Panggilan Dari Hantu

Assalamualaikum...
Aku nak cerita yang pernah aku dapat panggilan dari Hantu! Percaya tak?

Benda ni dah setahun jadi tapi tiba-tiba teringat balik jadi aku nak kongsi cerita.
Pada hari tu dah pukul 12.00 tengah malam dan aku memang tengah syok tidur. Tiba-tiba handpone aku berbunyi, ada  orang call. Rupanya kawan aku Milah *bukan nama sebenar* yang call.
Aku   : hello, nak apa telepon tengah malam ni?
Milah : aku bosanlah, aku ada benda nak cerita ni.
aku    : esok kan boleh cerita. Esok je lah ye
Milah : aku nak cerita malam ni jugak
aku    : ikut kau la~
Jadi milah pun bercerita macam-macam.. bla..bla.. lepas 10 minit, talian terputus jadi aku terus tidur.. dia takde kredit agaknya..
Esoknya aku lepak dengan milah kat kelas dan macam biasa dia bercerita tak henti-henti kat aku pasal hidup dia. Peliknya, Dia cerita benda yang sama yang dia cerita kat aku tengah malam tadi.
Aku   : milah, kan kau dah cerita kat aku malam tadi.. tak payah lah cerita benda yang sama.
Milah : Hah?! bila pulak aku call kau? (muka terkejut gila)
aku    : buat-buat lupa pulak, yang kau kacau aku tidur tengah-tengah malam tu apa? macam tak   boleh tunggu pagi baru nak cerita kan.
Milah : Gila apa kau ni? aku tidur pukul 10 lah! buat apa aku nak cerita dengan kau tengah-tengah malam. harini kan aku boleh cerita, membazir je bergayut dengan kau la.
Aku   : Errr.. kalau bukan kau, siapa yang telepon aku tu? (muka dah lain ni)
Milah : mana aku tau.. kau mimpi tu..
muka aku dah pucat.. hantu ke yang telepon aku?

Lepas tengok aku gelabah.. Milah gelak guling-guling sebab berjaya kenakan aku! ppfftt~ i hate u friend~

p/s: lepas kejadian tu, aku kenakan kawan aku yang lain pulak..hahahha.. serius..benda ni tak gagal.. try la..

46 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Ezad Skytech said...

haha..cuak ye KB..tgh2 malam kena kacau..hee.. (^^,)

zarulfarhana said...

wahh leh try nie...

tringat lak masa zaman sek dulu...mmbr ada cita,,
masa kes pmbunuhan norita shamsudin kot...yg kes bunuh tue la...sapa col tel anset dia ada org kot..ka apa taw..xingat lak..to brhantu gak la...ishhh seram lak rasa...

Asha said...

hahaha. mcm seronok la bt camni.

Onitsuka_hana said...

ceah ingat betol tadi.

Wanie said...

haha..tak logik la klu hantu leh cite bnde yang same..pandai betol kawan kb nak perangkap eh.

Unna said...

hahaha lawak ah KB ni. nakal. mesti suka kenakan orang ni. :p

Fathiah Hamim said...

hahaha stailo!

Nur Hani said...

hahaha ;) gila gempak. malu x bro?
sempoi lah dia :D

Khairil said...

hahah.ni kes wakenabeb le..prank kan orang...

bungaitucantik said...

haha..xpenah pon buat kat aku..

mumui said...

hahah.... pengsan terus nanti... sebab takut....

muhamad hanif said...

HAAHAHA,

lu kena beb ?

Cik Baju Kurung said...

eh , nak buat jugaklah . hihi

kocix! said...

hahah sengal milah

syafeeqa said...

hahaha.. pon boleh mcm tuh..

aimie amalina said...

hahhaa
adoi cek KB
kite ingat pon dah betol2
sebb nh jadi kat kawan kite..huhuhu

Dianaa said...

Hahahaa! Kesian gila! Kalau nak buat macam ni juga, kena betul2 buat muka serious. Kalau tak, memang tak menjadi la

NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! said...

hahah..boleh ke??

selendang merah said...

hehehe...adoiiii...terkejut tadi..nak try wat kat member lah malam nie...mesti esok dia takut punya..:)

alif haris said...

hahahahhahaha !! hantu dah kenekan kamo0o !!:D

peachippo said...

hahaha,,,sumpah nebes kot...lepas ni boleh laa try :P

acadbobo said...

nak try lah...haha

ir yien 9897 said...

hahaha.. mesti comel jer tengok muka KB mengelabah..

dia pun nak cover lah yang sebenar nyer dia dah cerita 2 kali :)

Belog Sambal Belacan said...

hahaha..wakenabeb rupenyer:)

TYNTHA LANA said...

cekik kawan kb cam dalam katun tu,yarhh3, hahahahah

Acik said...

wakakakaaa ...
boleh terai ni! :)

Anak Wak Mail said...

wakakaka..serius kelakar..kalau aku pon cuak..harus dicuba ni..!

pha is said...

walaupon x beberapa nk seram, tapi berbaloi untuk try.. hehehe
jom tengok : apa itu darbuka (دربوكة‎) ?

ainaa said...

HAHA. ainaa oernah dapat panggilan yang still misteri sampai sekarang. tak tipu2 punyeee

yatie Awang said...

hahaha...tak baik tauuu....

Bui Junaidi said...

gud idea ni..hahaha..

pssstt..blog biru balik lah..+_+

My Name is Mar said...

Pehhhhh....
Kalau aku pun, aku cuak dowh~~~

Most POPULAR Korean-Japan-Taiwan Movie/Drama (TOP 50)

msredcheesecake said...

hahaa....padan muka kena....pas ni kenakan org pulak....evil laugh...

Rai said...

hahaha..cam $#@%@%!! buat panic je.. ceh..

mindaKhayaLan said...

hakhak...mengelabah tak ingat...

Surie said...

wahhh nak try lah...heheee

Bro ahmad said...

wahai kb perkara hantu jangan buat main..bro pernah terkena kat hutan masa bertiga dengan kawan hmm..takut!

iMBobo said...

kwn saya pernah kenakan org mcm ni, tp lepas tu die kena pukul..kesian die..

EiZaRaZiErYa said...

ahahhahaaa...lawak3..sumpah lawak...ok2..one day zie try knekan kawan2 zie pulak..muahahaha.. =P

Anif Abdullah| AA said...

ahaha..KB telah jadi mangsa bom bang bom..

sergeant keroro said...

haha, kesian XD

p/s : kenapa feed blog KB tak naik eh?

el-janna said...

kotak bulat. kalau aku yang kene aku campak henpon jejauh tau!

Nizam Ijam said...

kena sekali..haha

Abang Stalker said...

hahahahah ;))



xke jd mimpi ngeri pd kwn tu.kesian dia..haha

Anonymous said...

Extraordinarily well written piece of writing!

Mas Zull said...

assalamualaikum KB....selamat hari lahir yer...:)

http://maszull.blogspot.com/2012/12/selamat-hari-lahir-buat-kotak-bulat.html

Post a Comment