Lelaki kahwin muda mudah curang?

Benarkah lelaki yang kahwin awal paling tinggi kemungkinannya untuk mereka curang dan kahwin lagi? Ya atau Tidak?

Ramai orang yang bila ditanya soalan ini akan menjawab YA! Sebab apa? sebabnya katanya lelaki telah bosan dengan isteri setelah berkahwin untuk jangka masa yang panjang. kebiasaannya lelaki akan menunjukkan belang gatalnya setelah berusia lebih 40 tahun dimana lelaki dikatakan mempunyai daya tarikan yang tinggi pada usia tersebut.

Gadis-gadis muda sekarang ramai yang lebih sukakan lelaki yang berusia lebih tua ( tapi tak lah tua sangat ye) sebab pemikiran lelaki tua ni lebih matang, cara layanan seperti seorang 'ayah' dan mungkin juga sebab lelaki tua ni lebih sabar melayan kerenah si gadis.

Apa yang aku katakan ini adalah dari pemerhatian aku sepanjang aku berkerja di mana pekerjaan aku memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Terus-terang aku cakap, lelaki yang dah berkahwin ni lebih pandai bila nak mengayat perempuan daripada lelaki yang belum berkahwin. Sebab dorang ni tak gelojoh bila nak tawan hati perempuan. Betul tak? Lagi satu, dorang ni tak kedekut langsung nak keluarkan duit untuk perempuan yang mereka suka.


Bila aku terjumpa je dengan lelaki yang nak menggatal, aku akan tanya pada setiap seorang dari mereka soalan yang sama iaitu berapa umur dorang masa berkahwin dan berapa kali bercinta sebelum berkahwin?

Nak tahu jawapannya? semuanya menjawab berkahwin muda iaitu dalam lingkungan 20-22 tahun dan berkahwin dengan cinta pertama mereka.

Mungkin ada juga lelaki di luar sana yang berkemampuan nak kahwin lagi tapi tetap setia dengan si isteri tapi aku rasa bilangannya tak ramai.. sebab lelaki ni, bila kewangannya sudah cukup untuk memiliki lagi seorang isteri, mereka tak teragak-agak untuk menambah lagi. Betul tak?

Ada juga pendapat yang kata.. Bila seseorang lelaki ni terus berkahwin dengan cinta pertama dia (maksudnya tak pernah bercinta dengan perempuan lain) , sampai satu masa apabila ada perempuan lain dapat menarik perhatian dia.. dia teringin merasa bagaimana perasaan bercinta dengan perempuan lain selain isterinya sebab dia tak pernah rasa bercinta dengan perempuan lain.

Jadi, kalau dah lama berkahwin tu.. kenalah bijak menyemai cinta supaya cinta tu tak pudar dan beralih ke orang lain ya.. tepuk dada tanya iman..

20 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Jna marcello said...

setuju hahahahha ;p

-syira- said...

setuju dgn pendapat awk :)

Jahirah said...

lelaki baligh kali ke dua....tp xsemua la mcm tukan,menggatal.

Husna Hidayah said...

Hmm.. tapi kita kawin awal tu sunah kan? Laki zaman sekarang je yang suka membatasi imann

kucing hitam said...

pasal kahwin cinta pertama n bila dia jumpa org yg boleh tawan hati dia tu mungkin betul..kawan saya macam tu jugak KB.. aisk,geram saya tengok. baru setahun kahwin dah macam ura2 nak cerai..(umur diorang 21)

Jom Makan said...

kalau dah mampu zahir dan batin nak tambah sorang lagi ape slahnye, laki ade 4 kuota kan...xslah kn xslah kn...ekekekeke

Salwa said...

Kalau betul betul sebetul betulnya mampu takpe. jangan perasan je mampu tp sebenarnya tak mampu,nanti anak pula kena tempias. hehe. Tanggungjawab besar tu.hehe.

hajar said...

yg penting hati.... semua org diuji begini x kira lelaki @ perempuan tapi sekuat mana keimanan kita... tanya diri kita sendiri...

Unknown said...

tak tau la betul ke x.. sbb xpernah kawen lagi..

Unknown said...

MINTAK DIJAUHKAN LAH BERLAKUNYA PERKARA MCM TU..NAUZUBILLAH...

Elih Japahar said...

Lelaki mmg mcm tu...kalau tak terfikir mcm ni, bukan lelaki namanya haha..

So, kena pandai menyemai cinta supaya cinta tu tak pudar...hehe..se7 jugak dgn awak :)

Syazwani Nasir said...

huh!!! xpernah ubah ! lelaki is sooooo bored...

ibnuismaini said...

Pendapat, jangan lupa... pendapat je tu.

Pendapat tanpa dalil biasanya berat sebelah. :p

kotak bulat said...

Ibnuismaini Ismail : kan telah dinyatakan, ini adalah pendapat penulis..

Pn Ayu said...

awal ke lambat ke tak jadi masalah pon sebenarnya asalkan si isteri pandai jaga suami supaya si suami tak carik lain dan si suami perlu la pegang janji sehidup semati dengan isteri..heeeee :D

syakirah izwanie said...

Perkara mcm ni la yg menyebabkan saya takut kepada sebuah perkahwinan. tapi, semua itu berlaku atas diri kita jugak. Masing2 kena pandai menjaga hubungan sbgai suami isteri.

Unknown said...

den sokong sgt tu tapikan..sebab tu bercinta lepas kawin lebih baik dari sebelum kawin kan????

maszull said...

assalamualaikum KB...moga dijauhilah semua perkara2 tu...:)

Anonymous said...

hurmmm.. that's why saya suka cerita cinta dulu kala.. kurang risikonya..

"they fix things, not throw it away"

=)

aindzaya said...

yup..setuju sgt..ain dh jumpa ramai lelaki cmnie..kesian bini masing masing dgn perut memboyot percayakan hasben masing2...tp sebaliknya...

Post a Comment