Kasihan Blog kotak bulat

Lama rasanya aku abaikan blog ni, maaf pada yang setia mengunjungi blog aku ni sehingga sekarang.. Kalau nak bandingkan dengan waktu dulu, pageview blog aku sekarang jauh lagi rendah.. hehehe.. dah sibuk kerja and buat bisnes, tak perasan blog dah lama terabai..

Hari tu aku menggatal ubah blog aku ni, buang template lama dan download template yang cari kat google tapi tak cantik bila dah pasang kat blog ni.. Jadi aku nak guna semula yang lama...Punyalah bengong aku ni, aku lupa yang aku tak ada simpan pun template lama.. Cis.. jadi aku kena lah buat balik blog ni..

Di sebabkan kemalasan aku, rupa blog aku makin teruk! Jadi aku upah orang saja untuk edit blog ni.. hehehe.. senang dan mudah.. Comel pulak tu kan?

Sebelum-sebelum ni, pengunjung aku banyak datangnya daripada busuk dan google.. tapi mungkin di sebabkan template aku yang dah berubah yang mana telah membuang meta tag dan sebagainya..jadi semuanya kena bermula dari bawah.. tapi nantilah baru aku buat.. hahahhaa..

p/s : Jangan tertipu dengan bilangan follower blog ni sebab yang datang nya mungkin 1% je sehari.. ehemm..kesihan kotak bulat..

12 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Aien Alien said...

dah lain...kali ni purple pula :D

HAFIZAL said...

TAK KISAH LAH ASALAKAN IANYA MASIH WUJUD...HEHEHEE

faridah nazurah said...

hehe tu la.. lain kali jgn lupe save template tu eh.. mula2 masuk blog ni mmg agak terkejut la sbb lain sgt. tapi okey la jugak ni KB..

hehe apam comel tu pun xleh hantar sampai ke kajang ke kak?

hana said...

haha..
still cute ag blog awk ni..
hihi

MeeRole said...

baru nak upah kb edit blog..tup2.. kb pulak yg upah org..haha..pmalas..

msredcheesecake said...

kasi mekap sket... hheee... akak pon memang kemalasan nak edit blog sbb lembab ..

Zul Fattah said...

tu r pasal.. senyap je ko skrang.. harap2 lpas ni, dpat r update blog slalu.

diana said...

akak pun sejak jarang berblog ni memang pageview sehari tak sampai seribu.malas update punya pasal..malas bw pun ye..
ping entry pun jarang2 dah..

Cik Lia Lomi said...

tak mengapa perlahan-lahan..nanti banyak balik kan???

Yatie Awang said...

betullah sekarang boleh upah2 je hehee..

Bui Junaidi said...

KOMITMEN DAH BERTAMBAH,MCM TU LAH KB..TP TAKPER ASAL TAK HILANG TERUS DARI DUNIA BLOG..^_^

Ruzzezanie said...

hahaha..standet tu tenggelam timbul. ohhhooo, baru hari ni jumpa blog ni. tapi tetap komen sini. :)

dengan muka tak malunya, gua tepek muka gua yg tak berapa comel tu kat sini. senang nanti gua nk dtg lg.kihkih

Post a Comment