Biar Bodoh, Jangan pemalas

Assalamualaikum kawan-kawan...

Korang pernah kenal dengan seorang yang pemalas? tak kiralah perempuan atau lelaki..

Aku nak cerita tentang si Adam yang selalu ingin memikat hati si Hawa, seorang gadis yang baru dikenalinya.

Si Hawa tertarik pada cara layanan Adam padanya dan rupa paras adam yang menarik. Selain itu, Adam juga seorang yang berpendidikan.. Adam pernah mengadu padanya tentang cintanya yang sering ditolak oleh perempuan. Hawa teringin untuk mengetahui apa puncanya..

Hawa : Kita berkawan dulu ye bagi kenal hati masing-masing
Adam : Okay..

Mereka pun berkawan dan Hawa menjadi tempat luahan keluh kesah si Adam..
Adam : Aku rasakan, aku dah tahu kenapa perempuan tak suka aku.
Hawa : Haa, kenapa?
Adam : Sebab aku orang susah.. keluarga aku miskin je. Bapak aku pesara and mak aku pulak suri rumah.. Adik beradik ramai pulak tu.. Kadang-kadang kena sehari tak dapat makan.

Hawa yang mendengar jadi makin simpati dengan keadaan Adam..

Hawa : Adam, kau kerja apa ye?
Adam : Kerja? tak lah.. aku tak kerja dah.
Hawa : Habis kau buat apa sekarang?
Adam : Tak de buat apa.. Lepak dengan member-member je lah. Bosanlah kerja..
Hawa : Haaa??? Habis mana dapat duit belanja?
Adam : Bapak aku kan ada..
Hawa : Kau cari lah kerja, kata orang susah..
Adam : ish, bukan aku tak nak kerja.. Tak jumpa kerja yang ngam dengan jiwa lah.
Hawa : Lau tak jumpa yang ngam, kerja lah lain sementara tunggu yang ngam tu.
Adam : Malaslah.. buang masa je aku belajar tinggi-tinggi kalau kerja kuli-kuli je.

Hawa naik berang dengar jawapan Adam, lalu bertekad menjauhi Adam..Seminggu kemudian, Adam menghantar sms kepada Hawa.
Adam : Kau pun macam perempuan lain kan.. tinggalkan aku..

Hawa pun membalas..

" Biar tak pandai, jangan jadi pemalas.. makan pasir aku kalau aku kahwin dengan kau.. Kau malas kerja, aku pun malas nak kawan dengan pemalas."

23 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Pn. Sheila@CC said...

hehe.... ramai mcm tu kan... biar gaji kecik dr x keje langsung....

Bobo said...

lelaki mana boleh jd pemalas kan..tak gentle la mcmtu..

MeeRole said...

adushhh..aku bru je brenti kerja ni..hehe

ary_lee said...

HahahahaXD
Seswai sangat~~
Padan muka adam^^
eh?
blog ni dulu biru-putih kan?

delarocha said...

haha, padan muka... malas sgt

Cik Semut... said...

hahaha..betul2..bagus gak perumpaan tu..biar bodoh,jagan pemalas..

maszull said...

assalamualaikum KB...betu2 tu lebih baik bodoh dr yg pemalas ni...:)

blogtilldrop said...

betul betul betul ...( gaya upin dan ipin)

Miftahul Raudhah said...

such a nice story! sob..sobb >.<

Onitsuka_hana said...

pendidikan dah ada cma malas ja.huhu geram juga. malas ok lg tapi menyusahkan org. ayah dia bg duit belanja lg.huhu mmg ayah xkata apa2 tapi dalam hati ayah siapa yang tahu kn

Bui Junaidi said...

SETUJU SANGAT..LELAKI KENA RAJIN CARIK DUITKAN..

Salwa said...

Kejayaan hanya dicapai oleh orang yang rajin. :)

Zul Fattah said...

that true.. bodoh mcam mane pun.. asgment kena siapkan jgak..

yusuflaili(Goku) said...

Pandai pun tak guna kalau malas..

ϟ Zeera AzZahra said...

memang kena sangat la jawapan tu!

Eza Boom Boom :) said...

kerja jangan tak kerja, dah tau family susah... :( ehmmm...

Aishah Jahirah said...

kan dah kena dengan hawa...

Ruzzezanie said...

good entri! isi tepat!

kan? sesetengah orang sekarang ramai macam ni. sebab pk belajar bagus, tinggi. so, kerja rendah2 ni dipandang sepi. padahal, dari kerja rendah dan sikap bersyukur tu la Allah murahkan rezeki pada kerja lain yang kita tak duga.

Perjalanan kita kan rahsia Allah.. spatutnya bersyukur kan? :)

nadia farhana said...

yup rezeki dimana-mana dengan syarat jauhi sifat MALAS :)

sha my heart said...

krja halal, xkisahla rndh pn. Kuli pn.

anif abdullah| AA said...

boleh plak macam itu. aihh, takmo malas2...

cik pika said...

keje melambak.. nk x nk je.. "aku pon mls nk kawan ngn pemalas".. :D hehe

Limin said...

wahhhhhhhhhhhhh.... aku kene beruabah ni.. x nak jadi pemalas gak.. hahaha

Post a Comment