Bagaimana tenangkan hati yang sedang marah pada kekasih

Bagaimana cara nak mengurangkan rasa marah dan kecil hati kita terhadap pasangan? Adat dalam hubungan percintaan, ada pasang surutnya.. kejap bahagia dan sekejap rasa mcam nak bunuh orang! hahaha..

Pernah tak korang sakit hati sebab si dia tiba-tiba tak angkat bila korang call? Geram kan..lagi-lagi yang tak reti bahasa call smpai 100 kali tapi si dia tetap tak angkat.

Pernah berjanji nak berjumpa tapi bila makin hampir masanya, dia tak dapat dikesan?

Pernah korang merasa masa antara korang semakin berkurang? nak jumpa pun susah..

Pernah tak bila korang dah kepam-kepam kan kemarahan korang ni, tapi bila berjumpa tak jadi marah sebab si dia ada macam-macam alasan.

Kalau pernah rasa seperti di atas, korang mesti dengan pantasnya memikirkan.. DIA DAH TAK SAYANG! DIA ADA ORANG LAIN!

hahaahhaa.. sebenarnya bila dalam keadaan marah dan kecil hati, kita sering nampak keburukan dan lupakan kebaikan si dia.. Tarik nafas dalam-dalam dan jangan lupa hembur.. mati pulak nanti!

Cuba ambil masa waktu si dia tak dapat dikesan tu untuk pikirkan..
Adakah semalam dia membahagia kan kita?
Adakah semalam dia masih ambil berat tentang kita?
Adakah semalam dia masih buat kita tersenyum?

Mungkin hari ini dia ada masalah atau ada halangan.. percaya lah yang seboleh-bolehnya pasangan ingin menyelesaikan masalah mereka sendiri dan mungkin mereka berusaha sebaiknya untuk meluangkan masa dengan kita.

Maafkan dia dan kenangkan segala jasa baik dia sebelum ini.. kenangkan betapa dia sanggup bersabar dengan perang anda semua yang macam puaka kadang-kadang tu.. Jadi bila tiba masa kita bersabar, kenapa kita tak boleh bersabar?

# Kecuali kalau dah kerap sangat dia buat hal, maka anda boleh pikir bukan-bukan dan berwaspada lah.. hahaha...

1 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Arep Skema said...

Hehe kadang kadang jugak lah jadi macamni. Tapi saya fikir positif je, fikir malas nak gaduh gaduh :D

Post a Comment