Program Pertukaran Pelajar UTHM

assalamualaikum.. terima kasih sebab datang dan baca kat blog bersawang ni.. ok, dulu kononnya dah berjanji kat diri nak selalu update blog ni tapi malangnya tak dapat jugak aku nak update sebab busy sangat dan stress belajar sampai tak de mood nak bukak blog.. dasyat!

Tibe-tiba malam ni, terasa nak tulis sesuatu.. nak cerita pasal apa ye? emm, memandangkan sekarang ni aku student, so cerita pasal sekolah lah ye..

30 julai ni aku nak pergi belajar kat pahang.. rasa macam malaaaaassssss pulak. Orang lain cuti 3 bulan, tapi aku pulak kena belajar lagi.. Apakah? bagi yang tak tahu, meh aku bagitau.. aku duduk melaka dan belajar pulak kat UTHM( Universiti Tun Hussien Onn) johor.. jarak dalam 2 jam perjalanan. Aku ni tak suka belajar jauh-jauh.. hehehe.

Dipendekkan cerita, aku dengan beberapa pelajar UTHM dapat tawaran untuk join pertukaran pelajar dengan universiti lain. Sekolah aku ni bertukar dengan sekolah kat pahang. UMP ( Universiti Malaysia Pahang).  Masa mula-mula excited gila sebab dapat pergi belajar kat uni lain, lagi-lagi diitawar pulak ttu kan..sape tak happy..ehem..

Err,  bukan semua orang dipilih oleh sekolah untuk bawak nama sekolah pergi negeri lain kan? Tak ramai pun yang pergi ke UMP, dalam 11 orang je..Aku dengan kawan-kawan teringin nak merasa belajar di tempat orang kan, so kitorang join. Tapi bila dah makin dekat nak pergi ni, terasa malas pulak.. aku kan tak suka berjauhan dengan family.. berat je hati ni rasa..

Harap semuanya berjalan lancar dan program ni akan meninggalkan memori yang best selama kitorang kat sana.. amin..
Bila lagi kan nak merasa bertukar angin belajar kan.. hehehehe

p/s : lecturer cakap, jangan bawak lebih daripada 2 beg.. aduiyaii.. susah ni!

5 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Nova Leeza said...

wah.. satu pengalaman yang baru, bagus bagus pasti banyak yang dapat dipelajari nanti

http://novaleeza.blogspot.com

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemputke blog saya pula.

shidah said...

hihi, xpa bersawang pun,
skali update..mantap..dari hati :)

jemput ke www.rashidahjuhari.com

Unknown said...

best nye join program mcm ni...dpt tmbh rakan dan pengalaman...^^
jom singgah belog mamaniza anereodacandid.blogspot.com

Muhammad Shahril said...

drop here !

Post a Comment