dengan kelayakan jugak ye..

takkan korang belajar diploma, cari kerja pembantu kedai runcit pulakkan?

ehemm, aku baru dapat kerja kat kilang Chestronic. Esok ada interview lagi.. nak pergi ke tak? Mr panda cakap aku ni kelam kabut sebab banyak sangat interview nak pergi.. hehehe..

tips : pergi banyak interview, dapat tingkatkan keyakinan diri

10 KOMEN BERKOTAK BULAT:

misshannajr said...

gudluck awak..xpe slow2 kayuh..xde apa yg dapat trs kan..jgn memilih sgt tp kena sesuai jgk la kan.. :))

aimie amalina said...

huuu
sy memahaminye
berbulan2 mncri keje x dpt lagi :(
sabr
sabar

btw..alhamdulillah buat kamu, wee..akhirnyaaa :)

Eza Boom Boom :) said...

takpe, pergi je interview tu walaupun banyak. Tak try, cemana nak tau kan. Semoga berjaya KB! :)

Fendy said...

memg susah nak cari kerja skrg...ermmm....xtau la...doa2 harap dpt..good luck yerr

Cik Lia Lomi said...

betul tu susah nak dapat kerja sekarang ni dan banyak interview dapat tingkatkan keyakinan diri..

Lia masa dapat kerja nasib baik bos Lia tak pentingkan pengalaman sangat, dia kata pengalaman boleh datang selepas bekerja..ngehhh

nini said...

tak pe....mula dari bawah...sebab pengalaman tu amatlah berguna...abru kita rasa erti kehidupan yang sebenar....

Khairil said...

hilang pula shoutbox dia....huhuhu

Rai said...

selamat berinterview..semoga berjaya..

faridah nazurah said...

Good luck kb.. Xyah memilih sgt keje ni. Tp kalau rasa nk permenant punye keje mestilah kene cari yg elok

Ain Dzaya said...

byk interview xpe..cari pengalaman..tp nanti dah dpt keje gunakan peluang yg ada sebaik mungkin ;)

Post a Comment