Apa yang paling di rindu?

Dia : Wei, aku nak cepat-cepat habis belajar lah.. Bosan lah belajar je siang malam. Tension dah otak aku ni nak menghadap buku.

Aku : kenapa nak cepat habis?

Dia : Kalau habis belajar cepat, boleh kerja.. Bila dah kerja baru best, tak payah nak menghadap buku dah..

Aku : Yeke?

Dia : Yela.. bila dah kerja, dah ada duit sendiri.. boleh beli macam-macam benda.

Aku : Owh.. masa belajar kan ada ptptn dah. beli je la apa-apa pun.

Dia : Belajar ni bosan hari-hari tengok buku.

Aku; : Bukan 24 jam pun kau tengok buku. Sebelum kau masuk U ni, kau kerja apa?

Dia : Tak kerja pun, aku habis matrik je terus masuk sini.

Aku : Oh, patut le.

Dia : Patut le? kenapa? (blur)

Aku : patut lah kau nak sangat habis belajar.

Dia : kau tak nak cepat-cepat habis belajar ke?

Aku : Mestilah nak.

Dia : Habis awat cakap patut la? ( lagi blurrr)

Aku : aku dulu diploma, aku kerja setahun.. waktu aku kerja tu, rindu gila waktu belajar. Waktu-waktu dengan kawan-kawan. Bila dah kerja, majoriti rakan sekerja kita jauh beza umur dengan kita, kalau ada yang dekat pun cuma sorang dua, lepas tu komitmen kerja buat kita tak ada masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa yang ada pun cuma 2 3 jam je sehari.Itu pun kalau kawan-kawan kita ada masa. Paling tak best, hari-hari kena bangun awal pergi kerja, lepas tu balik lambat. Seriously, hidup kau hanya kerja..

Dia : Tapi kerja tak tension macam study ni!

Aku : Memang lah tak tension kalau kau kerja cleaner. Kalau kau kerja jawatan penting dalam syarikat, memang tension. Kadang-kadang makan hati bila kena marah dengan bos. Lagi-lagi kalau kau kena marah sebab salah orang lain.

Dia : yeke?

Aku : iya lee.. bila jadi pelajar ni, hari-hari kita boleh gelak-gelak dengan kawan. Malam-malam boleh layan cerita hantu ramai-ramai dengan kawan kan? bila kita sedih, kawan-kawan selalu ada kat sebelah kita. Bila birthday kita, kawan-kawan celebrate kita dengan simbah air busuk. Nak tau apa yang paling kau rindu bila kerja nanti?

Dia :Apa dia?

Aku : Kawan


p/s : esok final.. jumaat dah cuti sem.. sebulan cuti.. huhu.. kalau dah kerja, dapat ke cuti sebulan? lalalala...

14 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Unknown said...

suke n3 ni..sangat betol tu..sangat merindui time blaja dulu..happy jer..skang pon happy dapat, penat pon dapat jugak..hargailah masa adik2 smua sbgai seorang student..

Jom Makan said...

yeahh btol..bila dah kerja memang rindu ngn kawan2..rase mcm xde life, life hanya hari jumaat dan sabtu je..ahad hingga khamis, xde life...haha

Anonymous said...

memang itulah life yg sebenarnyer. kalau mahu hidup. pengalaman yg paling berguna takkan dpt diperoleh hanya menerusi buku sahaja, nggak gitu?

aindzaya said...

that right! ain just praktikal masa 5 bulan pun alami camtu...bukan senang nak jumpa kawan yang macam kita study sekarang..thats why nanti bila kerja kita rindu sangat nak belajar balik..act bukan rindu nak belajar balik..tapi rindu nak have fun together dengan kawan kawan balik...trust me!

Ezad Skytech said...

bila da kerja ni...ezad rindu gila time study...lepak dgn member2...hu ha hu ha sampai malam...layan movie sampai pagi...bila da kerja...masa nak lepak2 dgn member2 agak terbatas...huhu....hargailah masa masih student ni...nnt da kerja confirm rindu zaman belajar....percaya la...:D

Unknown said...

HI KB..RINDU DEKAT KB TAWW..HEHE..

Unknown said...

hellloo ... nice entry nice beleg :)
i enjoy it ..
follow urs please follow mine back :D
www.lovelyguccigucca.blogspot.com

Unknown said...

Salam KB..masih knl lg ke? (josrevalution.blogspot.com) ... :) blog sy google dah removed pasal komen bnyak sngt..huhu... pape pun sy jemput KB singgah kat sini pingje.org ,daftar n pingkan artikel2 menarik KB n terima traffic.. :)..jgn lupa kopy/paste banner pingje.org ke blog KB ye utk terima backlink n juga berpeluang tersenarai top15 di sidebar blog pingje.org.. :)

Unknown said...

hemm sedihnyaaa bacaaa :( skrg pn rinduu kt geng sekolah dulu..

m said...

a total true!

Bunda_nora said...

salam ukhuwah dari bunda

Asma said...

Mmg keje penat pun. Nak jumpa kwn pun susah. Hehe

Ainiyunus said...

salam kenal..
jadi rakan bloglist aini nak?
http://afiahani.blogspot.com/2013/03/sudi-tak-jadi-rakan-bloglist-saya.html

Unknown said...

Salam Ziarah..Best blog entry kamu.Nanti singgah diblog sy n followers sy.Sy dh follower kamu.

http://iffat-altamis.blogspot.com/

Post a Comment