Terima Panggilan temuduga

Letih rasanya badan aku hari ni.. huh, kerja kena buat overtime jadi aku kerja dari 7 pagi sampai 7 malam, bila malam pulak aku kena buat apam sebab dan tempahan 100 biji apam polkadot.. Serius penat rasanya sejak buat bisness part time ni..

Ok, aku nak cerita ni.. Kelmarin aku dapat panggilan untuk interview kerja kerajaan hujung bulan ni. Aku pun tak tahu nak pergi ke tak.. Mak aku kata pergi sebab bukan senang nak di panggil temuduga ni tapi ayah aku pulak kata tak payah pergi lah sebab aku kan nak sambung belajar lagi.

Jadi lepas dipikir-pikir, baik aku pergi untuk dapatkan pengalaman hadir temuduga kerajaan kan? betul tak? tak rugi apa pun..

Petang tadi, aku cakap dengan bos aku yang aku dapat interview kerajaan.. muka dia terus berubah.. huhu.. dia kata macam nak tercabut jantung dia bila pikir aku nak berhenti kerja.. Tapi aku cakap dengan dia, aku cuma nak tambah pengalaman je pergi interview tu, belum tentu dapat lagi..

Dia kata, susahlah kalau aku berhenti sebab nak kena cari orang baru dan aku kena latih pekerja baru tu.. Plus dia kata kalau boleh jangan lah berhenti.. Aku cakap, naikkan lah lagi gaji.. hehehhe...

Apa-apa pun, aku suka kerja aku sekarang.. Cuba cakap, tempat kerja mana yang naikkan gaji staff dia tiap-tiap bulan? heheheh..

9 KOMEN BERKOTAK BULAT:

maszull said...

assalamualaikum KB...tahniah bagus tu pergi temuduga dulu dpt ke x belum tahu lg kan...:)

Cik Mizah said...

naikkan gaji..haha xleh blaa

[sutera kasih] said...

sy ganti tmpt awk la hehe

Zul Fattah said...

wohaaa.. dapat twaran kerja lain kat mane tu? kalau dah suka yg sdia ada.. stay je la..

Bui Junaidi said...

GUD LUCK KB

miss fara said...

awak.nanti dah temuduga kerajaan cerita apa dia tanya tau hihihi..pengalaman tu penting

Anonymous said...

ceritakan pengalaman anda nati ok??/

Ruzzezanie said...

mesti dah pergi interview kan? best kan? :)

sha my heart said...

wah, best2.
Best utk dpt intrvw. Best utk gji tiap2 bln naik. Well kat shell lg ke?

Post a Comment